Tuesday, 26 January 2016

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 6

Posted by Syau Qah at 13:13


Aku dongakkan kepala ke atas memandang ke arah apartmen mewah yang tinggi melangit itu. Dan…tingkat 22? Biar betul aku kena naik ke atas semata-mata nak serahkan envelope coklat ni? Nipis aje benda ni… tak sesuai betul nak serahkan by hand. Sambil bermonolog, aku meneliti dan membaca kembali alamat yang tertera. Huh! Bersyukurlah Warda oi…at least kau bukan pikul barang berat naik ke atas!


            Fuh! Akhirnya selamat juga aku sampai ke tingkat 22 ni. Aku ke tepi dinding mengintai keluar melalui jendela kaca yang separas bahu. Grrr~ Kecut hati! Gatal nak tengok ke bawah kan? Tahu pun phobia pada ketinggian…nak juga cari penyakit.


            D – 1-22….rasanya inilah kut? Tanpa berlengah aku terus ke hadapan pintu cuba menekan loceng. Namun belum sempat berbuat apa-apa, pintu itu terbuka dengan sendirinya. Eh? Terbuka gitu aje, tak sampai terkuak besar. Dia benarkan aku masuk ke apa ni? Terkebil-kebil sambil menggaru pipi sekejap. Namun untuk keselamatan, aku memberi salam dari luar.


            “Assalamualaikum….” Salam aku tidak dijawab. Err…


            “Hello…..” aku tukar ucapan salam dengan perkataan ‘hello..” pula. Kut-kut dia bukan muslim kan? Maklumlah negara tercinta kita ni pelbagai bangsa. Tapi…aih? Takde balasan apapun dari dalam…patut tak aku masuk aje? Aih! Tak boleh, tak boleh!


            “Assalamualaikum…..” 


            “Hello…” Bertukar ganti ucap salam aku. Buat malu pada jiran sebelah ni aje..huhu.


            “Assalamualaiii…”


            “Waalaikumsalam…please come in….ada benda saya nak discuss dengan cik Balqis. Terkejut. Pintu itu tiba-tiba dibuka luas dan orang yang mempersilakan aku masuk adalah dia! Muhammad Faradhi. Ya Allah…ini mesti kerja Balqis sengaja nak kenakan aku! Patutpun bermacam warning kalau aku tak hantar envelope ni dengan tangan.


            “It’s okay….pengasuh dan anak saya pun ada di dalam. Jangan risau….” Enggan berganjak dari tadi, seperti memahami apa dalam fikiran aku…dia yakinkan aku, bukan hanya kami berdua ada didalam rumah itu nanti. Nak tak nak aku kena masuk sekejap. Sebaik masuk ke rumah, hati tiba-tiba berdebar. Aku ketap bibir. Keadaan apartmen ni macam keadaan rumah yang kami duduk dulu…. Fuh~


            “Duduklah dulu…” pelawanya tersenyum kemudian langkahnya dipandu ke arah dapur. Buat air ke? Sementara menunggu dia, mata aku tidak putus perhatikan suasana apartment itu. Cis! Keadaan rumah ni mengingatkan aku pada rumah ‘itu’ dulu. Arggh! Kenapa aku masuk apartment ini tadi?? Tanpa sengaja kedua-dua belah tangan aku diraup ke wajah menghilangkan perasaan yang mula tidak menentu. Tidak lama menunggu, dia kembali dengan dulang makanan. Dan seperti di rancang, air minuman yang dibuatnya juga adalah minuman kegemaran aku. Adakah ini kebetulan? 


            “Jemputlah minum…” pelawanya dengan senyuman sambil meletakkan dulang makanan itu di hadapan aku. Tubuhnya dilabuhkan ke sofa dihadapan aku. Dia tuangkan jus itu ke dalam gelasnya kemudian ke gelas kaca aku pula. Dalam segan aku ambil gelas yang berisi jus melon itu. Belum sempat bibir aku sampai ke mulut cawan, pengasuh yang memang amat aku kenali melintas dari arah belakang Faradhi. Dia, Mak Cik Esah! 


            “Cough,cough~!” Tumpah sedikit jus melon itu ke atas meja kaca. Bulat mata Mak Cik Esah tengok aku kemudian tersenyum. Aku balas senyumannya tapi tak dapat nak peluk cium Mak Esah memandangkan aku kononnya stranger pada Muhammad Faradhi. Phew…tentu Mak Cik Esah pelik dengan perangai aku. Huhu…


            “Sorry…tumpah…” Baru sedar dia asyik perhatikan aku, aku keluarkan tisu dari beg tangan dan mula melap-lapkan jus yang tumpah itu. Marah sebab aku tumpahkan jus tu ke? Tidak bersuara, dia hanya berpeluk tubuh perhatikan aku. Tapi….kenapa dia perhati aku semacam je? Takkan dia dah tahu identiti aku?? Buat aku takut aje…


            “Ehem….so ini envelope yang encik minta tu…” Tidak mahu panjangkan fikiran, aku alihkan perhatiannya pada sampul berwarna coklat itu.


            “Oh okay…” tuturnya mengambil sampul coklat itu hanya dengan sebelah tangan. lebih jelas lagi, ambil dengan sebelah tangan kanan. Dia buka dan meneliti. Sementara menunggunya, telefon pintar aku tiba-tiba berbunyi nyaring dengan lagu nyanyian Vanessa William menandakan Balqis telefon aku! Aku set lagu itu sebagai caller ringtone Balqis.


            “Sorry…saya jawab sekejap…” ujar aku meminta diri ke arah balkoni.


            “Assalamualaikum…Balqis! Kenapa tak beritahu aku sampul tu untuk Encik Faradhi??” Soal aku sedikit berbisik bertanya terus tentang pemilik envelope itu pada Balqis.


            “Waalaikumsalam…ala sorry tau. Aku terpaksa Warda oi. Macam kepala aku kena tembak aje bila ex-husband kau tu warning aku tempoh hari supaya tak beritahu kau tentang siapa pemilik envelope tu! Dia nak kau juga yang hantar pada dia…”


            “Kena saya yang hantar? Maksudnya?” Aku terus bertanya berserta bisikan terkejut sambil kepala sekejap-sekejap ditoleh ke arah Faradhi. Patut pun sampul remeh tu nak juga dihantar by hand. Tak kan pula dia dah..…..ya Allah…


            “Maksudnya, Encik Faradhi tu dah tahu kau tu bekas bini dia!”


            “Haaa?” baik punya jawapan dan sangat tepat telaan aku sampai jantung aku rasa nak terlari dari tempat asal.


            “Mula-mula memanglah dia tak cam kau….tapi dia kelentong aku, pusing cerita…manipulasi aku, sampai aku bingung dan terbuka cerita pasal kau!” Nada kecewa Balqis di hujung talian.


            “Takpe..takpe. Saya tak ambil hati. Bukan salah kau pun.” Huhu…


            “Ni ada apa-apa masalah dekat office eh? Ada sesiapa cari aku?” Saja tukar cerita.


            “Takde semua tu…saja nak minta maaf awal-awal dekat kau pasal envelope tu dan juga pasal ex-husband kau…takut nanti dalam perjalanan balik ke sini, kau sumpah aku macam-macam…kau marah tak? Sorry eh, aku betul-betul nak beritahu kau sebelum kau keluar tadi tapi aku dah buat janji pula pada Encik Faradhi…lagi pun, takpe kan sebab kau mesti dah tahu yang Encik Faradhi tahu kau tu bekas isteri dia sekarang ni kan…?” Fuh~ Balqis-Balqis. Aku tak tahu pun dia tahu identiti aku sehingga kau call aku Balqis…huhu


 “Hemm….takpelah, balik nanti saya jumpa kau di office eh. Assalamualaikum…”

Isk~ Macam mana aku nak berdepan dengan dia dalam keadaan macam ni? Hati aku ni ha~ tak tentu arah dah! Fuh~ relax… cool down..relax again. Cool down…..

Aku menghampirinya yang setia membelek-belek beberapa kepingan kertas dengan hati tidak putus beri semangat pada diri sendiri.


            “Err….kalau dah takde apa-apa lagi, saya….”


            “Duduk dulu…” Belum pernah lagi kut ada orang yang tiba-tiba potong ayat aku. Dia ni lah yang pertama kali. Yelah, selama hidup dengan dia dulu pun…peribadi dia bukan macam ni. Huh~ nak tak nak,aku duduk juga kejap. 


            “Ermm….pasal dekat Sabah hari tu…..” Phew~ Sabah lagi..


            “Ohhh….tak itu bukan kerja saya…saya cuma pengganti aje…” Giliran aku pula tiba-tiba potong ayat dia. Bukan nak balas dendam. Aku takut dia bangkitkan soal lain! Huhu…


            “Bukan…maksud saya…” Alamak….habis lah aku!


            “Ohh pasal anak encik tu ye…? Takpe, takpe…it’s okay-it’s okay….” Kalut! Wajah dia sudah bengang seperti yakin akan sesuatu yang aku cuba elak.


            “Ehem! Warda…!” Aish~ aku ketap gigi sambil cuba menyembunyikan riak muka.


            “Why do you keep on  avoiding me?” soalnya mencari jawapan dari riak wajah aku.  Sementara itu, aku pula dalam posisi kepala ke sana ke mari mengelak diri dari ditatap oleh mata dia.


            “Warda…” Enggan menjawab soalannya, dia panggil nama aku untuk tarik perhatian aku.


            “Err….." Oh please save my life!
            "Eh? Mak Cik Esah….ala, sorry hampir tak kenal mak cik tadi. Mak Cik dah tambah lawa…sebab tu Arda tak cam tadi! Hehehe~” Aku terus angkat punggung memeluk Mak Cik Esah yang hampir melompat dengan sapaan aku dari belakangnya. Nasib baik Makcik Esah keluar. Kalau tak? Huhu…


            “Makcik sihat?” Tanya aku menyalamnya. Pada Faradhi pula, aku hadiahkan jelingan maut. Dia balas dengan senyuman separuh. Huh~ bencinya aku!


            “Alhamdulillah…” Balas makcik.


            “Takpelah makcik…Arda balik dulu, lain kali kita sembang banya lagi ye macam dulu…” sambil mencium pipinya, aku pantas ke pintu  memakai kasut tanpa menunggu jawapan dari Makcik Esah lagi. Tindakan cepat aku membuatkan Faradhi secepat kilat mengangkat punggung cuba menahan aku. Tapi oleh kerana aku lebih pandai dari dia, maka aku terlebih dahulu menutup pintu apartment itu dengan senyuman kemenangan. Bukan saja dia terkebil-kebil, malah seperti geram dan bengang dengan aku. Tapi…apa aku nak kisah kan? Envelope itu pun dah aku hantar….jadi apa isunya lagi? Tak kanlah aku nak dengar soal aku dan dia? Jawapan aku, NO WAY!


7 comments:

  1. mmm... bestttt... sambung la cepat. tak sabar nak baca lagi.

    ReplyDelete
  2. bla nk smbg nvel ni sya dh lma tggu bab yg 7.

    ReplyDelete
  3. cerita tergantung je..kenapa tak settle kn satu2??

    ReplyDelete
  4. Hey awk buat lah bab ending dia sye nak tahu

    ReplyDelete

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea