Google+ Followers

Monday, 26 August 2013

Suamiku 19 Tahun! 24



Sejak Shah balik dari Sabah, aku rasa dia berubah sangat. Dia buat acuh tak acuh dekat aku...

Dia merajuk dekat aku ke pasal mesej tidak berbalas tu?? tiada mood memasak pulak hari ini. Tangan aku bekerja, tapi hati aku dekat tempat lain! Silap hari bulan, terpotong jari aku ni~ Selalunya dia tolong aku hiris bawang. Siang ikan ke..siang sayur ke..ni tak. Dia memerap jer dekat bilik sebelah tu. Haish! Rasa sunyi..

Tiba-tiba jari aku terhenti saat menghiris bawang merah. Agaknya ada tips-tips tak? Aku mendapat satu idea. Selepas membuat air milo, aku tinggalkan kerja memasak sebentar kemudian cepat-cepat melangkah naik ke atas. Nasib baik masih awal nak masak. Jam di dinding menunjukkan baru pukul 10 pagi.
Sebelum masuk ke bilik, aku intai dia sekejap. Masih dengan kertas kerja dia! Fuh..nak tegur, dia kata jangan ganggu dia. Sibuk katanya! Tapi, kalau sibuk..tak kanlah sampai lansung tak nak bercakap dengan aku?? huhuh
Okey takpe..

***

“Cara-cara memujuk suami” aku taip perkataan tu di google search engine. Kalau aku nak minta pendapat dari Fatin, kantoilah aku yang aku nak pujuk dia! Eishh tak naklah. Kak Fiza? Lagilah aku tak nak! Baiklah..usaha sendiri!

Satu, “MEMAKAI PAKAIAN SEKSI KETIKA SUAMI BERADA DI RUMAH!”
Hampir nak tercekik anak tekak aku dengan air milo tadi. Apa tidak, tips ni bukan untuk memujuk suami, ini untuk menggoda suami! Haihh~ bukan ini yang aku nak. Huhuhu

Laman sesawang apalah yang aku buka ni? Isk

Setelah lama mencari, baru aku jumpa satu web. Setelah siap menyenaraikan apa-apa tips yang perlu, aku terus tutup laptop. Strategy on the way! Hoho~ Rancangan belum dilaksanakan, namun minda aku sudah membayangkan ianya berjaya. Apa lah~

Tiba-tiba, telefon aku berlagu nyaring. Sebaik melihat nama yang tertera, jari aku cepat-cepat menekan butang hijau.

“Assalamualaikum Kak..” aku menyambut dengan salam.

“Waalaikumsalam..akak ni” aku mengangguk-angguk. Dah aku tahu dia yang call.

“Kakak nak tidur di rumah Ika 3 hari! Boleh kan? Ala..kak minta tolong ni, abang Ijat outstation 3 hari. 

Akak takut tinggal sorang dekat rumah sekarang ni. Farish pula masih kecik lagi. Banyak kes rompakan!” pinta dia. Ala...habis tu plan aku macam mana? Huhu

“Ermm...” aku berfikir sejenak.

“Boleh..tapi Ika kena tanya Shah dulu” balas aku pula.

“yelah, nanti beritahu akak yer!”

“Okey..jap lagi Ika sms”

Selepas memberi salam, Kak fiza menutup talian telefon. Aku sandarkan tubuh ke kerusi. Kepala didongakan ke atas sementara kuku jari di gigit sama rentak mengisi kekusutan fikiran. Uwaaaaaa! Macam mana aku nak laksanakan rancangan aku kalau kak Fiza ada?? aku cuma ada 3 hari jer! Hari selasa ni sudah mula bekerja. Nasib baik jugak, hari isnin sekolah cuti peristiwa. Iskk..bingung, kusut!


* * *

“Tok! Tok! Tok!” aku ketuk pintu bilik sebelah. Aku selak sedikit dan hanya memasukkan kepala aku sahaja. hihi

“Boleh saya masuk kejap?” tersengih aku meminta izin.

“Erm..masuklah” tanpa riak sepintas lalu dia toleh aku. Tiada perasaan? Aku membuka langkah menghampiri dia yang masih lagi kusyuk dengan kerjanya.

“Er..Tadi, kak Fiza call..dia nak tumpang tidur di sini 3 hari....boleh?” tanya aku.

“Boleh” balasnya sepatah tanpa pandang aku. Argghh dia ni dah kenapa? Nampaknya perang dunia ketiga lah ye? Tunggu!


OLEH  kerana kak Fiza lewat sampai semalam, kami semua terus tidur setelah kedatangan kak Fiza. Tapi aku tidak pula perasan jam berapa Shah tidur..Dia ada sapa aku semalam, tapi..itu pun hanya di depan kak Fiza.

Dari atas katil, aku leka melihat Shah tidur diatas tilam totonya. Aku seraya bangun dan melangkah terus menghampiri.sengaja aku labuhkan punggung di sisi dia. Lama aku tenung wajah itu..Jari aku mengusap lembut rambut hadapan dia..kemudian melalui wajahnya pula dan akhirnya ke pipi dia.

“Awak kenapa?” aku bersuara kecil.

“Awak tahu tak, saya rindu senyuman awak?” rasa sebak mencengkam hati. Baru kini aku sedar akan kehilangan dia. Kenapa sebelum ni aku tidak ‘nampak’ dia?

Belum habis aku berdrama, Shah tiba-tiba mencelik mata.

“Erkk!” bulat mata aku terkejut. Jantung kian berdegup kencang.

“Why?” soal dia berkerut dahi. Pandangan dia pelik terhadap aku.

“No...nothing!” cepat-cepat aku bangun dan keluar terus dari bilik sebelum dia tanya aku macam-macam. Laaa~ kenapa aku angkat kaki? Kan ini peluang aku nak pujuk dia???? Yelah, memanglah plan aku nak pujuk dia..tapi tadi, jantung ni aku rasa nak meloncat keluar! Strok pula aku nanti! Haih~ Tidak sudah-sudah aku bersoal jawab sendiri.

Jam di dinding sedang elok berada di angka nombor 8 pagi. Niat hati hendak masak sarapan. Tapi nak cek dulu, barang dapur di peti ais tu masih ada atau kosong.
Dalam perjalanan aku menuruni tangga rumah, aku terserempak dengan kak Fiza. Nampak macam tengah bersiap je.

“Akak nak kemana ni? Macam lawa jer?” aku bertanya dan tersenyum melihat kakak begitu sibuk berlari ke sana ke mari. Entah apa yang dicarinya.

“Akak ada hal hari ni. Ni pun baru saja sekolah call. Ada hal penting yang nak diselesaikan di sekolah.” Ujar kak Fiza mengeluh sekejap.

“Oh ya, boleh tolong akak?” ketika ini aku sudah menghampiri kak Fiza yang sedang menyusun fail kerja dia.

“Apa dia kak?” soal aku. Aku tertanya-tanya jugak, apa yang kak Fiza nak aku tolong dia.

“Tolong jaga Farish kejap boleh?” pintanya.

“Ala…akak kejap je. Tengah hari habislah kot urusan akak.” Aku sudah garu kepala. Dapat ke aku jaga si budak kecik yang memang tak nak aku tu???? Haihhh~

“Tapi kak, dia tak nangis ke kalau Ika yang jaga dia?” aku kerut dahi pandang kak Fiza. Kak Fiza terhenti sekejap dan toleh kepala dia pada aku.

“Laa..tolonglah akak yer!” dia sudah buat muka sepuluh sen.

“Yelah-yelah…yang penting drypers dan susu. Ada tak?” soal aku. Nak tak nak, aku terpaksa juga tolong dia.

“Ada..”


***

Sebaik kak Fiza berangkat ke sekolah dia, aku terus ke bilik tetamu menjenguk Farish yang masih tidur.
Hemm..masih tidur lagi. Lena sangat! Bolehlah aku mulakan plan aku! Yeehaaa…hihi
Aku menutup kembali pintu bilik. Cepat-cepat aku masuk ke bilik kami dan berpura-pura seperti tiada apa-apa berlaku.

Aik? Dia ni nak kemana ni??? Habislah plan aku! Aku terkebil-kebil melihat Shah yang sedang bersiap sedia seperti hendak keluar. Dia betul-betul boikot aku ke? Aku merintih…

“Er…awak nak kemana ni?” aku gagahkan diri bertanya. Seraya aku labuhkan punggung di birai katil sambil memerhatikan dia yang sedang menyikat rambut.

“Nak keluar” jawab dia ringkas. Mata dia masih tertumpu pada cermin di hadapan dia.

“Saya nak ikut! Boleh??” Tanya aku mengetap gigi. Aku lemparkan senyum paling lawa aku rasa. 
Hiks..manalah tahu dia tergoda. Eh bukan, terima permintaan aku. Alang-alang plan aku tak jadi hari ini, baik aku ikut plan dia.

“Boleh.” Jawab dia sepatah. Sepatah je? Geram aku. Aku cepat-cepat bersiap. Dia pula sudah turun ke bawah menunggu aku. Aku mengenakan baju kurung berona hijau moden. Dah lama aku tidak pakai baju ni. Tudung pula aku lebih suka dipadankan dengan hijau muda. Aku terhenti seketika. Aku seperti terlupa sesuatu.

“Oh my, Farish! Sikit lagi aku lupa. Berlarian aku ke bilik tetamu. Aku takut Shah tertunggu-tunggu pula. 
Aku pusingkan tombol pintu, aik? Shah sudah mendukung Farish.

“Kak Fiza kemana?” Tanya dia berkerut dahi.

“Kak Fiza ada hal dekat sekolah dia. Jadi Farish dia minta saya yang jaga.” Jelas aku.

“Habis tu, kalau Ika ikut Shah..siapa jaga Farish?” aku terkebil-kebil. Bawa dia lah! Jawab aku. Tapi dalam hati je lah…mana aku berani kata macam tu??

Dia berfikir sejenak. Aku pula, menjerit dalam hati. ‘BAWA”. hehe

“Takpe lah, kita bawa dia” ujar dia. Yahoo! Aku menjerit kegirangan. Itulah jawapan yang aku nak.
Kami sama-sama mengurus Farish. Aku mandikan Farish, dia pula pakaikan baju. Nampaknya, aku kena akui..Shah cekap mengurus anak kecil. Aku?? Nasib baiklah Farish tidak meragam. Kalau tak, habislah aku! Memujuk ni aku FAIL.

Setelah siap dan membawa semua keperluan Farish, kami terus masuk ke perut kereta sebaik mengunci pintu rumah. Aku letakkan Farish di riba aku memandangkan ‘baby car seat’ tiada. Aku Cuma berpesan pada Shah supaya berhati-hati. Bahaya tau bawa budak kecik tanpa ‘car seat’. Huhu..tapi aku buat jugak?? Isk..kau tu memang Ika.

Sempat aku menghantar mesej kepada kak Fiza yang aku bawa Farish jalan-jalan. Nasib baik kak Fiza setuju. Hehe

“Ika ada baju lain tak” dia tiba-tiba bersuara. Baru aku perasan, dia dari tadi pandang aku dengan pandangan yang susah aku tafsir.

“Ada” jawab aku ringkas. Aku buang pandangan aku kepada Farish yang leka bermain kereta mainan di ‘dashboard’ kereta milik Shah.

“Tukar la kejap” sambung dia lagi.

“Kenapa pulak?” aku bertanya pelik.

“You’re too gorgeous!” nahhh~ plan pertama aku Berjaya. Hehehhe

“Takpe la..kan baik berhias untuk suami” sengaja aku kenakan dia.

“But….you turn me on! Boleh???”

“Gulp!!” aku buntang mata. Aduhhh~ sesak nafas aku.

“Dan lagi satu, berhias untuk suami bukan didepan public..hanya di rumah. Hanya suami yang nampak” keras dan tegas ayat itu keluar dari mulut dia. Sudahhh~ aku dah kena sebiji di pagi nan mulia ni.

“Okey..” sempat aku muncungkan mulut semasa keluar dari kereta.


“Lain yang aku nak, lain yang aku dapat.” Mengeluh panjang aku dibuatnya. Aku cepat-cepat menukar pakaian pada baju kurung biasa. Dah itu kemahuan Shah. Aku turutkan je.

P/s: Nampaknya entry kali ini ada part 2 ;). tunggu ya. Semoga terhibur! tq

6 comments: