Saturday 23 April 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 30 ]

Rupa-rupanya Shah jumpa client dia. Aku pula? Tulah, dah gatal nak ikut..tercongok dalam kereta bersama Farish!. Nasib baik juga Shah bawa kami sarapan tadi. Kalau tak, kesian lah Farish. Huhu

Agak lama dia jumpa clientnya. Satu jam setengah baru dia siap. Dari jauh aku nampak Shah sedang menjinjing beg hitam dan beberapa helaian kertas. Aku buka siap-siap pintu pemandu. Saja nak tunjuk yang aku sebenarnya peduli tentang dia. Padahal sebelum ni, apa kau buat Ika?? Haa jawab sendiri..

Shah menggerakkan kereta sebaik masuk ke dalam kereta. Dia diam membisu. Aku?

Aku pun turut sama diam. Cuma keletah Farish kadang-kadang membuat aku tersenyum. Sound system dipasang oleh Shah. Dia memutarkan lagu kegemaran dia tu kut? Aku turut melayan lagu-lagu yang dipasang oleh dia. Tambah-tambah lagu tu berkonsep love song 80s.

Kami masing-masing melayan perasaan. Dia pula turut menyanyi seiring dengan lagu yang kini berkumandang. Sesekali dia menoleh ke arahku. Yang buat aku pelik, kerap pulak tu?

“Do you believe in love”

“The way that I do”

“And when you find the one”

“Wherever you go will travel with you”

“What do I say”

“Where do I start”

“To pick up the pieces of your broken heart”

“Tell me one more time”

“Why your heart cannot be mine”

“Look into my eyes and say”

“That love has gone”

“And I'll be man enough to walk way”

“Tell me one more time”

“Why your dreams cannot be mine”

“Coz I won't believe its true

“Until I hear it from you”

Setelah aku amati betul-betul bait-bait ayat lagu tu, seolah-olah dia tujukan pada aku. Bait ayat itu menyedarkan aku bahawa ia ada sedikit berkaitan dengan kad-kad aku yang ada pada dia! Dia marah sebab aku rahsiakan pasal tu ke?

“Shah, awak ada nak tanya apa-apa pada saya?” aku memberanikan diri untuk bersuara.

“Pasal apa?” dia tanya aku balik.

“Apa-apa jelah…” balas aku. Namun dia cuma menggelengkan kepala.

“Ohhh…” aku berhenti untuk bertanya walaupun aku rasa tidak puas hati dengan jawapan dia tadi.

“Mamamamamama….” Farish mula bersuara. Laa..dah nak nangis budak kecik ni cari mama dia!

Aku buatkan dia susu, pun dia tak nak juga. Adehhh apa aku nak buat ni??

Suara tangis Farish mula nyaring di ribaan aku. Shah turut menenangkan Farish namun tidak berjaya.

“Sayang, janganlah nangis kejap lagi kita sampai rumah..sabar ye?” pujuk aku pada dia. Macam lah budak kecik ni faham aku cakap macam tu. Huhu..

“Rindu mama eh?” pujuk Shah pula. Farish menoleh pada Shah yang tersenyum manis pada dia.

“Papapapapa…” kali ini, Farish beralih pula kepada Shah. Papa?? Geli hati.

“Cari papa eh?” Shah sudah tersenyum. Aku garu kepala.  Haih! Macam-macamlah Farish ni.

“Ika pandu kereta ni, Shah layan Farish.” usul dia.

“Tapi, saya mana pandai bawa kereta besar macam ni?” dahi aku berkerut dengan permintaan dia. Yelah, tak pasal-pasal kami masuk longkang nanti kan?

“Sama je, kalau Ika biasa pakai kereta automatik..pandailah juga pada BMW ni. Sebab konsep kereta ni ada sedikit persamaan dengan kereta auto. Ini kan kereta auto?” Mata aku sudah mendatar. Tak nak mengalah lah tu! Aku cebik bibir. Nak tak nak, aku ikutkan saja kata dia.

Dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Kemudian kami berganti tempat duduk seperti yang dipinta. Mula-mula menggerakkan kereta tu, naik berpeluh aku dibuatnya. Tapi lama-lama biasa jugak. Heheh

Farish pula sudah berhenti nangis di ribaan Shah. Siap tertidur lagi!. Budak kecik ni pun sengaja kenakan aku ke? Tadi tak nak tidur, sekarang ni sedap pulak dia tidur. Isk

Apabila tiba di satu deretan kedai, aku memberhentikan kereta. Agaknya dekat sinilah tempat tu? Aku berfikir-fikir. Aku toleh Shah, dia dah tertidur-tidur bersama junior dia. Haih, lebih kurang jer dua orang ni.

Aku tinggalkan mereka sekejap sebab aku nak beli barang. Aku bernasib baik, kedai tu masih ada lagi dekat situ. Fuh~

“Adik, berapa harga sejambak bunga ros ni?” aku bertanya kepada pembantu kedai itu.

“RM35 cik.” jawab dia. Oh dah mahal sikit ye? Takpelah, aku beli je..asalkan aku dapat laksanakan rancangan aku. Aku hulurkan wang bernote RM50 kepada juruwang kemudian dihulur pula bakinya kepada aku balik. Selepas membeli bunga ros tu, aku ke sebelah kedai utuk membeli sedikit barang dapur. Sebaik membeli aku terus ke kereta yang aku parkir tidak jauh dari kedai tempat aku beli barang tadi. Dari jauh aku lihat Shah sudah sedar dari tidur dia. Er..macam mana aku nak beri bunga ni pada dia??

“Bunga? Untuk siapa?” Tanya Shah sebaik aku masuk ke perut kereta.

“Errr..ni untuk..untuk…….” laaa sudah. Berpeluh-peluh menjawab pasal barang satu ni je.

“Nanananana!” oh tidakkk! Farish tiba-tiba membuka mata dan cuba untuk mencapai bunga yang ada di genggaman aku.

“Ohh untuk Farish ye?” soal Shah tersenyum.

“Pandai pulak mak ngah ni pujuk Farish ye?” apa?? Apa??

Aku sudah ketap bibir. Untuk Farish??? Fikir logik lah sikit. Bunga sejambak macam ni untuk budak kecik ke? Uwaaaaa! Aku menjerit didalam hati. Tak kan dia tidak terlintas bunga ni untuk diaaaa???

“Aa..ahh untuk Farish lah ni.” Aku sepetkan mata pandang dia atas bawah. Tak nak sudah!

Tangan aku berat menghulur bunga itu pada Farish yang tidak putus-putus berusaha untuk mencapainya dari tangan aku. Melihat pada bunga yang aku beli tu di rentap kasar, dan dicabut sehelai-sehelai, aku rasa nak pengsan! Salah aku juga sebab tidak berterus terang dengan Shah bahawa bunga itu untuk dia!

Alamatnya, plan aku gagal lagi!

***

“Kak tengok kau ni pelik je sehari dua ni.” Aku toleh pada kak Fiza yang baru keluar dari bilik air.

“Apa pasal kau macam terkejar-kejar suami kau tu?” volume kuat dari kak Fiza spontan bertanya pada aku.

“Purrrrrggghhh!!!.” Serta merta aku tersembur air dari mulut aku. Aku jeling Kak Fiza dengan jelingan maut. Dahlah Shah ada dekat depan kaca televisyen tu haa~

Gelas yang aku genggam cepat-cepat aku letak. Aku urut pangkal leher. Mahunya aku tak tercekik dengan air tadi? Nampaknya Kak Fiza pun perasan dengan kelakuan aku yang cuba untuk tarik perhatian Shah. Tak kanlah Shah sendiri tak perasan kot? Isk..

“Apalah kakak ni! Mana ada??” aku cuba berbohong. Aku pun tidak tahu sama ada Shah pasang telinga atau tidak.

“Heish akak tahu lah!” celah Kak Fiza lagi. Kali ini dia sudah labuhkan punggung di kerusi sebaris dengan aku. Aku sudah garu kepala.

“Ohh Farish! Faaarish” Aku sedikit melaung nama Farish.

“Bye..bye..bye!”

Farish yang ada di sebelah Shah cepat-cepat bingkas seraya berlari mendapatkan mama dia.

“Laaa dah kenapa pula Ika panggil dia??” dahi Kak Fiza berkerut dahi. Dia memang tahu, Farish pantang dengar perkataan ‘bye..bye..bye.,’ sebab, asal saja dia dengar perkataan tu..dia mesti ingatkan mama dia nak keluar! Hehe

“Farish nak mandi kan nak?” aku kenyitkan mata pada budak kecil itu yang berusaha naik ke pangkuan mama dia yang tengah duduk.

“Ye tak ye pulak.. jom mandi, katanya kepada Farish”. ujar kak Fiza. Mereka berdua terus naik ke atas dan langsung lupa akan hal tadi. Selamat aku!

Akhirnya aku terlepas jua dari bayangan pertanyaan yang bertubi-tubi dari Kak Fiza. Fuhh~

Shah pula, aku rasa..tinggal satu cara saja lagi.

Takpe, tunggu! Aku tersenyum riang memikirkan cara itu. Dah-dah, jangan berangan! Pantas aku pandang kiri dan kanan sekiranya ada manusia yang sedar dengan perilaku aku. Hiks!
Share:

6 comments:

  1. lama dh tgu...uhuhu..akhirny.setia menanti 😊😊

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nk lgi... best la cita ni knp la diorg x trima mnuskrip awk.sya sgt cita ni bleh jdi novel.

    ReplyDelete
  4. dont give up..you can do it..chaiyokk!!x2😁😁

    ReplyDelete
  5. Uwaa....lamanya nk tggu citer ni....eksited ni...

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers