Thursday, 16 April 2015

Suamiku 19 Tahun! ( Suatu Kisah Di Kem Program Kepimpinan Gabungan Pengawas-Pengawas Sekolah ) Part 3

Posted by Syau Qah at 22:53

Part Three

Hari Ke-3

Kenapa aku rasa macam nak pusing je ke tempat tadi? Kepala aku dipaling ke arah tiga orang pelajar lelaki yang tidak jauh dari tempat aku berhenti. Aku ketap bibir bersoal jawab di dalam hati. Perlu ke? Kepala digeleng beberapa kali. Tak perlu! Tak perlu! 

Tak perlu? Tapi kaki aku dah terpacak dekat sini dah. Hehe…baiklah, aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku memang penyibuk jugak orangnya.

Aku ambil tempat disebalik pokok sebesar satu pelukan untuk menyembunyikan diri. Haih! Memang kau kepochi Ika. What to do? Topik bualan mereka tadi berjaya memancing telinga aku! Haha!

“Aku dengar, kau dah kahwin. Betul?” soal pelajar lelaki berbaju kuning itu di hadapan Shah. Amboi? Terkejut juga sebab perihal kahwin Shah pula yang ditanya. Masa aku lalu tadi bukan topik ini. Terkebil-kebil mata aku dengan soalan itu. Aku kenal pelajar yang baju kuning tu. Fadhli namanya. Teman sebelah meja Shah dulu. Shah yang tengah duduk di sebatang pokok tumbang memeluk tubuh bersama-sama beberapa helaian kertas putih sambil berfikir-fikir. Aik? Sempat fikir lagi? 

“Betul.” Jawab Shah. Ada keyakinan pada riak wajahnya. Aku yang mengharapkan jawapan sebaliknya menepuk dahi. Tiga sekawan itu tertawa saat itu juga.

“I thought it’s just another joke from Has.” Nah keluar ayat English dari pelajar yang berbaju hijau pula. Sekali lagi mereka bertiga tertawa. Cih! Akhirnya keluar juga perangai childish awak ye Shah..

“Sigh! Do you thought, I could put my marriage into a joke?” Shah bersuara kembali dengan dahi yang dikerut memandang Fadhli. Tangannya kini menggolong helaian kertas itu perlahan-lahan. Mata aku tidak senyap dari memerhatikan wajah Shah ketika ini. Tangan aku dipeluk ke tubuh, kepala setia dipaling, manakala dahi dikerut. Erm… dia seperti berfikir-fikir. Mesti ada sesuatu yang dia nak cakap pada dua orang teman dia tu.

Agreed!” Fadhli kali ini bersuara pendek.

“So..dia adalah yang tempoh hari?” Soal Fadhli kembali. Shah tidak menjawab secara lisan. Hanya anggukan kepalanya. Eh? Jap. Jadi Shah pernah kongsi tentang aku pada temannya sebelum ni? Jadi dia orang kenal isteri Shah ke apa??? Aduhhh~ aku rasa nak terkam je si Shah sekarang ni. Argghh!

“But it’s not as planned. I had no choice but to forced her into marriage..”

“O.M.G. That's ridiculous! Apasal? Dia tak nak?” ya Allah. Aku dah terbayangkan ini adalah sebuah perbincangan dikalangan lelaki-lelaki dewasa! Jangan-jangan dia orang ni terperangkap di badan budak umur 19 tahun ye tak? Rasa seperti dihumban dan lemas ke lautan topik bicara mereka!

“Bukan tak nak tapi sebab ada sesuatu yang berlaku…” jawab Shah tiba-tiba serius. Aik? sesuatu yang berlaku? Aku cuba mengingat-ingat pada beberapa perkara. Tapi…macam takde je…

“Apa dia??” dua orang teman Shah tiba-tiba maju ke depannya inginkan penjelasan. Serius je muka dua orang tu. Aku nampak Fadhli seperti berkata mengenai sesuatu tapi aku tak dengar lah pula. Gerak mulut dia je yang aku nampak. 

What??” Shah tiba-tiba dilihat bengang dan terkejut.

“Kau orang ingat aku ni macam kuda ke nak buat future wife aku masa tu macam tu?” soalnya geram. Satu demi satu lengan temannya dilibas menggunakan golongan kertas itu tadi. Fadhli dan pelajar berbaju warna hijau itu ketawa berdekah-dekah sambil berlari anak mengelak diri dari Shah.

So apa yang berlaku?” Fadhli kembali menyoal. Saat ini rata mata Shah memandang tepat pada mata temannya.

“Haih! Lagi lama aku layan kau orang berdua, lagi banyak persen IQ aku jatuh tahu tak? Dahlah. Aku ada kerja nak disiapkan.” Kata Shah sudah berdiri mula meninggalkan kedua orang temannya. 

“Oh no! I’m dying to know~” sambil berpura-pura nangis, Fadhli sengaja memeluk temannya yang berbaju hijau.

“Please don’t die.” temannya itu layankan je dengan menepuk-nepuk belakang tubuh Fadhli sambil ketawa. Sekejap je Shah pusingkan badan melihat kedua temannya lalu besarkan langkah kembali meninggalkan mereka dengan gelengan kepala.

“Oi Shah! Tunggulah.” Masih dalam tawa Fadhli dan temannya berlari anak membuntuti jejak langkah Shah. 

Bukan je Shah, aku pun turut menggeleng kepala melihat Fadhli dan teman berbaju hijau itu dengan perangai keanak-anakkan mereka. Tapi pelik…apa maksud Shah ye? Sambil soalan itu berterbangan di minda aku, aku membuka langkah meninggalkan tempat tadi.

***

Pertandingan memasak je aku dah tahu group siapa yang menang. Group dia orang si Shah tu lah. Skill memasak dia kan setanding aku? Cewaah~ setanding aku konon. Huhu jangan muntah hijau please

“Wah~ Tahniah. Group kamu menang acara memasak kan?” kata aku sengaja ke tempat mereka.

“Ye cikgu.” Mereka serentak bersuara. Ceria-ceria setiap wajah pelajar-pelajar itu. Si Shah tu pula buat kerjanya sendiri di dalam kem penyimpanan barang-barang. Macam tak wujud je aku dibuatnya. 

“Erh…siapa yang masak tadi?” soal aku kepaa mereka yang mengerumuni aku.

“Saya yang masak. Tapi abang Shah yang beri idea.” Kata Firhana. Aku memang kenal budak ni. Budak form five yang terkenal dengan gaya rambut yang sentiasa ber-style setiap kali datang ke sekolah.

“Ohh…” balas aku sambil panjangkan leher melihat Shah yang masih dengan kerjanya. Hemm..memang sah dia ignore aku. Kalau tak, dia dari tadi pasti sudah tersenyum lebar pada hasil usahanya dihadapan aku. Aku menghampirinya.

“Shah…boleh tolong cikgu kejap?” aku sengaja nak dia bercakap dengan aku.

“Tolong apa cikgu?” dia sudah berdiri dihadapan aku dengan riak yang dingin.

“Tolong saya angkat air boleh?”

“Boleh. Tapi…alamak hampir lupa, Cikgu Hilmi dari tadi cari saya cikgu. Takpe, biar Fadhli tolong cikgu ye.” Katanya sambil mengheret lengan Fadhli di hadapan aku. Terpinga-pinga budak Fadhli itu diheret sedemikian rupa. Terkelip-kelip matanya ketika ini. Si Shah ni pun…aku tahu lah, dia sengaja nak mengelak dari aku!

“Erhh…okay. Fadhli marilah…” aku dan Fadhli ke tangki air yang tidak jauh dari tempat tadi. Huh! Biarlah kut…mungkin dia tak nak diganggu…

KECOH di litar kecergasan menyebabkan aku menghentikan kerja sekejap. Kecoh kerana seseorang pelajar telah terjatuh dan berkemungkinan besar dia luka jika melihat kepada keadaan pelajar-pelajar yang sedang mengerumuninya sekarang. Pertandingan terpaksa ditangguhkan sekejap. Aku menghampiri pelajar yang terjatuh itu ditengah-tengah sejumlah pelajar dan guru lain. Siapa yang cedera eh? Sebaik sampai aku tergamam apabila melihat mangsa itu adalah Shah.

“Shah…” tanpa buang masa, aku merapatkan diri kepada Shah namun terhenti serta-merta. Erk! Aku tak boleh. Aku tak boleh rawat dia sekarang...hanya mampu tahan hati melihatnya duduk dengan kaki yang berdarah di betis. Aku tahu…itu tanggungjawab aku sebagai isteri dia…tapi aku minta maaf sangat...buat masa ni aku belum boleh….

Shah hanya pandang aku sekilas sebaik aku terhenti tadi. Entah apa difikirannya sekarang. Dahlah dia dingin semacam je dekat aku sebelum ni. Bila dah jadi macam ni…bertambah agaknya rasa dingin dia pada aku. Entahlah…aku hanya berharap dia faham situasi aku..

“Dalam tak luka tu?” Cikgu Roslan bertanya sebaik duduk merendahkan tubuh cuba melihat-lihat keadaan luka Shah.

“Ermmm…agak dalam juga. Tapi tak teruk cikgu…jangan risau.” Jawab Shah tersenyum melihat Cikgu Roslan. Cikgu Roslan memapah tubuh Shah ke kem yang berhampiran sebelum merawat Shah dengan First Aid Kit yang dibekalkan. Pelajar-pelajar yang berkerumun tadi mulai meninggalkan kawasan tadi apabila diminta oleh guru pengawas masing-masing kembali ke kem.

Hanya mampu melihatnya dari jauh ketika ini. Jauh dari sudut hati aku yang lain, aku rasa serba salah..

“Shah… okay luka tu?” aku tak boleh duduk diam meihatnya dalam keadaan macam tu. Sebab itu aku putuskan untuk berjumpanya sekejap. Lagipun aku rasa dia orang tak syak aku apa-apa pun kalau aku jumpa tengok-tengok Shah kejap. Kan? Bukankah aku sebagai guru, ada rasa tanggungjawab nak tahu? Hehe…

“It’s okay…” jawab dia tanpa pandang aku sesaat. Aku jadi blur sekejap. Kenapa pula ni?

“Shah…” aku tarik perhatiannya.

“Er…saya minta maaf cikgu, saya ke kem kami kejap.” Tuturnya meninggalkan aku cepat dalam keadaan terpinga-pinga. Apa?? Rasa bingung aku bertingkat-tingkat dengan perilaku Shah terhadap aku. Ada aku buat apa-apa kesalahan ke? Fuh!

***

AKU masih duduk seorang diri menikmati pemandangan malam. Para guru dan para pelajar banyak yang sudah ke tent camping masing-masing. Sebenarnya baru je habis aktiviti untuk malam ini. Pertandingan berbalas pantun dan bertukar-tukar hadiah dikalangan pelajar. Acara dibuat ditengah-tengah kem dimana unggun api sederhana besar dinyalakan untuk menghangatkan suasana. Situasi ini mengingatkan aku kepada malam-malam terakhir semasa zaman universiti dahulu. Aku selalu menjengah keluar jendela semata-mata untuk menangkap gambar bintang dan bulan dengan mata kasar. Aku nak setiap malam-malam terakhir aku diwaktu itu aku akan ingat sampai bila-bila. Ceewahh~ macam bait lagu pula ye. Hehe…

Sedap mengelamun jauh, mata aku tertancap sosok tubuh Shah sedang berkira-kira untuk masuk ke tent campingnya yang sedikit agak  jauh dari sini. Aku cebik bibir memerhati. Muncul semula rasa tidak puas hati aku pada Shah mengenai beberapa perkara.

Hemmm…kenapa dia asyik nak ignore aku ye? Tak adil langsung. Adakah patut dia buat aku macam penjenayah? Dahlah petang tadi dia buat aku rasa bersalah tahap maksima. Boleh pula dia tinggalkan aku? Padahal aku cuma nak tahu soal luka dia tu je. Aku bukan jenis orang yang suka gaduh lama-lama. Lebih-lebih lagi pada perkara yang aku tak faham! 

Baik takpe! Sepintas lalu aku pandang keliling melihat kehadiran pelajar atau guru disitu. Kemudian lantas bangun. Kaki aku sudah laju ke arahnya. 

“Cikgu…” kecil suara Shah keluar kerana terkejut apabila aku sudah betul-betul di hadapannya. Berkerut dahinya tengok aku.

“Masuk!” arah aku mengheret dia terus ke tent camping lalu menutup zip pintu masuk tent itu dengan menariknya ke atas. Aku berpaling dan menjelingnya tajam. Manakala dia pula sudah duduk tapi  riaknya terlakar bingung dengan apa yang berlaku sekarang. Terkelip-kelip matanya mencari jawapan.

“Ika buat apa di sini?” soalnya bernada hairan. Kecil saja suara itu bertanya. Aku yang dengar soalan itu mengetap bibir geram. Dia ni tak tahu ke buat-buat tak tahu? Fuh~ sabar.

“Shah, kenapa awak ignored saya ye?” soal aku straight to the point. Saat ini aku sudah duduk bersila dengan tangan dipeluk ke tubuh menunggu jawapan darinya.

“Saya tak kisah kalau awak nak ignore saya pasal kita. Tapi pasal saya sebagai guru dan awak sebagai pelajar di sini sekarang ni, awak tak tak patut buat macam tu awak tahu tak? Apa pula pandangan orang nanti?” saat ini dia sudah kerut dahi dan memejam mata seperti bertenang. Aku pula sudah panas. Tiba-tiba panas! Huhu…

“Profesional lah sikit…” suara aku cuba cool down.

“Jadi sebab itu Ika jumpa Shah?” tanya dia tanpa riak.

“A’ah lah…” Fuh! Kenapa dia masih tak faham-faham?

“Kalau macam tu, Ika tolong keluar dari sini sekarang…” balas dia sedang kecewa. Tangannya serentak menarik lengan aku.

“Awak…” aku protes menarik kembali lengan dan kaku keras disitu. Degil tu~

“Ika…” dia ketap gigi geram namun merendah suara.

“Awak kena jawab dulu soalan saya tu…” aku degil memeluk tubuh kembali.

“Yee..saya jawab okay. Tapi bukan di sini. Jom..” tangannya mula menarik aku kembali namun belum sempat jarinya menurunkan zip tent camping, suara Fadhli memanggil dari luar.

“Oi Shah. Kau dah tidur?” aku dan dia membuntang mata seketika dengan laungan itu.

“Alamak…” aku ketap bibir bawah. Panik mulai meresap ke tubuh. Menyesal pula masuk sini tadi. Huhu…

“Syhhh~ don’t say a single word.” Katanya tenangkan aku.

“Oi Shah. Aku ni Fad…kau dah tidur ke belum? Aku masuk eh..” soal Fadhli lagi.

“Eh..eh belum lagi. Jap..jap..aku keluar.” Kata Shah putus-putus menjawab sambil menggaru kepalanya.

“Tak perlulah. Aku masuk. Sejuk ni..” Fadhli serentak cuba membuka zip tent camping itu namun sempat ditahan oleh tangan Shah. Kelam kabut pula tu. Hehe..kalau ada video cam, tentu dia tergelak balik dengan tingkah dia tadi. Hihi! Fuh~ dah-dah. Tengah suspen masih sempat melawak ye?

“Jap! Jap!” kami sudah berpandangan antara satu sama lain. Risau di wajahnya mula nampak. Aku tak perlu cerita keadaan aku macam mana. Faham-faham je..

“Shah…macam mana ni?” melihat aku risau, dia berfikir sejenak.

“Mari sini cepat!” arahnya kecil pantas menarik lengan aku ke satu sudut. Aku menurut tanpa bantahan. Kau ada masa nak membantah ke di saat-saat genting macam ni? Fuh!

“Shah tutup Ika dengan selimut ni…jangan bergerak okay?” katanya tenang meyakinkan aku. Sementara itu tangannya sudah mengenggam selimut tebal itu lalu menutup keseluruhan tubuh aku dengan keadaan aku duduk memeluk lutut.

“Shah. Aduhhh!”

“Okay! Okay..kau masuk je.” Setelah yakin dengan keadaan aku, dia melabuhkan punggungnya membelakangi aku.

“Fuh! Punya payah nak bagi aku masuk tent kau ni. Apa pasal?” soal Fadhli bernada hairan. Nak mengigil aku dibuatnya. Apa tak, jarak kami aku agak dalam selangkah je rasanya. Huhu…

“Ehem…takde. By the way, kenapa datang jumpa aku?” Shah menyoal.

“Aih? Sejak bila kau tetapkan adanya temujanji nak jumpa kau?”

“Pelik kau ni.” sambung Fadhli. Seperti aku, aku yakin Shah juga berusaha tenang sekarang. Huhu..

Takdelah…aku tanya je. Yelah…tak kan kau datang kosong gitu je

“Aku datang nak lepak dengan kau..tu je. Kalau kau setuju, aku tumpang tidur sini pun boleh jugak!” ceria suara itu.

“Tak boleh!” cepat je Shah balas. Dan itu sudah tentu membuatkan Fadhli bertambah hairan.

“Apasal kau ni lain macam je aku tengok? Kena sampuk ke apa…atau sebab luka kaki tu ke? Kau okay?” tanya Fadhli seperti berkira-kira mendekati Shah. Baik juga si Fadhli ni kepada Shah. Ada rasa ambil berat pada rakannya walau ayat dia tu kadang-kadang entah apa-apa.

“Aku okay je. Tiada yang perlu dirisaukan…”

“Yang kita kena risau, budak-budak bawah jagaan kita tu…okay ke tidak? Siapa yang berjaga hari ini?” Soal Shah sambung-menyambung.

“Amri dan Syazree yang berjaga…” jawab Fadhli spontan kerana mindsetnya sudah menghafal nama-nama yang berkaitan.

“Ohhh….” Gerakan tubuh Shah aku dapat rasa dia sedang mengangguk-angguk kepala ketika ini.

Hemmm…lamanya lepak. Tak kan tak habis-habis lagi? Ni dah dekat nak 30 minit dah. Tidak tepat, aku agak- agak je..tapi betul lah! Lama betul sembang dia orang ni. Padahal bukan sembang macam sembang kencang politik pun. Pasal hidup je…tapi agak respect jugaklah pada dia orang berdua ni sebab topik sembang dia orang nampak matang. Takdelah merapu pada benda yang bukan-bukan walau masih budak-budak. Argh! Tapi aku tak peduli semua tu sekarang…cuma nak balik ke tent aku je di kepala aku sekarang ni. Fuh~ naik lenguh segala otot aku ni haa~

“Shah…soal Cikgu Syafikah….” Tutur Fadhli membuatkan telinga aku dipasang. Kenapa pula dengan aku? Adeh~ ada je cerita dia orang ni.

“Em. Kenapa dengan cikgu tu?” suara Shah aku dengari ada rasa curiga.

“Aish malu pula aku..”

“Apa dia?” tanya Shah cepat seperti tidak sabar untuk tahu.

“Kau tahu kan aku suka tengok muka cikgu yang baby face tu? Aku nak bini aku macam dia! Agak-agak orang macam aku ni, Cikgu Syafikah berkenan tak?” erkkk!!!?? Apa semua ni??? Ya Allah…

What?” suara Shah bengang.

Yelah…” balas Fadhli yakin.

“Fad, kalau kau nak cari isteri, kau cari tempat lain faham!? Sebab nak cari isteri yang sama macam Cikgu Syafikah tu mustahil. Melainkan kau terniat nak kan dia! Cikgu Syafikah tu dah kahwin dan kau bukan taste dia pun.” Berang sungguh Shah aku dengar. Fuh! Mulut si Shah ni pun ya Allah…

“Aik? Apasal kau marah dekat aku pula? Aku tanya je pun.. ” Fadhli bingung dengan keadaan Shah sekarang.

“Baik kau keluar dari tent aku sekarang sebelum aku sound kau banyak Fad.” Kata Shah seperti sudah mengheret Fadhli ke pintu tent. Zip tent itu aku dengar cepat ditarik. Dah keluar ke si Fadhli tu?

“Oi Shah! Kenapa dengan kau ni? Adoiii~ tak faham aku.” kedengaran suara tidak puas hati Fadhli di luar tent. Fuh! Akhirnya dia keluar juga..kalau tak?

“Huh! I’m so speechless.” Suara geram Shah masih kedengaran.
Perlahan-lahan aku buka selimut itu dari tubuh aku. Shah menjeling sekilas kemudian hanya diam membisu sebaik aku alihkan selimut itu ke tepi. Nafasnya berat dan cuba ditenangkan.

“Shah…”

“Ika baliklah ke tent dulu…” potongnya tidak membenarkan aku menyambung kata. Melihat keadaanya, aku rasa serba salah. Ada yang aku terlepas pandang ke…atau ada yang aku tak faham ke? Aku tahulah aku ni slow sikit..

“Shah…saya minta maaf sebab petang tadi tak dapat nak tolong ubatkan kaki awak tu. Kaki tu masih sakit eh?” walau tidak memahami keadaan yang sebenar, aku cuba merungkai dengan kata-kata maaf.

“It’s okay…” lama dia diam barulah bersuara walau hanya sekerat dua kata.

“Ermmm….” Aku sedang mencari kata-kata yang sesuai.

“Ika ada update tak tentang status Ika di sekolah?” tanya dia serentak memperbetulkan kedudukannya dihadapan aku.

“Eh?” aku pelik dengan soalan itu.

“Soal saya dah kahwin, ada yang tahu dan ada yang masih tak tahu. Dalam profile pula saya belum update apa-apa tentang itu…” jawab aku jujur walau masih rasa hairan. Serentak itu dia memegang dahi kecewa memejam mata.

“I know you are not care about it. But I do…”

Err. Aku ketap bibir bawah saat ini. Pasal tu ke dia jadi begini?

“Macam mana Shah nak protect Ika kalau status Ika masih dianggap single bagi orang lain?” tanyanya hiba.

“Awak tak perlu risau. Saya sedar status saya…” jawab aku menghalakan pandangan ke tempat lain. Fuh~ dia ni kenapa ye? Tiba-tiba je bercakap soal hati dan perasaan dia..

“Itu Ika…tapi orang lain? Contoh macam cikgu praktikal tu…dan terbaru…si Fad bertuah tu..” katanya geram apabila  menyebut nama panggilan Fadhli. Kala ini dia sudah duduk bersila di sebelah aku. Sekejap-sekejap dia pegang dahi menampakkan rasa kecewanya. Hem..dia ni buat assumption tanpa tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Dia…Cikgu Farhan tu..saya dah beritahu dia tentang status saya….” Aku terhenti-henti bercakap. Sebenarnya tidak tahu macam mana nak susun ayat nak cakap pasal ni.

“Eh? Betul?” Serta-merta kepalanya cergas berpaling ke arah aku dan mulai ceria.

Yee…” aku cuba senyum namun atas beberapa perkara yang terlintas di minda aku, aku hanya angguk pandang ke bawah.

Sorrylah…Shah terlebih emosi pasal tu..” ucapnya mengenggam jemari aku. Aku hanya diam, kosong tidak membalas apa-apa.

“Ermm..takpelah. Saya keluar dulu...saya cuma nak tahu pasal luka awak tu je tadi…” bohong aku apabila mengetahui situasi sebenarnya. Sambil berfikir-fikir, aku mula angkat kaki.

“Tunggu…” pintanya itu membuatkan aku kembali memusingkan tubuh. Secepat kilat tanpa aku sedar pergerakan dia, telapak tangan kirinya ditekup ke bibir aku lalu melanjutkan tindakan dengan menjatuhkan bibirnya ke jari-jemari itu dengan penuh perasaan. Aku terdiam kerana terkejut dengan tindakannya.

Sorry…hanya nak beri keyakinan pada diri Shah bahawa Ika adalah milik Shah. Wife Shah…” tuturnya tersenyum selepas perlahan-lahan melepaskan jemarinya dari bibir aku.

“Er…okay..” aku blur keluar tent dan berpaling kembali ke tent yang sudah dinaikkan zip itu.

Apa?? Cuma nak beri keyakinan? Keyakinan pada diri sendiri bahawa aku milik dia?? Apa dia ingat itu menyenangkan hati disebelah pihak aku?? Ya Allah! Kenapa aku tak karate je dia tadi? Aku ketuk dahi dengan jari tanda geram pada diri sendiri.

Fuh! Lain kali, kalau dia buat hal, ignore aku, merajuk ke…atau apa-apa yang berkaitan, aku tak perlu layan dah! Silap betul. Kenapa juga aku teringin nak berbaik dengan dia tadi?? Ala Ika! Kau cuai lagi…

2 comments:

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea