Thursday 26 March 2020

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 43 ]

Aku jatuhkan tubuh ke pelukkan Fatin dan menangis semahu-mahunya. Sebelumnya aku telah menceritakan segala-galanya kepada Fatin apa yang telah berlaku ketika aku memandu ke rumahnya sebentar tadi.
“Jom masuk ke dalam dulu...” ajak Fatin. Risau nada dia. Maklumlah tadi sebaik memarkir kereta aku terus memeluk Fatin yang sedang menunggu di perkarangan rumahnya. Fatin segera ke dapur sebaik mempelawa aku ke sofa. Dia kembali dengan segelas air di tangan. Air itu aku sambut  pelan-pelan.
“Janganlah sedih...mungkin Shah ada alasan dia tak..?” aku geleng kepala dengan pujukan Fatin. Fatin labuhkan punggung ke sofa.
“Aku tak boleh terima...kau tahu kan aku macam mana? Benda ni lah yang aku paling takut dulu….jadi bila dah betul-betul berlaku, aku tak tau nak ubah fikiran aku...”
“Tapi kan, dia cakap dekat kau dia dah sayangkan kau..dia cintakan kau...”
“Kalau dia sayang aku, dia tak patut rahsiakan ini dari aku...tahlah Fatin..” aku tetap dengan pendirian aku. Gelas di tangan masih aku genggam. Masih penuh dengan jus yang diberikan Fatin sebentar tadi..
“Kau tahu tak...” Fatin renung aku menunggu kata-kata aku yang seterusnya.
“Sebab Shah juga aku berpisah dengan Afif dulu...” sambung aku.
“Ish tak baik cakap macam tu tau...walau apa pun yang dah berlaku, kau dah tak boleh kembali kepada Afif...ke kau masih sayang Afif? Sedar status tu Ika...jangan fikir yang bukan-bukan...”
“Jangan salah faham...aku langsung tiada niat nak kembali pada Afif tau tak...aku sedar, aku isteri Shah...aku tau status aku...aku cuma nak luah apa yang terbuku dalam hati aku...aku cuma nak kau tau tentang itu..tentang apa yang Shah dah buat...” jelas aku kecewa dengan tuduhan halus Fatin.
“Sorry Ika..bukan nak persoalkan Ika...sorry tau...” ucap Fatin sedar akan rasa kecewa aku terhadap dia. Dia peluk tubuh aku sekejap.
“Jadi apa planning Ika sekarang ni?” tanya Fatin sebaik keadaan sedikit reda.
“Tak tau lagi….aku buntu...” aku lepaskan tangan yang mengenggam gelas jus itu lalu menyandarkan tubuh ke sofa.
“Patut tak aku….” tutur aku putus..
“Patut apa? Bercerai dengan Shah?” tanya Fatin serius. Aku hanya angguk kepala..satu-satunya itu yang aku dapat fikirkan ketika ini.
“Jangan fikir yang bukan-bukan Ika...masalah kamu belum sampai ke tahap itu untuk beri kata putus untuk bercerai..berpisah...cara tu tak cantik....” Nasihat Fatin..
“Tapi aku..sedih yang amat sangat....pengakuan dia buat aku hilang kepercayaan dengan dia..hilang keyakinan...malah...ntahlah Fatin..aku tak boleh berfikir sekarang ni..terlalu banyak yang aku fikirkan                                                                                                                                                                                                                                                                    ..”
“Its ok Ika...tenangkan fikiran okay...Shah berapa hari lagi nak ke UK?”
“Ermm...tak lama lagi..” jawab aku nada seloroh. Senang cerita, aku mmg nak semuanya cepat berlalu termasuk nak Shah cepat-cepat ke UK sebab aku tak tahu apa tindakan yang patut aku buat. Nak-nak dengan hati aku yang bercampur segala-galanya sekarang, suruh aku bersemuka lagi dengan Shah? No way!
“Aku tumpang tidur dekat rumah kau hari ini boleh?” Fatin ketap bibir dengan permintaan aku. Tidak setuju dengan kehendak aku namun dia akur dengan menganggukkan kepalanya.
*****
“Shah tak kisah kali ini...kali ini, Ika mesti ikut Shah..” tegas Shah merentap jemari aku ke arah pintu keretanya. Sakit hati dengan tindakannya satu tamparan aku hinggap ke pipinya. Tergamam dia sekejap namun tanpa rasa bersalah aku buka daun pintu keretanya lalu masuk dan menutupnya dengan kuat. Perlahan-lahan pintu kereta dia buka lalu masuk ke dalam. Aku menjelingnya dengan renungan rasa marah dan benci walau sedar dah berapa kali dia pelawa dan pujuk aku untuk bersama-samanya ke suatu tempat sebelum ini.
“Shah minta maaf sekiranya berkasar dengan Ika tadi...dan memang patut Shah terima hukuman ini...” tuturnya sayu. Sugul wajahnya merenung ke wajah aku..wajah sugul itu tidak langsung menerbitkan rasa kasihan ataupun sedih dengan keadaanya malah buatkan aku menyampah lebih. Aku batukan diri dengan memalingkan wajah ke luar.
“Shah cuma nak bawa Ika balik ke rumah abah..Shah harapkan Ika masih sudi balik dengan Shah...is it okay for you?” tanyanya lembut. Aku masih batukan diri tidak menjawab sebarang pertanyaan.
“So kalau Ika diamkan diri, maknanya setujulah ye...alright..” katanya tanpa memerlukan masa banyak untuk menggerakkan kereta.
Jauh perjalanan itu kami masing-masing melayan fikiran. Dia dengan fokus memandu, aku dengan wajah berpaling ke luar..jauh sekali keadaan kami beberapa bulan lepas, malah berberapa hari lepas..semuanya berubah sekelip mata. Aku sedih dengan perubahan ini...aku kesalkan segala-galanya..tak tahu apa nak kata..tak tahu apa nak luah..segala-galanya beku di hati aku..
Sesekali dia berpaling pada aku...aku sedari dari ekor mata aku..tangannya beberapa kali cuba untuk menggengam jemari aku, namun aku cepat-cepat mengalihkan tangan dengan memeluk tubuh.
“Ika nak singgah ke mana-mana?” Tanyanya memberikan senyuman.
“Tak.” jawab aku cepat sebaik berpaling.
“Jauh perjalanan ni..belilah sesuatu..” pujuknya seraya memarkirkan kereta ke bahu jalan.
“Saya tak naklah Shah awak faham tak?” tak faham-faham dia ni! Aku jeling dia tanpa perasaan. Memandang aku, dia ketap bibir kelu lalu mengangguk-angguk faham dengan kehendak aku. Aku puas hati.
Keadaan kami kembali seperti tadi, masing-masing diam seribu bahasa. Keadaan ni betul-betul membuatkan aku menderita! Masa yang sepatutnya aku dan dia betul-betul hargai memandangkan dia akan berangkat ke UK tidak lama lagi terbuang begitu sahaja. Yee! Itu logik akal yang sepatutnya berlaku...tapi seperti ada jarak yang memisahkan kami..iaitu hati aku….dia? Aku tidak tahu dia bagaimana...sama ada dia betul-betul sayang aku atau hanya didorong rasa tanggungjawab atau juga rasa bersalah....hati aku sentiasa tertanya-tanya..aku terseksa dengan perasaan aku sendiri.
“Ika...” dia berkata-kata memutuskan dialog hati aku. Aku cuma berpaling.
“Andai kata Shah dah ke UK nanti...jaga diri baik-baik ye...Shah sangat jauh untuk menjaga Ika...” tuturnya senyum.
“Saya tak perlu pun dijaga….dah besar panjang untuk berfikir semua tu..” aku akui, kasar sangat bunyi tu…
“Okay….Shah faham..Shah cuma ingatkan je...” aku diam kali ini.
“Ika ingat tak tempat ni?” tanyanya sebaik melalui tempat yang sinonim dengan kami. Aku tahu tempat ni...tempat yang dia selalu bawa aku dulu...
“Nak kita berhenti sini sekejap?”
“Saya tak nak..” geleng aku.
“Kenapa pula?” tanya dia riang.
“Saya tak nak fikir apa-apa lagi tentang kita dulu...semua itu hanya akan menyakitkan hati, dan kemudian beranggapan semua itu hanya palsu belaka...”
“Im so sorry Ika..” ucapnya sayu merenung mata aku..
“Jika mampu Shah nak putar masa semula, Shah tak akan buat sampai Ika benci Shah sampai macam ni ...tapi Shah sedar, semuanya sudah tertulis… im finally hurt you..Im so sad Ika..really!” matanya berair. Aku..lebih lagi. Aku tak mampu untuk teruskan semua ini lagi..semua ini hanya akan melukakan hati aku..buktinya.isi hati aku, tersurat ke perilaku aku..
“ Cuma satu..noktahkanlah semua ini Shah...” putus aku tiba-tiba menyebabkan dia automatik menghentikan kereta. Terkejut dengan kata-kata aku, kelu lidah dia merenung aku…
“Maksud ika?” tanyanya serius..
“Kita bawa haluan masing-masing...” jawapan aku secara langsung membuatkannya menutup wajah kesal dan kecewa..tiada butir kata, dia langsung keluar lalu bersandar di daun pintu kereta..dia mungkin kecewa, tapi aku lebih kecewa..satu-satunya jalan aku untuk melarikan diri dari rasa kecewa dan sedih, adalah sebuah perpisahan..
“Are you serious about this Syafikah? Thats’s silly. Mudah sangat Ika cakap pasal cerai, berpisah and so on!” Marahnya sebaik ke pintu kereta tepi aku duduk. Aku sendiri gigit jari dengan soalan itu..
“Saya dah putus asa….” tutur aku pelan-pelan sembunyikan mata yang berair.
“Ika yakin sebab putus asa? Atau nak larikan diri dari Shah? Hey listen, I don’t understand why you can’t accept my explaination for the first place…? Don’t you think it’s your ego? I know my fault..I admitted it...Shah silap tak beritahu awal-awal! Tapi hukuman yang Ika beri ni, don’t you think it’s too much? Aku tutup wajah..aku buntu dalam kata-kata..kerana semua ni berkaitan dengan perasaan aku..
“Say something about this Ika...do you really mean it..??” melihat aku diam, dia faham…..situasi apa yang aku inginkan…
“Alright...as you wish…..”
Share:

4 comments:

  1. Please akak cepat buat sambungan nya...asyik cerita seronok sangat ... semangat buat cerita nya yaa kak...

    ReplyDelete
  2. Shah tak akan begitu mudah melepaskan ika.

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers