Friday 9 October 2015

Suatu kisah di kem program kepimpinan gabungan pengawas-pengawas sekolah Part 5 [Very End]

Assalamualaikum..sebenarnya tak ada idea apa lagi yang nak diupdate pasal novel S19T. Hanya ni je yang termampu setakat ni. Saya sambung teaser yang dah di 'end' kan tempoh hari...hihi . Tapi ini yang very end la kononnya ( sy tahu la...ada yang dah boring T_T Sorry!). Tak nak sambung-sambung lagi...kalau nak buat selingan pun lepas ni. Nak buat benda lain pula...mudah-mudahan ada idealah ye?

Teaser 5
Satu demi satu anak hujan jatuh ke wajah aku. Aku dah agak dah dari tadi tadi, malam ni pasti hujan. Ceh! Entah kenapa dari tadi aku tak dapat tidur… sedangkan dia? Sambil memikirkan tentangnya, aku menoleh ke belakang merenung dia yang lena dibuai mimpi. Aku kembali ke tent bila hujan makin lebat. Fuh~ baju hampir basah! Aku kembali keluarkan kepala ke luar. Suasana riuh sekejap apabila pengunjung-pengunjung yang turut sama berkhemah di situ berpindah ke Chalet yang disediakan khas apabila berlaku situasi sebegini.

            “Shah…hujan.” Aku kejutkan dia. 

“Shah…hujan ni. Jom pindah ke Chalet.” Tubuhnya aku gerak-gerakan. Bukan apa, dia ni dah macam tidur mati pula. Macam mana dia boleh tidur nyenyak ek? Macam dah ke bulan gamaknya…

“Shah…” 

“Em?” Matanya perlahan-lahan dicelikkan dan cuba mengamat-amati aku.

“Hujan. Jom pindah ke Chalet…” ajak aku terus bangun lalu mencapai lampu suluh dan barang-barang penting. Dia pula dalam masih layan mengantuknya, sempat juga dia sangkutkan beg ke bahu. Geli hati pula menengoknya. Shah~ Shah~ macam budak kecik. Dalam hujan lebat, aku dan dia berlari anak menuju ke Chalet yang berada tidak jauh dari tempat kami berkhemah. Kunci dia keluarkan dari anak beg lalu dimasukkan ke lubang kunci. Tombol pintu dipulas. Setelah dia, giliran aku pula masuk ke dalam. Dia terus hempaskan tubuh ke atas katil. Aku pula masuk terus ke bilik mandi. Apa tak, baju aku basah ni ha~

Garu kepala. Aku ada lagi tak baju spare ek? Macam takde… ni dia punya pasal lah ni. Manalah aku bawa baju ganti? Camping tak dirancang ni bukan plan aku! kalau aku yang plan ke atau sama-sama plan ke…ada juga aku prepare untuk camping ni.

“Shah… awak ada baju spare tak?” Tanya aku sambil mengeluarkan kepala ke luar melihatnya. Kepalanya diangkat berat dan menoleh ke arah aku. 

“Baju saya basah…” jelas aku sambil bibir bawah aku ketap. Malu! Formal sangat pula aku pada dia malam ni. Aku tengok dia, nampaknya bukan saja aku, dia pun cool je hari ni. Biasanya normal personality dia, banyak kacau aku. Oh aku tahu..sebab dia mengantuk!

Dia bangun. Langkah beratnya di pandu ke arah beg. Sementara menunggu, aku mencuci muka di dalam.

“Nah…” hulurnya dengan wajah yang masih mengantuk. Baju itu aku ambil.

“Hemmm…tidur baliklah~” tuturnya tanpa menunggu tindak balas dari aku. Kononnya mengantuk sangat lah tu! Apa-apa jelah Shah oi~ kita ni nak pakai baju. Nak tidur, tidur jelah. Yang penting jangan kacau aku sudah~

Dah siap mandi, tangan belek baju. Aik? Terambil baju orang ke apa dia ni? Biar betul….tak kan pula aku nak pakai baju ni. Turun gred aku dibuatnya. Tch! Ni mesti sengaja nak kenakan aku ni. Bertuah punya Shah. Dia ingat aku akan termakan perangkap dia? Cih! Terima kasih jelah~

            Dalam ucap terima kasih yang tak ikhlas aku tu, terpaksa jugak aku pakai baju ni. Yelah, tak kan aku nak keluar berkemban pula? Tengah pakai baju, kepala sibuk mengomel. Huhu~…kenapalah aku tak perasan tadi masa dia hulur baju dekat aku?

            Selesai pakai baju, aku keluar. 

            “Hahahaha!” mahunya aku tak terkejut, dia yang tidur baik punya tadi gelakkan aku!? aku hanya mampu ketap bibir bawah geram dengan tindakan dia. Dia berdiri sambil jari telunjuknya menggaru-garu dagu tanda menilai baju yang aku pakai. 

            “Heh! Tak sangka pula baju sekolah tu masih padan untuk Ika…” tuturnya senyum diselang selikan dengan tawa kecil. Fuh! Ya Allah…geram tak geram dia cakap macam tu. Takpe, coooool down!!

            “Sesuai ke?” tanya aku tenang. Padahal hati aku ni…bengkak je rasanya. Pedih je.. Dia ni tak faham perasaan aku ke…? Dahlah ‘cuti’ aku jadi huru-hara oleh dia…

            Perfectly…!” sebutnya mengangguk-angguk tersenyum lebar. Macamlah aku suka betul dengan jawapan tu. Aku capai tuala mandi yang terjemur di kerusi justeru melabuhkan punggung di hujung katil membelakangi dia. Tangan lemah menggosok-gosok rambut yang basah. Mungkin sedar aku tiba-tiba diam, dia mendekati aku lalu duduk di sebelah aku.

            “Ika marah Shah eh?” soalnya lembut sambil jemarinya mengambil alih tugas tangan aku mengeringkan rambut. 

            “Tak…kecik hati je..” tangan dia tiba-tiba berhenti sementara aku pula baru sedar. Haish! Apasal aku luahkan rasa hati aku pada diaaa?? Kepala aku perlahan-lahan ditoleh kepada dia. Dia senyum?? Lupa sekejap pada kecuaian tadi dek tenggelam dengan rasa pelik aku pada orang yang bernama Shah Imadi.

            Kecik hati sebab apa ye?” soalnya masih senyum sambil tangannya meneruskan kembali kerja tadi.

            “Takde pape…” Cis! Patutnya dia terkesan ke…sedar ke bila aku dah terlepas perasaan aku pada dia. Ni tak, dia buat macam takde pape je…orang kata, tiada perasaan!

            “Shah minta maaf seandainya Ika kecik hati sebab baju ni… Akibat kelam-kabut kejar masa nak sampai lebih awal dari Ika pagi tempoh hari, Shah lupa bawa baju Ika. Baju sekolah tu pun Shah dapat bersama-sama barang-barang yang Ika pesan dari Kak Fiza. Shah belum sempat bawa masuk ke rumah…” Alamak…barang lama aku tuuu~  tepuk dahi lagi. Kak Fiza ni pun…kenapa beri barang aku pada Shah pula? Shah dah buka pula tu. Habislah aku kalau Shah tanya macam-macam pasal barang aku tu. Ingat nak bakar beberapa benda dalam tu…

            “Ika masih marah Shah sebab baju tu?” tanya dia tenang.

            “Tak marah.” Balas aku senyum paksa. Spoil betul! Patutnya aku tengah kecik hati sekarang ni. Tapi memandangkan Kak Fiza bagi barang aku pada dia, aku tak jadi kecik hati. Yelah sekarang ni, aku lebih takut ditanya pasal apa-apa je yang berkaitan barang tu!!

            Melihat reaksi aku, dia tersenyum lebar. Tuala yang dipegangnya tadi dijemurkan. Tidak kembali ke kedudukannya tadi, kini berdiri pula di hadapan aku sambil menyandarkan tubuh ke meja solekan. 

            “Hemm…bila Shah tengok Ika berpakaian macam ni, nampaknya Ika terpaksa akui kita memang pasangan yang sepadan. Bagai pinang dibelah dua gitu…hihihi!” Haih sudah~ Yakin pula tu~

            “Tch! Mengada-ngada betul.” Dari atas dan kebawah mata aku tengok dia.

            “Yelah…Ika macam budak sekolah je kalau pakai macam ni…hehe..” Bahagianya senyuman dia. Sampai hilang macho dia sebab gelakkan aku. Adakah patut dia cakap macam tu?

            “Ika ingat tak masa first time masuk kelas Shah dulu? Dia orang ingatkan Ika budak sekolah entah dari masa sesat masuk kelas kami. Kebetulan masa tu pun ada pertandingan melibatkan sekolah-sekolah lain…” tuturnya dengan riak serius kerana mungkin ingin menyakinkan aku bahawa kata-katanya tadi itu benar.

            “Yeke…?” balas aku dalam diam mengakui kata-katanya. Ini turut mengingatkan aku kembali tentang perkhemahan pengakap peringkat daerah suatu ketika dahulu. Haih! Memang seram. Menggeleng tidak sengaja kepala aku dibuatnya.

            “Kenapa…tak percaya? Tak setuju? Tak sependapat dengan Shah?” Soal dia banyak kali kerana sudah salah tafsir pada gelengan kepala aku. Rasa macam movie yang kena ‘pause’, aku angkat muka tengok dia. Banyak cakap pula dia malam ni ye? 

            “Shah Imadi…!” Aku sebut nama penuh itu dengan jelas dan serius.

            Yes?” Balasnya pantas.

            “Saya nak tidur! Okay? Selamat malam!” Kata aku cepat menyelimutkan seluruh tubuh dengan conforter tebal yang dibekalkan. Ikut hati tadi nak suruh dia berhenti bercakap… Tapi oleh kerana tahu memang dia tak kenal apa itu ‘berhenti’, baik aku je yang berhenti dan tidur. Heheh!

            What?? Ika…pleaselah, temankanlah Shah kejap. Tak dapat tidur ni…” kedengaran resah bercampur bengang suaranya. Awak sedap tidur tadi, bila bangun memanglah mata tak nak tutup dah…akhirnya jadilah mata burung hantu malam ni~ hehe!

            “Lusa kerja…” degil aku enggan membuka conforter. Aku tunggu jugak apa dia nak cakap lepas ni…tapi tak pula dia bersuara. Hanya aliran air paip yang kedengaran. Mandi ke? Lepas tu senyap balik. Suasana bertukar gelap tiba-tiba. Ye, dia matikan lampu. Haih? Tadi kata tak dapat tidur? Rupanya alasan je supaya aku layan mulut tiada insuran dia. Niat nak sakat dia, aku tunggu dia naik ke katil sebelah tapi tak dengar satu tapak kaki pun dekat situ. Rasa ingin tahu apa dia sedang buat, perlahan-lahan aku buka conforter separuh kepala. Cukup sehingga mata aku boleh lihat dia. Dalam samar, hati rasa disentap…dicuit rasa malu…rasa segan…

            Dia yang aku lemparkan tuduhan tidak berasas tadi rupanya sedang bersedia untuk menyembah dan memperhambakan diri kepada Maha Pencipta yang Agung. Sedang aku pula? Huhu~ … Diluar sedarnya aku bangun mendekati dia justeru menyebabkannya terkejut besar. Macam nampak hantu aku je. Huhu…

            “Solat sunat eh? Kalau nak solat, kenapa off lampu?” tanya aku sambil kaki dipandu menuju ke suis lampu lalu menghidupkannya kembali.

            “Er…takut menganggu Ika…” jawabnya terpinga-pinga dan terkulat-kulat cuba mencapai maksud situasi sekarang.

            “Takpe…tak menganggu pun…” 

            “Ohh…” hanya itu yang terbit dari bibirnya. Rasa segan meneruskan niatnya tadi, seperti aku dia juga kaku berdiri.. buat seketika, mulut kami seperti digam..tidak tahu apa yang nak cakap apa lagi. Dia, agaknya terlalu terkejut dengan aku tadi kut? Aku pula? Dua hati meluahkan hasrat..

            “Erm….saya join awak boleh?” Segan tak payah cakap. Sampai mengigit bibir..huhu

            “Ohh…okay..” tuturnya dengan mata yang dipejam, sementara tangannya pula disentuh ke kening sambil mengukir senyuman bermakna. Tingkahnya itu buat mata aku mengamatinya..

            “Saya ambil air wudhu sekejap…?” Kata aku sambil menghalakan kedua-dua jari telunjuk ke arah bilik air namun mata masih tetap tidak mahu lari dari wajah itu. Apabila dia menghentikan tingkah itu, barulah pandangan aku putus darinya. Fuh~ Malu sekejap..huhu.

            “Emm..” balasnya tunduk senyum mengigit bibir bawahnya. Tidak melambat-lambat masa, kaki aku melangkah menuju ke bilik mandi sambil kepala melayang…senyuman itu tadi...buat aku teringat-ingat tentangnya...

ps: kepala mcm jem sekejap buat teaser ni. kenapa eh? sebab jerebu ke apa? hemmm....takde kaitan kut....

Share:

4 comments:

  1. Best lah kak...Ohsem!! Tp npa akak smbung teaser??

    ReplyDelete
  2. Saya dh lama tggu novel S19T ni...dr mula2 bab 1 sy follow...smbung la kak bab penuh...
    masih tak lulus lagi ke mss akak htr tu ?

    ReplyDelete
  3. Sy minta maaf... blm ada rezeki lagi utk diterbitkan :(..

    ReplyDelete
  4. Best novel ni , tapi , harap2 dpt baca full version :-)

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers