Monday 21 March 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 20 ]

Masuk maghrib baru kami sampai ke rumah. Aku melangkah lemah masuk ke rumah sambil dipapah oleh Shah. Dia sandarkan aku ke sofa rumah sementara mengambilkan aku air suam. Air suam untuk aku. Sedang menunggu, mata aku dipejam erat menahan rasa sakit.

“Ika kenapa ni Shah?” soal satu suara perempuan. Aku sempat membuka mata sekejap untuk melihat. Mak ngah rupanya..

“Entah, Ika cakap tadi gastrik..tadi lepas makan malam, Ika terus jadi macam ni.” Jelas Shah memberi penerangan. Dia menyuakan air suam ke mulut aku. Aku minum sedikit. Tangan Shah mula mengurut dada aku. Pelik je. Dia ingat aku sakit kat situ ke? Cepat-cepat aku tepis tangan dia...entah mak ngah perasan ke tidak..

“Ika ok? Kalau tidak, Shah tolong bawa ke klinik ye?” tanya mak ngah kepadaku.

“Takpe mak ngah..Ika dah okay sikit mak ngah..” dalam keadaan lemah, aku masih mampu menjawab pertanyaan mak ngah.

“Shah bawa pergi klinik nak?” soal Shah pula. Wajahnya terpancar riak risau.

“Ika okay, masih ada lagi kot stok ubat dalam handbag...” Shah terus mencapai handbag aku yang diletakkan di bawah kaki. Dia membaca seketika keterangan mengenai ubat itu

“Nah, telan ubat ni..” hulur Shah. Aku ambil saja ubat tu dari tangan Shah lalu memasukannya ke dalam mulut. Huh~ kenapa aku tak terfikir pun nak cari ubat ni tadi? Dah sakit baru telan...

“Jom naik ke bilik..” ujar Shah. Aku menurut tanpa banyak soal ajakan dia. Masih lemah!

“Haa eloklah tu, biar selesa sikit. Aurat pun terjaga…” kata mak ngah menyokong tindakan Shah. Mungkin risau sebab Afif juga turut berada di rumah ni.

Shah kemudiannya memapah aku naik ke atas. Kami bertembung dengan Afif di pertengahan tangga rumah. Aku hanya tunduk tanpa memandang Afif.

“Dia kenapa?” tanya Afif. Kecil saja suaranya aku dengar.

“Ika kurang sihat..” jawab Shah kemudian meminta diri untuk beredar. Sebelum masuk ke bilik, aku sempat melirik mata melihat Afif. Dia belum lagi berganjak dari tempatnya berdiri tadi.

Setelah membaringkan aku di atas katil, dia berlari anak menutup pintu bilik dan terus menguncinya.

“Ika dah okay?” seraya tangannya membuka tudung yang tersarung di kepala aku. Dia turut mengusap-usap kepala aku. Selesa, sebab itu aku biarkan sahaja tindakannya.

“Uwekk!” tiga kali aku cuba untuk muntah tapi tidak berjaya.

Shah tiba-tiba panik dengan keadaan aku.

“Hold on! Shah ambil air suam sekejap.” aku mengangguk walau tahu hakikatnya air suam tidak mampu meredakan gastrik aku. Dia sempat menutup rambut aku sebelum keluar dari pintu bilik. Dari luar, aku dengar Shah sedang bercakap dengan seseorang. Setelah beberapa saat, suara mereka tidak lagi aku dengari. Kali ini derapan kaki seseorang aku dengari pula menerpa masuk ke bilik. Cepat juga Shah ambilkan aku air suam? Dalam sakit, aku tersenyum kecil membayangkan Shah melompat dari tingkat satu ke bawah rumah semata-mata kerana mengambil air suam..hehe jahat! Namun sangkaan aku meleset apabila orang yang masuk ke bilik adalah Afif! Isk..apa dia buat dekat sini? Aku perasan dia menutup sedikit pintu bilik yang terbuka luas. Kala ini sudah aku menekup muka. Takut diapa-apakan olehnya.

“Kau kenapa?” soalnya. Aku perlahan-lahan membuka tangan aku dari menutup muka. Dahi dia berkerut seribu. Matanya pula nampak kemerah-merahan menahan marah. Macam nak makan orang je..

“Kau dah mengandung? Patutlah tolak pinangan aku!” tercengang dan tersentak dengan pertanyaan dia. Dia mendengus marah melihat aku dihadapannya. Agaknya kalau aku berada dekat dengan dia, dah lama agaknya aku dilemparkan ke dinding! Isk!

“Aku tanya ni, kau mengandung??! Anak kamu berdua??” berang Afif. aku dalam lemah menggelengkan kepala. Dia kini memeluk tubuh sambil merenung aku yang masih berbaring.

“Jadi anak siapa??” Gila. Dia ingat aku semurah itu ke? Itu yang aku tidak suka dengan sikap Afif. Macam tak faham bahasa. Suka membuat andaian tanpa usul periksa terlebih dahulu!

“She's not pregnant! Dia gastrik! Berkerut dahi Shah dengan kelakuan Afif. Kelu lidah melihat dua beradik tiri itu dalam keadaan tegang. Tak kan semuanya terbongkar hari ini kot? Ya Allah, tolong aku! Shah kemudiannya menghampiri aku dengan satu jug air.

“Can you leave us alone?” Shah meminta Afif untuk segera keluar dari bilik kami. Afif merengus kecil sebelum meninggalkan kami. Shah melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan aku sesudah meletakkan jag dan gelas.

“Pomph!!!” pintu bilik itu berbunyi kuat ditutup oleh Afif.

Shah memandang aku dengan pandangan hairan. Jangan tanya aku pulak, aku tidak tahu kenapa dia macam tu! Aku tahulah Afif marah aku. Tapi tak tahu pasal kenapa dia tuduh aku yang macam-macam!

“Kenapa dengan dia tu?” Shah menjuihkan mulutnya ke arah pintu. Nada tidak puas hati dari Shah. Huhu..

“Ntah!” jawab aku ringkas. Aku cuba untuk bangun. Dia bantu tubuh aku untuk disandarkan ke dinding katil.

“Pelik…” katanya masih bingung-bingung.

“Ada rasa nak muntah lagi tak??” soal Shah sambil mengurut-ngurut belakang aku.

“Tidak lagi..dah okay sikit..” aku cuba kuntum senyum.

“Betul bukan pasal pregnant kan?? tanya dia serius mngerut dahi. Aku bulat mata sebesar-besarnya kemudian sekilas jegilkan mata ke arah Shah.

“Memanglah bukan! Kenapa? Tak percaya??” Aku sudah mendengus kecil. Entah macam mana dia boleh terfikir pasal tu pulak? Bukan dia tak tahu yang kami kahwin pun baru seminggu...dan err...

“Yelah-yelah! Shah percayalah..gurau je pun!” dia tersenyum sumbing.

“Benda tu tidak boleh dibuat main tau sebab melibatkan maruah saya!” Aku baringkan tubuh semula lalu menarik selimut yang terlipat kemas di tepi aku. Aku tutup muka dengan selimut itu dan mengiring ke sebelah kiri. Marah sebenarnya!

“Sayang, Shah minta maaf..sorrylah!” dia membuka selimut yang menutup muka aku mengintai. Sayang konon!

“Sorry..please?” dia merapatkan tubuh ke sebelah aku. Aku toleh dia sekejap. Penat pulak aku nak bergaduh dengan dia.

“Okay..okay...dahlah, saya nak tidur!.” aku menyelimutkan badan aku dengan selimut tadi. Aku maafkan dia, namun mood aku masih belum stabil.

“Thanks sayang..” katanya lalu memeluk aku dari belakang. Aku cuma membiarkan saja. Entahlah, sebab aku kira itu hak dia kot...tapi apasal pipi aku hangat je ni? Isk..jantung aku pula sedang berdegup kencang. Entah  apa yang tidak kena dengan aku ni? huhu…

“Tapi….best jugak kan kalau yang ini ada 'isi'?” seraya tangannya memegang perut aku sambil tertawa nakal. Berkerut dahi aku dibuatnya. Apa dia kata tadi? Aku pusingkan tubuh menghadap si mulut celupar ni. Dia angkat kening banyak kali. Amboi, dia masih dengan mood angan-angan dia. Aku senyum sinis. Siaplah dia hari ini!

 “Nah isi!” kaki aku automatik menolak dia ke tepi. Dia hilang imbangan badan lalu...

“BUUUKKKKKKKK!!” aku ke tepi katil mengintai dia.

“Aduhhhhhhhhh..........!!” wajahnya berkerut kesakitan sementara tangan dia pula memegang punggung.

“Isi yang itu sedap? Rasa apa? oren?” aku tertawa. Dia toleh aku dengan riak yang tidak berpuas hati
.
“Ikaaa! Ini dah terlebih ni...kang Shah betul-betul bagi 'isi' macam mana? Tuturnya sudah mula naik ke katil dengan senyuman jahat dia. Aku apa lagi? Cuak dan lariiiiii!!!

Aku turun dari katil lalu berlari anak untuk mengelak dari Shah.

“Okay..tunggu. Jap eh…” kerana penat, aku tiba-tiba berhenti sambil aku membuat signal ‘stop’ dekat dia. Dia juga turut sama berhenti.

“Sebab apa? Akhirnya nak mengalah jugak ye…” senyuman dia masih lebar nakal.

“Bukan…sebab saya nak minta maaf pasal tadi..sebab tolak awak.”

“No…I won’t accept your apology..” balas dia tidak mempedulikan kata-kata maaf aku. Malah dia masih cuba untuk mendapatkan aku. Aduh~ tak kan tak habis lagi? Huhu…

“Saya minta maaf…”

“No!” dia kian maju ke hadapan aku. Urgh! Geramnya aku!

“Saya minta maaf sebab buat awak jatuh macam nangka masak tadi! hehehehe!” geram aku. Tambah perisa baru tau!

“What??? Meh sini…!” ujar dia geram. Aku sekali lagi lari mengelak dari dia. disertai gelak tawa dari aku. Haha! Pintar. Dia cuba untuk mengejar aku. Aku elak lagi. Maka terjadilah adegan kejar mengejar antara satu sama lain. Diluar sedar, sakit gastrik aku hilang macam tu saja.
Share:

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 19 ]

Pagi tadi aku di datangi pesanan ringkas dari Afif. Cuak juga aku masa buka mesej tu tadi sebab Shah memang berkira-kira nak pinjam handphone aku sebelum tu. Kelam kabut aku padam mesej tu! Huhu..

“Fikah, kau berani mempergunakan Shah sebagai alasan kau untuk tolak pinangan aku kan?!” tertulis kembali mesej ringkas dari Afif di kepala aku.

Hemm...ada benarnya kata-kata Afif tu...aku yang salah dalam hal ni. Kalaulah aku tolak pinangan Shah, tidak akan sampai ke tahap ni. Tapi difikirkan balik pun dah tak guna...

Rasa bersalah mula bersarang. Aku patutjelaskan kepada dia perkara sebenar..Tapi nak beritahu apa? Pasal aku terpaksa terima pinangan dia sebab Afif? Fuh! Dan satu lagi, aku kena beritahu dia bahawa aku memang kenal abang tirinya tu sebelum ni! Arhg! Kenapalah aku terperangkap dalam situasi begini?

Kami mengambil keputusan untuk balik empat hari awal ke rumah. Bukan tidak mahu tinggal lama, cuma dekat rumah pun ada banyak nak kena settle. Memandang Shah pun sudah buat keputusan nak tinggal dirumah sewa aku... Ops! Sebenarnya rumah tu adalah rumah kedua dia. Aku cuma menyewa je dari dia sebelum ni. Heheh... Kereta abah, merangkap kereta kepunyaan aku juga ditinggalkan saja di rumah abah. Aku tumpang kereta Shah. Bak kata Shah, jangan susahkan abah dengan mama...ada rezeki kita beli kereta lain. Ibarat aku sebagai anak dia, dia cakap macam tu dekat aku? Tapi, bila difikir-fikir balik..betul juga apa yang dia cakap!

“Sayang, dekat mana kita nak singgah solat asar?” Glup! Sayang?? Dia tak putus-putus dengan ayat romantik dia tu. Romantik lah sangat! Aku toleh dia atas bawah yang berada di sebelah tempat duduk pemandu. Tersengih-sengih..

“Jauh lagi..dah nak sampai, saya beritahulah..” mendatar saja aku jawab. Agak-agak aku berdosa tak jawab macam tu? Dingin je..huhu tapi, aku nak jawab macam mana lagi? Reaksi dia pula seolah-olah tidak ambil hati dengan jawapan dingin aku. Senyum memanjang.

“Er..ada beberapa benda yang saya nak cakap..” aku mula buka mulut setelah beberapa detik kami senyap antara satu sama lain.

“Hem?..cakaplah…” jawabnya lembut sahaja.

“Begini....saya sangat zero dalam hal kahwin-kahwin ni. Sebenarnya saya terpaksa terima lamaran awak tempoh hari...saya minta maaf, sepatutnya sebelum perkahwinan ini terjadi, saya dah beritahu awak awal-awal...tapi saya diamkan...saya takut mama kecewa. Abah kecewa...mak ngah dan pak ngah kecewa...” Boommm!!! Tak bertapisnya aku cakap...

“I know it....” jawabnya spontan tanpa menoleh sekejap pun pada aku.Aku dah agak dah, memang dia sedia maklum hal ni memandangkan dia aku tolak mentah-mentah pada awalnya. Aku hilang kata-kata di sini.

“Err..dan lagi...tolong jangan layan saya baik sangat..sebab saya takut, saya tidak mampu untuk berbuat benda yang sama terhadap awak! Saya tak nak awak berharap!” Aku toleh dia, dia tersenyum.

“Pelik pulak Ika ni..perempuan lain suka benar dilayan bak puteri. Ika pula sebaliknya. Okay tak ni? Demam eh?” Sebaliknya pula jawapan yang aku terima. Dia tertawa sambil tangan kirinya memegang dahi aku. Dia cek kot, sama ada aku demam ke tidak.

“Orang tidak demam lah. Saya serius ni!” aku menepis tangannya lalu menoleh ke arah dia. Dia sekilas memandang aku..lalu kusyuk semula memandu. Beberapa meter kemudian dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Ika.... thanks sebab sudi terima pinangan Shah for the first place..itu pun Shah sudah rasa bersyukur sangat Ika...Selepas ini semua berlaku, Shah tak nak toleh belakang lagi..” tutur dia seraya memusingkan badan memandang aku. Aku nampak matanya berkaca-kaca kala ini.

“Shah faham, kita nikah bukan macam pasangan lain..Shah yang nampak mendesak Ika untuk menerima Shah. Shah tidak paksa Ika untuk memberi layanan selayaknya kepada Shah. Tapi, terimalah walau secebis cuma kasih dari Shah! Satu yang Shah pinta sangat, walau apa pun anggapan Ika terhadap Shah...please support me dalam usaha membina keluarga kecil kita.” Aku terkedu dengan kata-kata dia..rasa sebak jauh ke dalam hati. Tangan kiri dia mencari jemari aku. Tangan aku digenggam erat sebaik diraihnya. Automatik aku turut membalas genggaman tangan dia..aku sedar, dia tersenyum dengan tindakan aku. Benar kata-katanya. Memang itu kehendak setiap pasangan yang ingin dan telah berumahtangga tapi aku...entahlah, rasa bercampur baur. Kalaulah aku dapat keluarkan satu-satu rasa ini..boleh aku cek, slot mana yang tak kena dengan aku ni. Pening..

“Ermm..untuk sesi suai kenal kita, Ika anggap je Shah ni best friend Ika supaya Ika tidak rasa kekok sangat. In the same time, Shah sangat berharap Ika buka sedikit ruang untuk Shah di hati Ika..please! Kita mula dari awal eh?” dia mengenyitkan mata memberi cadangan disertai dengan senyuman bermakna. Aku hanya tersenyum seraya mengangguk tanda setuju dengan cadangan dia. Senyumannya melebar. Hati sedikit lega..perlahan-lahan aku melepaskan genggaman jari dia lalu buang pandangan ke tempat lain.

“Okay, everything is clear now, so let’s go!” tuturnya kemudian meluncur pergi tinggalkan tempat tadi. Aku lirikan mata pandang dia. Senyum lebar hampir nak ke telinga. isk…

Berfikir panjang aku dalam perjalanan kami. Hemm..betul jugak kata Shah, ada baiknya aku anggap dia sebagai kawan dulu..mungkin dengan cara ni aku boleh hilangkan rasa janggal aku pada dia? Dan..mungkin akan terima dia?? Baiklah, aku setuju!

Tiba-tiba handphone milik Shah berlagu. Nyanyian dari Irfan Makki, Mabrouk..heh! Mentang-mentanglah baru kahwin? Aku mencebik bibir. Dia cepat-cepat memakai earphone ke telinga lalu menekan butang hijau. Aku yang disebelah dia cuma memerhati saja..

“Assalamualaikum abang syuk?”

“Erkk! Afif lagi??” aku menelan air liur beberapa kali. Kenapa dia telefon Shah? Aku mengumam.

“Ohh kami dalam perjalanan balik dah ni..a'ah..nanti kami singgah ke sana sekejap…”

“Dalam dua jam lagilah kot..”

“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh!”

Begitulah perbualan antara Shah dan Afif. Aku menanti Shah untuk membuka cerita.

“Abang Syukri tadi..”

“Dia minta kita singgah ke rumah sekejap..Kalau tidak keberatan, dia minta kita tidur sana semalaman..Ika okay? Katanya ada benda nak discuss..” jelas Shah terhenti-henti dalam masa yang sama menyoal aku. Sebenarnya belum pun sempat Shah menghabiskan kata-kata, aku memang sudah ternganga awal-awal! Aku tertanya-tanya, apa rancangan Afif sebenarnya? Nak bincang pasal apa?

“Ika? Dengar tak ni?” Shah mengenggam jari aku.

“Oh..Okay..” Aku sekadar mengangguk. Padahal, hanya Tuhan je yang tahu apa yang bersarang di hati aku sekarang ni.

“Tapi kita usahakan juga untuk balik eh? Ada benda nak settle dekat rumah..” aku memberi alasan. Alasan basi..Seboleh-bolehnya aku tidak mahu bersemuka dengan Afif.

“Ika nak settle apa? Soal dia kembali disertai dengan dahinya yang dikerut.

Okay! Aku hilang idea nak kata apa-apa. Tu lah, main cakap je kan? Sendiri terkena..huhu

“Grrr…adalahhh~ sibuk je!” aku mencebik bibir. Haha saja je cakap macam tu supaya dia tak tanya banyak.

Dia tertawa dengan gelagat aku..

“Ehem! Why? Is it possible you miss me?” tuturnya tersekat-sekat seraya mengangkat kening.

Mahunya tak tersembur kacang yang aku kunyah dalam mulut. Habis dashboard kereta Shah aku kerjakan. Aku menyepetkan mata memandang dia. Bukan salah aku tau?

“Memang pandai je buat cerita kan?? nah!” satu cubitan di lengan dia aku hadiahkan. Puas hati aku!

“Aduhhh! Lebamlah tangan Shah ni.” dia sekejap-sekejap mengurut tempat cubitan aku tadi.

“Mulut biar bertapis sikit!” aku merengus.

“Heyyh...yelah-yelah. Gurau sikit pun tak boleh...

"But honestly...Shah nak sangat rasa semua tu...to be loved by you...to be missed by you..I'm obsessed about it.” dia melirikkan mata sekejap dengan senyuman penuh ikhlas. Kerana ternganga, senyumannya bertukar gelak. Ya Allah! Fed up punya pasal, aku pekakkan telinga!

* * *

“Ika, dekat mana surau tu?” dia bertanya tiba-tiba setelah sekian lama rasanya aku tertidur. Aku kesat-kesat mata. Aku memerhati keadaan sekeliling, dekat mana dah ni?? Aku menggaru kepala.

“Rasanya dalam empat kilometer lagilah..” aku jawab ringkas. Sebenarnya aku pun tidak begitu pasti berapa jauh lagi tempat tu. Yang aku ingat, keadaan simpang tu menghala ke arah mana tu saja. Setelah agak jauh tinggalkan tempat tadi,

“Haa, tempat ni. Dekat kawasan ni lah..” mata aku melilau memandang sekeliling. Agaknya ini lah simpang tu..

“Sah! Inilah tempatnya..” yakin sangat, aku pandang dia sekilas.

“Nak masuk simpang mana satu?” tanya dia. Ada dua simpang dekat situ. Satu sebelah kanan, satu lagi dekat sebelah kiri. Aku garu  dagu yang tidak gatal, berfikir.

“Okay, masuk kiri..” aku memberi arahan. Shah pula mengikut sahaja.

“Jap..mungkin masuk kiri lagi?” sekali lagi aku memberi arahan. Dia memusingkan setering kereta milik dia ke kiri seperti yang aku arahkan. Eh? aku mengumam. Tak kan surau tu berdekatan dengan hutan kot? Kerana masih ada rasa yakin, aku abaikan perasaan itu. Sehinggalah tiba di suatu tempat..

Serta-merta mulut kami berdua terlopong apabila melihat keadaan dihadapan ami. Jalan mati! Aku garu kepala. Macam mana aku boleh silap? Shah pula kerut dahi justeru pandang aku pelik. Aku pula masih dengan tingkah yang masih memerhatikan keadaan sekeliling.

“Ika ni..betul ini tempatnya??” aku toleh dia, senyuman jahat melebar di mulut! Perlilah tu. Entah apa pula yang dia fikir sekarang ni. Dia sengaja kenakan aku ke?

“Memanglah bukan! Ini tempat lain ni.” balas aku nafi.

“Jom patah balik! Sampai highway nanti, kita cuba ke simpang kanan pula.” Seperti yang aku arahkan, Shah menurut saja. Dia menggeleng kepala seketika sambil bibirnya kuntum senyuman geli hati. Aku lirikkan mata ke arah dia. Geram!

Setelah masuk ke jalan besar, Shah masuk ke simpang sebelah kanan. Kawasan perumahan..lega sikit sebab memang tempat inilah yang aku maksudkan.

“Okey-okey..masuk kiri..” aku memberi arahan.

“Betul??” dia memperlahankan kereta..

“A'ah betul lah!” aku meyakinkan dia.

“Kalau sesat lagi, kita cari rumah penginapan nak?” kata Shah mentertawakan aku. Mengada-ngada sungguh budak ni.

“Haaa pintar dan bijak sekali!” balas aku berpura-pura memuji dia.

“Eh baru tahu?” sindir dia.

“Kalau macam tu..Ika setujulah ye?” kata dia berkali-kali menaikkan kening disertai dengan senyuman ceria. Seperti ada sesuatu yang bermain di mindanya.

“Hehe, dah la tu..mengada-ngada je!” aku ketap gigi pandang dia atas bawah.

Setelah tiga minit kami mencari, akhirnya kami jumpa surau tu. Kami berdua turun menuju ke arah surau.

Usai solat maghrib, kami kemudiannya meneruskan perjalanan. Sebelum balik ke rumah, kami singgah untuk makan disebuah restoran. Nasib baik juga dia tergerak hati nak singgah, kalau tidak? Aku dah lama pengsan kerana gastric aku dah mula menyerang!
Share:

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 18 ]

Lama aku tercegat didepan pintu bilik. Aku nak masuk ke tak ni? Dua hati pulak aku. Yelah, nak masuk terus takut pula dia marah ke, tengah pakai baju ke. Kan naya tu? Tapi badan penat sangat ni. Sudahlah sebelum majlis nikah kelmarin, aku siap mop lantai? Kemas halaman rumah..lepas majlis tu pula, tolong cuci piring lagi. Sampai dua tiga besen. Fuh! Siapa tak penat?

“Oi, tercegat tu pasal apa?” dialog hati aku terhenti dengan suara kak Fiza yang tegur aku dari belakang. Aku terus berpaling ke belakang. Farish sedang didukungnya. Baru mandi budak kecik tu. Nak dipakaikan baju lah tu.

“Tak..tiada apa-apa.” nada aku terhenti-henti. Kak Fiza terus masuk ke dalam biliknya yang bertentangan dengan bilik aku.

“Tok tok tok!” aku cuba ketuk pintu namun tiada jawapan.

“Tok tok tok!” aku ketuk lagi. Apalah yang dia buat dekat dalam bilik ni? Aku ketuk pun tak dengar...perlahan-lahan aku memusingkan tombol pintu dan hanya memasukkan kepala untuk cek keadaan bilik. ‘Aman’ je ni? Pelik pulak aku. Tanpa segan aku masuk ke bilik dan menutupnya semula. Sahaja aku labuhkan punggung ke birai katil berkira-kira untuk berehat.

Oh, tengah mandi rupanya? Aliran air di kamar mandi jelas kedengaran. Dalam pada aku melayan minda, mata aku tertancap pada satu objek pegun di depan aku ni haa. Aku menghampiri benda itu yang seperti melambai-lambai aku. Telefon Experia Go milik Shah! Hehe..

Timbul niat jahat aku nak cek. Boleh ke tak ni? Agaknya Shah lama lagi mandi ke tidak ni?? Makin lama aku tenung handphone tu makin membuak rasa nak cek. Aduhh..! Syaitan apakah yang mengoda aku ni. Isk..

Okaylah, kali ini je. Tak habis-habis aku bersoal jawab dalam hati. Aku angkat handphone milik Shah. Sekali-sekala mata aku sekilas dipandang kepada pintu kamar mandi. Siapa tak takut kantoi? Hehe…

Tangan aku cepat-cepat menyentuh kotak hijau ‘unlock’.

“Erk!” Oh tidakk! Ada password??!! Mata aku sudah terkebil-kebil menatap skrin telefon Shah. Separuh kecewa, aku letak balik telefon tu. Belum pun sempat kaki aku berganjak, kedengaran pintu kamar mandi dibuka. Tersentak sekejap, aku terus pusingkan badan tengok dia. Tersengih-sengih jadinya Cover malu punya pasal. Isk..

Dia kerut dahi memikirkan sesuatu.

“Kenapa macam happy je ni?” tanya dia menguntum senyuman dengan dahinya yang masih berkerut. Pelik mungkin dengan gelagat aku? Muka aku nampak happy ke?? Cuak ada lah..

“Ish takde lah!” aku terus ke birai katil.

“Cek handphone ke Puan Syafikah? Awalnya suspek macam-macam...dah jatuh cinta pada Shah ke apa ni?” tanya dia separuh perli. Tersenyum sinis pula tu. Amboi~ jatuh cinta konon. Rasa suka pun belum ada, inikan pula jatuh cinta...

“Sebab apa pula saya sibuk cek handphone orang?” balas aku. Aku sepetkan mata sekilas pandang. Buat tak tahu konon. Padahal, memang sah-sah kantoi!

“Ohh..ye ke? Takpe lah, mari Shah tunjukkan sesuatu.” dia abaikan sahaja topik kami sebentar tadi lalu labuhkan punggung di sebelah aku dengan kedua-dua tangannya mengunci pinggang aku kedalam pelukannya. Sementara itu tangan dia masih mengenggam telefon bimbit miliknya. Aku ketap bibir jeling sekilas pada dia. Ish aku tak selesa betul lah dengan dia ni. Boleh lepas pelukan tak? Tapi kata-kata itu tidak pula aku ungkapkan.

“Cuba Ika teka, password handphone Shah apa?” tanya dia menatap sekejap mata aku.

Mana lah aku tahu? Aku angkat bahu. Kalau aku tahu passwordnya, dah lama aku korek segala-galanya dalam handphone itu tadi. Hehe

“Password dia..tarikh lahir..Ika!” jawabnya terus. Aku dongak memandang dia, mata kami berlaga. Dia tahu tarikh lahir aku ke? Oh aku tahu lah, mungkin dia cek habis-habisan dokumen tu!

“Kenapa? Tak percaya?” soalnya. Aku diam tanpa membalas pertanyaan dia.

“Ni..tarikh, sembilan belas..bulan dua belas..tahun sebilan belas sembilan puluh dua! Tada...!!” katanya sebaik skrin telefon memaparkan menu hadapan. Aku sudah mengangguk tanda percaya.

“Shah, awak cek tarikh lahir saya dalam dokumen tu kan?” aku tiba-tiba bersuara.

“Tak!” jawab dia spontan. Aku kerut dahi. Biar betul dia ni..dia tertawa melihat reaksi aku. Aku gigit bibir bawah semahunya dek geram rasa dipermainkan.

“Janganlah main-main..” kata aku lagi. Nada lemah tiba-tiba muncul kerana penat melayan karenah dia. Aku tundukkan kepala sambil jari aku bermain-main sesama sendiri. Sengaja je tu. Hehe…

“Betullah Ika..” katanya lagi. Kali ini serius menafikan. Kepala aku mendongak kembali. Betulkah? Hati tertanya-tanya. Dia menganggukkan kepalanya serius seolah-olah dapat meneka apa yang bermain di fikiran aku sekarang ini. Dia meleraikan pelukan dia di pinggang aku ketika ini.

“Favorite colour, green...your favorite books, La Tahzan. Isn’t it?” serentak itu aku terbuntang mata. Tambah aku bingung. Macam mana dia tahu?

“Awak...” belum sempat aku menghabiskan kata-kata. Dia bingkas bangun. Senyuman dia tidak lekang di bibir memandang aku. Timbul tanda tanya aku pada dia. Dia ni sangat misteri! Sungguh-sungguh aku kata dia sangat misteri!

“Okay, jangan tanya Shah dari mana Shah tahu..sebab Shah tak akan jawab!” jelasnya sekarang ini berdiri di hadapan aku.

“Tapi....”

“Oh..ouh...” dia menggeleng. Cis! Memang dia tak nak beri tahu aku ke?

“Dahlah, Shah nak pakai baju..kalau Ika nak stay boleh juga.” nadanya tiba-tiba bertukar nakal. Dia angkat keningnya beberapa kali. Pandang aku semacam je.

“Erkk!” baharu aku perasan..takut kantoi punya pasal, aku tak sedar dia belum pakai baju masa keluar dari kamar mandi tadi! Erhh..malunya aku!

“Eh jap, saya nak keluarlah!” tak dapatlah aku nak rehat. Lemah saja kaki aku melangkah keluar bilik. Di kepala aku sudah terbayang bilik tetamu. Hiskk..rest sana jelah! Kaki aku menuju terus ke bilik tetamu. Aku tutup sahaja bilik, buka kipas..aku hempaskan tubuh ke katil. Sangat selesa! Namun dalam benak aku masih bermain-main satu soalan. Macam mana dia tahu serba-serbi pasal aku?
Share:

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 17 ]

Aku perlahan-lahan mengesat mata. Astghafirullahalazim..dah pukul berapa eh? Seraya kepala aku dipaling ke jam dinding sebelah kanan aku. Oohhh..belum sampai waktu subuh lagi..tidur balik lah!. Namun sayup-sayup aku terdengar satu suara merdu sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Sedap suaranya. Aku pelan-pelan membaringkan semula badan memerhati dia dari jauh. Rajin betul dia. Aku?? Seminggu sekali bolehlah. Yelah, kerja kan penat... Heh! Macamlah kau seorang saja penat! Aku berdialog sendiri.

“Shadaqallahul 'adzim..” dia dah habis baca! Aku cepat-cepat tutup muka dengan selimut. Berpura-pura, konon aku masih lena dibuai mimpi. Hehe…

“Dah, jom solat subuh sama-sama. Pura-pura tidur pulak dia..” aku dengar dia tertawa menegur kelakuan aku. Aku masih lagi kaku. Konon nak matikan sangkaan dia.

“Ika, bangunlah. Kang ada yang Shah peluk lagi? Nak?” mengingatkan kejadian semalam, aku cepat-cepat bangun. Malu pun ada..dan boleh pula dia gelakkan aku?

“Tahu takut!” sambung dia tersenyum nakal.

“Kacaulah awak ni!” aku merengus kecil. Fuh, pagi-pagi lagi dia sakat aku.

“Shah gurau jelah..mandilah dulu, kejap lagi nak masuk waktu..” dia duduk di sebelah aku.

Aku menggosok-gosok mata kemudian berjalan masuk ke bilik mandi tinggalkan dia.

Eh? semalam dia tidur atas lantai? Aku mengerut dahi pelik bertanya sendiri namun terus ke bilik mandi langsung mengabaikan cetusan soalan itu.

Usai aku mandi, kami berjemaah mengerjakan solat subuh. Rasa tenang diimamkannya..alunan suara merdunya membacakan ayat suci Al-Qurannya sangat sempurna di telinga aku. Satu markah untuk dia.

* * *

Aku, mama, kak Fiza dan abang Ijat sedang menikmati minum petang di pondok taman mini mama.

Abah pula pergi ke kenduri potong jambul cucu kawannya. Yelah, ini kan hari ahad? Jadi tak hairan ramai orang buat kenduri. Shah? Katanya tadi ada kerja sikit dekat belakang rumah.

Farish si budak kecil tengah main sendirian berdekatan dengan kami. Kadangkala gelagat Farish jadi tumpuan. Dari jauh Shah jalan terbongkok-bongkok menghampiri kami semua. Tangan kanannya pula sekejap-sekejap memicit-micit pinggangnya.

“Kenapa pula dengan pinggang kau Shah? Sakit eh?” tegur mama kepada Shah sesudah sampai ditempat kami.

“Lenguh sikit mama...” balas Shah.

“Lenguh pasal apa pulak ni?” tanya mama lagi. Cawan yang mengandungi kopi-o perlahan-lahan mama letak di meja. Bukan saja mama, malah semua yang ada disitu memandang Shah dengan penuh tanda tanya. Aku pandang Shah sekilas aja. Entahlah, sebab aku belum biasa dengan situasi macam ni kut? Ye..biasa je berkumpul ramai-ramai begini tapi tanpa kehadiran Shah.

“Jap, mama ambil minyak angin..” mama berlalu pergi mendapatkan minyak angin.

“Cuci periuk belanga dekat belakang rumah!..” jelas Shah menyambung kata-kata walaupun tanpa kehadiran mama. Semua yang abang Ijat dan kak Fiza berpandangan seketika kemudian..

“Laaa~ ingatkan pasal apa tadi...” abang Ijat bersuara. Aku sepetkan mata. Tertanya-tanya juga apa yang dimaksudkannya. Kak Fiza sudah menyiku suaminya seperti mengerti apa yang dimaksudkan. Shah sengih seperti memikirkan hal yang sama dengan kak Fiza. Namun tidak ambil masa yang lama, dia kembali senyum menambah cerita.

“Itu mustahil kut...!” seraya dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan aku. Aku yang masih tidak mengerti terkebil-kebil cuba memahami perbualan mereka. Melihat aku diam menghadam sesuatu, Shah merapatkan bibirnya ke telinga aku.

“Err..don’t you get the picture yet? Kami bercakap soal...” bisiknya mengerut dahi sambil mengetap bibir. Melihatnya bersungguh menekankan ayat itu baru aku faham tentang itu.

“Jadi kenapa cakap begitu?” bisik aku geram. Semestinya cuma kami berdua sahaja yang mampu dengar dengan bisikan itu

“Saja tambah perisa..lagipun betul apa? All I can say is, I have prepared for it!” balasnya mengangkat kening lalu kembali ke posisi asal. Aku tak duduk diam. Laju tangan aku mencubit pinggangnya. Dia ingat aku suka ayat tu??

“Aduhh!” Shah gosok bekas cubitan aku. Tahu takpe! Puas hati aku! Abang Ijat tergelak. Kak Fiza sudah menggeleng. Heis! Kalau sudah namanya cerita lelaki, beginilah jadinya. Bukan je pening, rasa nak terputus penyambung sel otak sihat aku ni dengan cerita-cerita dia orang ni!

Mama baru datang dengan botol angin yang digenggam di tangan.

“Ika gosokkan pinggang Shah dengan minyak ni. InsyaAllah, reda sikitlah tu nanti..” suruh mama sambil menghulurkan botol angin. Botol angin itu bertukar tangan. Aku jeling Shah, dia nampak tersenyum puas. Seronoklah tu! Aku mencebik bibir.

Setelah penutup botol angin dibuka, aku mula menyapu angin di pinggang Shah. Kalau bukan di depan mereka ni semua, sepuluh kali fikir jugak aku nak sapu minyak ni! Eih! Berpeluh-peluh. Geli aku!  Banyak sangat ke kerja dia dekat belakang rumah tadi? Semalam rasanya sudah kurang..

“Kamu berdua ni tiada rancangan nak berbulan madu ke?” soal mama memecah hening. Mama mula menyandarkan badan di kerusi setelah melabuhkan punggungnya di kerusi tadi.

Erk! Aku mengerut dahi.

“Bulan madu apanya mama, enam hari lagi dah buka sekolah.” balas aku mendatar saja. Aku lihat lama Shah berfikir. “Takdelah..maksud mama kemana-mana je..tak semestinya keluar negara. Dekat-dekat sini pun bolehlah tu~ mama cuma terfikir nak beri kamu ruang je..” mama tersenyum memberi pandangan dan penerangan.

“Kita dulu ke China, kan bang?” kak Fiza mencelah. Riak aku bersahaja memandang setiap satu mereka.

“Mungkin kamu berdua boleh ke Jepun pula?” Abang Ijat memberi cadangan. Aku terkebil-kebil. Jangankan Jepun, tu haaa Langkawi pun tidak pernah jejak kaki. Bajet weih, bajet! Bagi mereka berdua, boleh lah cakap rancang macam-macam..aku? Dah lah baru masuk kerja...faham-faham jelah. Hemm...lagipun aku tak pernah terfikir pun nak bulan madu bagai. Masih banyak kerja lain nak diselesaikan.

“Nantilah Shah plan. Memandangkan sekarang ni pun dah mula buka sekolah. Shah pula dengan rutin baru. Tangguh dululah..” jawab Shah serius namun selepas itu, dia tersenyum. Aku pula tidak ambil kisah dengan kata-kata dia.

Mama hanya mengangguk faham. Begitu juga  Abang Ijat dan kak Fiza.

Aku berpaling kembali kepada Shah. Pasal apa dia sibuk sangat dengan telefon dia ni? Kenapa eh? Hati aku kian tertanya setiap kali aku mendengar ringtone Shah selalu sahaja berlagu. Bukan aku  jealous tau! No way! Cuma curiousity at the highest level! Hehe..
Share:

Tuesday 8 March 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 16 ]

“Ika, you can’t escape from me anymore!”

“Awak ni dah kenapa Shah?! Baik awak keluar cepat dari bilik ni Shah!” dia ketawa jahat. Jantung aku terasa hendak meloncat keluar. Ya Allah! Dia berubah tiga ratus enam puluh darjah! Kenapa dengan dia ni??? Macam kena rasuk je...argghh tolongg!!
“Mama! Mama!..aku laung mama dari dalam. Dia cuma ketawa melihat aku panik.

“Hahahahah!! This is the real me! Too bad, you’re my one and only wife!” dia tersenyum sinis memandang aku dan semakin lama semakin mendekatkan diri.

“Jangan Shah! Saya panggil abah kang haa~!” aku selangkah demi selangkah mengundur ke belakang sehingga badan aku sudah melekat ke dinding.

“Panggil jelah, mana orang nak kisah dah.” aku bulat mata memandang dia yang bagai dirasuk. Bertuah punya student! Menyesal aku tak batalkan nikah kami tempoh hari!

“Be a good wife sweetheart!” dia tiba-tiba menarik tangan aku dan menghempaskan tubuh aku ke katil. Ya Allah, apa aku nak buat ni?? Arhhhgghhhh tidakkkkk! Shah tidakkk!

“OII!! Dah gila? Panggil memanggil nama Shah..dah tak sabar nak kahwin??!

Erkk kenapa aku ada terdengar suara kak Fiza pula ni??! Aku celik mata, Kak Fiza sudah bercekak pinggang memandang aku berserta dengan jegilan mata tajam. Aku jadi tersengih-sengih.

Allahurabbi...rupa-rupanya aku bermimpi sahaja. Alhamdulillahhh~ aku kesat peluh.

Oi~ tak nak bangun lagi ke haa?? Terjerit-jerit panggil nama Shah. Ni haa~ basuh baju nikah engkau ni. Tak padan dengan umur!

“Aduhh! Mimpi punya pasal, aku dapat ceramah perdana free dari akak. Pantas saja aku bangun mencapai baju nikah yang hendak di cuci dari tangan kak Fiza. Dia menggeleng laju memandang aku. Apa yang dapat aku buat, hanya abaikan saja kak Fiza mengomel. Kalau berperang mulut dengan dia, aku dah angkat bendera putih awal-awal. Huhuhu…

Tiba-tiba rasa seram sejuk. Jangan-jangan betul mimpi aku tu? Atau mimpi semata-mata? Maklumlah mimpi di siang hari.. boleh pakai ke tak?? Adusss!

Aku sedari, akhirnya tiba juga hari pernikahan kami. Bersederhana sahaja..tiada namanya bersanding sebab itu adalah kemahuan dari abah. Cukup dengan kenduri nikah katanya. Dari jauh aku melihat Shah berbaju tradisional putih. Dia kelihatan agak pucat..dia mungkin turut merasai rasa gementar. Aku? Lagilah! Lebih-lebih lagi terdengar suara-suara sumbang makcik-makcik Kiah, Bedah, Limah bercerita mengenai malam pertama! Boleh pulak mengimbau kenangan masing-masing dekat depan aku ni ha~ Siap beri tips pulak tu? Aduhai! Aku tak nak dengar itu semua! Lemah semangat! Aku sejak dari tadi telan liur banyak kali. Seram sejuk aku dibuatnya!

Dengan sekali lafaz saja aku sah menjadi isteri dia! Inilah kali yang pertama jemari aku bersentuhan dengan jemari dia di saat aku hulurkan tangan untuk bersalam. Rasa janggal. Rasa lain. Saat dia mencium dahi aku, aku rasa kehangatan bibirnya menyentuh ke sanubari aku. Aku terlena sekejap..entah kenapa hati aku tiba-tiba rasa sebak walau ada rasa ketidakrelaan aku pada pernikahan ini. Aku toleh sekilas pada abah dan mama. Abah tenang, manakala mama aku lihat sebak seketika. Kak Fiza tanpa riak duduk bersimpuh bersama mama.

Selain Fatin dan Cikgu Imran, pernikahan kami hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat. Tapi nampak agak meriah juga sebab keluarga Shah besar. Shah jugalah satu-satunya lelaki tunggal di kalangan anak dan cucu mereka. Ajaib tak? Dikalangan keluarga mereka juga pelbagai jenis rupa. Ada cina, india dan pakistan. Tinggi-tinggi belaka! Patutlah Shah tu bukan nampak dikalangan baya-baya orang yang seumur dengan dia...hidung mancung..mata coklat. Ada darah campuran  pulak! Hemm. Selepas akad nikah tadi, kami ke ruang makan yang terletak di perkarangan rumah untuk menjamu selera. Entah kemana pula Shah ni pergi. Ditinggalkan aku seorang diri menghadap saudara mara dia ni! Aku merungut sendirian. Nasib baik jugak Fatin ada sebagai peneman aku. Cikgu Imran? Dia pun turut hilang. Mungkin ke kumpulan lelaki kot..

Dari jauh aku lihat Shah sedang bercakap dengan seseorang. Aku rasa itu mungkin ayah tirinya. Semakin lama semakin mereka mendekati aku yang sedang berdiri berdekatan di muka pintu.

“Ika..” Shah memanggil aku dengan lembut. Dia kemudiannya menarik lengan aku menghampiri susuk tubuh orang tadi.

“Kenalkan, ini ayah tiri abang..” Abang?? Tiba-tiba je membahasakan diri abang. Hanya menundukkan kepala pada ayah tiri Shah sebagai tanda hormat aku pada dia. Yelah, nak bersalam..ayah tirinya tu bukan muhrim aku.

“Maaf lewat sikit..” katanya.

Sebaik sahaja aku mengangkat muka, wajah seseorang yang sangat aku kenali sedang berada di antara Shah dan ayah tirinya.

Afif!?? Hati sudah lebih awal menjerit. Macam mana dia boleh muncul dekat sini? Siapa jemput dia? Kak Fiza lagi?? Kalut!

“Kenalkan ini abang tiri abang, Syukri!” Apa?? Saat ini aku sudah terlopong. Kelat sungguh riak muka Afif memandang aku. Dia seolah-olah tidak berpuas hati! Mahu tidak mahu, aku tundukkan kepala tanda aku hormat kepada dia. Sekali-sekala anak mata Afif mengekori aku, kemudiannya Shah. Nampak dia marah sangat pada aku! Aku? Sudah tentulah aku takut! Agak-agak apa yang akan berlaku lepas ni??

Aku menarik lengan Shah jauh sedikit sebelum berbisik meminta diri untuk berehat sekejap.

Shah mengangguk faham.

“Minta maaf ayah, Ika minta diri sekejap..nak rehat.” Pinta aku seraya mengukir senyuman pahit. Benar, niat dihati memang sengaja nak melarikan diri dari pandangan Afif. Fatin yang tadi meminta diri dari aku untuk ke tandas muncul dan menghampiri aku. Aku memberi isyarat kepadanya dengan anak mata aku tentang kehadiran Afif. Riak wajah dia kelat seketika apabila memandang ke arah Afif namun menganggukkan kepalanya tidak lama lepas itu. Aku pula meneruskan langkah lalu ke bilik pengantin.

Aku mundar-mandir resah. Sekejap ke kanan..sekejap ke kiri. Aku bingung saat ni. Aku tak sangka, Afif adalah abang tiri Shah! Ya Allah..aku terpaksa berhadapan dengan Afif selama-lamanya selepas ini. Aku tak jangka ini semuanya terjadi! Sekarang ni aku dah tak boleh lari dah..aku terperangkap dengan pelan hidup aku sendiri! Argghhhh!

Aku labuhkan diri di atas katil. Rasa penat yang belum hilang dari semalam membuatkan aku terlena. Ish tak kanlah aku nak berkurung dalam bilik ni je? Apa pula mereka kata nanti?

Aku keluar. Dari daun pintu mata aku liar mengesan kehadiran Afif. Fuh, nasib baik. Nampak Fatin, aku ke tempat dia. Kerana lama aku tidak berganjak dari Fatin, dia bersuara.

"Oi! Gaya kau ni macam bukan pengantin. Laki kau mana?" sakit teling aku oleh dia ni. huhu..

"Ntah...." spontan aku jawab.

"Tu haa...dah-dah. Pergi ke sana pula. " jari terunjuk Fatin dihalakan pada Shah yang tidak jauh dari arah kami sambil menolak lembut tubuh aku. Aku mendekati Shah dengan pelbagai reaksi muka.

"Ika nampak penat...restlah...takde yang penting sangat dah pun sekarang ni. Biar Shah yang layan tetamu..." terpinga-pinga kejap lalu pergi dengan perasaan sedikit rasa bersalah.

AKU bangun sahaja, rupanya sudah masuk waktu maghrib. Nasib baik juga..tadi aku tertidur sesudah solat asar. Kalau tak, memang terlepas! Aku ke luar bilik..sunyi saja? Nampaknya semua tetamu sudah balik..isk, kenapa mama tak kejutkan aku? Amboi Ika? Dah besar panjang masih diminta nak dikejutkan?! Bergaduh dengan diri sendiri jadinya.

Sayup-sayup kedengaran suara mama dan abah sedang bercakap dengan Shah. Yaa, Shah sedang membongkokkan punggung mencuci periuk belanga! Aku rasa nak tergelak sebaik muncul di antara mereka. Hehe..

“Aik? Kenapa baju belum bertukar lagi ni?” Mama menegur pakaian aku. Ya tak ya jugak, aku belum tukar baju lagi..aku masih dengan pakaian baju nikah tengah hari tadi!

“Hehe Ika baru bangun mama..penat sangat tadi..” aku tersengih melihat mama. Shah pula tersenyum melihat gelagat aku. Isk..rasa janggal pulak aku.

“Cukuplah tu Shah, abah rasa biar esok saja kita sambung balik..” ujar abah mengarahkan Shah berhenti dari mencuci periuk-periuk memasak tadi.

“Yelah, esok Shah sambung lagi.” tutur Shah pula..mama cuma tersenyum melihat menantu dia terbongkok-bongkok menahan sakit dipinggang.

“Shah dengan Ika bersiap lah dulu..mandi, solat dulu..nanti mama panggil turun makan malam..” ujar mama pula. Shah tersengih memandang aku. Dia nampak blur je. Tak macam sebelum ni. Bersemangat je..

Aku lihat Kak Fiza tengah siapkan makan malam di dapur. Rasanya tidaklah banyak dia buat sebab lauk kenduri tadi masih ada bakinya. Boleh makan lagi..

Aku terus naik ke bilik aku, merangkap bilik pengantin jugak. Shah entah hilang kemana. Yes! Inilah peluang aku mandi! Aku terus mencapai tuala lalu masuk ke bilik mandi. Bajet nak cepat, aku terus masuk bilik mandi dengan masih memakai pakaian nikah. Hiks! Dalam bilik mandi barulah aku buka! Pintar tak aku?? Hehe

Aku sudah siap mandi ni! Shah ada tak dalam bilik sekarang ni? Salah aku juga, sebab nak cepat tadi, aku tertinggal baju tidur. Ni tuala jer tersarung di badan?? Habislah aku! Ala…macam mana ye? Aku membuka sedikit pintu bilik air cuba untuk mengintai kelibat Shah. Aku tutup, dan aku cek semula. Oh nasib baik! Dia belum ada. Niat aku cuma satu..ambil baju tidur, lepas tu masuk bilik air balik untuk pakai baju. Satu..dua..tiga! Berdesup aku keluar dari bilik air..

Aduh! Aku sikit lagi nak terjatuh. Benda apa aku langgar ni?? Aku amati, ada kaki? Ada badan? Aku dongakkan kepala saja...

“Argghhhh!” aku terpempan, manakala dia pula terkedu melihat aku. Aduhh! Cepat-cepat aku tutup bahagian bahu aku yang terbuka luas dengan tangan. Tak pasal-pasal aku buat wayang free dekat dia.

“Haa..tutup mata. Tutup mata! Kalau tak, kang lebam nanti mata tu! Huhu Cover malu punya pasal, aku cakap je macam tu!

Dia tertawa dengan gelagat aku.

“It's okay, nak malu apa pulak? Sudah jadi isteri puuunnnn~” panjang lebar perkataan 'pun' dia. Mahunya aku tak geram?

Aku terus berlari anak ke arah almari untuk mengambil baju tidur. Mata dia pula tidak putus memerhatikan tingkah aku. Aku masuk semula ke bilik air. Pakai baju je, aku ambil semula pakaian nikah tadi untuk dimasukkan ke bakul pakaian kotor.

“Shah tidak nampak apa-apa tadi, jangan risau! nampak siiikiiiit je!” justeru dia gelakkan aku.

Aku jegilkan mata pada dia tanda marah. Takde kesan pun pada dia, malah dia kenyitkan mata lagi. Aihh geramm sangat! Aku sarungkan saja tudung, aku terus keluar dari bilik. Geram punya pasal, aku nekad solat maghrib di bilik tetamu. Huhu

* * *

Usai makan malam, aku mengemas dan menyusun pinggan mangkuk untuk dicuci. Aku terus mengangkatnya ke sinki. Kakak turut serta membantu. Abang Ijat dan abah sudah beredar ke ruang tamu. Tangan aku mula bekerja mencuci pinggan mangkuk.

“Esok je la cuci piring-piring ni semua..rehatlah awal” ujar mama. Entah kenapa bila dikata begitu oleh mama, aku seperti takut akan sesuatu. Aku tak boleh dengar perkataan REHAT tu buat masa sekarang ni! Aku tersenyum tawar memandang mama. Shah pula bersahaja. Tiada perasaan!

“Yelah, nanti susah lagi! Kang tak laa…” kata kakak mencelah. Walau ayat tu tak lengkap, tapi aku faham maksud tu!! Aku jeling tajam ke arah kakak, namun dalam masa yang sama pipi aku sudah terasa membahang! Dah kenapa pula dengan kakak ni??? Benda ini lah yang aku tak nak fikir, dibangkit pulak! Mimpi kelmarin muncul kembali. Dek teringatkan mimpi itu, hati aku meronta-ronta nak lari malam ini jugak! Tapi…tapi..takkan lah aku nak buat macam tu kot? Kang esok keluar headline paper mengatakan, ‘Pengantin Perempuan Lari Pada Malam Pertama!’ Malu besar aku! Fikiran aku sempat melayang.

Dari arah belakang, aku dengar Shah terbatuk air. Sempat aku menoleh, mama tertawa kecil melihat gelagat dia. Iskk..setiap kali aku terfikir akan perkara tu, jantung aku rasa nak pecah!

Selesai solat isyak aku mundar-mandir ke kiri..kemudiannya ke kanan. Ruang bilik aku yang agak besar ni tiba-tiba terasa sempit untuk aku berjalan. Sekejap-sekejap aku ke tandas. Nervous tahu! Okay, cuci muka dulu dalam bilik air Lepas ni, kalau dia terus ngap aku macam mana??? Purrr~ naya aku! Hati aku terus bermonolog sendirian. Sedang aku mencuci muka, tiba-tiba aku terdengar pintu bilik di buka dari luar. Dia dah datang! Siapa lagi kalau bukan Shah? Huhu..

Aku pelan-pelan melekapkan telapak tangan ke pintu bilik air untuk memastikan kehadiran dia. Sah! Takper-takper..tarik nafas dalam-dalam..fuhh~

Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik air. Aku nampak Shah khusyuk mencari sesuatu di beg pakaiannya. Aku terus duduk ke meja solek untuk membuka tudung. Aku sempat sedar, wajah aku sedang pucat! Agaknya hantu pun tak sepucat aku!

“Ada nampak tak charger Shah?” dia bertanya.

“Tak..” aku spontan menggeleng. Kepala aku macam tahu-tahu je Shah nak menyoal aku. Automatik menggeleng pulak tu tanpa aku kawal..

Sekilas pandang aku tengok dia berserta jawapan balas aku pada dia.

Tidak dapat apa yang dia nak, dia berjalan menghampiri aku pulak. Jantung aku kian berdegup kencang tatkala dia memusingkan kerusi solek yang aku duduk agar duduk berhadapan dengannya.. Aku cuak! Dia cuma tersenyum memandang rasa minat tepat ke mata aku.

“Ikaa…” dia berlutut. Lembut gaya pertuturannya sambil tangannya menahan tangan aku yang cuba membuka keronsang di bawah dagu. Tangannya berganti untuk membuka keronsang. Aku senyap, dia juga senyap. Jari dia memainkan peranan, cuba untuk melucutkan tudung aku. Aku cuba menahan tapi dia pantas menghalang tangan aku untuk bertindak. Tudung yang dibuka, diletakkan ke atas meja.

“Cantik rambut Ika..” tuturnya seraya menyelitkan rambut aku yang panjangnya paras bahu ke belakang telinga. Aku hilang kata-kata saat ini. Hanya mampu menundukkan pandangan agar tidak bertentang mata dengannya.

Jari-jemari dia mula mencari genggaman tangan aku dengan penuh kelembutan..kucupan pada jemari aku membuatkan aku terkesima sekejap. Giler! Kenapa dengan aku ni?? Patutnya kau tolak dia jauh-jauh Ika!

“Ika takut dekat Shah ke?” soalnya mendongak memandang tepat ke mata aku. Aku sedari, matanya berkaca-kaca? Erk!

Perlahan-lahan aku mengangguk. Dia masih tersenyum.

“Shah faham..Ika usah risau, Shah tidak akan paksa Ika untuk membuat sesuatu yang Ika belum ready..”

Saat ini aku sudah ketap bibir. Fikiran aku pada benda itu lenyap begitu sahaja.  Lega sebenarnya..huhu

Dia kemudiannya berdiri dan turut menarik tangan aku untuk berdiri sama. Aku turutkan saja. Entah kenapa aku tak kisah dengan tindakkan dia. Padahal sebelum ni aku protes dia habis-habisan.

“Tapi boleh Shah buat satu permintaan?” pinta dia. Nada seperti mengharapkan sesuatu. Aku mendongak memandangnya. Yelah, dia tinggi sangat buat aku. Aku cuma paras bahu dia saja. Huhu

“Er...apa dia…?” soal aku bersuara kecil saja.

“If you don't mind...can I hug you...for the first time?” pintanya selamba namun penuh dengan harapan.

Apa?? Permintaan apa pula ni?? aku terpamit dan terkebil-kebil.

“Diam tandanya setuju!” dia tertawa lalu terus menarik tubuh aku ke dalam pelukannya. Aku kaku dalam pelukannya. Otak aku serta-merta jammed. Perlahan-lahan dia mengucup dahi ku. Kemudiannya perlahan-lahan mengucup pipi  pulak. Seterusnya ke bahu..Aku terlena, terbuai dengan tingkah lembut darinya. Satu rasa yang sukar diluah dengan kata-kata. Ah! Mungkin juga ini perasaan semulajadi wanita…

“Wanginya..” bisiknya kecil.

“Jangan melebih-lebih pulak!” aku tolak jauh-jauh tubuh dia kedepan.

Dia terundur dua langkah dari aku lalu tergelak sendiri.

“Nasib baik Ika ingatkan Shah, kalau tak...?” senyumnya berubah nakal.

“Eih..gatal!” jawab aku mencebik bibir. Dia tertawa saja lalu menyambung balik kerjanya sebentar tadi. Aku pula naik ke katil cuba untuk melelapkan mata. Jauh dari sudut hati, aku lega. Tapi, dalam masa yang sama aku rasa bersalah..rasa berdosa..huhu.
Share:

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 15 ]

Pukul rata, orang mengharapkan aku berkahwin dengan Afif … Kak Fiza, abang Ijat, Fatin..dan…cikgu Imran….hemm… Semua mengharapkan aku akan berkahwin dengan orang yang sebaya dengan aku. Kecuali..abah dan mama. Nampaknya kekuatan aku hanya bersandarkan restu abah dan mama…entahlah, bingung rasanya. Bukan tak percaya pada restu abah dan mama..aku tahu semua tu. Cuma macam mana aku nak yakinkan diri itu yang terbaik untuk aku?

“Kau bukan nak kahwin dengan Afif, Ika?!” aku dah agak dah, Fatin terkejut sakan bila dapat tahu aku nak berkahwin. Lebih-lebih lagi bakal suami aku tu bukan dengan Afif!

SEMALAM Fatin ada call aku, dia bawa jumpa. Hang out together konon. Tapi aku memang dah agak dah kenapa dia bawa aku keluar. Mesti pasal benda ni. Dan sah! Dia nak tahu siapa bakal suami aku!

“Jadi siapa hero bertuah dapat kau ni?” Aku hampir tercekik dengan air minuman milo pasal soalan maut Fatin.

“Cough-cough-cough!” aku urut dada. Dalam masa yang sama, telapak tangan Fatin sudah menepuk-nepuk belakang aku.

“Pap! Pap! Pap!” kuat jugak.

“Pelan-pelanlah minum tu..kau ni Ika, kau cakap kau belum ada pengganti Afif. Tahu-tahu saja kau sudah bertunang, dah nak kahwin pula tu! Jemput aku pun tidak.” ada nada rajuk dari Fatin. Fatin mula melepaskan tepukannya setelah yakin aku sudah reda dari batuk itu.

“Sorrylah, aku tidak sempat maklumkan..sebab semuanya berlaku dengan pantas. Aku sendiri tak menyangka bulan ni juga aku jadi tunangan orang. Kau tahu tak?” jelas aku melepaskan rasa keluh kepada Fatin. Dia yang duduk bertentangan dengan aku membetulkan kerusinya. Suasana dingin di restoran KFC tidak cukup mendinginkan suhu badan aku yang semakin naik. Berpeluh-peluh! Yaa, peluh rasa gementar untuk membuka cerita!

“Jadi, siapa dia tu?” Fatin mengulangi soalannya. Aku ketap bibir..nervous!

“Shah Imadi!” tutur aku mendatar. Mata aku ke kiri dan ke kanan ragu untuk bercerita lanjut.

“Siapa dia tu? Cikgu jugak? Atau pekerjaan lelaki idaman kau, engineer?” Fatin mengangkat kening. Macam dalam cerita P. Ramlee pulak dia tanya aku. Siapa dia Kassim Selamat?? Lawyer? Magistrate? Kejap lagi dia pasti terlopong dengan jawapan aku.

“Semuanya bukan..” aku sengaja menghentikan kata-kata. Nak tengok sejauh mana rasa ingin tahu dia.

“Jadi? Jadi? Jadi?” tanyanya berulang kali. Tak terjangka dek akal pula aku dengan rasa curious dia. Phew~

“Dia pangkat pelajar aku je. Baru 19 tahun!” Ketap bibir lagi sambil menanti reaksi Fatin.

“Apa??!!” kan aku baru saja kata tadi. Huhu! Aku mengangguk lemah memandang Fatin.

“Kau biar betul Ika? Macam mana kamu berdua boleh sampai bertunang pula? Tunang sejak kecil eh? Ditangkap basah? Atau memang kau sudah tangkap cinta dekat dia??” panjang lebar Fatin menyoal aku.

Kepala aku menggeleng pantas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

“Ala, mulut kata tak suka, tapi hati? Siapa tahu?” Fatin sempat bergurau.

Aku sudah jegil dia tajam.

“Aku seriuslah! Kau ni Fatin, macam mana aku nak suka dia? Budak lagi!”

“Yelah, kau kata dia budak..tapi dia tetap lelaki! Kau faham tak maksud aku ni?”

Aku tidak dapat menjawab satu persatu soalan Fatin.

“Aku pun pening tau dengan kisah kau ni..cuba kau cerita satu-satu?” pinta Fatin.

“Panjang ceritanya..kalau aku cerita, sampai esok pun belum tentu habis.” jawab aku lemah.

“Abah dengan mama macam mana? Mereka terima?” soalnya terus menerus.

“Terima..kalau tidak terima, mustahil pertunangan tempoh hari terjadi.”

“Hati kau?” tanya Fatin lagi.

“Aku bingunglah Fatin..Alright! Aku akui, sebelum ni aku dah mula suka dia..tapi setelah aku tahu dia adalah pelajar sekolah, hati aku ni..aku tak boleh terima.” terluah juga rasa hati aku selama ini secara lisan yang selama ni aku pendam sahaja..

“Maksudnya, kamu berdua pernah berjumpa sebelum ni?” Fatin mula keliru dengan cerita aku. Aku mengangguk mengiyakan soalan dia. Kini dia menggaru kepala.

“Cancel dah tak boleh, sebab ada sebulan lebih lagi dari sekarang tarikh nikah kami.” sambung aku meneruskan cerita.

Fatin cuma menggelengkan kepala.

“Bagi aku, jalan penyelesaiannya sekarang ni adalah, kau kena buka balik hati kau tu untuk dia. Aku faham..kau tutup hati sebab kau tahu dia seperti yang ada sekarang ni kan? Ala..kau kecewalah tu!” tersenyum sinis dia sekejap.

“Aku bukan tutup hatilah…”

“Jadi?”

“Maksud aku, hati aku ni secara semula jadi tak boleh terima dia!”

“Pelan-pelanlah terima! Boleh je tu!” syor dia mengenyit mata.

Ternganga dengan cadangan dia. Boleh ke aku? Dapat ke aku buka hati aku untuk dia sedang dalam mindset aku, dia pelajar aku!

“Fatin, aku tak boleh terima status umur dia! Aku nampak dia macam pelajar aku je!” Aku berterus terang.

“Macam mana kalau dia hanya anggap aku cinta monyet dia? Haru aku! Aku takut dengan umur dia..dia baru 19, aku pula 23 tahun! Takut dia main-mainkan aku!~”  mata aku sudah berkaca-kaca. Tanpa aku sedar, sebutir-sebutir air mata aku keluar dari tubir mata.

“Ish, kau ni..dia tak akan buat macam tu lah. Yakin je pada restu abah dan mama. InsyaAllah..” Fatin cuba meyakinkan aku dengan penerimaan abah dan mama terhadap Shah. Kenyataannya itu sedikit sebanyak melegakan hati aku. Nampaknya tindakan aku meluah pada Fatin tepat pada masanya. Kalau aku luah pada Kak Fiza, lagi dia gelakkan aku adalah!

Banyak yang aku kongsi cerita pada Fatin kali ini. Boleh dikatakan, hampir semua aku cerita dekat dia. Pasal Shah lah terutamanya..bakal suami aku tu! Iskk..

Dan aku pasti, Fatin turut ceritakan benda yang sama kepada cikgu Imran. Huh~ jangan lupa pula, cikgu Imran kan soulmate Fatin! Redha jelah.

* * * *

Rutin aku berlaku seperti biasa. Tapi minggu ni ada perubahan sedikit. Maklumlah, kadang-kadang sibuk dengan hari sukan sekolah. Penat juga..akulah tukang hantar makanan, aku jugalah tukang hantar minuman. Escort budak-budak pergi ke stadium. Jadi guru penasihat..hantar pelajar-pelajar ke klinik jika berlaku kecederaan kecil. Agak-agak penat tak? Lagi pening kalau ibubapa yang tidak tahu apa-apa tiba-tiba serang cikgu-cikgu dekat sekolah. Ish-ish-ish..sabar itu kadang-kadang hanya ungkapan semata-mata di bibir. Yang menangunggnya? Aku bukannya merungut, hanya sedikit meluah sebuah realiti.

Sekali-sekala mama call dari kampung. Katanya semua kelengkapan sudah tersedia. Tinggal pengantin je belum balik. Aku sekejap-sekejap gementar mengingatkan tarikh itu. Lebih tepat hari bahagia kut?? Tapi bahagia kah aku selepas ni?

Kadang-kadang, ada jugak Shah mesej aku. Tapi tak berbalas..hemm

Kadang dia call, sepatah dia tanya..sepatah jugak aku jawab. Beginikah keadaan orang ang bakal nak kahwin ni? Huhu..ya Allah… tolong!
Share:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers