Mesej
yang aku kirim melalu aplikasi whatsapps belum dibalas oleh Shah. Aku
hanya maklumkan pada dia yang aku on
the way
nak balik ke rumah. Sebaik menapak diluar pagar, aku dapati ada tiga
buah kereta berparkir di kotak garaj termasuk kereta Shah. Shah tak
maklumkan pun dia balik ke rumah tadi..aku ingatkan dia ke pejabat….
“Hahaha!”
Derai tawa jelas boleh didengari dari luar..
“And
finally…she’s yours Shah! You brave enough huh... Tapi tak sangka
pula aku kau sampai nak kahwin dengan dia..” ayat itu membuatkan
langkah aku terhenti di situ. Batal hati masuk ke rumah..sebaliknya
aku hanya mendiamkan diri di situ..tempat tadi. Aku intai sedikit ke
dalam rumah. Shah dan tiga sahabatnya yang aku langsung tak kenal
sedang duduk di sofa ruang tamu. Dari cara bercakap, mereka rakan
yang sangat akrab antara satu sama lain. Masih mencerna apa yang
mereka berempat tengah bualkan…namun
dari sudut hati kecilku, aku mula tak sedap hati...
“Kau
kejam tahu tak Shah?” kejam? Ayat itu buat aku berdebar-debar.
Untuk mengelakkan diri dari disedari oleh mereka berempat, aku
beralih ke jendela rumah yang mana aku boleh melihat dengan jelas
tindak tanduk mereka.
“Aku
tak kejam lah Daniel…” nafi Shah tersenyum menyandarkan tubuh ke
sofa. Aku ketap bibir memerhatikan tindak tanduk Shah. Rasa hati ini
bercampur aduk...seperti aku takut akan sesuatu.
“Dalam
keadaan sekarang pun kau masih nak anggap diri kau baik Shah? Kau
tahu tak apa kau dah buat?…kau paksa dia terima lamaran dari
kau…kau buat dia jatuh hati pada kau….lalu sekarang kau masih nak
anggap diri kau suci? Kau sendiri cakap that
you do it for fun!
Haha~” ya Allah. Apa yang sedang aku dengar ni..? Urat kaki ini
tiba-tiba terasa lemah sebaik kata-kata itu keluar…..kejutan apakah
ini? Shah hanya permainkan aku?? Kahwin dengan aku hanya
untuk…..??Terasa tubuh aku seolah-olah hendak tumbang ke bumi saat
ini. Benarkah semua ini ya Allah? Katakan ini hanya mimpi ngeri ya
Allah…
“Tapi
aku bahagia dengan cara aku…” Balas Shah. Automatik derai tawa
mereka kembali pecah memenuhi ruang tamu. Aku terduduk serta-merta
disebalik dinding dengan kenyataan Shah…aku genggam dada menahan
rasa sakit yang tidak dapat ditanggung. Tanpa sedar air mata aku
mulai jatuh menyembah bumi…tidak kuat untuk mendengar lebih banyak
perkara yang aku tidak tahu, aku perlahan-lahan bangun menjauhi rumah
itu dan
sedaya
upaya aku mengelak diri dari disedari oleh mereka.
“You’re
immature Shah! You have to admit that..” sayup-sayup aku dengar
ayat itu yang mana aku sudah berada di pintu pagar. Air mata yang
tadi cuba untuk ditahan, kini laju jatuh ke pipi.
Dengan
kudrat yang berbaki, aku ke kereta lalu meninggalkan rumah kediaman
kami dengan destinasi yang belum aku tentukan dimana selepas ini. Aku
diam seketika memikirkan kata-kata mereka itu tadi...satu demi satu
tingkah Shah yang sebelum ini semuanya terbongkar memenuhi ruang
minda. Ya Allah...kerana tertipu dengan kematangannya aku terima
dia..kerana usahanya untuk memiliki aku, aku terima dia..betapa
kecewanya aku dengan kata-kata Shah tadi. Dia tidak tahukah aku
betapa struggle-nya aku selama ini untuk terima dia? Kenapa perlu
mempermainkan perasaan aku sampai ke tahap dia memperisterikan aku?
Sampai segala-galanya tentang aku jadi milik dia? Mengingatkan
kembali tentang hari itu, aku jadi jijik pada diri sendiri… kenapa
selepas aku serahkan segala-galanya pada dia baru aku tahu akan
kebenaran ini? Ya Allah kenapa tergamaknya dia buat aku macam ni….?
Aku mengenggam dada menahan rasa sedih dan kecewa yang sukar
dibendung. Air mata dari tadi laju turun..telapak tangan aku menjadi
saksi dengan khidmatnya sangat diperlukan saat ini mengelap air mata
yang belum ada tanda-tanda mahu kering...
*********************************************************************
Aku
terjaga disaat aku sedar handphone aku berbunyi tanpa henti. Jam di
dinding aku jeling sekejap. Jarum pendek sudah menginjak ke arah 9.
Aku bangun mencapai telefon aku yang masih didalam hand bag. 35
panggilan tidak dijawab dari Shah. Tidak sempat aku letak semula ke
dalam bag, handphone aku kembali berbunyi. Hati kosong merenung pada
papan skrin telefon...nama itu kembali muncul di papan skrin. Tidak
mengendahkan panggilan itu, aku letakkan telefon itu kembali ke hand
bag. Aku bangkit mencapai tuala yang disediakan oleh pihak hotel yang
aku stay lalu meluru ke bilik mandi. Aku putuskan untuk menginap ke
hotel ini hanya untuk semalaman memandangkan aku belum bersedia untuk
bersemuka dengan Shah.
Aku
pasang shower…. aku duduk di bawahnya. Ya Allah...air mata ini
kembali laju turun. Sungguh hati aku betul-betul hancur saat
ini...aku sedih ya Allah. Aku diuji saat aku telah jatuh cinta
padanya..setelah hati aku dia miliki.....bagaimana aku harus
menghadapi semuanya ini ya Allah...benar, aku benar-benar buntu..
“Sayang...where
are you now? Shah risaukan Ika….”
“Kenapa
tak sambut calls Shah?”
“Something
happened rite?”
Begitulah
beberapa mesej Whatsapp Shah yang sempat aku baca.
“Ika
ada balik rumah tak tadi? Oh God….don’t tell me you overheard of
something..that’s not what you thinking..please sayang….please
answer my calls..”
Dan
akhirnya dia dapat meneka kenapa aku tidak menjawab panggilan
telefonnya. Aku sebenarnya tidak mahu ambil peduli pada mesej itu
namun salah satu mesej whatsapp Shah yang sempat aku baca ‘itu’
membuatkan aku tepaksa balik masa itu juga.
Berbekalkan
sedikit kekuatan, aku tinggalkan hotel penginapan aku untuk balik ke
rumah justru bersemuka dengan Shah. Aku parkirkan kereta diluar
kawasan rumah demi mengelak dari diketahui oleh Shah.
Huh~
aku menghela nafas kecil. Hati aku berbolak-balik...perasaan tak
menentu...tak tenteram..aku takut bersemuka dengan kebenaran yang
bakal Shah beritahu kelak tapi dalam masa yang sama aku inginkan
penjelasan.
Aku
buka langkah perlahan-lahan menuju ke rumah. Sebaik memulas tombol
pintu, tangan aku tiba-tiba ditarik dari dalam dan serta-merta aku
jatuh ke pelukan orang itu. Tidak sempat berfikir, tindakan reflex
tangan aku berjaya menolak kuat tubuh orang itu yang akhirnya jatuh
ke bawah.
“Ika...”
Shah…
kami
sama-sama tergamam dengan situasi cepat itu. Raut wajahnya tampak
terkejut dengan tindakan kasar aku...bagi pihak aku, aku tidak pasti
sama ada aku tolak dia tadi kerana dia adalah Shah atau stranger
yang entah siapa masuk ke dalam rumah kami.
Namun
yang pasti….aku sesekali tidak pernah menolak Shah sekasar itu...
Rasa
bersalah hadir namum mengenang kembali tentang apa yang aku dengar
siang tadi, aku tinggalkan dia dan cepat-cepat naik ke atas.
“Ika
hey listen to me...” dia cepat-cepat berdiri seraya menangkap
jemari aku lalu berdiri dihadapan aku.
“Tolong
beritahu Shah...sampai mana yang Ika tahu...sampai mana yang Ika
dengar...please?” ya Allah...kenapa ayat itu betul-betul buat aku
sakit…? Dari rasa kuat untu berhadapan dengan Shah, kini aku
lemah...tersangat jatuh jauh ke lubuk gelap.
“Kenapa
kahwin dengan saya?” aku lepaskan genggaman tangannya. Soalan aku
buat dia menutup rapat matanya sambil jemarinya memegang dahi..dia
mungkin kecewa dengan kata-kata aku yang tidak lagi membahasakan diri
sebagai ‘Ika’. Mungkin juga dia kecewa dengan soalan aku…
“Sebab
Shah sayang Ika..” dia tegaskan ayat itu.
“Jangan
tipu saya Shah...” aku tarik muka dan berganjak dari dia. Aku
kecewa..perlukah
dia masih menipu disaat aku dah tahu segala-galanya?
“Ika...please..?”
dia mengejar aku kembali.
“Saya
dah dengar semuanya Shah...dan tak perlu saya jelaskan apa yang telah
saya dengar kerana kamu lebih tahu cerita sebenar..”
“Okay
fine...plan asal memang macam tu..tapi...” tegas dia serius
memandang aku.
“Stop
it Shah….” Ya
Allah...aku
tidak sanggup dengar ayat dia seterusnya...
“Er...bukan
macam tu Ika...please
listen to this one...”
“Dahlah
Shah….saya dah tak nak dengar lagi….tolonglah...” putus aku
mengelak diri darinya. Bukan tidak mahu mendengar penjelasan dari
Shah, sebaliknya
aku
sedar...aku belum bersedia menuntut penjelasan dari Shah. Aku
takut...aku takut pada kebenaran itu...aku takut dia minta maaf pada
aku...kerana pada aku, kata-kata maaf dari dia buat masa ini
membuatkan hati aku lebih hancur...lebih remuk...lebih parah..
“Ika...I’m
so sorry….” aku terhenti disitu. Aku genggam jemari...lalu
berpaling merenung matanya dalam-dalam…aku
sedang mencari titik permulaan untuk berkata-kata...aku ingin
meluahkan rasa hati ini..yang mana dia sangat silap mengungkapkan
kata-kata maaf itu...namun...selepas itu aku hanya berlalu pergi
tanpa apa-apa tanda penyelesaian tentang kemelut ini...
Nak sambungan....
ReplyDeleteTdk best ceta ni.no ending story.
ReplyDeleteBab42 tkde
ReplyDelete