Thursday 16 April 2015

Suamiku 19 Tahun! ( Suatu Kisah Di Kem Program Kepimpinan Gabungan Pengawas-Pengawas Sekolah ) Part 3

Part 3

Hari Ke-3

Kenapa aku rasa macam nak pusing je ke tempat tadi? Kepala aku dipaling ke arah tiga orang pelajar lelaki yang tidak jauh dari tempat aku berhenti. Aku ketap bibir bersoal jawab di dalam hati. Perlu ke? Kepala digeleng beberapa kali. Tak perlu! Tak perlu!

Tak perlu? Tapi kaki aku dah terpacak dekat sini dah. Hehe…baiklah, aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku memang penyibuk jugak orangnya.

Aku ambil tempat disebalik pokok sebesar satu pelukan untuk menyembunyikan diri. Haih! Memang kau kepochi Ika. What to do? Topik bualan mereka tadi berjaya memancing telinga aku! Haha!

“Aku dengar, kau dah kahwin. Betul?” soal pelajar lelaki berbaju kuning itu di hadapan Shah. Amboi? Terkejut juga sebab perihal kahwin Shah pula yang ditanya. Masa aku lalu tadi bukan topik ini. Terkebil-kebil mata aku dengan soalan itu. Aku kenal pelajar yang baju kuning tu. Fadhli namanya. Teman sebelah meja Shah dulu. Shah yang tengah duduk di sebatang pokok tumbang memeluk tubuh bersama-sama beberapa helaian kertas putih sambil berfikir-fikir. Aik? Sempat fikir lagi?

“Betul.” Jawab Shah. Ada keyakinan pada riak wajahnya. Aku yang mengharapkan jawapan sebaliknya menepuk dahi. Tiga sekawan itu tertawa saat itu juga.

“I thought it’s just another joke from Has.” Nah keluar ayat English dari pelajar yang berbaju hijau pula. Sekali lagi mereka bertiga tertawa. Cih! Akhirnya keluar juga perangai childish awak ye Shah..

“Sigh! Do you thought, I could put my marriage into a joke?” Shah bersuara kembali dengan dahi yang dikerut memandang Fadhli. Tangannya kini menggolong helaian kertas itu perlahan-lahan. Mata aku tidak senyap dari memerhatikan wajah Shah ketika ini. Tangan aku dipeluk ke tubuh, kepala setia dipaling, manakala dahi dikerut. Erm… dia seperti berfikir-fikir. Mesti ada sesuatu yang dia nak cakap pada dua orang teman dia tu.

“Agreed!” Fadhli kali ini bersuara pendek.

“So..dia adalah yang tempoh hari?” Soal Fadhli kembali. Shah tidak menjawab secara lisan. Hanya anggukan kepalanya. Eh? Jap. Jadi Shah pernah kongsi tentang aku pada temannya sebelum ni? Jadi dia orang kenal isteri Shah ke apa??? Aduhhh~ aku rasa nak terkam je si Shah sekarang ni. Argghh!

“But it’s not as planned. I had no choice but to forced her into marriage..”

“O.M.G. That's ridiculous! Apasal? Dia tak nak?” ya Allah. Aku dah terbayangkan ini adalah sebuah perbincangan dikalangan lelaki-lelaki dewasa! Jangan-jangan dia orang ni terperangkap di badan budak umur 19 tahun ye tak? Rasa seperti dihumban dan lemas ke lautan topik bicara mereka!

“Bukan tak nak tapi sebab ada sesuatu yang berlaku…” jawab Shah tiba-tiba serius. Aik? sesuatu yang berlaku? Aku cuba mengingat-ingat pada beberapa perkara. Tapi…macam takde je…

“Apa dia??” dua orang teman Shah tiba-tiba maju ke depannya inginkan penjelasan. Serius je muka dua orang tu. Aku nampak Fadhli seperti berkata mengenai sesuatu tapi aku tak dengar lah pula. Gerak mulut dia je yang aku nampak.

“What??” Shah tiba-tiba dilihat bengang dan terkejut.

“Kau orang ingat aku ni macam kuda ke nak buat future wife aku masa tu macam tu?” soalnya geram. Satu demi satu lengan temannya dilibas menggunakan golongan kertas itu tadi. Fadhli dan pelajar berbaju warna hijau itu ketawa berdekah-dekah sambil berlari anak mengelak diri dari Shah.

“So apa yang berlaku?” Fadhli kembali menyoal. Saat ini rata mata Shah memandang tepat pada mata temannya.

“Haih! Lagi lama aku layan kau orang berdua, lagi banyak persen IQ aku jatuh tahu tak? Dahlah. Aku ada kerja nak disiapkan.” Kata Shah sudah berdiri mula meninggalkan kedua orang temannya.

“Oh no! I’m dying to know~” sambil berpura-pura nangis, Fadhli sengaja memeluk temannya yang berbaju hijau.

“Please don’t die.” temannya itu layankan je dengan menepuk-nepuk belakang tubuh Fadhli sambil ketawa. Sekejap je Shah pusingkan badan melihat kedua temannya lalu besarkan langkah kembali meninggalkan mereka dengan gelengan kepala.

“Oi Shah! Tunggulah.” Masih dalam tawa Fadhli dan temannya berlari anak membuntuti jejak langkah Shah.

Bukan je Shah, aku pun turut menggeleng kepala melihat Fadhli dan teman berbaju hijau itu dengan perangai keanak-anakkan mereka. Tapi pelik…apa maksud Shah ye? Sambil soalan itu berterbangan di minda aku, aku membuka langkah meninggalkan tempat tadi.

***

Pertandingan memasak je aku dah tahu group siapa yang menang. Group dia orang si Shah tu lah. Skill memasak dia kan setanding aku? Cewaah~ setanding aku konon. Huhu jangan muntah hijau please!

“Wah~ Tahniah. Group kamu menang acara memasak kan?” kata aku sengaja ke tempat mereka.

“Ye cikgu.” Mereka serentak bersuara. Ceria-ceria setiap wajah pelajar-pelajar itu. Si Shah tu pula buat kerjanya sendiri di dalam kem penyimpanan barang-barang. Macam tak wujud je aku dibuatnya.

“Erh…siapa yang masak tadi?” soal aku kepaa mereka yang mengerumuni aku.

“Saya yang masak. Tapi abang Shah yang beri idea.” Kata Firhana. Aku memang kenal budak ni. Budak form five yang terkenal dengan gaya rambut yang sentiasa ber-style setiap kali datang ke sekolah.

“Ohh…” balas aku sambil panjangkan leher melihat Shah yang masih dengan kerjanya. Hemm..memang sah dia ignore aku. Kalau tak, dia dari tadi pasti sudah tersenyum lebar pada hasil usahanya dihadapan aku. Aku menghampirinya.

“Shah…boleh tolong cikgu kejap?” aku sengaja nak dia bercakap dengan aku.

“Tolong apa cikgu?” dia sudah berdiri dihadapan aku dengan riak yang dingin.

“Tolong saya angkat air boleh?”

“Boleh. Tapi…alamak hampir lupa, Cikgu Hilmi dari tadi cari saya cikgu. Takpe, biar Fadhli tolong cikgu ye.” Katanya sambil mengheret lengan Fadhli di hadapan aku. Terpinga-pinga budak Fadhli itu diheret sedemikian rupa. Terkelip-kelip matanya ketika ini. Si Shah ni pun…aku tahu lah, dia sengaja nak mengelak dari aku!

“Erhh…okay. Fadhli marilah…” aku dan Fadhli ke tangki air yang tidak jauh dari tempat tadi. Huh! Biarlah kut…mungkin dia tak nak diganggu…

KECOH di litar kecergasan menyebabkan aku menghentikan kerja sekejap. Kecoh kerana seseorang pelajar telah terjatuh dan berkemungkinan besar dia luka jika melihat kepada keadaan pelajar-pelajar yang sedang mengerumuninya sekarang. Pertandingan terpaksa ditangguhkan sekejap. Aku menghampiri pelajar yang terjatuh itu ditengah-tengah sejumlah pelajar dan guru lain. Siapa yang cedera eh? Sebaik sampai aku tergamam apabila melihat mangsa itu adalah Shah.

“Shah…” tanpa buang masa, aku merapatkan diri kepada Shah namun terhenti serta-merta. Erk! Aku tak boleh. Aku tak boleh rawat dia sekarang...hanya mampu tahan hati melihatnya duduk dengan kaki yang berdarah di betis. Aku tahu…itu tanggungjawab aku sebagai isteri dia…tapi aku minta maaf sangat...buat masa ni aku belum boleh….

 Shah hanya pandang aku sekilas sebaik aku terhenti tadi. Entah apa difikirannya sekarang. Dahlah dia dingin semacam je dekat aku sebelum ni. Bila dah jadi macam ni…bertambah agaknya rasa dingin dia pada aku. Entahlah…aku hanya berharap dia faham situasi aku..

“Dalam tak luka tu?” Cikgu Roslan bertanya sebaik duduk merendahkan tubuh cuba melihat-lihat keadaan luka Shah.

“Ermmm…agak dalam juga. Tapi tak teruk cikgu…jangan risau.” Jawab Shah tersenyum melihat Cikgu Roslan. Cikgu Roslan memapah tubuh Shah ke kem yang berhampiran sebelum merawat Shah dengan First Aid Kit yang dibekalkan. Pelajar-pelajar yang berkerumun tadi mulai meninggalkan kawasan tadi apabila diminta oleh guru pengawas masing-masing kembali ke kem.

 Hanya mampu melihatnya dari jauh ketika ini. Jauh dari sudut hati aku yang lain, aku rasa serba salah..

“Shah… okay luka tu?” aku tak boleh duduk diam meihatnya dalam keadaan macam tu. Sebab itu aku putuskan untuk berjumpanya sekejap. Lagipun aku rasa dia orang tak syak aku apa-apa pun kalau aku jumpa tengok-tengok Shah kejap. Kan? Bukankah aku sebagai guru, ada rasa tanggungjawab nak tahu? Hehe…

“It’s okay…” jawab dia tanpa pandang aku sesaat. Aku jadi blur sekejap. Kenapa pula ni?

“Shah…” aku tarik perhatiannya.

“Er…saya minta maaf cikgu, saya ke kem kami kejap.” Tuturnya meninggalkan aku cepat dalam keadaan terpinga-pinga. Apa?? Rasa bingung aku bertingkat-tingkat dengan perilaku Shah terhadap aku. Ada aku buat apa-apa kesalahan ke? Fuh!

***

AKU masih duduk seorang diri menikmati pemandangan malam. Para guru dan para pelajar banyak yang sudah ke tent camping masing-masing. Sebenarnya baru je habis aktiviti untuk malam ini. Pertandingan berbalas pantun dan bertukar-tukar hadiah dikalangan pelajar. Acara dibuat ditengah-tengah kem dimana unggun api sederhana besar dinyalakan untuk menghangatkan suasana. Situasi ini mengingatkan aku kepada malam-malam terakhir semasa zaman universiti dahulu. Aku selalu menjengah keluar jendela semata-mata untuk menangkap gambar bintang dan bulan dengan mata kasar. Aku nak setiap malam-malam terakhir aku diwaktu itu aku akan ingat sampai bila-bila. Ceewahh~ macam bait lagu pula ye. Hehe…

 Sedap mengelamun jauh, mata aku tertancap sosok tubuh Shah sedang berkira-kira untuk masuk ke tent campingnya yang sedikit agak  jauh dari sini. Aku cebik bibir memerhati. Muncul semula rasa tidak puas hati aku pada Shah mengenai beberapa perkara.

Hemmm…kenapa dia asyik nak ignore aku ye? Tak adil langsung. Adakah patut dia buat aku macam penjenayah? Dahlah petang tadi dia buat aku rasa bersalah tahap maksima. Boleh pula dia tinggalkan aku? Padahal aku cuma nak tahu soal luka dia tu je. Aku bukan jenis orang yang suka gaduh lama-lama. Lebih-lebih lagi pada perkara yang aku tak faham!

 Baik takpe! Sepintas lalu aku pandang keliling melihat kehadiran pelajar atau guru disitu. Kemudian lantas bangun. Kaki aku sudah laju ke arahnya.

“Cikgu…” kecil suara Shah keluar kerana terkejut apabila aku sudah betul-betul di hadapannya. Berkerut dahinya tengok aku.

“Masuk!” arah aku mengheret dia terus ke tent camping lalu menutup zip pintu masuk tent itu dengan menariknya ke atas. Aku berpaling dan menjelingnya tajam. Manakala dia pula sudah duduk tapi  riaknya terlakar bingung dengan apa yang berlaku sekarang. Terkelip-kelip matanya mencari jawapan.

“Ika buat apa di sini?” soalnya bernada hairan. Kecil saja suara itu bertanya. Aku yang dengar soalan itu mengetap bibir geram. Dia ni tak tahu ke buat-buat tak tahu? Fuh~ sabar.

“Shah, kenapa awak ignored saya ye?” soal aku straight to the point. Saat ini aku sudah duduk bersila dengan tangan dipeluk ke tubuh menunggu jawapan darinya.

“Saya tak kisah kalau awak nak ignore saya pasal kita. Tapi pasal saya sebagai guru dan awak sebagai pelajar di sini sekarang ni, awak tak tak patut buat macam tu awak tahu tak? Apa pula pandangan orang nanti?” saat ini dia sudah kerut dahi dan memejam mata seperti bertenang. Aku pula sudah panas. Tiba-tiba panas! Huhu…

“Profesional lah sikit…” suara aku cuba cool down.

“Jadi sebab itu Ika jumpa Shah?” tanya dia tanpa riak.

“A’ah lah…” Fuh! Kenapa dia masih tak faham-faham?

“Kalau macam tu, Ika tolong keluar dari sini sekarang…” balas dia sedang kecewa. Tangannya serentak menarik lengan aku.

“Awak…” aku protes menarik kembali lengan dan kaku keras disitu. Degil tu~

“Ika…” dia ketap gigi geram namun merendah suara.

“Awak kena jawab dulu soalan saya tu…” aku degil memeluk tubuh kembali.

“Yee..saya jawab okay. Tapi bukan di sini. Jom..” tangannya mula menarik aku kembali namun belum sempat jarinya menurunkan zip tent camping, suara Fadhli memanggil dari luar.

“Oi Shah. Kau dah tidur?” aku dan dia membuntang mata seketika dengan laungan itu.

“Alamak…” aku ketap bibir bawah. Panik mulai meresap ke tubuh. Menyesal pula masuk sini tadi. Huhu…

“Syhhh~ don’t say a single word.” Katanya tenangkan aku.

“Oi Shah. Aku ni Fad…kau dah tidur ke belum? Aku masuk eh..” soal Fadhli lagi.

“Eh..eh belum lagi. Jap..jap..aku keluar.” Kata Shah putus-putus menjawab sambil menggaru kepalanya.

“Tak perlulah. Aku masuk. Sejuk ni..” Fadhli serentak cuba membuka zip tent camping itu namun sempat ditahan oleh tangan Shah. Kelam kabut pula tu. Hehe..kalau ada video cam, tentu dia tergelak balik dengan tingkah dia tadi. Hihi! Fuh~ dah-dah. Tengah suspen masih sempat melawak ye?

“Jap! Jap!” kami sudah berpandangan antara satu sama lain. Risau di wajahnya mula nampak. Aku tak perlu cerita keadaan aku macam mana. Faham-faham je..

“Shah…macam mana ni?” melihat aku risau, dia berfikir sejenak.

“Mari sini cepat!” arahnya kecil pantas menarik lengan aku ke satu sudut. Aku menurut tanpa bantahan. Kau ada masa nak membantah ke di saat-saat genting macam ni? Fuh!

“Shah tutup Ika dengan selimut ni…jangan bergerak okay?” katanya tenang meyakinkan aku. Sementara itu tangannya sudah mengenggam selimut tebal itu lalu menutup keseluruhan tubuh aku dengan keadaan aku duduk memeluk lutut.

“Shah. Aduhhh!”

“Okay! Okay..kau masuk je.” Setelah yakin dengan keadaan aku, dia melabuhkan punggungnya membelakangi aku.

“Fuh! Punya payah nak bagi aku masuk tent kau ni. Apa pasal?” soal Fadhli bernada hairan. Nak mengigil aku dibuatnya. Apa tak, jarak kami aku agak dalam selangkah je rasanya. Huhu…

“Ehem…takde. By the way, kenapa datang jumpa aku?” Shah menyoal.

“Aih? Sejak bila kau tetapkan adanya temujanji nak jumpa kau?”

“Pelik kau ni.” sambung Fadhli. Seperti aku, aku yakin Shah juga berusaha tenang sekarang. Huhu..

“Takdelah…aku tanya je. Yelah…tak kan kau datang kosong gitu je…

“Aku datang nak lepak dengan kau..tu je. Kalau kau setuju, aku tumpang tidur sini pun boleh jugak!” ceria suara itu.

“Tak boleh!” cepat je Shah balas. Dan itu sudah tentu membuatkan Fadhli bertambah hairan.

“Apasal kau ni lain macam je aku tengok? Kena sampuk ke apa…atau sebab luka kaki tu ke? Kau okay?” tanya Fadhli seperti berkira-kira mendekati Shah. Baik juga si Fadhli ni kepada Shah. Ada rasa ambil berat pada rakannya walau ayat dia tu kadang-kadang entah apa-apa.

“Aku okay je. Tiada yang perlu dirisaukan…”

“Yang kita kena risau, budak-budak bawah jagaan kita tu…okay ke tidak? Siapa yang berjaga hari ini?” Soal Shah sambung-menyambung.

“Amri dan Syazree yang berjaga…” jawab Fadhli spontan kerana mindsetnya sudah menghafal nama-nama yang berkaitan.

“Ohhh….” Gerakan tubuh Shah aku dapat rasa dia sedang mengangguk-angguk kepala ketika ini.

Hemmm…lamanya lepak. Tak kan tak habis-habis lagi? Ni dah dekat nak 30 minit dah. Tidak tepat, aku agak- agak je..tapi betul lah! Lama betul sembang dia orang ni. Padahal bukan sembang macam sembang kencang politik pun. Pasal hidup je…tapi agak respect jugaklah pada dia orang berdua ni sebab topik sembang dia orang nampak matang. Takdelah merapu pada benda yang bukan-bukan walau masih budak-budak. Argh! Tapi aku tak peduli semua tu sekarang…cuma nak balik ke tent aku je di kepala aku sekarang ni. Fuh~ naik lenguh segala otot aku ni haa~

“Shah…soal Cikgu Syafikah….” Tutur Fadhli membuatkan telinga aku dipasang. Kenapa pula dengan aku? Adeh~ ada je cerita dia orang ni.

“Em. Kenapa dengan cikgu tu?” suara Shah aku dengari ada rasa curiga.

“Aish malu pula aku..”

“Apa dia?” tanya Shah cepat seperti tidak sabar untuk tahu.

“Kau tahu kan aku suka tengok muka cikgu yang baby face tu? Aku nak bini aku macam dia! Agak-agak orang macam aku ni, Cikgu Syafikah berkenan tak?” erkkk!!!?? Apa semua ni??? Ya Allah…

“What?” suara Shah bengang.

“Yelah…” balas Fadhli yakin.

“Fad, kalau kau nak cari isteri, kau cari tempat lain faham!? Sebab nak cari isteri yang sama macam Cikgu Syafikah tu mustahil. Melainkan kau terniat nak kan dia! Cikgu Syafikah tu dah kahwin dan kau bukan taste dia pun.” Berang sungguh Shah aku dengar. Fuh! Mulut si Shah ni pun ya Allah…

“Aik? Apasal kau marah dekat aku pula? Aku tanya je pun.. ” Fadhli bingung dengan keadaan Shah sekarang.

“Baik kau keluar dari tent aku sekarang sebelum aku sound kau banyak Fad.” Kata Shah seperti sudah mengheret Fadhli ke pintu tent. Zip tent itu aku dengar cepat ditarik. Dah keluar ke si Fadhli tu?

“Oi Shah! Kenapa dengan kau ni? Adoiii~ tak faham aku.” kedengaran suara tidak puas hati Fadhli di luar tent. Fuh! Akhirnya dia keluar juga..kalau tak?

“Huh! I’m so speechless.” Suara geram Shah masih kedengaran.
Perlahan-lahan aku buka selimut itu dari tubuh aku. Shah menjeling sekilas kemudian hanya diam membisu sebaik aku alihkan selimut itu ke tepi. Nafasnya berat dan cuba ditenangkan.

“Shah…”

“Ika baliklah ke tent dulu…” potongnya tidak membenarkan aku menyambung kata. Melihat keadaanya, aku rasa serba salah. Ada yang aku terlepas pandang ke…atau ada yang aku tak faham ke? Aku tahulah aku ni slow sikit..

“Shah…saya minta maaf sebab petang tadi tak dapat nak tolong ubatkan kaki awak tu. Kaki tu masih sakit eh?” walau tidak memahami keadaan yang sebenar, aku cuba merungkai dengan kata-kata maaf.

“It’s okay…” lama dia diam barulah bersuara walau hanya sekerat dua kata.

“Ermmm….” Aku sedang mencari kata-kata yang sesuai.

“Ika ada update tak tentang status Ika di sekolah?” tanya dia serentak memperbetulkan kedudukannya dihadapan aku.

“Eh?” aku pelik dengan soalan itu.

“Soal saya dah kahwin, ada yang tahu dan ada yang masih tak tahu. Dalam profile pula saya belum update apa-apa tentang itu…” jawab aku jujur walau masih rasa hairan. Serentak itu dia memegang dahi kecewa memejam mata.

“I know you are not care about it. But I do…”

Err. Aku ketap bibir bawah saat ini. Pasal tu ke dia jadi begini?

“Macam mana Shah nak protect Ika kalau status Ika masih dianggap single bagi orang lain?” tanyanya hiba.

“Awak tak perlu risau. Saya sedar status saya…” jawab aku menghalakan pandangan ke tempat lain. Fuh~ dia ni kenapa ye? Tiba-tiba je bercakap soal hati dan perasaan dia..

“Itu Ika…tapi orang lain? Contoh macam cikgu praktikal tu…dan terbaru…si Fad bertuah tu..” katanya geram apabila  menyebut nama panggilan Fadhli. Kala ini dia sudah duduk bersila di sebelah aku. Sekejap-sekejap dia pegang dahi menampakkan rasa kecewanya. Hem..dia ni buat assumption tanpa tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Dia…Cikgu Farhan tu..saya dah beritahu dia tentang status saya….” Aku terhenti-henti bercakap. Sebenarnya tidak tahu macam mana nak susun ayat nak cakap pasal ni.

“Eh? Betul?” Serta-merta kepalanya cergas berpaling ke arah aku dan mulai ceria.

“Yee…” aku cuba senyum namun atas beberapa perkara yang terlintas di minda aku, aku hanya angguk pandang ke bawah.

“Sorrylah…Shah terlebih emosi pasal tu..” ucapnya mengenggam jemari aku. Aku hanya diam, kosong tidak membalas apa-apa.

“Ermm..takpelah. Saya keluar dulu...saya cuma nak tahu pasal luka awak tu je tadi…” bohong aku apabila mengetahui situasi sebenarnya. Sambil berfikir-fikir, aku mula angkat kaki.

“Tunggu…” pintanya itu membuatkan aku kembali memusingkan tubuh. Secepat kilat tanpa aku sedar pergerakan dia, telapak tangan kirinya ditekup ke bibir aku lalu melanjutkan tindakan dengan menjatuhkan bibirnya ke jari-jemari itu dengan penuh perasaan. Aku terdiam kerana terkejut dengan tindakannya.

“Sorry…hanya nak beri keyakinan pada diri Shah bahawa Ika adalah milik Shah. Wife Shah…” tuturnya tersenyum selepas perlahan-lahan melepaskan jemarinya dari bibir aku.

“Er…okay..” aku blur keluar tent dan berpaling kembali ke tent yang sudah dinaikkan zip itu.

Apa?? Cuma nak beri keyakinan? Keyakinan pada diri sendiri bahawa aku milik dia?? Apa dia ingat itu menyenangkan hati disebelah pihak aku?? Ya Allah! Kenapa aku tak karate je dia tadi? Aku ketuk dahi dengan jari tanda geram pada diri sendiri.

Fuh! Lain kali, kalau dia buat hal, ignore aku, merajuk ke…atau apa-apa yang berkaitan, aku tak perlu layan dah! Silap betul. Kenapa juga aku teringin nak berbaik dengan dia tadi?? Ala Ika! Kau cuai lagi…

End of part 3...
Share:

Monday 13 April 2015

Tentang manuskrip S19T

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ceewah! ucapan mengalahkan orang penting. hehe!
Straight to the point lah. Nak cepat je punya pasal.

Ermm...macam mana nak cakap ye...? Hari tu saya dah call KS. Katanya manuskrip tu  tiada di data base dia orang. Sebab apa? okay..saya punya silap kut sebab saya hantar through web KS. KS cakap kami tak dapat buka dari situ. maknanya something error lah kut.

Saya ingatkan selama ni manuskrip tu dah di tangan dia orang dan dalam penilaian T_T. Salah saya juga sebab saya tak call pun selama ni untuk tanya status sama ada, ada terima ke tidak manuskrip tu. KS kata send balik through email.

Jadi 9 april baru-baru ni saya hantar balik. Sorry sebab terlalu lama update. Sorry juga sebab kadang2 tak reply/lambat  message/ PM..agak busy...maklumlah multitasking seharian kdg2 tak menang tangan dibuatnya...ye tak?

Dengan rendah hati sy memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sy dalam menyiapkan manuskrip ni. InsyaAllah, ada perkembangan sy update lagi. kalau takde update tu..paham2 jelah, memang zero perkembangan lah tu...huhu

WSKA
Share:

Suamiku 19 Tahun! ( Suatu Kisah Di Kem Program Kepimpinan Gabungan Pengawas-Pengawas Sekolah ) Part 2

Part 2

Hari Ke-2

Aku tunduk kepala memejam mata sekejap. Fuh! Sampai sini nak tak nak aku terpaksa hadap pelbagai karenah dan perangai ‘peminat-peminat’ Shah di dalam kem ini. Kadang-kadang bila melihat keadaan itu rasa panas dari atas kepala sampai ke telinga dan leher. Kenapa eh? Adakah aku ni dah terkena penyakit tekanan darah tinggi? Haih! Minta dijauhkan. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur aku. huhu..

“Hai..termenung jauh nampak?” tersenyum Kak Anisa menyapa aku dari tepi. Lamunan aku terus mati.

“Ohh akak…eh, takdelah kak.” Hanya mampu tersengih menerima usikkan Kak Anisa.

“Takdir Allah, kita jugak yang ambil alih bahagian memasak kali ini kan Kak?” kata aku tersenyum lalu mengambil tempat di atas sebatang pokok yang tumbang.

“A’ah kan? Tapi kali ini kita masak untuk kita-kita je.” Maksud Kak Anisa itu adalah untuk para guru je..hehe. Pelajar-pelajar pula, masak diantara mereka.

“Tu lah Kak…” saat ini Kak Anisa sudah melabuhkan punggung disebelah aku dan dikala itu juga perbualan kami ditenggelami oleh suara meriah di tengah-tengah kawasan kem. Games diantara pelajar sedang berlangsung. Kepala aku dan Kak Anisa sekejap-sekejap ke arah mereka.

“Eh? Itu Shah Imadi kan?” soal Kak Anisa menunjukkan ibu jari tangan kanannya. Mata aku terus dihala ke arah seseorang yang sedang bertindak sebagai pengerusi Games.

“Oh? Ahh….” Lambat-lambat aku menjawab.

“Lama tak nampak dia…last time hari tu masa datang ke sekolah memberitahu yang dia akan berhenti sekolah.” Tutur Kak Anisa. Aku pula hari-hari nampak dia kak. Huhu…

“Ohh…” sekali lagi berpura-pura tidak mengetahui apa-apa.

“Sayangnya..kalau dia teruskan STPM tu, peluang dia cerah untuk dapat keputusan yang cemerlang…”

“Tapi bagi dia, mungkin itu yang terbaik untuknya. Lagi pun keluarga dia ada syarikat sendiri kan?” terkelip-kelip mata aku disoal sedemikian rupa oleh Kak Anisa. Hanya mampu terangguk-angguk je. Nak cakap lebih, takut kantoi. Nak diam, takut Kak Anisa terasa pula. Manalah tahu kut-kut dia beranggapan aku tak suka story dia. Huhu..

“Dengar khabar dia dah kahwin. Haslina kata begitu. Betul ke?” kepala Kak Anisa dipaling terus ke arah aku sambil bertanya.

“Cough-Cough! Ehem!” BOMB!!! Kenapa tanya aku soalan tu kak? Aku urut dada.

“Akak tanya dia sendirilah. Ika…tak..ta..”

“Oh ye pula kan. Ika mana kenal sangat Shah tu. Ika masuk sekolah, dia dah berhenti…hehe.” Potong Kak Anisa.

“Bukan apa dik..sebab Shah Imadi tu, one of my respected student. Sebab tu akak terasa bertanggungjawab untuk tahu…”

“Oh?” aku serta-merta terkejut dan terkelip-kelip mata dengan pengakuan itu.

“Rasa macam tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya..mostly yang kenal Shah pun berkata benda yang sama..” aku masih dengan tingkah yang sama dimana terkunci segala organ aku untuk bertindak balas.

“Takpelah..akak ke sana dulu. Patutnya time ni kita pun join bersama-sama dia orang. Hehe..” Tutur Kak Azlin seraya mengangkat punggung.

“Jom!” ajaknya.

“Akak pergilah dulu..Ika ke tandas kejap.” Tolak aku lembut. Dengan itu Kak Anisa atur langkah kea rah mereka. Aku pula kelam-kabut ke tandas.

“Cikgu Syafikah..!” Belum sempat aku mencapai tombol pintu tandas, telinga aku seperti dapat menangkap suara seseorang. Aku toleh ke belakang.

“Ika..!” tersentak dan terkejut aku apabila dia memanggil nama panggilan dan mencapai tangan aku secara tiba-tiba.

“Aish! Apa awak buat ni?” aku cuba membuka genggaman tangannya yang mana mata aku pula memerhati keadaan sekeliling.

“Hey! Apasal marah pula ni?” Lebar senyumannya bertanya.

“Nanti orang akan nampak lah Shah. Lupa?” temberang aku. Padahal bukan pasal tu sebenarnya..aku rasa aku dah mula berasap kepala masa sampai sini kelmarin. Sebaik dia melepaskan tangan, aku cepat-cepat mencapai tombol pintu tandas.

“Tunggu.” Fuh! Apa lagi Si Shah ni nak?

“Tent camping Ika tu nampak besar. Ada sesiapa tumpang tidur dengan Ika?” tanya dia menoleh sekejap pada tent camping berwarna biru gelap yang agak jauh sedikit itu.

“Takde..kenapa?” jawab aku berseloroh. Jawapan aku itu membuatkannya tersenyum lebar menampakkan gigi depan.

“Hehe..” dia tidak menjawab terus. Hanya senyumannya bertukar nakal barulah aku tersedar akan sesuatu.

“Jangan nak cuba-cuba nak masuk pula.” aku sudah pandang dia atas bawah.

“Iyee cikgu..Ika ni negative thinking lah. Shah tanya je pun..” yelah tu. Negative thinking lah sangat. Macam lah aku tak tahu perangai dia yang suka buat sesuatu tanpa kebenaran aku. Fuh~

“Awas!” jeling aku beri amaran keras sebelum masuk ke tandas perempuan. Hanya tawa yang kedengaran darinya. Sebaik selesai, aku keluar dia dah hilang entah kemana. Dah ke games tadi lah tu. Haih! Pening aku layan karenah Shah ni. percutian ala Phuket Thailand konon. Rupa-rupanya nak fikir pasal Phuket pun aku tak dapat sekarang ni. Fikiran melayang sambil kaki perlahan-lahan menuju ke tempat games itu berlangsung.

“Assalamualaikum..” sapa seseorang memberi salam.

“Waalaikumsalam…” bingung sekejap.Tak perasan pula ada orang didepan aku tadi. Tapi dia ni siapa eh?

“Cikgu Syafikah kan?”

“Ye saya….” Jawab aku malar bingung.

“Saya Farhan.”

“Ermm….okey….” lambat-lambat aku jawab. Kepala tengah memproses apa yang sedang berlaku sebenarnya.

“ Sebenarnya saya baru masuk praktikal di sekolah … sebab tu Cik Syafikah belum kenal.”

“Ohh yeke…” aku senyum.

“Kalau cik Syafikah ada…”

“Ehem! Cikgu … bagaimana keadaan Farish sekarang? Dah sihat? Hari tu dia demam kan?” tu dia suara Shah entah dari mana datang tiba-tiba menyampuk. Terkebil-kebil cikgu praktikal itu di depan aku.

“Er…alhamdulillah dah sihat.” Aku ketap gigi senyum dalam keterpaksaan. Apa tak, entah apa motif si Shah ni bangkitkan soal Farish sekarang. Farish anak Kak Fiza pula tu.

“Alhamdulillah..biasalah tu cikgu, masih kecil kan. Immune badan masih belum kuat.” Aik? Dia cakap macam tu, lagak seperti Farish anak aku. Pelik betul!

“Oh ya cikgu, tadi kata nak tengok sana kan. Marilah..” Bersahaja je dia ni menambah cerita.

“Ohh..ye..ye. Takpelah..saya pergi dulu eh.” Kata aku kemudian mengekori Shah dari belakang. Entah apa reaksi cikgu praktikal tu tadi. huhu..rasa bersalah pula..

“Apa dia tanya tadi?” soal Shah apabila sudah sedikit jauh dari tempat tadi. Dingin je nada dia. Tadi bukan main ceria lagi..

“Takde sangat..dia hanya perkenalkan diri je sebagai cikgu praktikal..” Spontan aku. Saat itu juga dia berhenti langkah dan pusingkan badan. Matanya pula dipejam rapat beberapa saat seperti marah akan sesuatu. Aku sudah kaku terkebil-kebil dengan keadaan dia. Ada aku silap cakap ke?

“So, apa Ika cakap?” tangannya kini dimasukan ke poket seluar. Serius sangat.

“Tak sempat nak cakap apa-apa pun. Awak tu..tiba-tiba menyampuk. Tak senonoh betul.” Jawab aku mencebik bibir.

“He interested in you Syafikah … don’t you see that?” keluhnya kecewa kemudian pusingkan tubuh kembali membuka langkah ke hadapan meninggalkan aku yang terkebil-kebil. Alamak..tak kan merajuk lagi? Tapi tak kan perkenalkan diri pun dikata interested? Aku buntuti dia dari belakang dalam keadaan bingung-bingung.

“Yeke…? Macam bukan je…” kata aku bercakap sendiri.

“Shah….” Aku cuba bercakap dengannya.

“Shah ada kerja …” habis itu je, dia terus besarkan langkah tinggalkan aku. Ceh! Bukan salah aku pun boleh merajuk begitu. Hemm…

***

“Baiklah, kita tak nak stress-stress hari ini … jadi selari dengan matlamat kita untuk mewujudkan hubungan yang baik sesama para guru dan para pengawas sekolah, cikgu nak hari ini kita laksanakan game ini bersama-sama.” Semua diam apabila guru disiplin berucap dihadapan.

“So hari ini..untuk pertandingan kali ini, kita akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Jadi cikgu-cikgu sekalian, apa pendapat anda semua?” tanya Cikgu Roslan merangkap guru disiplin sambil tubuhnya dipusingkan ke belakang menghadap kami. Para guru hanya tersenyum-senyum. Memang setuju lah tu..tak kan nak bantah kut..? Guru disiplin tu…huhu..

Seperti yang dipersetujui, kami telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Keenam-enam kumpulan dicampurkan antara satu sama lain termasuk pelajar-pelajar. Aku masuk dalam kategori kumpulan B, maklumlah, aku boleh pilih mana kumpulan yang aku nak dan tidak berada di kumpulan yang sama dengan Shah. Fuh! Nasib baik. Tapi macam biasa, Shah tak puas hati dengan kumpulan pilihan aku. Dia nak jugak aku ikut dia. Ceh! Tambah orang suspect aku macam-macam kalau aku ikut kumpulan dia. Aku dah buka kalkulator dah dari tadi benda tu~ hehehe!

“Kenapa tak masuk ke kumpulan Shah tadi?” tanya dia dengan suara kecil apabila kami berselisih langkah.

“Saya rasa ini yang terbaik …” jawab aku tersenyum jujur. Itu membuatkannya mencemik bibir.

“Bad selection! Group Ika bakal kalah. Sigh!” tersenyum perli dia tengok aku. Ceh~ bakal kalah konon, Mana dia tahu? Geram pula aku.

“Kita tak tahu lagi siapa yang akan menang. So, kita tengok jelah. Hehe!” kata aku yakin. Yelah, dia ingat aku ni lemah-selemahnya kut.

“Sigh! Okay~ you will know it soon.” Katanya berlalu ke arah kumpulannya. Isk. Macam yakin je dia. Aku tahulah dia tu serba boleh! Tapi tak kan dia atlit sukan jugak kut? . Mustahil-mustahil~ dia sengaja nak buat aku jealous je tu. Aku mula mengingat-ingat apa kurangnya dia selama mana aku kenal dia. Suka kenakan aku. Itu je yang aku boleh ingat sekarang.

Maka bermulalah pertandingan bola tampar pantai. Hanya 5 orang yang turun padang sebagai wakil untuk setiap kumpulan. Satu orang daripada pemain adalah simpanan. Setiap kumpulan pemain dikehendaki memilih 2 orang guru dan dua orang dari kalangan pelajar! Yang tak terlibat dalam permainan ini diminta membuat satu lagu bagi menyokong para pemain. Aku? Aku adalah salah seorang pemain! Aiseh~ boleh ke aku ni?

Persaingan amat sengit di antara semua kumpulan. Tapi apasal kumpulan Shah nampak sangat menyerlah?? Apa yang aku tengok sekarang ni, final nanti kena bertemu dengan kumpulah dia orang. Isk! Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh biarkan kata-kata dia tadi tu menjadi kenyataan! Macam mana nak elak ye? Takpe, tak usah susah-susah hati. Cikgu Roslan kan ada? Selaku guru PJK sekolah memang aktif bidang sukan. Dia boleh ganti aku. Yess!

Tepat telaan aku. Baru je group Shah raih kemenangan untuk mara ke final bertemu group kami! Tapi jangan risau, ayam tambatan kami ada hahaha!

“Yahooo! Bersorak kegembiraan kumpulan A dengan tamparan bola yang pertama berjaya menerobos halangan dari kumpulan kami. Fuh! Jatuh ke kawasan aku pulak tu! Si Shah ni memang sengaja nak jatuhkan bola tu ke tempat aku. Bertuah punya Shah!

Satu pukulan pemula dari kumpulan A kembali masuk ke kawasan kami. Aish! Melayang-layang bola tu bak wau bulan ke udara. Gembira tak terkata apabila masing-masing masih kemas menghalang bola itu dari jatuh. Sorakan demi sorakan dari supporter memeriahkan suasana. Tapi akhirnya satu tamparan tajam dari Shah ke arah aku lalu melepasi halangan! Aduhhh~ aku lagi!

“Yahoooooo!” kumpulan A bersorak meraih mata yang kedua. Cih~ aku jeling dia dari atas dan bawah.Serentak itu dia kenyitkan mata tanda perli. Ohhh~ sengaja nak serang aku ye? Fuh! Kipas~ minta kipas. Panas pula telinga aku. takpe, dia ingat dengan cara macam tu dia boleh menang?

Bukan pula nak menang, rasa macam nak kalah je! Kenapa bola ni suka sangat jatuh ke tempat kami ye? Dia orang dah menang set pertama, ini dah set kedua dah ni. Aduh….

“Cikgu Syafikah!” satu laungan sederhana singgah ke telinga aku. Kepala aku segera ditoleh.

“Saya main.” Cikgu praktikal itu mempelawa diri.

“Oh?” dalam senyum dan bingung, aku keluar. Aku sempat menoleh ke arah Shah. Menggeleng kepala dan ternganga dia. ceh~ takut kalah lah tu! Aku labuhkan punggung tidak jauh dari set gelangang permainan.

Oh bahagianya~ pasukan kami bakal menang! Fuh~ nasib baik ada cikgu Farhan. Kalau tidak, tinggi mendabik dada si Shah tu dekat aku. Kalau di ingat-ingat pasal tadi, Fuh~~~ nak meletup telinga aku oleh si Shah ni.

Dan akhirnya, tepukan gemuruh dan sorakan dari kami semua apabila set kedua dan ketiga kami pegang. Kami menang!!! Yeeahhh~

Acara diteruskan cepat dengan ucapan sekalung tahniah dan penyampaian hadiah oleh pengerusi majlis. Kesemua pasukan diberikan hadiah termasuk para supporter sekali. Hehe nampak adil di situ. Yelah, kan semua orang telah berusaha untuk menjayakan permainan ni? Selepas penyampaian hadiah, kami sesama para guru banyak bersembang. Manakala para pelajar bersembang sesama mereka. Hehe…

“Urggahhh~ bestnya pasukan kami menang…” aku sengaja provoke dia dengan naikkan tangan ke atas seolah-olah meregangkan tubuh di sebelahnya.

“Yeahhhh~ menang.” Balasnya tanpa riak disertai dengan tepukan tangan tanpa bunyi. Mulutnya dicebikkan sambil menghadiahkan aku jelingan tidak puas hati.

“Haaa tu lah….jangan yakin sangat menang. Kan dah terbukti..” perli aku. Automatik itu dia jatuhkan kepala ke kanan sambil mencekak pinggang.

“Tadi bukan main happy lagi dapat mata demi mata?” tutur dia masih dalam keadaan sama.

“Eh? Yelah…kan tu mata kemenangan kami..hehe..”

“Hehe…” dia sengaja ikut tawa aku sebelum dia tinggalkan aku tanpa sempat aku berkata-kata seterusnya. Aih? Marah nampak? Kepala aku dipaling ke arah tubuhnya yang semakin jauh. Fuh~ dia yang mulakan perang ni tadi, tak kan salah aku lagi kut…aih~ malasnya. Aku berlalu dari tapak tadi dengan kaki terus dipandu ke arah tent champing aku.

End Of Part 2
Share:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers