Saturday 9 April 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 26 ]

Setelah pelajar-pelajar kami bersarapan, aku dan cikgu Anisa segera membersihkan peralatan memasak dan piring-piring yang dipakai sebentar tadi. Yelah, budak-budak sibuk dengan acara mereka. Guru-guru lain pula sibuk menguruskan para pelajar. Lagipun, memang itu tugas yang diberikan untuk kami! Sebenarnya tugas itu diberikan oleh seorang guru lain sebagai teman cikgu Anisa..tapi kerana dia ada hal kecemasan yang tidak boleh dielak, aku yang ganti dia!

“Dik, kakak ke tandas sekejap ye? Ala, kejap je...Pelan-pelanlah cuci!”  Katanya meminta diri dari aku. Aku senyum menoleh sambil kepala aku mengangguk. Cikgu Anisa biasa panggil aku adik. Mungkin kerana dia tua 10 tahun dari aku. Masih ingat pertemuan kali pertama aku dan dia disekolah semasa melaporkan diri tempoh hari. Kejadian itu berlaku diluar bilik pejabat.

“Awak pelajar dari mana? Buat apa dekat sini?” aku serta-merta terkejut dan terkebil-kebil.

“Eh? Sebenarnya…sa..saya nak lapor diri.” jawab aku tergagap-gagap malu.

“Ehh?? Guru baru tu ke? Ya Allah! Kakak minta maaf sangat, akak ingatkan pelajar mana entah tadi sebab di tingkat 3 sana ada pertandingan saintis muda peringkat daerah yang melibatkan pelajar dari sekolah lain sekarang ni. Tu pasal mudah tersilap.” jelas dia senyum mengetap gigi.

“Sorry eh! Jangan ambil hati..”

“Ohhh..tiada hal lah kak. Tak ambil hati pun..” balas aku senyum agar dia kembali ceria. Agar dia tidak rasa bersalah sangat akan hal tadi.

“Alang-alang dah berjumpa dekat sini, nama akak Anisa.”

“Saya Syafikah!” tutur aku pula. Kami bersalaman disitu. Dan dari situ jugaklah cikgu Anisa mula memanggil aku adik.

Sedang aku asyik mencuci pinggan, periuk belanga..datang tiga orang pelajar lelaki dari sekolah lain. Dengan besen dan piring-piring yang ada di tangan mereka, tahulah aku yang mereka pun nak membasuh pinggan mangkuk jugak. Ajk pungut macam aku jugak kot? Aku mengalihkan barang cucian aku sedikit ke kiri untuk memberi ruang kepada mereka.

“Hai sorang je?” tanya salah seorang dari mereka. Terbuntang mata. Pantas sahaja aku aku dongakkan kepala memandang mereka. Aku meneliti setiap satu mereka. Apa kena dengan budak-budak ni? Berani betul? Aku menghela nafas.

Setiap mereka tersengih-sengih melirikkan mata. Aku mengerut dahi mencari makna apa yang berlaku sekarang ini. Kerana gagal menghadam makna, aku abaikan dan teruskan kembali kerja aku. Mereka juga sama.

“Sombong gile weih!” kata salah seorang dari mereka. Aku ekori dengan anak mata, rupanya pelajar yang berada di tengah tu yang bersuara. Sengaja nak kenakan aku ke budak-budak ni? Aku gelengkan kepala.

“Kau jangan layan diorang ni, sebab diorang ni memang gatal sikit.” kata yang berbaju kuning.

“Yaaaa..kita memang gatal sikit kan Wan? Tapi dia lagi gatal banyak!” celah yang berada di tengah tu lagi. Hilai tawa mereka memecah hening. Dahlah lengang je kawasan ni?

Laaaa pulak? Baru aku faham kenapa budak-budak ni berani usik aku. Budak bertiga ni ingatkan aku pelajar sekolah agaknya? Mata aku sudah rata dengan karenah budak-budak tu.

“Minta nombor telefon boleh?” tanya mereka. Masing-masing mereka mengorek poket seluar untuk mengambil handphone ketika ini. Aik? Aku kerut dahi. Mereka ingat aku ni siapa agaknya??

“Saya tiada nombor telefon.” aku ringkas menjawab. Tangan aku masih lagi sibuk mencuci piring. Entah kenapalah cikgu Anisa lambat pula pada saat-saat begini.

“Aik? Zaman serba canggih ni kau masih tiada nombor telefon? Telefon ada?” tanya mereka bertubi-tubi sambil ketawa lucu dengan jawapan aku tadi.

“Tiada..” aku menggeleng sekilas selepas pandang mereka satu persatu.

“Takpelah, ni kami nak tanya ni..kau dari mana? Sekolah mana?”

“Saya dari perak, guru sekolah pada kem warna biru tu!” aku berkata sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah khemah kami. Kepala mereka masing-masing berpaling ke arah kem berwarna biru dan kemudiannya berpandangan antara satu sama lain.

“Hahahahahah!” tidak semena-mena mereka bertiga serentak ketawa besar.

“Mana mungkin! Mustahil lah! Kau ingat kami percaya? Agak-agaklah kot kalau nak menipu pun..” Aih? Tak percaya pula dah! Budak-budak ni. Aku bingkas berdiri di hadapan mereka. Mereka bertiga juga turut berdiri sama. Ewahhhh! Tersengih-sengih. Nak saja aku ketuk satu-satu budak-budak ni.

“Siapa nama kamu?” aku bertanya kepada budak yang berbaju kuning itu.

“Farid.” jawab dia berseloroh.

“Kamu?” tanya aku pada budak yang tengah.

“Ishak!”

“Kamu?”

“Wan!”

“Kamu semua ni tingkatan berapa?” Aku hujani mereka dengan soalan.

“Lima!” jawab mereka serentak.

Laaaaaa......!! Budak form 5 rupanya?? Aku mengangguk-angguk sambil senyum sinis.

“Mana adil macam ni? Kau lagi? Nama kau siapa?” soal mereka dengan senyuman lebar.

“Cikgu Syafikah!”  tiba-tiba suara cikgu Anisa menerpa di antara kami. Dia mengangkat keningnya seperti bertanya apa yang sedang aku bualkan bersama tiga orang budak tu. Hehe tiba-tiba bercikgu bagai dekat aku? Tapi memang tepat pada masanya. Hiks! Aku menggeleng kepala enggan bercerita mengenai itu. Riak ketiga-tiga pelajar itu sudah berubah pucat. Aku pula sudah tersenyum sinis. Habis kau orang!

“Sorry, Kak nak ke kem lagi ni. Ada panggilan! Jap lagi kak datang ye!”  tutur Cikgu Anisa dengan tangannya memberi isyarat lalu pantas berlari ke kem. Aku mengangguk faham kemudian menatap kembali wajah setiap pelajar yang berada di hadapan aku sekarang.

“Saya cikgu Syafikah. Sudah kahwin 2 bulan lalu! Masih berminat nak minta nombor telefon??” soal aku tersenyum sinis ke arah mereka. Tanpa berlengah, ketiga-tiga mereka kembali meneruskan kerja tadi tanpa sepatah suara. Piring-piring tu entah bersih ke tidak, aku nampak mereka membilas piring itu tanpa memakai sabun pencuci! Haiyah! Aku geleng kepala. Sebaik piring itu dicuci, mereka terus beredar meninggalkan aku. Dari jauh aku sayup-sayup mendengar sebutir-sebutir perbualan mereka.

“Cikgu tu woi!”

“Manalah aku tahu???”

“Itu lah kau! Nampak perempuan je, terkam!” entah apa lagi yang diperkatakan. Aku kurang jelas. Sesekali mereka sekilas berpaling ke arah aku yang masih memerhati mereka. Haih! Ada-ada je budak-budak ni….sekali lagi aku menggeleng kepala sebelum meneruskan kerja aku.
Share:

4 comments:

  1. Bestttt saya suka ...cerita ni habis di blog ke akan dicetak ?

    ReplyDelete
  2. da abis ke?uwaaa..😭😭

    ReplyDelete
  3. da abis ke?uwaaa..😭😭

    ReplyDelete
  4. Bila nk update?😭😭 lama sy tggu

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers