Thursday 12 May 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 33 ]

Suasana riuh di rumah nenek jelas dengan kehadiran sanak saudara. Nenek sibuk dengan melayan saudara maranya. Maklumlah dah lama tak bersua. Saat inilah masanya peluang untuk bertanya khabar masing-masing. Sesi berkenalan juga ada. Akulah tu! Yelah, aku ni kan orang baru masuk keluarga ni. Mak ngah pula sibuk memasak. Aku? Cuci piring je. Aik? Dari awal hingga akhir cuci piring je tugas aku. Hehe..

Derai tawa golongan lelaki kadang-kadang memecah hening suasana. Aku agak pelik, apalah yang dicerita sampai tawa boleh sampai dekat dapur ni? Mereka pula berada di luar rumah. Sesekali aku mengintai kelibat Shah sebab dari tadi aku tak nampak-nampak dia. Tengah berbual dengan saudara mara dia kot? Dan tepat telaan aku, masa aku masuk ke ruang tamu..aku nampak dia bersama sepupu-sepupu perempuan dia bercerita. Hem? Eh? sepupu perempuan? Isk..aku tak jealous lah! Mustahil!

Aku duduk bersimpuh di satu sudut menghilangkan penat. Tawa manusia-manusia masih kedengaran. Aku buat tak tahu saja. Shah dengan sibuk melayan sepupu-sepupu dia tu. Takpelah, mungkin lama tak duduk bersembang kan? Ceh~ macam nak mengharapkan sesuatu je..

“Kau rasa, anak lelaki arwah ni sama macam dia orang jugak ke?” seorang makcik lebih separuh umur tiba-tiba bersuara dikumpulan mereka. Walaupun suara mereka kecil, aku masih dapat menangkap setiap kata-kata yang keluar.

“Sama macam mana pulak ni?” kawan sebelah dia bertanya maksud sebenar apa yang dikata tadi.

“Ishhh kau ni, kau tak tahu ke? Keluarga dorang ni memang berkemampuan tapiiii...............tu lah, dari keturunan yang tidak subur!”

Amboi makcik Bedah, Limah..berbulu aku dengar. Mengumpat je kerja kau orang yer? Tak pasal-pasal aku luaskan pendengaran telinga aku. Isk..

Kes-kes macam ni, kalaulah aku tak sabar..dah aku cili satu-satu mulut sesiapa yang suka sangat mengumpat pasal orang ni. Eihh...jangan salah faham, aku tak ganas okay? Cuma konon-konon je tu.

Aku pandang Shah, dia diam tundukkan kepala. Jangan-jangan dia dengar suara-suara sumbang tadi tak? Dia angkat muka..mata kami berlaga. Aku positive dia hiba. Mata dia nampak sedih..isk

Beberapa minit kemudian, dia angkat kaki. Entah kemana, aku pun tak tahu..

Aku paling pandangan pada kumpulan makcik-makcik celupar tu. Insaflah makcik oi, rumah kata pergi..kubur kata mari. Dah lebih separuh umur dah pun! Atau memang macam ni ke adat orang berkumpul ni? Mesti ada adegan mengumpat? Iskk..

Rasa berdesing pulak telinga ni. Lagi lama aku duduk sini lagi berasap telinga aku ni. Lepas satu cerita, cerita orang lain lagi dibuka. Haih~

Aku segera angkat kaki dari situ. Terlebih dahulu aku meminta izin dari mak ngah untuk berehat sebentar di bilik. Manalah tahu dia tercari-cari aku kan? Bak kata orang, assistance manager takde..

Tanpa mempedulikan manusia-manusia di sekeliling aku, aku terus pusingkan tombol pintu bilik. Pintu aku tutup rapat dengan kaki kanan. Dah memang penat yang amat kononya! Hehe

Aku pusingkan badan je, nak terkejut aku dibuatnya..bunyi takde, apa-apa pun takde. Dia tengok aku semacam je. Tengah berfikir agaknya...Aku pula yang naik malu..isk. aku lucutkan tudung dan terus ke birai katil tanpa sepatah aku kata. Dia pun sama jugak.

Aku labuhkan tubuh ke katil. Tapi rasa tak selesa pulak. Baju aku ni ha~ rasa nak terbuka je zip belakang. Bajet nak cepat tadi lah ni, aku lupa kuncikan zip dekat hujung baju. Aku bangun dan cuba untuk naikkan zip baju tapi tidak berjaya. Aku pandang Shah yang masih tunduk berpeluk tubuh. Rasa serba salah pulak aku. Nak minta tolong zipkan ke tak?

“Awak..er..” dia angkat muka pandang aku.

“Boleh tolong zipkan tak?” aku tunjuk zip yang ada dekat belakang aku. Naik segan aku dibuatnya.

Dia cuma mengangguk lalu menghampiri aku yang masih berdiri menunggu pertolongan dari dia. Aku dapat rasa jari dia mula memegang zip baju dan mula menaikkan zip, tiba-tiba berhenti. Aku hairan.

“Awak, dah ke?” aku cuba bertanya. Manalah tahu, zip tu rosak ke.. sebab zip baju aku yang ni memang payah sikit nak jalan. Selepas dia tidak bersuara, aku toleh dia di belakang aku. Pandangan dia masih tertumpu pada tubuh aku. Bibir dia diketap..dan ada kalanya menelan air liur. Aku terhenti kata. Kenapa dengan dia ni? Aku tiba-tiba cuak.

“Sorry!” ujar dia setelah kami bertentang mata seketika. Dia tutup zip cepat-cepat lalu beredar dari bilik. Aku bingung. Tingkah dia buat aku dihujani pelbagai persoalan.

Aku cepat-cepat menyarungkan tudung lalu keluar membuntuti dia.

“Er..awak jom keluar...nak?”

“Kemana?” soal dia tanpa riak.

“Sekitar sini. Lagipun saya nak beli barang sikit..”

“Barang apa?” langkah dia terhenti. Dia seraya berpaling menghadap aku.

“Adalah...” malu pula nak cakap. Tak kan aku nak cakap..’sanitary pads’ kot? isk!

“Baik! Jom..” ajak dia ceria. Dia terus merentap tangan aku dan heret aku sampai ke kereta dia. Setelah alarm kereta dibuka, aku dipimpin masuk ke perut kereta kemudian dia berlari masuk semula ke dalam rumah. Barangkali dia ingin memaklumkan nenek atau mak ngah kot? Aku menduga dan menanti dia.

Setelah beberapa minit, dia muncul kembali di muka pintu. Tukar pakaian? Buntang mata aku sekejap. Tak terkelip. Dia memang tampan! Huhuh...

“Cakap je lah yang Shah ni hensem! Pura-pura lagi..” ujar dia tertawa sebaik masuk ke perut kereta.

“Kan?” sebaris gigi depan yang putih terbit disebalik senyuman dia.

“Eh? Perasan!” bohong aku dengan cebikan bibir. Tanpa melayan karenah aku, dia terus menggerakan kereta lalu meluncur pergi meninggalkan perkarangan rumah nenek.

Suasana perjalanan yang agak sunyi. Kali ini dia lain. Senyap dan banyak mendiamkan diri. Tapi sebab ni lah aku bawa dia keluar sama. Aku cuba nak hilangkan tension dia..hemmm. Dalam senyap aku dapat satu idea bernas.

“Nah, gambar saya masa kecik-kecik dulu.” aku paparkan sekeping gambar di hadapan dia. Tangan dia terus mengambil gambar itu dan mengamati.

“Comel..” senyuman dia melebar. Memang tidak dinafikan, aku gembira dipuji. Hehe..

“Tapi..memanglah! Semua bayi kan comel-comel~” sambung dia lagi. Aku terus sepetkan mata pandang dia atas bawah. Sengaja nak kenakan aku lah tu! Aku terus rampas balik gambar aku. Dia sudah tertawa..isk!

“Ni Shah punya..”dia membuka dompet lalu mencabut dua keping gambar darinya. Dia hulur terus kepada aku. Gambar itu bertukar tangan.

“Heh! Bukan gambar baby punn~” aku memperli. Di tangan aku sekeping gambar dia dan sekeping gambar ayah dia.

“Memanglah, Shah bukan nak tunjuk gambar baby, Shah nak tunjuk gambar sekarang ini!” dia tertawa sinis. Ceh~ baik tak payah!

“Ada fight tak?” soal dia tiba-tiba. aku pelik, fight? Dia nak aku berlawan dengan dia ke? Aku berkerut dahi.

“Siapa yang lagi hensem? Shah ke atau arwah ayah?” duh? Kesitu pula?

“Rambut..anak mata..senyuman Shah. Lagi menawan kan? Toleh dia pada aku dengan senyuman bangga. Mata pula masih penuh khusyuk pada pemanduan. Dalam sinaran lampu jalan raya, aku angkat sedikit gambar untuk mengamati.

“Rasa-rasanyalah..arwah ayah kot?” usik aku. Aku ketawa mengekeh.

“Ishh~ biar betul Ika ni! Mana ada?” dia rebut gambar-gambar itu dari tangan aku. Dahi dia berkerut mengamati betul-betul pada gambar. Seraya riaknya bertukar dan terus berpaling pada aku. Aku tertawa lucu.

“Aishh..takpelah!” Dia muncungkan mulut sambil tangan sebelah kiri memasukan gambar itu kembali ke dompet dia. Merajuklah tu! Heheheh

Tiba di satu tempat yang agak sunyi. Dia memberhentikan kereta. Eh? Kenapa pula? Aku sudah sibuk pandang kiri, kanan dan belakang. Dia pula senyap. Wajah dia diraup perlahan. Dia masih tension ke? Aku berteka-teki di dalam hati.

“Ika...could you please give me a hug?”

“Erhh??!” aku sedikit tersentak. Dia mengenggam jemari aku. Pandangan dia suram. Sugul. Sedih..

Nak ke tak ni?? Aku sedikit mengangguk walau bingung-bingung.

Aku membuka tali pinggang keledar. Tanpa aku duga, dia terus menarik aku ke pelukan dia. Aku kaku membiarkan dia. Mudah-mudahan dengan cara ini dia boleh menenangkan hati.

“Why do i feel so much pain inside?” bisik dia kecil. Keluhan yang berat dari nafas dia. Aku cuba leraikan pelukan.  Risau! Tapi dia perkemaskan lagi pelukan.

“Please stay!” rayu dia. Dan aku nak buat macam mana lagi selain dari membiarkan dia? Huhu..

***                                                                                                                                                                                                                                          

“Tok! Tok! Tok!” tidak semena-mena cermin kereta disebelah pemandu diketuk. Aku dan dia terkejut. Dia melepaskan aku kemudian mengintai di cermin. Seraya dia turunkan cermin kereta.                                                                                                                                                                                           

Polis! Wajah yang tenang. Pegawai polis itu menunjukkan kad identiti sebagai polis.

“Awak berdua buat apa dekat sini?” soal dia.

“Tiada apa-apa.” Jawab Shah. Aku pula menggeleng kecil.

“Boleh tunjukkan kad pengenalan diri?” soal dia. Aku automatik keluarkan dompet dan mengambil kad pengenalan. Dia juga sama. Aku dan dia hulurkan terus kepada pegawai polis tersebut.

“Kamu berdua ni suami isteri ke?” soal dia sambil membelek-belek kad pengenalan kami.

“Ya!” laju Shah menjawab.

“Yeke?” Soal pegawai itu seperti meragui jawapan Shah. Aku dan Shah berpandangan antara satu sama lain.

“Hemm....lebih baik kamu berdua beredar dari kawasan sini. Kawasan ni kerap berlaku rompakan!” meremang bulu roma aku bila pegawai polis itu kata macam tu. Kami meninggalkan kawasan itu secepatnya.

“Dia patut tanya bukti kalau dia rasa tak percaya... should I pass him our marriage certificate?”Tanyanya menoleh dengan nada kurang puas hati sebaik memarkirkan kereta ke garaj.

“Hehe! Tak perlu..” Jawab aku spontan. Rasa geli hati pula...walau jasad dah jauh, rupanya minda dia belum lari dari tempat tadi.

“Shah serius tanya ni...” Nampak dia bertukar serius tanpa sebab, aku membuka tali pinggang keledar lalu mengubah posisi dengan menghadapnya lebih dekat. Aku arahkan kepalanya pandang tepat kearah aku dengan memegang wajahnya.

“Dan awak patut tahu yang saya pun serius jugak...kita tak perlu patah balik semata-mata nak tunjukkan bukti yang kita dah kahwin...walau seguni bukti awak letak dihadapan manusia, kalau dia putuskan untuk tidak percaya...? So mulai saat ini, jangan lupa letakkan harapan dan keyakinan kepada Allah. Dengan manusia kita akan kecewa, tapi dengan Allah...? InsyaAllah...tidak pernah mengecewakan kita...” Amboi? Pandai pula aku dalam bab begini...? Tersentap sendiri, aku cepat-cepat tarik dan lepaskan tangan dari wajah dia. Kami senyap seketika.

“Erm....masuk rumah jom!” Ajak aku terpinga-pinga. Cepat-cepat aku keluar dari kereta itu di ikuti dia. Isk! Kenapa dia tak cakap apa-apa pun tadi? At least, bagilah respond...tak lah aku termalu sendiri! Terkejut aku cakap macam tu ke? Huhu...

“Ika thank you....” Tuturnya tiba-tiba mendahului aku. Melihatnya kembali ceria, aku automatik tersenyum walau baru sahaja tadi timbul rasa segan dan malu. Terima kasih untuk malam ni ya Allah...

........

Wahai makcik cantik, kenapa makcik-makcik tak nak balik lagi? Aku ingatkan lepas balik dari keluar sekejap dengan Shah tadi, dah balik geng-geng ni..huhu kalau tak mengumpat takpe lah jugak. Ni tak, satu-satu dibuka aib. Tu ha, group tu masih gigih berkumpul. Kali ini dekat belakang rumah pulak. Maklumlah, tu kan port paling cantik untuk mengumpat. Aduh! Si Shah pun senyum je lah dengan mereka tu. Mungkin tahan hati je..padahal tadi, ermm...awak ni terlalu baik dengan diorang Shah..

“Shah, awak nak pergi mana?” soal aku kepada dia apabila dia tanpa sedar melintas di hadapan aku. Maklumlah, aku baru keluar dari dapur mencuci tangan. dia yang terus berpaling naik kening hairan dengan soalan aku namun tetap senyum selepas itu.

“Nak ke ruang tamu. Layan tetamu...jom lah ikut sama.” ajak dia. saat ini sebaris gigi hadapan ceria terabit dari bibir.

“Eh?” aku sebenarnya dalam masa yang sama terfikir akan benda yang lain. Aku nak beri pengajaran pada saudara-saudara Shah yang tak sedar diri tu. Kesian tau..kita dah bagi makan, jemput diorang. Datang-datang nak wujudkan suasana tak baik. Bukan contoh yang baik namanya tu.

“Kejap lagi lah..ikut saya nak?” kala ini dahi dia sudah dikerut. Dia datang ke arah aku dengan lebih dekat, cuba fokus pada aku.

“Ika nak pergi mana?” soal dia tersenyum-senyum.

“Jom!” aku terus tarik lengan dia. Kami terus ke belakang rumah menerusi pintu dapur. Mak Ngah yang sibuk dengan kerja-kerja di dapur terpinga-pinga melihat kami. Jelas riak hairan dari wajah dia. Aku dan dia memberhentikan langkah betul-betul di belakang group makcik-makcik itu. Walaupun tapak berhenti kami itu dilindungi oleh dinding stor, aku yakin..kalau bersuara, jelas didengari oleh mereka. Riak wajah dia pandang aku pelik dengan tindakan aku berhenti di situ. Dahi dia dikerut-kerut menunggu apa yang sebenarnya berlaku. Yelah, dia mana tahu makcik-makcik tu ada dekat belakang kami. hehe..

“Shah...” aku mula bersuara. Tubuh, aku sandarkan pada dinding. Dia juga sama.

“Saya tahu awak sedih dengan kata-kata orang luar. Awak nampak seperti tiada apa-apa yang berlaku, tapi saya tahu..apa rasa hati awak.” Ya Allah...nak je aku benamkan muka di lubang cacing bila bercakap soal hati dan perasaan ni. Huhu! Aku dah berpeluh-peluh. Dia?? kaget dengan kata-kata aku! Oi Shah..aku nak yang makcik-makcik sebelah dinding ni je dengar apa aku kata..jangan perasaan pulak!

“It’s okay...” balas dia seraya mencapai jemari aku lalu dikucupnya melepas rasa. Erhhggg~ Riak dia nampak terharu.

“Saya harap awak sabar...bukan mudah nak puaskan hati semua orang.” ujar aku lagi.

“Thanks sayang!” selesai berkata-kata, dia cuba untuk memeluk aku. Nasib baik aku pantas dapat membaca perilaku dia. Tidak berputus asa, dia memaut pinggang aku. Aduh Shah, aku belum habis cakap lagii!! Meronta-ronta jadinya. Bulat mata aku. Apa tak, ini kan tempat awam! Lagipun, bukan ini yang aku nakkkkk!

“Shah! Lepaslah!” bisik aku kecil dan tegas.

“Apasal pulak? Pelukan terima kasih je. Hehe... ”

“Awak tahu tak, makcik-makcik tu dekat sebelah dinding ni ha~ saya nak mereka dengar apa awak rasa je..supaya bila datang ke rumah orang, tak payah kumpul dosa kering!” kata aku sambil memijak kakinya. Geram dengan tindakan dia. Dia ni tak habis-habis!

“Aduh, Ika~” jeritan kecil dari dia. Aku serta-merta terlepas dan terus berjalan laju ke arah pintu dapur tanpa menoleh pada dia. Aku yakin, dia turut serta mengekori aku.

“Amboi-amboi~ sedapnya berdating di belakang sana...bilik je tak cukup ke?” kata suara itu mengusik. Kepala aku terus dipaling.

“Eh, mak ngah....hehe.” dalam segan dan masa yang sama aku kaget. Erk! Afif pun ada sama? Huh! Pedulilah. Tidak lama, Shah masuk ke dapur dengan senyuman kambing. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tahan malu mungkin? Aku pandang dia atas bawah.

“Eh, mak ngah..Ika ke ruang tamu kejap. Agaknya masih ada tetamu yang belum pulang...” kata aku beralasan menahan malu.

“Yelah tu...” balas mak ngah. Usikan dia masih berbaki. Aku terus ke ruang tamu meninggalkan Shah, mak ngah dan Afif temani nenek yang sibuk memberi buah tangan pada saudara mara yang hadir.

Jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Nenek ada beri cadangan, tidur je di rumah dia. Tapi Shah berkeras nak balik sebab katanya dia ada kerja yang nak disiapkan. Mahu tidak mahu, nenek biarkan kami balik.

Perjalanan balik yang aman. Memang lah aman, sebab aku dah tertidur-tidur. Jangan-jangan air liur pun dah bersepah kiri kanan. Heheh..bijak-bijak. Sebaliknya Shah diam fokus pada pemanduan dia..sementara  lagu cinta jangan kau pergi oleh Sheila majid dipasang perlahan. Mata aku terpejam rapat, tapi fikiran aku ni, tak nak pejam. Kepala aku ligat memikirkan peristiwa petang tadi.

OIIITTTT! Kenapa aku benarkan dia peluk aku petang tadi??????? Eh tak! Tak! Sebab aku kesiankan dia je. Sebab aku nak dia tenangkan hati dia je. Itu je, tiada lain tiada bukan tau? Jangan salah faham!

Aku toleh dia sekali lagi disebelah pemandu, hemm macam dah okay je??
Share:

3 comments:

  1. best....sweetnya ika dgn syah ni... pndai ika ambil ati syah....good job writer...

    ReplyDelete
  2. best....sweetnya ika dgn syah ni... pndai ika ambil ati syah....good job writer...

    ReplyDelete
  3. best....sweetnya ika dgn syah ni... pndai ika ambil ati syah....good job writer...

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers