Assalamualaikum..sebenarnya tak ada idea apa lagi yang nak diupdate pasal novel S19T. Hanya ni je yang termampu setakat ni. Saya sambung teaser yang dah di 'end' kan tempoh hari...hihi . Tapi ini yang very end la kononnya ( sy tahu la...ada yang dah boring T_T Sorry!). Tak nak sambung-sambung lagi...kalau nak buat selingan pun lepas ni. Nak buat benda lain pula...mudah-mudahan ada idealah ye?
Teaser 5
Satu demi satu anak hujan jatuh ke wajah aku. Aku
dah agak dah dari tadi tadi, malam ni pasti hujan. Ceh! Entah kenapa dari tadi
aku tak dapat tidur… sedangkan dia? Sambil memikirkan tentangnya, aku menoleh
ke belakang merenung dia yang lena dibuai mimpi. Aku kembali ke tent bila hujan makin lebat. Fuh~ baju
hampir basah! Aku kembali keluarkan kepala ke luar. Suasana riuh sekejap
apabila pengunjung-pengunjung yang turut sama berkhemah di situ berpindah ke
Chalet yang disediakan khas apabila berlaku situasi sebegini.
“Shah…hujan.”
Aku kejutkan dia.
“Shah…hujan ni. Jom
pindah ke Chalet.” Tubuhnya aku gerak-gerakan. Bukan apa, dia ni dah macam
tidur mati pula. Macam mana dia boleh tidur nyenyak ek? Macam dah ke bulan
gamaknya…
“Shah…”
“Em?” Matanya perlahan-lahan
dicelikkan dan cuba mengamat-amati aku.
“Hujan. Jom pindah ke
Chalet…” ajak aku terus bangun lalu mencapai lampu suluh dan barang-barang
penting. Dia pula dalam masih layan mengantuknya, sempat juga dia sangkutkan
beg ke bahu. Geli hati pula menengoknya. Shah~ Shah~ macam budak kecik. Dalam
hujan lebat, aku dan dia berlari anak menuju ke Chalet yang berada tidak jauh
dari tempat kami berkhemah. Kunci dia keluarkan dari anak beg lalu dimasukkan
ke lubang kunci. Tombol pintu dipulas. Setelah dia, giliran aku pula masuk ke
dalam. Dia terus hempaskan tubuh ke atas katil. Aku pula masuk terus ke bilik
mandi. Apa tak, baju aku basah ni ha~
Garu kepala. Aku ada
lagi tak baju spare ek? Macam takde…
ni dia punya pasal lah ni. Manalah aku bawa baju ganti? Camping tak dirancang
ni bukan plan aku! kalau aku yang plan ke atau sama-sama plan ke…ada juga aku prepare untuk camping ni.
“Shah… awak ada baju spare tak?” Tanya aku sambil
mengeluarkan kepala ke luar melihatnya. Kepalanya diangkat berat dan menoleh ke
arah aku.
“Baju saya basah…”
jelas aku sambil bibir bawah aku ketap. Malu! Formal sangat pula aku pada dia
malam ni. Aku tengok dia, nampaknya bukan saja aku, dia pun cool je hari ni. Biasanya normal personality dia, banyak kacau aku. Oh
aku tahu..sebab dia mengantuk!
Dia bangun. Langkah
beratnya di pandu ke arah beg. Sementara menunggu, aku mencuci muka di dalam.
“Nah…” hulurnya dengan
wajah yang masih mengantuk. Baju itu aku ambil.
“Hemmm…tidur baliklah~”
tuturnya tanpa menunggu tindak balas dari aku. Kononnya mengantuk sangat lah
tu! Apa-apa jelah Shah oi~ kita ni nak pakai baju. Nak tidur, tidur jelah. Yang
penting jangan kacau aku sudah~
Dah siap mandi, tangan belek baju. Aik? Terambil
baju orang ke apa dia ni? Biar betul….tak kan pula aku nak pakai baju ni. Turun
gred aku dibuatnya. Tch! Ni mesti sengaja nak kenakan aku ni. Bertuah punya
Shah. Dia ingat aku akan termakan perangkap dia? Cih! Terima kasih jelah~
Dalam
ucap terima kasih yang tak ikhlas aku tu, terpaksa jugak aku pakai baju ni.
Yelah, tak kan aku nak keluar berkemban pula? Tengah pakai baju, kepala sibuk
mengomel. Huhu~…kenapalah aku tak perasan tadi masa dia hulur baju dekat aku?
Selesai
pakai baju, aku keluar.
“Hahahaha!”
mahunya aku tak terkejut, dia yang tidur baik punya tadi gelakkan aku!? aku
hanya mampu ketap bibir bawah geram dengan tindakan dia. Dia berdiri sambil
jari telunjuknya menggaru-garu dagu tanda menilai baju yang aku pakai.
“Heh!
Tak sangka pula baju sekolah tu masih padan untuk Ika…” tuturnya senyum diselang
selikan dengan tawa kecil. Fuh! Ya Allah…geram tak geram dia cakap macam tu. Takpe,
coooool down!!
“Sesuai
ke?” tanya aku tenang. Padahal hati aku ni…bengkak je rasanya. Pedih je.. Dia
ni tak faham perasaan aku ke…? Dahlah ‘cuti’ aku jadi huru-hara oleh dia…
“Perfectly…!” sebutnya mengangguk-angguk
tersenyum lebar. Macamlah aku suka betul dengan jawapan tu. Aku capai tuala
mandi yang terjemur di kerusi justeru melabuhkan punggung di hujung katil
membelakangi dia. Tangan lemah menggosok-gosok rambut yang basah. Mungkin sedar
aku tiba-tiba diam, dia mendekati aku lalu duduk di sebelah aku.
“Ika
marah Shah eh?” soalnya lembut sambil jemarinya mengambil alih tugas tangan aku
mengeringkan rambut.
“Tak…kecik
hati je..” tangan dia tiba-tiba berhenti sementara aku pula baru sedar. Haish! Apasal aku luahkan rasa hati aku pada
diaaa?? Kepala aku perlahan-lahan ditoleh kepada dia. Dia senyum?? Lupa sekejap
pada kecuaian tadi dek tenggelam dengan rasa pelik aku pada orang yang bernama
Shah Imadi.
“Kecik hati sebab apa ye?” soalnya masih senyum sambil tangannya
meneruskan kembali kerja tadi.
“Takde
pape…” Cis! Patutnya dia terkesan ke…sedar
ke bila aku dah terlepas perasaan aku
pada dia. Ni tak, dia buat macam takde
pape je…orang kata, tiada perasaan!
“Shah
minta maaf seandainya Ika kecik hati sebab baju ni… Akibat kelam-kabut kejar
masa nak sampai lebih awal dari Ika pagi tempoh hari, Shah lupa bawa baju Ika.
Baju sekolah tu pun Shah dapat bersama-sama barang-barang yang Ika pesan dari
Kak Fiza. Shah belum sempat bawa masuk ke rumah…” Alamak…barang lama aku tuuu~ tepuk dahi lagi. Kak Fiza ni pun…kenapa beri
barang aku pada Shah pula? Shah dah buka pula tu. Habislah aku kalau Shah tanya
macam-macam pasal barang aku tu. Ingat nak bakar beberapa benda dalam tu…
“Ika
masih marah Shah sebab baju tu?” tanya dia tenang.
“Tak
marah.” Balas aku senyum paksa. Spoil
betul! Patutnya aku tengah kecik hati sekarang ni. Tapi memandangkan Kak Fiza
bagi barang aku pada dia, aku tak jadi kecik hati. Yelah sekarang ni, aku lebih
takut ditanya pasal apa-apa je yang berkaitan barang tu!!
Melihat
reaksi aku, dia tersenyum lebar. Tuala yang dipegangnya tadi dijemurkan. Tidak
kembali ke kedudukannya tadi, kini berdiri pula di hadapan aku sambil
menyandarkan tubuh ke meja solekan.
“Hemm…bila
Shah tengok Ika berpakaian macam ni, nampaknya Ika terpaksa akui kita memang pasangan
yang sepadan. Bagai pinang dibelah dua gitu…hihihi!” Haih sudah~ Yakin pula tu~
“Tch!
Mengada-ngada betul.” Dari atas dan kebawah mata aku tengok dia.
“Yelah…Ika
macam budak sekolah je kalau pakai macam ni…hehe..” Bahagianya senyuman dia. Sampai
hilang macho dia sebab gelakkan aku. Adakah patut dia cakap macam tu?
“Ika
ingat tak masa first time masuk kelas
Shah dulu? Dia orang ingatkan Ika budak sekolah entah dari masa sesat masuk
kelas kami. Kebetulan masa tu pun ada pertandingan melibatkan sekolah-sekolah
lain…” tuturnya dengan riak serius kerana mungkin ingin menyakinkan aku bahawa
kata-katanya tadi itu benar.
“Yeke…?”
balas aku dalam diam mengakui kata-katanya. Ini turut mengingatkan aku kembali
tentang perkhemahan pengakap peringkat daerah suatu ketika dahulu. Haih! Memang
seram. Menggeleng tidak sengaja kepala aku dibuatnya.
“Kenapa…tak
percaya? Tak setuju? Tak sependapat dengan Shah?” Soal dia banyak kali kerana sudah
salah tafsir pada gelengan kepala aku. Rasa macam movie yang kena ‘pause’, aku
angkat muka tengok dia. Banyak cakap pula dia malam ni ye?
“Shah
Imadi…!” Aku sebut nama penuh itu dengan jelas dan serius.
“Yes?” Balasnya pantas.
“Saya
nak tidur! Okay? Selamat malam!” Kata aku cepat menyelimutkan seluruh tubuh
dengan conforter tebal yang
dibekalkan. Ikut hati tadi nak suruh dia berhenti bercakap… Tapi oleh kerana
tahu memang dia tak kenal apa itu ‘berhenti’, baik aku je yang berhenti dan
tidur. Heheh!
“What?? Ika…pleaselah, temankanlah Shah kejap. Tak dapat tidur ni…” kedengaran resah
bercampur bengang suaranya. Awak sedap tidur tadi, bila bangun memanglah mata tak nak tutup dah…akhirnya
jadilah mata burung hantu malam ni~ hehe!
“Lusa
kerja…” degil aku enggan membuka conforter.
Aku tunggu jugak apa dia nak cakap
lepas ni…tapi tak pula dia bersuara. Hanya aliran air paip yang kedengaran.
Mandi ke? Lepas tu senyap balik. Suasana bertukar gelap tiba-tiba. Ye, dia
matikan lampu. Haih? Tadi kata tak dapat tidur? Rupanya alasan je supaya aku layan mulut tiada insuran
dia. Niat nak sakat dia, aku tunggu dia naik ke katil sebelah tapi tak dengar satu
tapak kaki pun dekat situ. Rasa ingin tahu apa dia sedang buat, perlahan-lahan
aku buka conforter separuh kepala. Cukup sehingga mata aku boleh lihat dia.
Dalam samar, hati rasa disentap…dicuit rasa malu…rasa segan…
Dia
yang aku lemparkan tuduhan tidak berasas tadi rupanya sedang bersedia untuk
menyembah dan memperhambakan diri kepada Maha Pencipta yang Agung. Sedang aku
pula? Huhu~ … Diluar sedarnya aku bangun mendekati dia justeru menyebabkannya terkejut besar. Macam nampak hantu aku je. Huhu…
“Solat
sunat eh? Kalau nak solat, kenapa off
lampu?” tanya aku sambil kaki dipandu menuju ke suis lampu lalu menghidupkannya
kembali.
“Er…takut
menganggu Ika…” jawabnya terpinga-pinga dan terkulat-kulat cuba mencapai maksud
situasi sekarang.
“Takpe…tak
menganggu pun…”
“Ohh…”
hanya itu yang terbit dari bibirnya. Rasa segan meneruskan niatnya tadi, seperti aku dia juga kaku berdiri.. buat
seketika, mulut kami seperti digam..tidak tahu apa yang nak cakap apa lagi. Dia, agaknya terlalu terkejut dengan aku tadi kut? Aku pula? Dua hati meluahkan hasrat..
“Erm….saya
join awak boleh?” Segan tak payah cakap. Sampai mengigit bibir..huhu
“Ohh…okay..” tuturnya dengan mata yang dipejam, sementara tangannya pula disentuh ke kening sambil mengukir senyuman bermakna. Tingkahnya itu buat mata aku mengamatinya..
“Saya
ambil air wudhu sekejap…?” Kata aku sambil menghalakan kedua-dua jari telunjuk ke
arah bilik air namun mata masih tetap tidak mahu lari dari wajah itu. Apabila dia menghentikan tingkah itu, barulah pandangan aku putus darinya. Fuh~ Malu sekejap..huhu.
“Emm..”
balasnya tunduk senyum mengigit bibir bawahnya. Tidak melambat-lambat masa,
kaki aku melangkah menuju ke bilik mandi sambil kepala melayang…senyuman itu tadi...buat aku teringat-ingat tentangnya...
ps: kepala mcm jem sekejap buat teaser ni. kenapa eh? sebab jerebu ke apa? hemmm....takde kaitan kut....