Friday 14 June 2013

Awak, Saya Sayang Sangat-Sangat! 2



Setelah dua hari Nur menyatakan hasrat dia ingin berkahwin dengan lelaki pilihan abahnya, akhirnya berita itu sampai ke pengetahuan Haji Bahar. Abah Nur begitu gembira dengan keputusan anaknya menerima jodoh di antara dia dan anak Tuan Iskandar. Rupa-rupanya, ibu Nur sengaja menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan suaminya. Dengan harapan, suaminya dan tuan Iskandar melupakan sahaja niat untuk menjodohkan anak mereka berdua.

Abang sudah nekad nak menikahkan mereka berdua ke?” Tanya Puan Katijah dengan nada mendatar. Sedikit keluhan darinya. Dia menyandarkan badan ke dinding katil sambil membetul-betulkan selimut yang hanya tersarung di hujung kaki.
Nur masih muda bang, baru dua puluh tahun!” Sambungnya lagi mempertahankan keputusannya sebelum ni.

Tijah jangan risaulah, abang yakin dengan anak kita, Nur tu!” tuturnya membalas pertanyaan isterinya.
Lagipun Tijah, abang sudah berjanji dengan Tuan Iskandar pasal perkara ni. Nanti apa pula yang dikatanya kalau abang tiba-tiba membatalkan janji kami..” seraya Haji Bahar melabuhkan punggung di sisi isterinya. Sejurus itu, dia mengenggam jemari isteri untuk berkongsi keyakinan terhadap perkara itu. Dia tahu, isterinya itu begitu risau dengan masa depan anak kedua mereka.

Abang ni, macam yakin sangat dekat Nur tu! Lainlah kalau kakaknya si Nuri..” kegusaran hati Puan Katijah masih belum terpadam. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu fikir langsung pasal ni. Sesak nafas!

Hemm, awak ni...kenapa pula nak samakan Nur dengan Nuri? Kan Nuri tu sudah lama berkahwin dengan pilihan dia sendiri?? Dah ada anak seorang pun.” dahi Haji Bahar berkerut memandang isterinya.

Bukannya apa bang, Tijah maksudkan ni pasal umur mereka tu lah. Kalau umur Nur tu sama dengan kakaknya Nuri, legalah juga hati ni bang..” dia sudah menundukkan muka ke arah genggaman tangan suaminya itu.

Perempuan Tijah, cepat matang. Jangan risau sangat dengan Nur tu, bukannya Nur tu tidak matang pun kan? Cuma skil memasak tu saja yang dia kurang. Awak ajar-ajarlah dia..insyaAllah, pandai jugak Nur tu nanti!” Haji bahar mengukir senyum tatkala terbayang anaknya itu hebat memasak seperti isterinya.

Si Firdaus tu, baik orangnya Tijah..memang abang sendiri pun hendak sangat jadikan dia menantu kita..umur pun sudah masuk dua puluh lapan. Sedang elok sangatlah tu!” tambah Haji Bahar lagi.

Hemmm, dia memang baik bang, tapi baik dia tu tak semestinya baik pada Nur. Tapi mana-mana abang lah. Kalau abang sudah cakap macam tu..Tijah akur saja.”
'Nur, Nur! Kau pun satu. Macam mana pula kau boleh terfikir untuk setuju?' hati Puan Katijah berbisik kecil.

Macam tu lah isteri abang, sokong keputusan suami!” ketika itu isterinya sudah menarik selimut membaringkan diri ke sebelah kiri. Merajuklah tu! Haji Bahar yang sedar dengan gelagat isterinya itu sedikit tertawa seraya menggelengkan kepala.

* * *

Pagi yang indah, Nur sedikit berlari menuruni anak tangga. Apa tidak, dia sudah agak lewat ke kuliahnya. Kereta Intan sudah beberapa minit terparkir di hadapan rumah setia menunggu ketibaan Nur.

Ibu, Nur pergi dulu ya!” Kata Nur terus menyalami ibunya yang berada di dapur. Tengah sediakan sarapan agaknya.

Aik? Sarapan tak nak ke? Soal ibunya.

Nur dah tak sempat dah ni ibu, ada kerja sikit awal pagi ni” Jawab Nur kepada ibunya yang masih terkebil-kebil memandangnya.

Aa, yelah..hati-hati yer” ujar ibunya sempat berpesan sebelum Nur menghilang di sebalik pintu.

Nur terus memakai kasut bertumit dua inci itu disepadankan dengan baju kurung modennya berona coklat. Langkah kaki sudah dipercepatkan menuju ke kereta Intan yang terparkir di bahu jalan.

Amboi Nur oi~ awal sangat kau hari ini?” tutur Intan sebaik Nur membuka pintu bahagian penumpang depan. Nur tersengih memandang wajah Intan.

Sorrylah, aku lewat bangun tadi! Yelah, siapkan assignment semalam. Aku nak cepat siapkan, final exam kan dah nak dekat. Sempat aku ulangkaji banyak nanti” ujar Nur memberi penerangan. Intan menggelengkan kepalanya. Nur membetulkan kedudukannya kemudian menarik tali pinggang keledar di sebelah kiri dia.

Banyaklah alasan kau! Jangan-jangan dibuai mimpi dek kerana hari bahagia tu kot” Nada intan terhenti-henti menuturkan kata-kata menahan tawa.

Mata Nur terbuntang luas. Boleh dia kenakan aku? Bisik dia.
Aish, jalan lah! Kesitu pulak. Dahlah ibu habis-habisan hentam aku tempoh hari..!” Nur menjeling tajam. Geram agaknya.


Ishhh gurau jer lah!” intan menoleh kepada Nur temannya sekilas. Tawanya masih sukar dihilangkan. Tidak lama kemudian keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

* * *

BUBPPP!!” 'Aduhh benda apa yang aku langgar ni?' Nur yang sudah jatuh terduduk itu memandang kepada sepasang kaki yang berada di hadapannya. Muka dia pula perlahan-lahan didongakkan.

'Subhanallah' mata Nur membulat.



Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers