Synopsis Novel


Suamiku 19 Tahun!

“Ada tak konsep cinta pandang pertama wujud antara kita?” - Shah Imadi

Satu pertemuan yang tidak terduga oleh syafikah disaat dirinya baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan. Pertama kali bertentang mata, sudah timbul satu perasaan istimewa pada jejaka itu. Namun perasaan itu terpaksa dihentikan apabila mendapati jejaka itu rupanya baru berusia 19 tahun!

“Aku dah tak kira dan tidak peduli dengan apa yang bakal terjadi, yang penting Afif tidak menganggu hidup aku lagi! - syafikah

Bagi mengelak dari diganggu oleh cinta pertama yang kembali menagih, memaksanya menerima lamaran dari pemuda yang bergelar pelajar sekolahnya sendiri.

Hidup sebumbung dengan jejaka yang matang, berjiwa besar, bercita-cita tinggi, romantik, penyayang, nakal dan popular kadangkala mengusik hati wanita Syafikah.

“Er...kenapa ye, awak kahwin dengan saya? Awak tak kenal saya, umur saya lebih tua dari awak…saya guru sekolah awak……awak tak terfikir ke?” - Syafikah

“Ika tahu kan, ada satu masa…zaman remaja kita akan sedar bahawa satu hari nanti kita akan berumahtangga? Begitu juga Shah…Shah sedar, satu hari nanti Shah akan bergelar suami kepada seorang wanita. Jadi kesedaran itu membawa kepada satu pencarian. Mencari jodoh yang sesuai! Bermula dari saat itu..Shah buat solat istikharah, Solat tahajud, solat Hajat dan solat sunat-sunat lain..setiap hari! Memohon agar Allah meringankan dan mendekatkan jodoh Shah. Agar Allah memberikan jodoh yang sebaik-baiknya. Menolak soal tua atau muda..tanpa mengenal erti gelaran atau status…Dan akhirnya, I know she is you..my wife." - Shah Imadi

Mampukah cinta hadir di hati Syafikah buat suaminya Shah Imadi yang dilihatnya hanyalah seorang pelajar sekolah menengah?

Mampukah cinta hadir dikala bekas teman lelaki Safikah sentiasa datang dengan kata-kata maaf, pujuk dan rayunya?

Jodoh yang tidak dirancang, mampukah berdiri teguh dari dilanda badai yang sentiasa bertali arus?

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers