Tuesday 11 June 2013

Awak, Saya Sayang Sangat-Sangat! 1




“Ibu, Nur nak kahwinlah!” tutur Nur serius namun sedikit tersipu-sipu seraya duduk bersila bersama ibunya di sisi dapur.
Hendak terbatuk dibuatnya, nasib baik tidak tersedak dek air liur sendiri. Mata Puan Katijah membulat seketika mendengar kata-kata dari mulut anaknya yang selesa dipanggil Nur itu. Dia lalu menjeling memandang Nur. Tangan dia yang dari tadi rancak menghiris-hiris bawang dengan pisau itu dilepaskan seketika.

“Amboi-amboi! Kecik-kecik lagi dah gatal nak kahwin. Kau ingat, kahwin ni perkara main-main ke? Dengan siapa ni??!” Panjang lebar kata-kata Puan Katijah mengomel anak keduanya itu.

“Aik?? bukan ibu dan abah jugak ke yang nak jodohkan Nur dengan anak Puan Zarina tu?”
Bukannya jawapan yang diberi, pertanyaan pula yang dilontarkannya kembali. Nur mencebikkan mulutnya sekejap berserta dengan senyuman yang sukar ditafsir.

Puan Katijah seolah-olah tersentak juga dengan persoalan Nur kepadanya. Terkebil-kebil. Dahinya pula berkerut-kerut memandang Nur. Dia dah tahu ke? Agakya itulah yang bermain-main di benaknya sekarang.

“Nur tahu dari mana ni? Dia mula bertanya. Tangannya mula mencapai kembali pisau yang diletakan tadi untuk menghiris bawang yang masih banyak itu.
“Nur terdengar hari tu, abah dengan ibu tengah berbincang di beranda rumah.” Senyuman yang tidak putus dari Nur membuatkan ibunya memandang dia atas bawah. Dah kenapa budak ni? Puan Katijah mengerut dahi.

“Itu jodoh yang dirancang oleh abah dan Tuan Iskandar! Ibu tidak terlibat, dan ibu tidak setuju pun kamu dijodohkan! Puas hati?” tutur Puan Katijah mencebik mulut. Agaknya sudah meluat dengan gelagat anaknya itu.

'Erk!' Nur memuncungkan mulut. Dia tidak puas hati dengan kata-kata dari ibunya sebentar tadi.
“Haa, muncung-muncung mulut ni ada yang tak kena lah ni! Jangan mimpilah nak kahwin dalam umur 20 ni. Ibu dulu 25 baru terfikir nak kahwin tau!” bentak ibunya kembali cuba menyedarkan Nur.

“Ibuu nii~ orang nak kahwinlah. Masa ni lah sesuai nak kahwin tau. 20 tu sudah cukup baik ibu tahu?? haa~ nenek puan dulu pun masuk 18 sudah kahwin! Lagipunn, benda baik ibu, tak boleh banyak tangguh! ” Nur mengukir senyuman lebar dengan kata-kata yang diucap dari mulutnya.

“Memang Nur pandai, orang dulu tidak sama dengan zaman kamu..umur 17 tahun pun sudah tahu tanggungjawab. Tidak sekolah pun sudah tahu itu ini. Mengetam padi seorang-seorang pun tidak apa. Boleh hidup! Nur?? Diploma pun belum habis sudah berangan nak kahwin pula??!! sengaja Puan Katijah menyindir Nur agar menutup kembali buku angan-angan untuk berkahwin seawal ni. Jelingan mata tajam dilemparkan. Nur sekejap tersengih sekejap tersenyum tawar dengan olahan fakta tidak rasmi mengenai perbezaan zaman antara dia dengan neneknya.

'Kesitu pulak!' Bisik Nur kecil. Dia mengeluh panjang kala ini.

'Tahu takper!' Itulah yang berbisik di hati Puan Katijah pula sekarang ni.
“Skill apa yang Nur ada? Memasak?” Tanya Ibunya menambah.

“Nasi ayam!” jawab Nur spontan.

“Lauk?”

“Telur goreng kot” Nur sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Itu saja?? Ibu berani bagi tempoh seminggu saja, tong dram lah suami kau Nur oii~
belum lagi bab menjaga pakai makai dan jaga anak! Ibunya kini sudah menggelengkan kepala kiri kanan. Dia ingat, kacang kot benda kahwin ni?

“Ibu...” tambah muncung mulut si Nur.

“Dahlah tu Nur, jangan bermimpi nak kahwin. Habiskan dulu diploma tu, kemudian sambung degree! Lepas degree, dapat kerja barulah kahwin! Faham!? Putus Puan Katijah kepada anaknya.

“Ibu, lepas Nur kahwin nanti..Nur belajarlah semua tu. Nur janji, Nur akan jadi isteri dia dan anak ibu yang mithali!” Celah Nur spontan mengangguk-anggukan kepalanya.

“Dah cukuplah tu Nur!” kata ibunya masih dengan keputusan yang sama.

“Hemm yelah ibu, yelah!” Lalu Nur mengangkat kaki meninggalkan ibunya yang masih setia menghiris bawang. Bukan dia marah kepada ibunya soal ketidak setujuan kahwin tu. Tapi soal dia malu besar dek dikenakan Puan Katijah.

'Ini kerja Lyn, Intan dan Sofea lah ni! Paksa aku tanya ibu soal aku dengan anak Puan Zarina! Lelaki itupun aku tak kenal~ Dan boleh pulak aku terpengaruh sama nak kahwin macam diorang tu! Aish~ malu-malu! Mana aku nak letak muka lepas ni?? Aduh~'

“Aik?? tak nak tolong ibu hiris ni ke?! Soal ibunya separuh menjerit ke arah Nur yang sudah menghilang dari pandangannya.

“Nur! Nurul Istiqomah! Puan Katijah melaung nama Nur tetapi tiada sahutan.
“Haish! Budak ni, dia datang sembang semata-mata nak tanya soal kahwin ke?”

* * * *

Kaki Nur melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia baru sahaja mengambil air wudhu dari bilik mandi disebelah bilik kakaknya Nuri. Dia menyarungkan telekung berona hijau muda lalu melabuhkan punggung di birai katil menanti azan asar.

'Baik aku sms Intan kejap' getusnya seraya mencari-cari telefon bimbitnya di kocek beg sandang.Senyumannya melebar tatkala memegang objek itu. Jarinya kini mula menekan butang-butang
telefon.

Salam Intan, makluman..plan korang dah failed totally! Aku yang malu besar tahu!”

Aik? Ni mesti kau tak tanya baik2 ni dekat ibu engkau kan!” Jawab Intan di peti simpanan telefon Nur. Dalam diam Nur mengakui kata-kata Intan.

Hem, takpelah..lupakan saja plan korang!” balas Nur lagi.
Aduh Nurul, kau janganlah putus asa..tinggal kau saja yang belum kahwin dalam group kitorang tahu! Lagipun kahwin awal ni ada baiknya, kau boleh elak maksiat dari berlelusa!”

Iyeee! Itu bagi korang, tapi aku takde bf langsung. Peluang aku nak buat maksiat tu zero tahu tak?!” balas dia kepada Intan.

Amboi2, yakin sangat kau. Kan kau dah ada jodoh aturan dari keluarga kau?? ambil peluanglah!”
Menggeleng Nur sekejap dengan jawapan Intan. Dia ingat senang nak kahwin? Ibu aku pun tak setuju dengan rancangan abah tu. Hati Nur tidak habis-habis bermonolog.

Atau pun beginilah, kau goda anak Puan Zarina tu..bolehlah korang cepat2 kahwin!”

Molek sangat lah tu! Kau ni, baru saja cakap soal nak elak maksiat..ni nak buat maksiat pula?? eh, nantilah aku fikir balik.. aku nak solat ni. Oh ya, baby dah okey?” tanya Nur tiba-tiba menukar topik perbualan.

Baby Shira dah okey..biasalah demam budak nak belajar benda baru~” Intan membalas.
'Rasa rindu pula dengan baby Shira tu~' bisik Nur kecil. Rasa rindu diselang selikan rasa cemburu melihat kebahagiaan teman-teman lain mendatang. Dia mengabaikan sahaja mesej dari Intan. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja solek lalu menghampiri sejadah yang terlipat kemas si almari baju. Pantas sahaja tangannya membentangkan sejadah itu. Seterusnya dia melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya sebagai seorang yang beriman kepada Allah S.W.T.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers