Saturday 6 February 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 6 ]

Kejadian hari itu sedikit sebanyak menjadi racun dalam kepala aku ni! Aku seolah-olah tersangat trauma! Aku berusaha elakkan diri dari bertembung budak tu. Kalau sesi persekolahan sudah tamat, aku cepat-cepat  tinggalkan perkarangan sekolah. Takut sangat!

Masa perhimpunan pagi tadi pun, aku tidak sangka pula dia ketua pengawas sekolah. Iskk..boleh pulak aku bertembung dengan dia. Tapi nasib baiklah waktu itu ramai orang. Kalau tidak, memang aku sah jatuh terjelepuk dengan segala ayat maut dia tu! Huhuh..sudah nasib aku!

Hemm..aku..aku tak boleh suka dia! Walaupun aku tak masuk kelas dia,  bagi aku, dia macam anak murid aku je. Haih! Aku berperang dengan perasaan sendiri.

* * *

“Cikgu Rosijah, awak tahu kan budak yang namanya Shah Imadi tu? Dia ada dalam kelas awak kan?

“Aha, kenapa dengan dia?” cikgu Rosijah menyoal kembali Cikgu Iman.

Aku yang sedang membelek-belek buku kerja sejarah tingkatan 5 memasang telinga dalam diam. Hiks! Sempat pulak aku.

“Dia dah okay ke sekarang? Kan hari tu mak dia baru meninggal? Dekat 3 bulan dia tak datang sekolah. Kesian jugak budak tu. Hilang tempat mengadu!” cikgu Iman menyambung kata-katanya. Erk! Aku yang mendengar terkedu sekejap. Shah Imadi? Shah? budak Shah tu ke?

“Yelah, tapi bapanya kan masih ada? cikgu Rosijah menambah.

“A'ah..tapiii...” cikgu Iman menyambung kata-katanya dengan cuma membisikkan kata-kata itu di telinga cikgu Rosijah. Saat ni aku sudah berpaling ke arah mereka berdua.. Entah apa bendalah yang dibisikkan sangat tu? Aku menggeleng melihat gelagat kedua-dua cikgu tu.

“Doakan yang terbaik untuk budak tu dah lah! Ini pun baru minggu ni dia muncul balik..nasib baik pengetua bagi excuse dekat dia. Kalau bukan pasal pakcik dia balik-balik datang minta excuse dekat pengetua, memang sudah lama kena buang..nasib baik juga kan, kalau tidak, sayang..Shah tu antara top scorer A masa spm 2 tahun lalu!” Cikgu Rosijah mengeluh panjang mengenang nasib Shah.

Jari aku terhenti dari menulis di sebuah buku. Perlahan-lahan aku menghela nafas panjang. Kesiannya..mungkin juga sebab kematian mak kot dia jauh bertindak seperti orang dewasa! Aku bermonolog lagi. Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak, perbualan di antara Cikgu Rosijah dan Cikgu Iman menghilangkan rasa takut yang bersarang dalam hati. Yelah, beberapa hari ini aku ingatkan dia tu abnormal ke apa.. Uwaa…sebab aku tak pernah jumpa budak seperti dia! Mahunya aku tak terkejut dia tiba-tiba ajak aku kahwin?? isk…

Shah Imadi..Shah Imadi? Serba-serbih aku tertarik dengan nama itu...

Awal kami balik hari ini..maklumlah hari jumaat kan. Aku pula, membawa balik banyak buku latihan pelajar tingkatan 5. Dua kali aku ulang-alik ambil buku-buku ni. Tak menang tangan aku dibuatnya.

Okay, aku dah ready hendak balik ni. Aku start enjin kereta je, terus bergerak. Tiada sudah namanya tunggu 5 minit atau 10 minit..masih takut punya pasal!

Tidak lama, dalam 25 minit perjalanan, PANGGG!!! Aduh, apa lagi ni?! Kereta tiba-tiba seperti hilang kawalan. Nasib baik aku pandu slow je..kalau tidak, memang innalillah lah aku. Esoknya, kenduri tahlil. Ye tak?

Aku berhenti di bahu jalan, cek kereta aku. Tayarlah pula! Kalau tayar kurang angin tidak apa juga, ini tidak..meletup terus! Apalah nasib aku hari ini? Huh! Sabar..

Aku buka bonet kereta, ambil jek..ambil tayar baru. Aku letak di tepi..

Aku mula menaikkan jek..itu okay lagi kut, ala..pakai kaki memanglah sangat senang kan?

Tayar kereta dah naik, tinggal nak pusingkan nat saja. Aku cuba pusingkan.

“Erkk!” keras! Aku cuba lagi dan sekali lagi nat tu tak bergerak langsung. Nangis sendirilah jawabnya.

Aku termenung sekejap..macam mana ni?? Sedang kusut memikirkan ikhtiar lain.

“Kenapa?” tiba-tiba satu suara menerpa aku dari tepi.

Aku terus berpaling. Shah..antara gembira dan tak hati ni dengan kehadiran dia. Pertama, gembira sebab ada tolong aku tukarkan tayar. Kedua, geram sebab aku jumpa dia disini!

“Err..tayar meletup…agaknyalah..” jawab aku ringkas seolah-olah ragu dengan masalah kereta yang aku hadapi. Padahal, dah memang confirm pun. Aku bingkas bangun. Shah pula sudah betul-betul berada di hadapan aku sekarang.

“Ohh mana spana?” soalnya lalu mencapai benda tu dari tangan aku yang aku tidak sempat pun hulur pada dia.

Aku cuma memerhati dari sebelah kiri dia..lama aku perhatikan wajah itu..redup saja matanya..namun aku lebih tertarik pada rambut hadapannya dibiarkan jatuh ke dahi.

Shah Imadi.. Fikiran aku melayang seketika.

“Sudah puas tengok?” katanya tiba-tiba sambil melemparkan sebuah senyuman. Lamunan aku terhenti serta-merta.

“Eh apa pula awak ni?” segera aku buang pandangan ke arah lain..aku pasti, jelas terpancar riak malu di wajah aku. Cis! Kenapalah aku tenung dia tadi? Kan dah kantoi?

“Tu lah, lain kali..cari suami cepat-cepat!” katanya mengusik aku. galak senyumannya melebar.

“A'ah nak kahwin lah ni..” aku menambah..sengaja aku berkata begitu agar dia menghentikan saja topik kahwin ini. Aduh, aku tak patut pun jawab soalan dia tu tadi.

“Betul?” tanyanya mengerut dahi selepas selesai menurunkan kembali jek kereta.

“Ada air tak?” tanyanya tiba-tiba.

Aku melangkah membuka pintu kereta bahagian penumpang. Aku hulurkan terus botol air yang sudah ada dalam tangan.

“Boleh tuangkan tak?” pintanya menguntum senyuman sambil menghulurkan tangan. Banyak pulak songeh budak ni!..antara rela dan terpaksa, aku tuangkan saja.

“Ika, ada boyfriend tak?” soalnya serius sebaik melap-lapkan jarinya dengan tisu yang diambilnya dari poket seluar.

Glup! apa aku nak jawab ni? Otak aku tiba-tiba berhenti bekerja.

“Aaa..a.tentulah adaaaa!..kenapa pulak tiada?! Hehe…” Aku sekilas berpaling ke arah dia sambil tersenyum simpul..saja cakap macam tu sebab nak dia berhenti menyoal macam-macam.

Bukan sedih, tersenyum pulak dia..ini yang buat aku resah ni!

“Jawapan macam tu, Shah tau lah...takde kan?” dia mengenyit mata dekat aku..geram pun ada saat ni. Botol minuman yang sudah kosong tadi, aku genggam erat setia di jari kerana geram. Nasib tak melayang ke tempat dia. Hehe..

“Menipu berdosa..jangan buat macam tu lagi.” tuturmya.

Aduh!..tak pasal-pasal aku kena sebijik! Seraya aku cebik bibir.

“Dua bulan lagi cuti penggal pertama, Shah nak masuk meminang.” tuturnya bersahaja. Mata aku terbuntang luas..terkejut beruk punya pasal. Amboi! Suka hati dia je!?

“Aaa…awak biar betul?!” terkebil-kebil aku sekejap..rasa tidak percaya pun ada..apa dia ingat sesuka hati macam tu je? Aku sudah garu kepala beberapa kali walaupun terasa tidak gatal.

“Tak boleh! Tak boleh! Awak tak boleh buat macam tu!” aku menggeleng laju.

“Seriously? Kenapa pula tak boleh?” soalnya mengerut dahi merenung mata aku. Tak terjawab soalan itu oleh aku.

“Shah takut syaitan ambil kesempatan atas perasaan Shah terhadap Ika…” tuturnya. Erggh?

“Sebab tu Shah nak cepat-cepat halalkan perasaan ini…” katanya sangat serius. Aku pantas terpempan..aku tidak nafikan, aku tidak nafikan ada benarnya apa yang dia katakan..tapi aku? Adakah perasaan aku sama seperti dia? Dan lagi, kenapa perlu aku  terdetik akan soal ini sedangkan aku belum terdetik untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini!

Aku bingung..kelu lidah untuk berbicara..hilang idea untuk berkata tentang apa-apa. Sebenarnya aku agak penat fikir semua ni..seolah-olah satu bongkah batu besar menghempap aku. Tiba-tiba sangat!

Aku diam selepas itu. Dia pun sama..mungkin dia beri peluang aku untuk bersuara?

“Cikgu balik dulu..anyway, thanks sebab tukar tayar tadi.” Aku sekejap ber awak, sekejap membahasakan diri cikgu dengan dia kerana aku sendiri sukar untuk mentafsir perasaanku sendiri kala ini. Kalau sebelum ni, mungkin aku boleh terima..tapi sekarang ni?

Aku meminta diri untuk beredar..Sebaik kereta aku bergerak meninggalkan dia, aku sempat melihat ke cermin sisi kereta aku..dia memerhatikan kereta aku dari jauh. huh~ satu keluhan lemah keluar dari bibir aku.

Dia tu baru 19 tahun....19 Tahun tau tak? Haruskah aku kecewa saat ini? Aku sendiri pun tidak pasti..ya Allah, hindari aku dari berperasaan begini..
* *
“Assalamualaikum Ika..” suara mama di hujung talian.

“Waalaikumsalam mama…” jawabku..aku tersenyum sendirian. Awal Mama call hari ini. Rindu aku agaknya..

“Kenapa mama?”

“Ni nak tanya ni, Ika balik tak cuti sekolah ni? cuti seminggu kan?” tanya mama.

Aku berdiri membetulkan tudung. Tahulah, tadi sesudah iron tudung..aku terus jawap panggilan telefon tanpa sempat betulkan tudung yang sudah disarung.

“Tengoklah mama, kalau tiada aktiviti sekolah masa tu..Ika tetap balik..” balas aku meyakinkan mama..

“Balik ye, abah ada hal penting nak bincang masa tu..” pinta mama.

“InsyaAllah mama..”

Usai bercakap, Mama putuskan talian. Aku tertanya-tanya..hal apa yang penting sangat? Berkerut-kerut dahi aku mengingat-ingat. Ada benda yang aku lupa ke?

Kalau pasal budak tu, mustahil..sebab dia sendiri yang cakap cuti penggal nanti baru dia jumpa abah. Ish, pasal apa lah aku boleh terfikir pasal dia? Lagipun tak mungkin budak tu datang meminang pun, alamat pun dia tak tahu?! Haha~ Aku ketawa didalam hati. Agak geli hati..atau sebab lega barangkali?..hehe

Sebenarnya aku nak keluar hari ni. Seorang je..sebab kebanyakkan guru perempuan di sekolah sudah berumahtangga. Adapun yang solo, bukan geng aku. Huhuh…

Takpe, masih awal. Soal geng, belakang cerita..sebab aku tahu, aku bukan sebulan dua je dekat situ. InshaAllah bertahun. Mustahil aku tak dapat geng dalam masa tu kan? Sabar je lah Ika oi..kalau nak cepat, rajin-rajinkan diri cari kawan. Kut-kut seorang menyangkut? Ha~ kau jugak yang untung. Eh-eh, bukan menyangkut sebagai teman istimewa. Sebagai seorang kawan lah..jangan cari nahas okay!

Aku memarkirkan kereta di kotak parkir supermarket Giant.

Ramai sangat orang hari ni. Barangkali disebabkan hari ini adalah hujung minggu, So semua orang ambil kesempatan untuk berjalan-jalan. Bershopping tenangkan fikiran. Opss! Bagi perempuan, bershopping itu adalah untuk menenangkan fikiran. Tapi bagi lelaki, membazir! Itu fakta tidak rasmi aku. Aku ambil statistik dari lelaki-lelaki yang ada disekeliling aku iaitu abah dan abang Ijat. Hehe..

Aku ambil troli yang ada di luar bangunan Giant. Perlahan-lahan aku tolak kedepan..sesekali tumpuan aku terganggu dengan kesesakkan manusia yang ada sini. Pusing sini, tak dapat pusing sana..pun sesak jugak! Heishh..menyesal pula pergi pada waktu kemuncak begini..

Aku putuskan untuk berehat ke kerusi rehat shopping mall. Agak-agak dah tenang sikit, baru giliran aku masuk pula.

Aku ke bahagian barang basah. Aku capai ayam..sayur bayam dan telur..selesai di situ, aku ke bahagian tuala wanita. Agak tinggi sehingga aku terlompat-lompat sedikit mencapai benda alah ni. Laa, tak kan tak dapat kot? Aku menggaru kepala yang tak gatal..

“Cikgu Syafikah?”

Aku berpaling ke belakang sebaik satu suara memanggil.

“Ohh cikgu Imran..buat apa dekat sini?” tanya aku menguntum senyuman.

“Saja..cari barang..” balasnya. Sementara itu matanya meninjau, melilau. Mungkin mengesan barang yang dicari.

“Seorang je?” tanya  dia lagi.Aku sekadar mengangguk..

“Sorry..” ucapnya seperti meminta keizinan tentang sesuatu. Setelah itu, tangannya meraih tuala wanita yang aku hendak kan tadi. Dia terus masukkan ke dalam troli aku yang setia menanti. Aku membiarkan sahaja pertolongan yang dia berikan kerana aku sendiri naik fed up nak ambil dah. Tinggi sangat! Yelah, aku kan comel, 148cm je..hehe perasan!

“Cikgu seorang jugak ke?” soal aku pula. Dah nampak dia seorang-seorang, kau tanya lagi Ika?

“Ohh tak, sebenarnya dengan tunang sekali..haa tu pun dia!”

Aku terus berpaling ke arah belakang sebaik ibu jari cikgu Imran dihala ke arah seorang perempuan.

“Fatin?!” Aku membulatkan mata.

“Ika!” jeritnya sama. Tak sangka aku boleh jumpa kawan lama aku semasa belajar di UPSI dulu. Aku dan Fatin berpeluk seketika. Dan tubuh kami terpisah selepas itu.

“Tak tahu pula kamu berdua kenal antara satu sama lain…” kata Cikgu Imran. Keningnya turut digaru tanda kurang percaya. Aku dan Fatin hanya lemparkan senyuman pada Cikgu Imran.

“Lama tak jumpa, sihat tak ni?” aku menyoal Fatin.

“Alhamdulillah, aku sihat je..kau?” Fatin soal aku pula.

“Aku sihat, alhamdulillah..” bibir aku menunjukkan sebaris gigi hadapan. Rasa segan sekejap. Yelah, lama tak jumpa Fatin. Dia juga sama. Sampai terpinga-pinga.

“Ish, kau tinggal di mana sekarang?”

“Aku dekat-dekat sini je..senang sikit ke tempat kerja!” jawab Fatin ceria.

“Ohh..gitu ke..ni, majlis bila? Jangan lupa jemput aku tau!” aku menaikkan kening sekilas anak mataku menoleh pada cikgu Imran. Cikgu Imran ketika itu hanya tertawa kecil melihat gelagat kami.

“Lama lagi, yeelaaah..nak kumpul duit kan!” balas Fatin pula.

“Tak sangka pula tunang aku kenal kau. Aku pun terkejut..aku ingatkan perempan mana ntah lagi tadi.” Fatin tergelak menceritakan rasa hatinya. Sementara aku pula sudah ketawa terkekeh dengan pengakuan Fatin.

“Kami mengajar satu sekolah..sebab tu kenal.” Cikgu Imran menjawab segala persoalan Fatin.

“Betul Ika?” Fatin menaikkan keningnya bertanya. Tak kan tak percaya kot?

“Aih? Tak caya? Jangan jealous sudah!” usik aku sambil meyakinkan Fatin.

“Ish-ish, mana ada! Kau ni Ika..cubit karang baru tau!” apabila wajah Fatin menampakkan rasa geram kepada aku,  aku cepat-cepat mengundur dua kali dari dia. Bukannya aku tak tahu, dia memang terkenal dengan cubitan dia dalam group kami dulu.

“Haih! Tak perlu kau lari. Aku pun tak penat kejar kau!” nada itu masih geram. Kami sama-sama tertawa dengan telatahnya.

“Ika..” Fatin tiba-tiba menarik tanganku lalu membisikkan sesuatu.

Riak aku berubah sebaik Fatin menghabiskan bisikannya.

“Betul?” aku mencari kepastian dari riak wajah Fatin.

Fatin mengangguk serius. Aku kaku sekejap. Nampaknya Fatin tak main-main!

“Okay tak ni?” nada risau sayup-sayup aku dengari pertanyaan itu dari Fatin. Bahu aku disentuhnya, baharu aku kembali ke dunia nyata.

“Ish, aku tak apa-apa lah. Jangan risau..” aku lemparkan sedikit senyuman kepada Fatin agar dia nampak aku baik-baik saja.

Lama kami sembang pasal tu. Banyak kisah terbangkit. Namun atas masa yang mencemburui, Fatin terpaksa meminta diri terlebih dahulu.

“Er..Ika, aku balik dululah. Imran tu pun dah berjanggut tunggu.” tutur Fatin seraya berpaling kepada cikgu Imran yang sudah menjauh. Selesai sahaja meminta nombor telefon aku, dia beredar dengan tunangnya. Aku lambai-lambaikan tangan sehingga mereka berdua hilang dari pandangan mata. Mengingatkan kembali topik hangat bualan antara aku dan Fatin tadi, aku jadi serabut. Sah, malam ni, sekali lagi aku pasti tak dapat tidur! Tolonglah~
Share:

1 comment:

  1. best.... nk lgi x sbr nk tggu bab yg setrusnya....

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers