Tuesday, 7 March 2017

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 38 ]

Posted by Syau Qah at 02:41
Ku adalah manusia..yang paling beruntung…memiliki kamu, kau tiada habisnya menyayangi aku sepenuh hatimu….cinta yang luar biasa, ku serahkan pada diri mu…
Terjaga apabila bait-bait lagu itu sayup-sayup kedengaran dari smartphone Shah yang masih elok terselit dalam blausenya semalam. Itu adalah ringtone aplikasi Whatsapp Shah. Jam di dinding ditoleh perlahan-lahan kemudian kepala pegun pada keadaan asal tadi. Baru jam 2 pagi….
Ringtone yang berulang membuatkan aku terbuai… mata dipejam celik dalam samar menghayati lagu itu. Aku curi-curi tengok dia yang erat memeluk aku dari belakang. Mata itu masih tertutup rapat. Lena betul dia…sedangkan aku?
 
Bahagia tiba-tiba hadir…rasa sebak…rasa nak nangis seorang-seorang pun ada…Bercampur-baur…aku raih sebelah tangan Shah lalu jemarinya aku dakapkan ke dada.
 
“Shah…Ika minta maaf…..” kata aku separuh berbisik dengan harapan dia tidak terjaga kerana aku lafazkan kata-kata itu sekadar untuk melepaskan beban hati. Namun punah, pergerakan kecil tubuh itu meyakinkan aku yang dia sebenarnya sudah terjaga!
 
“Ika…are you okey?” soalnya dengan tiba-tiba memusingkan tubuh aku ke arahnya. Jantung berdegup kencang dan terkebil-kebil mata ditanya sebegitu serius. Besar sangat ke suara aku tadi? Aku telan liur…malu…huhu
 
“Ika…are you okey?” tanya dia gagahkan diri walau berkali wajahnya di gosok dengan tangan cuba menafikan rasa mengantuk yang masih tebal.
 
“Sebenarnya…saya tak okay….boleh tak Ika tumpang tidur sekali dengan Shah sekejap?” malu mengaku namun aku memberanikan diri meluahkan rasa yang terbuku. Membulat matanya bila aku jawab begitu. Tiada sepatah kata yang keluar dari bibirnya…hanya anggukan kepala yang ada.
 
***************************
 
Yang aku sedar, dari siap solat subuh tadi, dia asyik perhatikan aku je. Kalau aku tengah kemas-kemaskan tilam, dia duduk diatas sofa tekan-tekan phone sambil curi-curi jeling aku. Kalau aku kemas-kemas beg, dia pura-pura sibuk membuka laci meja televisyen sebab aku duduk situ-situ je. Aku tahulah…mesti dia pelik dengan aku pasal semalam. Kalau rasa pelik, kenapa tak tanya aku? Dah kemana pula rasa exited dia tunggu aku tu dulu? Tak kan aku dah bertepuk sebelah tangan kut? Huhu… aku tengah tunggu dia memulakan dulu sebenarnya…Tapi, duh~ fikir-fikir balik soal semalam, rasa nak benamkan muka je ke dinding. Malu yang amat sangat..
 
Erm….Shah ada kerja sekejap…mungkin sampai malam….so…kalau Ika tak keberatan…boleh tolong Shah kemas-kemaskan beg pakaian Shah sekali?” katanya seraya angkat punggung setelah lama duduk di situ. Tidak banyak cakap pun dari tadi. Aku angguk kepala je. Tidak ditolehnya aku, dia berlalu gitu je. Dah separuh hati pula aku sekarang ni nak beritahu dia soal hati aku pada dia...
 
Masa berlalu begitu sahaja. Sebaik dia keluar tengah hari tadi, call takde, whatsapps takde, mesej lagi lah takde….fuh~ seolah-olahnya keadaan kami dah tak macam sebelum aku terima dia! Huhu….rasa bosan yang amat sangat! Rasa marah pun iya juga…nak je aku call dia lepas geram dan mempersoalkan macam-macam dekat dia. Huh! 
 
Tapi…dari fikir benda yang sia-sia, baik kemas je baju Shah tu….lagipun esok dah nak balik. Dah nak balik esok?? Ish…aku nak sesuatu dari holiday ni…aku tak nak balik dengan tangan kosong je. Aku nak hubungan kami okay…aku nak clarify dekat dia…yang aku dah terima dia! Aku sayang dia………….tapi…tingkah laku dia buat aku dua hati…
 
Selepas angkat kain baju Shah, aku heret beg pakaian Shah ke tepi katil. Pakaian Shah aku dah lipat kemas. Zip beg pakaian aku tolak ke arah kanan agar terbuka. Belum pun sampai separuh zip itu dibuka, jari aku tersentuh sesuatu dari dalam beg. Mata aku tertarik pada kotak berwarna hijau muda setelah beg pakaian Shah terbuka luas lebih-lebih lagi diatasnya tertulis, ‘Buat isteriku Syafikah’.
 
Aku angkat keluar kotak itu dalam debaran. Kotak itu aku buka pelan-pelan…didalamnya terdapat puluhan surat-surat dan nota-nota lama yang kemas terikat. Hanya sepucuk surat berwarna merah jambu yang tidak diikat. Aku buka surat tu.
 
“Meet me here.”
 
Aik? Ni je? Aku kehairanan sehingga belek-belek ke depan dan ke belakang surat yang mengandungi peta itu. Kenapalah tak beritahu depan-depan tadi? Hemm..takpelah, mesti dia dah prepare sesuatu. Hehe! Dia kan selalu macam tu?
 
Aku segera bersiap lalu ke tempat yang dimaksudkan dan sampai. Dekat area sini je…sebab tu cepat sangat sampai. Aku nampak kereta Shah didepan sana. Tapi….kecewa…sebab perkara yang aku harapkan tidak dalam sebahagian scene aku dan Shah sekarang. Isk…aku ingatkan tadi tempat yang romantik sikit ke…aduh~! ke aku yang terlalu fikir banyak nih!? Ya Allah…
 
Aku buka daun pintu kereta dan duduk. 
 
“Aik? Kenapa monyok je ni? ” usik Shah sebaik aku memasangkan tali pinggang keledar ke tubuh.
 
“Pagi tadi cakap lewat balik…? So kita nak pergi mana?” tanya aku sengaja tidak menjawab usikan dia tadi sambil toleh dia.
 
“Ermm…” Itu je dia balas. Aku pun tak lah paksa dia jawab sebab aku dah malas nak tanya banyak-banyak.
 
Laju kereta itu dipandu oleh Shah. Tiba di satu tempat, dia berhentikan kereta. Tidak tahu tempat sebenar kami berhenti, tapi yang aku pasti…tempat ini  menyenangkan. Kawasan perkampungan…ada sebatang anak sungai yang mengalir. Putih dan jernih airnya…
 
“Cantik kan anak sungai tu….” katanya sambil kepalanya ditoleh pada anak sungai. Bersahaja sangat wajah itu.
 
“Emmm….”
 
“Jom!” ajaknya turun. Aku segera membuka daun pintu kereta seraya menyandarkan tubuh ke kereta setelah menutupinya kembali. Shah sandarkan tubuhnya disebelah aku.
 
“Argghh~ lenguh pula badan ni tunggu Ika dalam kereta dari pagi tadi hehe….” katanya sambil meregangkan tangan ke depan.
 
“Lain kali awak cakap je lah… ‘Ika, Shah tunggu dalam kereta ye?’….manalah tahu awak tunggu dalam kereta. Lebih-lebih lagi awak cakap, ‘ermm..malam ni Shah balik lewat..’ ” aku lakonkan ayat tu semula di depan dia menyebabkan dia tergelak besar. Aku jeling maut, dia masih gelakkan aku. Aduh! Geramnya aku…
 
“Ish….malaslah nak bercakap dengan awak ni….” kesal aku terus ke arah sungai.
 
“Ika..I’m sorry! Shah gurau je…” dia cuba capai tangan aku namun tidak berjaya. Hilang tawa dan gelak dia apabila aku serius. Takde sorry-sorry, naik lorry je!
 
Langkah kaki aku percepatkan ke arah batu yang ada di tepi sungai. Aku labuhkan punggung di situ manakala kaki aku pula dijatuhkan ke aliran sungai. Skirt aku diangkat sedikit supaya tak kena air. Cetek je air sungai tu..
 
“Turunkanlah sikit skirt tu Ika…”
 
“Takpe…ada stokin Ika pakai…” aku ingkar.
 
“Tapi still tak manis macam tu.” sebaik berkata-kata dia turun ke sungai lalu menarik lembut skirt aku ke bawah kaki. Cuak juga…ingatkan dia dah marah tadi. Huhu…
 
“Ika marah Shah sebab tadi? Shah minta maaf…bukan sengaja nak sakitkan hati Ika…usik sikit je…Ika nak ais krim tak? Gula-gula?” tutur kata memujuk darinya membuatkan aku tersenyum....pandai betul pujuk aku. Huhu…
 
“Awak keluarlah dari sungai tu…basah awak nanti…” arah aku bersahaja.
 
It’s okay…basah seluar je…nak join?” balas dia tersenyum mengenyit mata mempelawa seterusnya menyambung kembali gerakan kakinya bermain dengan air. Huhu…buat aku jatuh hati lebih je.
 
“Jom lah balik…” ajak aku. Teringat pula dengan pakaian yang masih belum dikemas tadi…hemmm…lagipun…mungkin aku yang terlebih fikir pasal hubungan kami. Walhal dia biasa-biasa je…okay je..
 
“Kejap lagi lah….Shah suka tempat ni…” dia enggan keluar dari situ. Belum pernah jumpa sungai agaknya dia ni…geli hati dibuatnya. Hihi…
 
“Nak kemaskan pakaian yang berbaki…tunggu dalam kereta je lah…” seraya aku bangkit berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu. Belum sempat untuk melangkah tubuh tiba-tiba aku rasakan sudah berada di udara. Hampir menjerit dirangkul begitu. Hampir-hampir pula jatuh bila Shah hilang imbangan badan ketika mendukung aku!
 
“Shah!” aku meronta-ronta minta dilepaskan.
“Ika….pssttt….look here and listen to me…” tutur lembut dan pandangan matanya buatkan aku terhenti serta-merta. Tak seperti tadi…meronta separuh nyawa itu sudah pasti.
“Nak tanya sesuatu…my last question actually...dan Shah nak Ika beri jawapan sejujur-jujurnya…” aku ketap bibir menanti soalan dia seterusnya..
“Ika benci Shah…?” pelahan-lahan soalan itu terpacul dari mulutnya. Dia aku lihat telan liur satu kali sementara itu matanya tidak putus merenung ke anak mata aku.
“Tak….” jawab aku mengigit bibir..sengaja aku alihkan mata dari dia sebab pandangan matanya tu buat aku jatuh cinta lebih. Huhu..
“Do you….”
“Woi!” kalau iya pun bercinta, tak perlulah angkat girlfriend tu~ cepat-cepat kahwin supaya tak segatal itu! Dosa bro~ dosa~” belum habis kata-kata Shah, tidak semena-mena tiga pemuda kampung yang masing-masing dengan motor kapcai menyindir melintas kami menuju ke arah jalan besar.
Seriously…?” tajam betul pandangan mata Shah kepada tiga pemuda tu. Buatnya tak marah disindir begitu…hehe! Cepat-cepat Shah turunkan aku ke tebing sungai.
“Bukan takat girlfriendlah…bini aku kut!?” marah dia masih bersisa walau sudah  naik ke tebing sungai. Mengekek  aku tertawakan dia..hehe! Tu lah, dah terlampau romantik di kata gatal. Adoi~
“Ketawakan Shah ye….?” rata matanya mempersoalkan tindakan aku sambil datang dekat selangkah demi selangkah. Dikala ini aku pula sudah selangkah demi selangkah mengundur ke belakang takut di hampiri sedemikan rupa. Dahlah renungan mata dia buat aku cair…
 
“Ermm…dahlah jom balik….matahari dah nak terik dah ni.” ajak aku cepat tanpa sengaja menarik tangannya. Ajakan aku dipatuhi tiada bantahan…namun aku sedari, sepanjang perjalanan kami ke tempat penginapan, di hanya diam membisu. Ish…buat aku rasa bersalah je…
 
Sementara aku melipat-lipat pakaian Shah, dia diam membisu duduk di hujung katil. Seolah- olah banyak masalah…
 
“Shah…nak pakai baju mana satu nak balik esok? Ini atau yang ni? Nak gosok…” tanya aku mengangkat baju itu di hadapan dia. Sengaja nak tegur supaya dia tak menghayal jauh. Aku risau sebenarnya…
 
“Kanan tu lah…”
 
“Seluar nak yang official? Ke atau yang biasa je?” sambil aku ke almari pakaian mencapai dua jenis seluar yang tersangkut. Dia bangkit menuju ke arah aku..
 
“Seluar ni lah…mana tahu seluar ni membantu Shah dari dituduh boyfriend kepada Ika nanti…” bila ayat tu je keluar, automatik aku tertawa. 
 
“Hemm…” Dia ambil seluar itu dari tangan aku sebelum dia jeling aku. Dia letak ke tepi seluar itu.
 
“Okay…dah stop ketawa…” putus aku menekup mulut sendiri agar tidak tergelak lagi. Tidak semena-mena dia meraih kedua belah tangan aku ke genggamannya lalu mengucup jemari aku seikhlas hati. Tiada senyuman yang terbit dari bibir itu malah seakan-akan sedang melepaskan sesuatu beban. Aku jadi tidak menentu dan terkebil-kebil diperlakukan begitu..tapi tak kan aku nak tarik tangan….huhu!
 
“Mungkin Shah tamak jika Shah inginkan Ika mengucap kata-kata cinta untuk Shah saat ini….dan tidak keterlalun jika Shah katakan mungkin itu satu-satunya hak yang Shah ingin tuntut saat ini…” ya Allah…kenapa aku terlupa sekejap tentang ini? Masa dia diamkan diri dari tadi, aku patutnya dah tahu apa yang bermain di fikiran dia..
 
 Aku tak patut biarkan suami aku tenggelam dalam lautan tanda tanya itu…bukan sahaja itu hak dia untuk tahu…malah itu tanggungjawab aku untuk mencintai dia.
 
“Awak….” aku tarik perhatiannya dengan genggam jemari itu. Wajahnya diangkat menjauhi jemari, bersedia mendengar kata-kata aku seterusnya.
 
“Shah…” aku lepaskan genggaman lalu memegang wajahnya dengan kedua belah tangan aku. Wajah itu masih dengan reaksi yang sama seperti tadi…seolah-olah hilang semangat sepenuhnya!
 
“Shah…” aku senyum menatap wajah itu. Satu-satu aku perhatikan mata itu dalam-dalam.
 
“Bagaimana untuk ika tolak tuntutan itu disaat hati Ika juga mengharapkan perkara yang sama berlaku”?
 
“Ha?” terlepas kecil perkataan itu dek terkejut. Terkebil-kebil mata itu menanti penjelasan. Aku tersenyum melihat tingkahnya yang serta-merta berubah.
 
“Is ‘it’ Ika?” tanyanya dan aku mengangguk memahami pertanyaan itu. Lebar sungguh senyumannya dan tampak rasa terharu yang amat sangat. Tidak semena-mena dia merangkul tubuh aku kemudian dilabuhkan cermat ke meja solek. Posisi ini memudahkan tubuhnya dijatuhkan ke atas meja di tahan oleh kedua belah tangannya dengan tubuh aku ditengah-tengah. 
 
“Please say it Ika…I really wanna hear it from you.” tuturnya lembut sambil matanya merenung ke mataku dalam-dalam. Sungguh bagaimana aku tak jatuh cinta dengannya? Hanya dengan renungan mata itu sudah cukup untuk aku jatuh hati.. 
 
“I love you Shah….” saat aku melafazkan kalimah itu, matanya nampak semakin berkaca-kaca... rasa berterus terang dan keceluparan mulutnya lesap begitu sahaja apabila teruji dengan ayat itu. Tidak mahu saat itu bahagia itu kosong, tangannya mula melingkari tubuhku lalu memberikan aku pelukan kasih sayang yang selama ini tertangguh.
 
“I love you too Ika… and I don’t know what else to say…just…I’m kind of flying right now…thanks love…” bisiknya. Bukan sahaja dia, malah aku sendiri hilang kata-kata saat ini. Rela dan membiarkan rasa bahagia meresap ke hubungan suci ini kerana aku yakin...ini yang terbaik buat kami...

14 comments:

  1. Akhirnya ada new n3,kak igt adik dh stop cerita ni...thanks dik...all the best 4 u.

    ReplyDelete
  2. Yeah.... ada pn entry bru rndu sgt kt syah gn ika.. tq sgt2 kak syauqah sbb pos lgi bb bru

    ReplyDelete
  3. Assalammua'laikum ...dik bila nk update cerita ni...?

    ReplyDelete
  4. Yeah...ada dah sambungannya...lma dh menunggu akhirnya dapat mengubat rindu crita nih....kak the next capter plz...tak sabar nak tahu crita seterusnya...semakin best plk... apa apa pun god luck kak ...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tak ada sambungan ke? Atau pun dh tamat? Best lh cerith ni...

    ReplyDelete
  7. best cite ni..bile nk sambung...

    ReplyDelete

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea