Wednesday 19 June 2013

Awak, Saya Sayang Sangat-Sangat! 3


'Lelaki aku langgar??' getus hatinya.
“Awak ni, tengok-tengoklah depan sikit cik. Nasib baik terlanggar dekat orang..kalau masuk longkang macam mana?” tutur seorang lelaki yang berada di hadapan Nur sekarang. Nur terkebil-kebil memandang lelaki tersebut.
'Huh...pagi-pagi lagi dah dengar ceramah free. Sakit, berdesing telinga ni! Tapi memang salah aku juga..' Keluh Nur Seraya berdiri membetul-betulkan bajunya.
“Maaflah..saya tak nampak tadi.” kata Nur senada. Lelaki itu menggelengkan kepala.
“Lagipun saya bukan sengaja! Minta maaf ye! Saya nak cepat ni.” Ujar Nur tanpa memandang pada wajah lelaki tersebut. Kerana hendak cepat, Nur berlalu meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu terkulat-kulat sempat menggaru kepalanya yang tidak gatal. Agaknya pelik memandang perempuan tadi.
'Ni lah orang sekarang, masalah dia saja yang dia nampak..masalah aku?' bisik lelaki itu separuh mengeluh.
'Habis fail projek aku.' bisiknya lagi. Tanpa berlengah dia memungut kembali kertas-kertas yang bertabur.

Bab 3

Jay sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Mindanya begitu rungsing sekarang ni memikirkan beberapa perkara. Sememangnya keputusan ayahnya, Tuan Iskandar menjodohkan dia dengan anak teman baiknya sangat memeranjat dia. Bukannya ayah tidak tahu aku sudah ada teman wanita! Itulah yang bermain benaknya. Biliknya yang agak luas terasa sempit. Apa aku nak cakap dengan Azra nanti?

“Tok! Tok! Tok!” pintu biliknya diketuk dari luar. Dia terus meluru ke arah pintu bilik untuk memusingkan tombol pintu. Sebaik dibuka, Mak Mah sudah tercegat dimuka pintu.

“Kenapa ye Mak Mah?” Jay cuba bertanya. Keningnya terangkat seketika.
“Ayah panggil tu..Dekat ruang tamu..ada hal nak bincang katanya” Kata Mak Mah.
Jay mengangkat bahu seketika. Mengeluh panjang dia. Agaknya sudah dapat mengagak apa yang bakal dibincangkan.
Mak Mah kemudian menuruni tangga dibuntuti Jay dari belakang. Sebenarnya Mak Mah adalah pembantu rumah mereka sekeluarga. Namun oleh kerana sudah terbiasa dan lebih berumur dari kalangan mereka panggilan Mak Mah lebih sesuai.

Setelah muncul diruang tamu, Jay terus melabuhkan punggungnya di atas sofa seraya menyandarkan diri. Rancangan tv yang dipasang oleh suami isteri itu kelihatan tidak menarik perhatian dia. Mak Mah pula sudah hilang entah kemana.

“Ayah harap Jay tidak ambil hati dengan keputusan ayah dan mama tempoh hari” Ujar Tuan Iskandar tiba-tiba memulakan bicara. Tangan dia pula mencapai segelas kopi O yang terletak di meja kaca dihadapan mereka. Puan Zarina sudah tersenyum memandang anaknya. Jay terkebil-kebil sekejap. Aku kena luahkan apa yang terbuku! Desis hatinya.

“Ayah, mama...” dia membetulkan kedudukan agar selesa bercakap dengan orang tua tersebut. Kedua orang tuanya terus memandang menanti kata-kata dari dia.

“Ayah dan mama tahu kan Jay dah ada Azra? Pleaselah mama..ayah..” riak muka Jay sudah kelihatan diminta belas eshan dari Puan Zarina Dan Tuan Iskandar. Lelaki lebih separuh umur di sebelah Jay sudah menggelengkan kepalanya.

“Kalau dengan Azra, bila kamu nak nikah Jay? Dia sendiri yang kata dengan kamu kan, belum tentu dia akan berkahwin dengan Jay? Dia lebih pentingkan karier dia dari kamu sendiri! Tegas Tuan Iskandar kepada Jay. Tajam pandangan dia kepada anaknya. Terkedu Puan Zarina sekejap dengan kata-kata suaminya. Dia pantas menyiku suaminya agar merendahkan sedikit nada.

“Tapi ayah..Jay dah janji dengan dia” jawab Jay menambah lagi.
“Yaa, kamu tu yang berjanji..dia pula tak janji dan jamin nak berkahwin!” celah Tuan Iskandar memotong ayat anaknya. Dia agak bengang dengan jawapan anaknya yang sungguh-sungguh mempertahankan Azra seperti sebelum ini. Janji sebelah pihak, hujung-hujung habuk pun tiada! Agaknya itu di fikiran Tuan Iskandar sekarang.

Jay termenung. Memori suka duka bersama Azra mula mewarna.
“Ayah nak, kali ini Jay ikutlah kehendak ayah dan mama!” putus Tuan Iskandar tanpa memandang riak wajah Jay. Dia lalu meninggalkan Jay untuk memberi laluan kepada isterinya pula untuk memujuk. Strategi suami isteri!

Puan Zarina terus menghampiri Jay yang sudah menghempaskan badan di sofa. Berkerut dahi anaknya itu dengan tindakan ayahnya sebentar tadi. Tiada peluang langsung membela diri! Desisnya.

“Terimalah permintaan kami kali ini Jay” pujuk Puan Zarina kepada anaknya. Jay yang ketika itu berbaring, memandang tepat ke mata mamanya dalam-dalam tanpa kata.

“Tiga tahun Jay...tiga tahun ayah beri tempoh pada kamu berdua agar segera bernikah! Tapi jawapan dia macam tu juga, malah yang satu ni makin menjauh! Ujar Puan Zarina menambah. Dalam diam Jay mengakui kata-kata mama dia. Jay bangkit kembali dari berbaring dan duduk di sisi Puan Zarina dan kemudiannya mengangguk-angguk tanda setuju justru membuatkan Puan Zarina melebarkan senyuman.

“Alhamdulillah..”
Jay memandang mamanya cuba untuk mengukir senyuman.
“Minggu depan Jay jumpa dia ye!” pinta Puan Zarina lagi.
Serta merta riak wajah Jay berkerut. Pulak dah??
Share:

2 comments:

  1. Best cepatlah sambumg ya tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu InsyaAllah..dalam masa terdekat ni. Tapi xjanji pasal tg gigih siapkan short story skg ;) sabar eh..

      Delete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers