Thursday 3 October 2013

You Are The One


Early morning the sun is rising
I'm ready to give You my day
Cause since I found You
It can't be more true
You're bringing the best out of me
Yeah

Early morning I'm reading Your words
And listening to the birds singing
A sweet melody for you and for me
Oh I feel
You're so close to me now

You are the one I was waiting
To give a sense to my life
You are the truth I was searching
And the reason why I smile
Yeah
Ta ta ta

This love is so strong I can't control it
Oh please help me to find a way
To give you the best cause You are the one
Who changed my heart and took my pain away

Mmmm
This love is so pure I can't define it
Oh please help me to understand
What is the purpose of me being here
Could be it love and love again

You are the one I was waiting
To give a sense to my life
You are the truth I was searching
And the reason why I smile
Yeah

Ta ta ta

best sangat lagu ni :) jom layan...
Share:

Wednesday 18 September 2013

Monday 29 July 2013

Cinta Senja Nan Merah


                                         Image Credit To Landscape Shooter

Seperti biasa, hujung minggu Syara memulakan tugasan rumah seawal pukul 7 pagi. Hati dia tidak habis-habis merungut mengenai pembahagian tugas dan tanggungjawab seperti yang diputuskan oleh suaminya semalam.

“Ini tidak adil! Kenapa pula kerja saya lebih banyak dari awak?” Dahi Syara berkerut sedang tangan dia pula memegang kepada sekeping kertas yang siap ditanda tangani oleh suaminya. Pemuda yang sedang duduk bertentangan dengannya dijeling tajam demi keadilan pembahagian dalam tugas. Namun lelaki itu masih berpeluk tubuh tersenyum sinis membalas pandang syara.

“Oi Encik Kuda, cuci piring, basuh baju, mop lantai, cuci tandas, sapu rumah, jemur kain dan masak semuanya tugas saya. Manakala tugas awak pula hanya cuci kereta dan kemas bilik awak saja??! Baik tidak perlu ada jadual tugas kalau macam ni!” Nada Syara tidak boleh dikawal lagi dengan rasa geram yang mengcengkam. Dia ingat, aku ni keldai?

“Kuda kau kata? Aku begini hensem kau kata kuda??” jari Faruq sudah di cengkam menahan marah. Boleh dia kata aku kuda? Mentang-mentanglah rambut aku sudah panjang sikit! Pantang sekali aku digelar selain dengan nama aku!


Syara sudah mengetap bibir melihat kelakuan Faruq yang sudah membara. Dia mempersiapkan diri untuk menerima apa yang bakal berlaku sepelas ini. Dia nak pukul aku? Aku boleh lari! Dia nak ceraikan aku? Aku baik-baik saja! Lebih baik dari terikat dengan dia ni! Begitulah jeritan hati syara kala ini.


“Eihhh geram betul lah aku dengan kau ni! Baik aku keluar dari bergaduh dengan kau!” Faruq mengeroyok kertas perjanjians itu lalu dilemparkan ke arah Syara. Laju kakinya menaiki tangga rumah ke tingkat satu untuk mengambil kunci. Syara hanya memerhati Faruq dari belakang dengan perasaan benci. Meluat benar dia dengan Faruq. Tidak lama kemudian, Faruq muncul kembali dengan kunci dan telefon yang berada di genggaman.

“Kau dengar sini, perjanjian itu valid! Kalau kau tidak buat, nahas!” katanya tersenyum sinis ke arah Syara. Syara menyepetkan matanya. Tak sangka aku, kerasnya kepala dia ni lebih dari batu! Bisik hati Syara. Tiada yang ada di hatinya melainkan rasa menyampah, meluat, marah dan segalanya. Dia bukan senior yang aku kenal sebelum ni! Hati dia sudah mengeluh. Kenapa aku terburu-buru membuat keputusan untuk berkahwin dengan anak kepada Professor Madya Dr Mahani? Sayang sekali, anaknya tidak sama seperti ibunya yang sangat baik. Dah lah kasar, angkuh pulak tu! Hesh! Tidak habis-habis Syara merungut jauh ke dalam hati.

Kepala Syara menggeleng ke kiri dan kanan apabila mengingati kembali kejadian semalam. Walau tulang seolah-olah skru longgar, bahu rasa hendak roboh, pinggang terasa hendak patah..dia laksanakan juga. Demi menunaikan kemahuan si Kuda!
 _____________________________________________________


Syara Emmely, please help me!” pinta Dr Mahani seperti merayu. Tiada siapa tempat dia meminta pertolongan selain Syara demi menghentikan sikap tidak matang Faruq.  Lidah Syara terasa kelu mendengar permintaan hati dari seorang yang bergelar ibu. Oleh kerana dia terlalu terhutang budi kepada Dr Mahani selama ini, hati secara paksa dan rela menerima hakikat Faruq, seniornya dahulu sebagai jodohnya.

Rasa menyesal bersarang! ‘Kalaulah aku tahu Faruq itu tidak sebaik yang dia kenali dahulu..aku takkan terima permintaan dari mama walau seinci. Sudah nikah baru aku tahu si Kuda tu suka berfoya-foya, kasar, suka menengking dan mungkin banyak lagi yang aku tidak tahu.’ Bisik Syara.


Sesudah mandi, dia melabuhkan punggungnya ke kerusi meja solek. Tangan Syara mencapai hair dryer lalu terus mengeringkan rambutnya yang basah. Tidak semena-mena pintu biliknya diketuk bertalu-talu dari luar.
“Tok.tok..tok!”


“Syara! Syara buka pintu ni! Cepat!”
Aduhh apa lagi yang dia nak ni?  Syara sudah berkerut dahi.


“Kejap!” Syara bangun dari kedudukannya lalu mengambil helaian baju untuk disarung ke badan.


“Tok..tok..tok!” pintu diketuk lebih kuat. Tak sabar betul lah dia ni! Demikian hati Syara merungut dengan desakan Faruq dari luar. Dia memperkemaskan balutan tuala mandi kemudian menghampiri tombol pintu.


“Syaraaa cepat lah sikit!”


“Yee..apa lagi awak nak ni?” Dia berkira-kira menyelak sedikit pintu bilik itu bercakap dengan Faruq. Baru sahaja ddia memusingkan tombol pintu, tidak semena-mena pintu di tolak kuat dari luar. Syara turut sama terjatuh akibat tolakan itu.


“Aduhhh~” Syara cepat-cepat mencengkam ikatan tuala dari terlerai dari tubuhnya. Melihat Syara jatuh terduduk, hati Faruq begitu terusik. Sorry,aku tak sengaja! Namun, tidak terluah dari hatinya.


“Awak ni memang betul-betul kuda kan! Tak sabar betul lah-*+-*!” Syara mendengus marah seraya berdiri mendapatkan kedudukan sebenar sebelum terjatuh tadi. Mendengar dia digelar kuda, rasa simpati terus terhapus dari hatinya. Hati rasa panas membara! Segera dia keluar kembali dari bilik Syara. Namun beberapa detik, dia kembali dengan mengheret sekali bantal dan selimutnya. Dia menghempaskan kain selimutnya di katil Syara dan terus menyelimuti seluruh tubuhnya tanpa mempedulikan Syara yang masih tercengang.


“Aik? Dah kenapa diheret sekali bantal dan selimut ni sekali?? Buang tabiat?” tanya Syara. Dia memandang Faruq dengan perasaan pelik.


“Ahaa......... aku yang buang tabiat ke kau yang buang tabiat? Tu haa mama baru sampai dekat bawah sana. Kau nak mama tahu kita tak tidur sebilik??” kata Faruq sambil tangannya membuka sedikit selimut yang menutup wajahnya.


“Erhh...mama ye?” Syara mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.


“Tu la..lain kali, jangan sembarangan tuduh orang buang tabiat ke apa...lebih-lebih lagi perkataan kuda tu haa. Kuda-kuda~ macamlah tiada gelaran yang lebih elok dari kuda!” Sakit hati!


‘Dah siapa yang mulakan tadi? Aku ke dia? Dahlah masuk bilik main tolak orang jer...’ Bisik Syara. Dia pandang atas bawah lelaki itu. Selamba badak dia tidur atas katil aku?


‘Macam mana lah aku nak berbaik dengan bini aku ni?’ bisik hati Faruq dalam selimutnya.


‘Kalau hari-hari bergaduh macam ni, nak runtuh rumahtangga aku ni. Entah kenapa dia benci sangat dekat aku..’ bisiknya lagi menambah. Dia membuka selimut yang menutup tubuhnya lalu menyandarkan diri ke dinding katil. Dia memerhatikan Syara yang sedang menyikat rambutnya lurus dan panjang itu. Dia mendapat satu akal.

“Aduhh...Syara, tolong ak..abang kejap..sakit pula kepala abang ni” pinta Faruq sambil jari-jarinya memicit dahi. Syara terus berpaling sambil matanya dilirikkan melihat Faruq atas dan bawah.


“Syara..tolonglah. Sakit sangat ni!” Faruq memejamkan mata cuba untuk menarik perhatian Syara.


“Yelah.yelah” Syara bangkit dan menghampiri Faruq. ‘Apasal pula tiba-tiba sakit kepala ni?’


Dia mengambil minyak gosok yang berada di dalam laci katil lalu mengambil tempat di sisi Faruq. Syara mula memicit-micit kepala suaminya perlahan-lahan. Hati Faruq  melonjak keriangan kerana dia berhasil menundukkan ego isterinya.


“Syara, abang bersyukur sangat kerana Syara terima abang sebagai suami” kata Faruq tiba-tiba bersuara. Tidak terlintas di fikirannya dia akan berkata sedemikian. Mungkin dia selesa dengan keadaan mereka kala ini.


“Dah hilang sakit kepala ni?” tanya Syara tiba-tiba. Dia cuba untuk mengalihkan cerita.


“Belum lagi...” jawab Faruq menampakkan barisan gigi hadapan dia. Syara mencebik bibir melihat gelagat Faruq yang pada dia mengada-ngada.


“Hemm dah lah, saya nak turun dekat bawah ni.” Seraya Syara melepaskan gosokkan jarinya di dahi Faruq dan bangkit. Namun tangan kirinya direntap pantas oleh suaminya.


“Erkkk??!! Apa dia nak buat ni?


“Syara nak pergi mana? Temankan abang kejap!” Faruq pula simpulkan senyuman nakal.
‘Apa??’ takkan pula dia nak tuntut hak dia??? Tidakkkk! Tak boleh jadi ni~’
“Kalau sakit, nah! Bantal. Resttt cukup-cukup!” sementara tangan kanan Syara meraih bantal yang berada di sisi Faruq lalu ditekap tepat ke muka lelaki itu. Biar padan muka! Desisnya dalam hati. Sudah bersenang lenang dengan perempuan lain, nak dengan aku lagi?? Jijik!!’

“Aduh!!” Ganas betul. Nak lemas aku dibuatnya. Bisik Faruq. Serta merta genggaman tangan Faruq melepaskan tangan Syara.


“Saya nak jumpa mama kejap! Mengada-ngada je lelaki ni” Syara berlari anak menuju ke pintu bilik.


“Oi Syara! Aduhhh~ Syaraaaa..” dia cuba untuk mengejar Syara tapi tidak berhasil. Kalau dikejar sampai ke luar bilik pula, takut dianggap mereka bergaduh pula. Faruq kembali ke dan menghempaskan tubuhnya.


‘Kau tak nak dekat aku ye? Baik! Aku akan usahakan sampai kau tunduk pada aku! Heh’ Bisik Faruq geram. Dia kemudiannya mencapai sehelai kertas dan pen yang berada di atas meja Syara. Nampaknya perang akan bermula! Dia menyusun strategi bagaimana untuk memenangi hati Syara.


Plan A


“Syara mana mama?” Tanya Faruq kepada Puan Mahani.


“Aih? Bini sendiri pun tidak tahu kemana?” kata Puan Mahani sengaja mengusik anaknya. Sebaik mencabut rumput di sekeliling bunga dia mencapai hos yang bersambung dengan paip halaman rumah. Kemudian dia mula menyiram pokok-pokok bunga Syara. Menyedari dia diusik, Faruq mencebik bibirnya memandang mamanya. Dia meninggalkan Puan Mahani tanpa banyak soal. Dia putuskan untuk mencari sendiri kelibat isterinya. Pantas dia masuk ke rumah menuju ke bilik Syara.


“Tok! Tok! Tok! Ketukan pintu oleh Faruq. Namun tiada jawapan. Mana Syara ni bisiknya.
Dia ketuk lagi namun masih tiada sahutan dari Syara. Dia pusingkan tombol pintu lalu masuk terus ke bilik. Dia bercekak pinggang sambil matanya melilau melihat sekeliling. Kosong?
Sedang dia berkira-kira untuk keluar dari bilik, tiba-tiba handphone Syara berlagu. Mesej masuk?tumpuannya tertancap pada handphone Syara yang berada di atas katil. Dia mencapai telefon bimbit itu berkira-kira untuk membaca sms yang masuk.
Belum dia sempat menekan butang buka, tombol pintu dipusing dari luar.
'Syara!' bisiknya.


Tanpa berfikir panjang, dia terus masuk ke almari baju mereka. Nasib baik almari ni besar! Kalau tak, habis aku!


Sementara itu, Syara baru sahaja berkira-kira untuk menghubungi teman sepejabatnya Shima.
'Aik? Mana handphone aku? Tadi aku letak dekat sini..'


Syara bingung dengan ketiadaan telefon bimbit dia.


'Aduh, macam mana aku boleh terbawa sekali handphone Syara???' bisik Faruq.
Handphone yang digenggamnya tiba-tiba berbunyi nyaring. Kiamat dah datang! Habislah aku!


Syara yang meluaskan pendengaran telinganya itu melangkah perlahan ke arah almari baju tempat persembunyian Faruq. Dia terus membuka almari namun tidak berjaya. Erk? Tak boleh buka? Almari ini berkuncikah? Dia bongkokkan diri memeriksa pintu almari. Tak berkunci ni! Bisiknya.


Faruq sebaliknya menahan pintu almari itu dari dibuka oleh Syara. Aduhhh! Syara ni.......tak jugak dia nak mengalah?


Syara menarik pintu itu sekuat hati dia.


'Mama~ tolonggg!!!' menjerit hati Faruq.
Tidak semena-mena.


“Bukkkkkk!!!!!” Faruq jatuh bergolek dibawah kaki Syara. Hampir melompat gadis itu dek terperanjat.


“Awak pulak????”
Faruq yang kelihatan bingung dan pucat buntang mata melihat gadis di hadapannya kini seperti hendak menerkamnya.
“Errrr......Supriseee!!! hahahhahah!!” seraya dia mendepakan tangan kononnya tindakannya sebentar tadi adalah satu kejutan buat Syara.


“Suprise- suprise, suprise awak kata?? apa awak buat dekat sini?” Syara gigit bibir geram. Dia terus menarik tangan Faruq lalu meluru ke pintu dan menolak Faruq keluar.


“Handphone saya mana?” Syara hulurkan tangan meminta telefon bimbitnya.


“Hemmm, telefon nak? Abang ni Syara tak nak?” Celah Faruq.


“Eihh! Jangan nak perasanlah! Syara mengetap gigi hadapan lalu menjeling tajam ke arah Faruq. Setelah telefon bimbit bertukar tangan, dia terus menutup pintu bilik.
'Hairan aku, sejak akhir-akhir ni busy body betul lah dia ni?' Syara bermonolog. Dia menghempaskan tubuh ke atas katil.
Haih! Habis plan aku hari ni..telefon punya pasal!




Plan B


‘Heh! Nasib baik mama balik awal. Boleh lah lancarkan Plan B pulak!’ Faruq begitu fokus pada rancangannya. Sedang dia duduk menulis di kerusi tempat belajar Syara, rupa-rupanya dia diperhatikan oleh sepasang mata.


“Aiseh, apalah yang awak sibuk sangat tu? Jangan nak pura-pura lah ye. Sila angkut segala selimut dan bantal awak ni!” kata Syara sinis sambil tangan dia meletakkan selimut dan bantal meja hadapan Faruq. Sebaik barang Faruq diletak, dia memeluk tubuhnya menunggu lelaki itu untuk beredar dari biliknya segera.


“Abang dah buat keputusan!” ujar Faruq tiba-tiba.


“Keputusan apa??” tanya Syara. Kenyataan Faruq sebentar tadi menimbulkan tanda tanya pada dia.


“Mulai saat ini, abang tidur sini!” jawabnya terus terang namun bersahaja sambil tubuhnya disandarkan di kerusi memandang Syara.
“Dah kenapa pula tiba-tiba nak tidur sini?” Soal Syara kembali. Terkebil-kebil mata dia bertanya.


“Dah hak aku tidur dekat sini kan? Kan? kan? kan?” sambil matanya di angkat-angkat nakal. Syara bengang dengan jawapan Faruq. Selama ni tak pula dia nak tidur sebilik dengan aku? Agaknya lelaki ni dah tak laku kot? Sebab tu dia mencari aku? Suami bertuah!!!


“Amboiii?? Eihhh jangan nak mengada-ngada ye! Tu haaaa~ bilik sebelah awak punya!” Syara merangkul lengan Faruq dan menariknya ke pintu bilik. Sebaik tombol pintu dipusing, Syara menolak lelaki itu dan menutup kembali biliknya. Dek tercengang dengan tindakan Syara, Faruq mengalah. Susah betul lah dia ni! Bisiknya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tangan dia pula meraup wajahnya beberapa kali. Belum sampai seminit, pintu bilik dikuak kembali. Faruq tersenyum riang.


“Jangan nak perasanlah!” matanya rata, bibirnya pula mencebik kemudian selimut dan bantal dihulurkan ke tangan Faruq. Sebaik barang itu bertukar tangan, Syara menutup kembali pintu.
‘Baik, tunggu! Kau akan jatuh ke tangan aku juga!’ desisnya geram lalu beredar dari hadapan pintu bilik Syara. Senyuman di bibir meniti.


Plan C

Suasana di kampung Syara cukup menenangkan hati Syara. Terasa rindu menusuk kalbu akan zaman kanak-kanaknya. Syara dan Faruq baru 4 jam sampai. Dek kerana desakan dari Faruq untuk balik ke kampung Syara, dia terpaksa mengambil cuti selama 3 hari. Faruq, sudah mengambil cuti awal-awal lagi. Ditolaknya pula, takut lain yang jadi. Tahulah Faruq tu, kalau dia out of control, nak dia baham aku? Bisik Syara.


“Kalau Faruq nak, jalan-jalanlah dengan Syara di sekeliling kampung. Boleh jugak singgah tengok sawah padi abah dekat hujung kampung tu.” Syor Haji Mudi kepada menantunya. Dihirupnya sedikit demi sedikit kopi O yang masih penuh. Faruq mengangguk-angguk seraya tersenyum simpul pandang Syara yang duduk di sebelahnya. Syara membuat mimik muka.
'Yes! peluang aku lagi? Heheh.' Hati dia menjerit gembira.


“Haa~ elok lah tu. Dapat jugak cam kampung Syara ni macam mana kan bang?” ujar mak Limah pula sementara di tangannya memegang dulang berisi kuih muih tradisional. Dia baru sahaja menapak di situ sesudah mengisi kembali dulang tersebut.


“Berapa hari dekat sini?” soal mak Limah. Punggungnya dilabuhkan di atas kusyen sebelah suaminya. Matanya fokus kepada Syara yang seperti sengaja bermalas-malasan di kusyen. Budak ni tak matang-matang juga walau setelah berumah tangga? Soalnya bermonolog sendirian. Berkerut dahi dia melihat tingkah laku Syara.


“Seminggu ibu” jawab Faruq pantas. Syara pantas menjeling tajam ke arah suaminya. Dia merapatkan kedudukan dia dengan Faruq.


“Bukan kita dah buat persetujuan? Kan cuma 3 hari je kita dekat sini??” bisik Syara. Dia kerut dahi geram dengan kenyataan Faruq sebentar tadi.


“Abang dah beritahu bos Syara, Syara cuti seminggu” Bisik Faruq kepada Syara pula. Dia kenyit mata dan tersenyum puas. Syara ketap bibir. Suka hati dia tambah cuti aku tanpa pengetahuan aku? Mentang-mentanglah bos aku tu kawan dia?
Orang tua itu pandang mereka pelik. Syara yang menyedari mereka diperhatikan, dia segera lemparkan senyuman manis ke arah abah dan ibunya.


“A...aah...Ibu, Abah..kami jalan-jalan tengok kampung sekejap eh?” kata Syara meminta diri. Dia berlari anak ke bilik lalu mencapai tudung dan disarungkan terus ke kepala. Segera dia keluar dari bilik dan keluar rumah. Tangannya turut menarik tangan Faruq agar membuntuti dia. Lelaki itu secara rela mengikuti langkah kaki Syara.
Setelah di halaman rumah, dia meleraikan genggaman tangan dan mematikan langkah. Lalu dia berpaling mendongak pandang Faruq.


 “Oi Ku...” belum sempat dia meneruskan kata-kata Faruq segera menarik tangan Syara dan meneruskan langkah menuju kereta. Setelah mereka masuk ke perut kereta, Faruq terus memecut pergi meninggalkan halaman rumah.


“Tak baik gaduh depan mereka...”


“Mana ada gaduh? Lepas geram jer!” Jawab Syara. Memang aku tak puas hati! Desisnya. Faruq senyum manis. Geli hati dia. Sebab Syara terus melupakan akan hal tadi. Kalau dia tak tarik Syara tadi, mahunya dia kena tahan telinga kena panggil kuda sekali lagi? Ish! Tak nak aku.


“Awak nak bawa saya ke mana ni?” tanya Syara.


“Aik? Bukan Syara nak bawa abang tengok keliling kampung?” Soal dia kembali menoleh ke arah Syara.


“Tak ingin pun nak bawak” ujarnya rasa tidak puas hati masih bersarang.


“Nak tak nak, Syara kena jugak bawa abang jalan-jalan...memandangkan abang yang tengah drive kereta!” Faruq berkata. Senyuman dia melebar. Syara ketap bibir bawah semahunya namun jauh di sudut hatinya, mengakui kebenaran kata Faruq.
Faruq memberhentikan kereta di satu pemandangan sawah padi. Syara terpana dengan keindahan panorama senja di situ. Tanpa dia sedar, tubuhnya seakan mengikut rentak hati keluar dari perut kereta. Sungguh dia merindui suasana ini. Faruq menjejak langkah Syara. Tanpa ragu, mereka kemudiannya menuju ke pondok kecil milik abah Syara tersebut.
Syara melabuhkan punggunya di pondok. Begitu juga Faruq. Kedua-dua mereka sepi. Agaknya tengah melayan perasaan masing-masing.


“Syara, boleh abang tahu?” Soal Faruq tiba-tiba memecah hening. Dia sekilas toleh ke arah isterinya yang masih menikmati keindahan alam.


“Nak tahu apa?” Soal Syara yang seolah-olah masih bersikap acuh tak acuh dengan pertanyaan Faruq.


“Kenapa Syara benci abang?” Sambung Faruq. Kini wajah isterinya ditatap semahunya demi satu kepastian dari raut wajah tersebut.


'Erk!' Syara tersentak denga pertanyaan Suaminya itu. Tak sangka pula dia tanya soal ini. Tak kan dia tak tahu kot? Bisik Syara.


“Awak kejam!” jawab Syara spontan.


“Saya rasa tertipu!” dia teruskan kata-kata. Faruq sudah terpinga-pinga dengan jawaban yang diberikan oleh Syara.


“Kejam? Tertipu? Maksud Syara? Abang tak faham....” Syara memandang tepat ke mata Faruq masa ini. Entah kenapa dia rela meluahkan rasa hati dia tika ini.


“Saya tertipu dengan peribadi awak sewaktu di U dulu..” Faruq terkebil-kebil. Sewaktu di U?
“Huhh!” Syara menghela nafas panjang. Berat!


“Atau mungkin saya yang tidak sesuai untuk awak...” Syara lemparkan senyuman pahit. Dia kemudiannya membuang pandangan ke arah matahari yang semakin terbenam itu. Kemerahan..
Faruq bingung. Apa sebenarnya yang Syara ingin sampaikan?


“Berterus terang lah Syara, abang nak dengar.” Jemari Syara digenggam erat.


“Betulkah awak seorang playboy seperti apa orang katakan selama ini?” Akhirnya terluah isi hati yang sekian lama dipendam.


“Betulkah awak sebenarnya suka orang lain namun dipaksa oleh mama untuk bernikah dengan saya?”
Sambung Syara. Nampaknya dia betul-betul meluahkan apa yang terbuku. Faruq tenang mendengar isi hati Syara.
“Kenapa sering berkasar dengan saya selama ini?” Ketika ini Syara sudah menundukkan kepalanya. Dia cuba menyembunyikan riak sedih dari wajahnya dari dilihat oleh lelaki yang berada di sisinya. Tanpa dia sedar, satu demi satu air matanya jatuh dari tubir mata. Rasa sedih dan sebak mencengkam hati. Faruq sedar akan hal itu. Dia juga turut sebak.


“Syara, dengar sini...” Faruq kini betul-betul berada di hadapannya. Dia mengangkat dagu Syara agar melihat tepat ke matanya. Mata mereka berlaga..Genggaman tangan dari Faruq masih belum dilepaskan.


“Pertama, abang tidak pernah ada sesiapa selain Syara selama kita nikah....believe me! .” jelas Faruq cuba meyakinkan Syara. Digenggam jemari gadis itu seeratnya. Syara ketap bibir. Betulkahh apa yang aku dengar sekarang ni?


“…................... Syara yang seakan-akan menjauhkan diri dari abang selama ini..” tambah dia. Syara akui kata-kata Faruq.


“Kedua, abang bernikah dengan Syara atas kerelaan hati abang sendiri.” Saat ini Syara sudah pelik.


“Tapi..mama kata...” Syara bersuara kecil. Dia buang pandangan pada arah lain. Faruq tersenyum manis memandang isterinya.


I love you Syara! Sebenarnya Faruq yang meminta mama pujuk Syara untuk terima abang..maafkan mama ye”


“Erkk!” mata Syara terbuntang luas dengan pengakuan Faruq. Lidahnya kelu tidak terkata. Namun dalam hatinya jelas melonjak keriangan. Rupa-rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan selama ini. Perlahan-lahan di bibirnya meniti sebuah senyuman kecil.


Do you feel the same for me Syara?” Tanya Faruq. Berdebar juga jantungnya saat bertanyakan soal itu. Dia takut, jawapan hampa yang diterima.
Pantas Syara bingkas bangun mendapatkan dua langkah kedepan dan melepaskan genggaman jari Faruq. Faruq terpinga sekejap.


“Syara isteri abang”. Jawabnya tersenyum sekilas berpaling kepada lelaki itu. Dari nada dan raut wajah gadis itu sekarang, dia sudah dapat mengagak jawapan sebenar gadis itu. Hati dia melonjak keriangan.


“Thanks Syara!” laju dia menarik tubuh Syara ke pelukannya menghadap mentari yang semakin terbenam.
“Glup!” Syara bulatkan mata sebesarnya. Dia kaget sekejap tapi dia membiarkan sahaja perlakuan Faruq. Cinta mereka bersaksikan senja nan merah ciptaan yang maha agung. Kedua-dua mereka sungguh bersyukur dengan hubungan mereka kini. Tiada rahsia lagi antara mereka. Tiada lagi jiwa yang terluka.


“Syara..abang minta maaf dengan sikap kasar abang ...abang tidak sabar dengan cabaran dan ujian yang Allah beri untuk abang selama ini.” petah Faruq.


“Syara juga bang..” balas Syara pula.


“InsyaAllah, lepas ni abang akan jadi yang terbaik untuk Syara.”


“Begitu juga Syara..”




TAMAT







Share:

Thursday 11 July 2013

Let's Join Hikayat Violet Sofia Giveaway

Assalamualaikum..

Baru tahu dunia blogger ada Giveaway :)
Thanks to Hikayat Violet Sofia sebab post comment mengenai ini di laman penulisan2u. hehe
oklah, mudah-mudahan menang lah ye. Isk..InsyaAllah.

Kalau menang, saya nak hadiah Sepi Tanpa Cinta Karya Damya Hanna
Gambar ihsan Mr Google ya :)

Thank You!
Share:

Tuesday 9 July 2013

Wednesday 26 June 2013

Kesilapan

Nampaknya ada kesilapan entry dekat P2u. Sebenarnya itu entry untuk suamiku 19 tahun bab 3. huhuhuh macam mana boleh silap?

Ermm...satu lagi, kenapa eh penulisan2u tak publish suamiku 19 tahun bab yang seterusnya. I've tried many times..but hopeless. huhuhu

Share:

Tuesday 25 June 2013

Strepsils?

Sakit tekak pula malam-malam ni. :( strepsil please? for sore throat..hukhuk

dapat tak nak update ni?

********************************

Saya nak amik kesempatan lah nak tulis sesuatu. Thanks bebanyak kepada yang sudi baca2 karya saya yang tak seberapa ni. huhuhu...yelah, baru lagi kan. Tapi tu la, minat punya pasal..:)
Tengah gigih memperbaiki bahasa..SPM dulu pun hanya mampu B saja. Apa-apa pun alhamdulillah..hikhik

Thanks sebab sudi komen. Kalau boleh, tegur2 lah sy kalau ada kesilapan bahasa. Yelah, tahulah bahasa melayu saya ni tunggang langgang sikit. hehhe..
Kepada yang silent reader, rajin2kan diri mengomen ya, mana tahu bleh bantu saya.. :)..
Thanks again!!



Share:

Thursday 20 June 2013

Wednesday 19 June 2013

Awak, Saya Sayang Sangat-Sangat! 3


'Lelaki aku langgar??' getus hatinya.
“Awak ni, tengok-tengoklah depan sikit cik. Nasib baik terlanggar dekat orang..kalau masuk longkang macam mana?” tutur seorang lelaki yang berada di hadapan Nur sekarang. Nur terkebil-kebil memandang lelaki tersebut.
'Huh...pagi-pagi lagi dah dengar ceramah free. Sakit, berdesing telinga ni! Tapi memang salah aku juga..' Keluh Nur Seraya berdiri membetul-betulkan bajunya.
“Maaflah..saya tak nampak tadi.” kata Nur senada. Lelaki itu menggelengkan kepala.
“Lagipun saya bukan sengaja! Minta maaf ye! Saya nak cepat ni.” Ujar Nur tanpa memandang pada wajah lelaki tersebut. Kerana hendak cepat, Nur berlalu meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu terkulat-kulat sempat menggaru kepalanya yang tidak gatal. Agaknya pelik memandang perempuan tadi.
'Ni lah orang sekarang, masalah dia saja yang dia nampak..masalah aku?' bisik lelaki itu separuh mengeluh.
'Habis fail projek aku.' bisiknya lagi. Tanpa berlengah dia memungut kembali kertas-kertas yang bertabur.

Bab 3

Jay sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Mindanya begitu rungsing sekarang ni memikirkan beberapa perkara. Sememangnya keputusan ayahnya, Tuan Iskandar menjodohkan dia dengan anak teman baiknya sangat memeranjat dia. Bukannya ayah tidak tahu aku sudah ada teman wanita! Itulah yang bermain benaknya. Biliknya yang agak luas terasa sempit. Apa aku nak cakap dengan Azra nanti?

“Tok! Tok! Tok!” pintu biliknya diketuk dari luar. Dia terus meluru ke arah pintu bilik untuk memusingkan tombol pintu. Sebaik dibuka, Mak Mah sudah tercegat dimuka pintu.

“Kenapa ye Mak Mah?” Jay cuba bertanya. Keningnya terangkat seketika.
“Ayah panggil tu..Dekat ruang tamu..ada hal nak bincang katanya” Kata Mak Mah.
Jay mengangkat bahu seketika. Mengeluh panjang dia. Agaknya sudah dapat mengagak apa yang bakal dibincangkan.
Mak Mah kemudian menuruni tangga dibuntuti Jay dari belakang. Sebenarnya Mak Mah adalah pembantu rumah mereka sekeluarga. Namun oleh kerana sudah terbiasa dan lebih berumur dari kalangan mereka panggilan Mak Mah lebih sesuai.

Setelah muncul diruang tamu, Jay terus melabuhkan punggungnya di atas sofa seraya menyandarkan diri. Rancangan tv yang dipasang oleh suami isteri itu kelihatan tidak menarik perhatian dia. Mak Mah pula sudah hilang entah kemana.

“Ayah harap Jay tidak ambil hati dengan keputusan ayah dan mama tempoh hari” Ujar Tuan Iskandar tiba-tiba memulakan bicara. Tangan dia pula mencapai segelas kopi O yang terletak di meja kaca dihadapan mereka. Puan Zarina sudah tersenyum memandang anaknya. Jay terkebil-kebil sekejap. Aku kena luahkan apa yang terbuku! Desis hatinya.

“Ayah, mama...” dia membetulkan kedudukan agar selesa bercakap dengan orang tua tersebut. Kedua orang tuanya terus memandang menanti kata-kata dari dia.

“Ayah dan mama tahu kan Jay dah ada Azra? Pleaselah mama..ayah..” riak muka Jay sudah kelihatan diminta belas eshan dari Puan Zarina Dan Tuan Iskandar. Lelaki lebih separuh umur di sebelah Jay sudah menggelengkan kepalanya.

“Kalau dengan Azra, bila kamu nak nikah Jay? Dia sendiri yang kata dengan kamu kan, belum tentu dia akan berkahwin dengan Jay? Dia lebih pentingkan karier dia dari kamu sendiri! Tegas Tuan Iskandar kepada Jay. Tajam pandangan dia kepada anaknya. Terkedu Puan Zarina sekejap dengan kata-kata suaminya. Dia pantas menyiku suaminya agar merendahkan sedikit nada.

“Tapi ayah..Jay dah janji dengan dia” jawab Jay menambah lagi.
“Yaa, kamu tu yang berjanji..dia pula tak janji dan jamin nak berkahwin!” celah Tuan Iskandar memotong ayat anaknya. Dia agak bengang dengan jawapan anaknya yang sungguh-sungguh mempertahankan Azra seperti sebelum ini. Janji sebelah pihak, hujung-hujung habuk pun tiada! Agaknya itu di fikiran Tuan Iskandar sekarang.

Jay termenung. Memori suka duka bersama Azra mula mewarna.
“Ayah nak, kali ini Jay ikutlah kehendak ayah dan mama!” putus Tuan Iskandar tanpa memandang riak wajah Jay. Dia lalu meninggalkan Jay untuk memberi laluan kepada isterinya pula untuk memujuk. Strategi suami isteri!

Puan Zarina terus menghampiri Jay yang sudah menghempaskan badan di sofa. Berkerut dahi anaknya itu dengan tindakan ayahnya sebentar tadi. Tiada peluang langsung membela diri! Desisnya.

“Terimalah permintaan kami kali ini Jay” pujuk Puan Zarina kepada anaknya. Jay yang ketika itu berbaring, memandang tepat ke mata mamanya dalam-dalam tanpa kata.

“Tiga tahun Jay...tiga tahun ayah beri tempoh pada kamu berdua agar segera bernikah! Tapi jawapan dia macam tu juga, malah yang satu ni makin menjauh! Ujar Puan Zarina menambah. Dalam diam Jay mengakui kata-kata mama dia. Jay bangkit kembali dari berbaring dan duduk di sisi Puan Zarina dan kemudiannya mengangguk-angguk tanda setuju justru membuatkan Puan Zarina melebarkan senyuman.

“Alhamdulillah..”
Jay memandang mamanya cuba untuk mengukir senyuman.
“Minggu depan Jay jumpa dia ye!” pinta Puan Zarina lagi.
Serta merta riak wajah Jay berkerut. Pulak dah??
Share:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers