Friday 22 April 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 29 ]

Jam di dinding sedang elok berada di angka nombor 8 pagi. Niat hati hendak masak sarapan. Tapi nak cek dulu, barang dapur di peti ais tu masih ada atau kosong.

Dalam perjalanan aku menuruni tangga rumah, aku terserempak dengan Kak Fiza. Nampak macam tengah bersiap je.

“Akak nak kemana ni? Macam lawa je?” aku bertanya dan tersenyum melihat kakak begitu sibuk berlari ke sana ke mari. Entah apa yang dicarinya.

“Akak ada hal hari ni. Ni pun baru saja sekolah call. Ada hal penting yang nak diselesaikan di sekolah.” ujar Kak Fiza mengeluh sekejap.

“Oh ya, boleh tolong akak?” ketika ini aku sudah menghampiri kak Fiza yang sedang menyusun fail kerja dia.

“Apa dia kak?” soal aku.

“Tolong jaga Farish kejap boleh?” pintanya.

“Ala…akak kejap je. Tengah hari habislah kot urusan akak.” Aku sudah garu kepala. Dapat ke aku jaga si budak kecik yang memang tak nak aku tu???? Haihhh~

“Tapi kak, dia tak nangis ke kalau Ika yang jaga dia?” aku kerut dahi pandang kak Fiza. Kak Fiza terhenti sekejap dan toleh kepala dia pada aku.

“Laa..tolonglah akak ye!” dia sudah buat muka sepuluh sen. Lepas tu muka 5 sen. Ish! Pandai betullah dia pujuk aku.

“Yelah-yelah…yang penting drypers dan susu. Ada tak?” soal aku. Nak tak nak, aku terpaksa juga tolong dia.

“Ada..”

***

Sebaik kak Fiza berangkat ke sekolah dia, aku terus ke bilik tetamu menjenguk Farish yang masih tidur.

Hemm..masih tidur lagi. Lena sangat! Bolehlah aku mulakan plan aku! Yeehaaa…hihi!

Aku menutup kembali pintu bilik. Cepat-cepat aku masuk ke bilik kami dan berpura-pura seperti tiada apa-apa berlaku. Sebaik memusingkan tombol pintu..

Aik? Dia ni nak kemana ni??? Habislah plan aku! Aku terkebil-kebil melihat Shah yang sedang bersiap sedia seperti hendak keluar. Dia betul-betul boikot aku ke? Aku merintih…

“Er…awak nak kemana ni?” aku gagahkan diri bertanya. Seraya aku labuhkan punggung di birai katil sambil memerhatikan dia yang sedang menyikat rambut.

“Nak keluar..” jawab dia ringkas. Mata dia masih ditumpu pada cermin di hadapan dia.

“Saya nak ikut! Boleh??” Tanya aku mengetap gigi. Aku lemparkan senyum paling lawa aku rasa. Hiks..manalah tahu dia tergoda. Eh bukan, terima permintaan aku. Alang-alang plan aku tak jadi hari ini, baik aku ikut plan dia.

“Boleh.” jawab dia satu. Sepatah je? Geram aku. Aku cepat-cepat bersiap. Dia pula sudah turun ke bawah menunggu aku. Aku mengenakan baju kurung berona hijau moden. Dah lama aku tidak pakai baju ni. Tudung pula aku lebih suka dipadankan dengan hijau muda. Aku terhenti seketika kerana teringatkan sesuatu.

“Oh my, Farish! Sikit lagi aku lupa. Berlarian aku ke bilik tetamu. Aku takut Shah tertunggu-tunggu pula. Aku pusingkan tombol pintu, aik? Shah sudah mendukung Farish.

“Kak Fiza kemana?” tanya dia berkerut dahi.

“Kak Fiza ada hal dekat sekolah dia. Jadi Farish dia suruh saya yang jaga.” jelas aku.

“Habis tu, kalau Ika ikut Shah..siapa jaga Farish?” aku terkebil-kebil. Bawa dia lah! Jawab aku. Tapi dalam hati je lah…mana aku berani kata macam tu??

Dia berfikir sejenak. Aku pula, menjerit dalam hati. ‘BAWA”. hehe

“Takpelah, kita bawa dia..” ujar dia. Yahoo! Aku menjerit kegirangan. Itulah jawapan yang aku nak.

Kami sama-sama mengurus Farish. Aku mandikan Farish, dia pula pakaikan baju. Nampaknya, aku kena akui..Shah cekap mengurus anak kecil. Peliklah awak ni Shah…

Aku?? Nasib baiklah Farish tidak meragam. Kalau tak, habislah aku! Memujuk ni aku FAILED!!

Setelah siap dan membawa semua keperluan Farish, kami terus masuk ke perut kereta sebaik mengunci pintu rumah. Aku letakkan Farish di riba aku memandangkan ‘baby car seat’ tiada. Aku cuma berpesan pada Shah supaya berhati-hati. Bahaya tau bawa budak kecik tanpa ‘car seat’. Huhu..tapi aku buat jugak?? Isk..kau tu memang Ika.

Sempat aku menghantar mesej ringkas kepada kak Fiza yang aku bawa Farish keluar. Nasib baik kak Fiza setuju. Hehe.. akak memang memahami. Hoho~

“Ika ada baju lain tak?” dia tiba-tiba bersuara. Baru aku perasan, dia dari tadi pandang aku dengan pandangan yang susah aku tafsir.

“Ada…” jawab aku ringkas. Aku buang pandangan aku kepada Farish yang leka bermain kereta mainan di dashboard kereta milik Shah.

“Tukarlah kejap.” sambung dia lagi.

“Eh? Kenapa pulak?” aku bertanya pelik.

“You’re too gorgeous!” nahhh~ plan pertama aku berjaya. Hehehe

“Takpelah..kan baik berhias untuk….suami?” sengaja aku berkata begitu. Tapi part aku ‘suami’ tu, aku sebut antara dia dengar dan tidak je. Maksudnya, kecik je suara aku.

“Boleh. Tapi dengan darah muda yang ada pada Shah sekarang ni, I cannot guarantee if I can stay silent just looking at you. Deal?”

Apaa?? aku buntang mata. Aduhhh~ kalau begini, sesaklah nafas aku.

“Dan lagi satu, berhias untuk suami bukan didepan public..hanya di rumah. Hanya suami yang nampak..” keras dan tegas ayat itu keluar dari mulut dia. Sudahhh~ aku dah kena sebiji di pagi nan mulia ni. Nampaknya dia dengar jugak aku sebut suami tu tadi ye? Isk~

“Okay..” sempat aku muncungkan mulut semasa keluar dari kereta.

“Lain yang aku nak, lain yang aku dapat.” mengeluh panjang aku ketika masuk kembali ke rumah. Aku cepat-cepat menukar pakaian pada baju kurung biasa. Dah itu kemahuan Shah. Aku turutkan je.
Share:

3 comments:

  1. BESTTTTTTTT !!
    SAYA SUKA CERITA NI...
    BESTNYA KALAU DAPAT JADI BUKU...
    UPDATE LAGI YA!!

    ReplyDelete
  2. Dari pagi baca bab 1. Hehe. Tp bab 30 above dah d baca semalam² lg. Lama nya novel ni, tak habis² lagi

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers