Sunday 6 May 2018

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 39 ]

Pejam celik, sedar-sedar dah kembali ke rumah. Huhu..macam mana aku ada kekuatan meluahkan perasaan aku padanya masa itu..macam bermimpi!

Pintu utama diketuk. Aku yang mengelamun di ruang tamu terkejut dengan bunyi ketukan cemas itu. Langkah kaki aku percepatkan ke arah pintu.

“Suprise! Jom shopping~” Wajah itu ceria mengajak sambil tangan dihulur.

“Ah? Shopping…err…belum mandi lagi..” balas aku putus-putus mengetap bibir. Bukan tak nak, perasaan aku bercampur aduk…masih segan dengannya.

“It’s okay…Shah tunggu.” katanya sambil menghadiahkan senyuman.

“Er..okay..okay…err..naik dulu.” balas aku tersekat-sekat dengan tangan dituju ke arah tangga.

“Hey…kenapa ni? Masih segan lagi pada Shah? Malu?” tanyanya justeru menggengam tangan aku yang masih kaku menunjuk arah tangga yang kala ini perlahan-lahan diturunkannya. Ya Allah…renungan matanya tu….. Isk ~ rasa nak tutup mata. Huhu~

“Emm…” aku mengangguk.

“Walaupun dengan apa yang telah berlaku kelmarin?” tambahnya dengan senyuman menggoda sambil tangannya melingkar ke pinggang aku. Sedar dengan perlakuannya merapatkan wajahnya ke wajah aku, aku cepat-cepat melepaskan pelukannya.

“Err…Ika tukar baju…” dia terpinga namun tetap menghadiahkan senyuman. Gigit bibir! Isk..kenapa dengan aku ni? Patutnya aku biarkan je dia tadi…tapi malu dan segan aku tetap tebal! Walaupun dengan apa yang telah berlaku?? Itu kelmarin punya hal, kelmarin punya hal lah..huhu! Aku cepat naik ke atas..dan beberapa kali juga aku palingkan kepala ke arahnya yg setia menunggu. Tersenyum-senyum sendiri…

Jauh benar kami membeli barang dapur. Yelah, atas permintaan aku? Manalah tahu, pelajar aku ke rakan sekerja ke..nampak aku? Haa..tau takpe! Bukan nak rahsiakan, cuma aku belum bersedia lagi untuk mereka tahu yang suami aku sebenarnya ialah Shah Imadi! Bukan senang masyarakat nak terima yang aku bernikah dengan pelajar sendiri. Betul tak?

“Shah, okay tak cermin mata ni? Mampu sembunyikan identiti Ika tak??” soal aku sambil memakai cermin mata gelap. Aku turunkan sedikit cermin mata itu agar mata aku separuh, Shah boleh nampak. Dia cebik bibir dengan pandangan mata meneliti. Buat aku ragu je..tak kan orang masih mampu kenal aku? Isk..

“Ermm..cukuplah tu Cikgu Syafikah..” selamba badak dia kata aku cikgu Syafikah? Aku sepet mata pandang dia atas bawah tapi selepas tu aku tertawa.

Shah menolak troli pasar raya. Aku pula membuntuti dia dari belakang sambil pandang kiri dan kanan. Kemudian depan dan kebelakang. Dah macam pencuri pula dah! Isk..

Sekejap-sekejap Shah jeling aku pelik. Sabar jelah..

“Shah nak beli apa? Kita masak apa hari ini? Kita masak soto nak? Tak pun kita masak asam pedas ikan?” kelip-kelip mata aku hujani dia dengan pertanyaan dengan menurunkan sedikit cermin mata hitam. Dia kecilkan mata lalu tangannya pantas membuka cermin mata aku. Kelam-kabut aku mengambil semula dari tangan dia kemudiannya memakainya balik. Hish! Dia ni..nasib baik dah jadi suami aku..kalau tak..huhu!

“Soto? Kurang minat lah sayang…” balas dia.

“Asam pedas? Pedas sangat…” kata dia lagi. Aku sudah kerut dahi. Soto kurang minat?? Memang sah bukan lidah melayu!

“Sedapnya asam pedas.. awak kata tak sedap??” aku mencebik pandang dia.

“Ayam masak herba boleh?” tanya dia beri senyuman. Aku ketap bibir berfikir sejenak. Eh? Bukan hari tu dia tak suka cium bau herba ke?

“Hehe....” senyuman nakalnya muncul. Huhu rasa nak tepuk dahi pun ada….sebab aku rasa macam ada sesutau yang dia fikirkan!

“Sebab Shah dalam proses nak baby cepat-cepat! Haha!” seloroh dia besarkan volume seperti menjawab apa yang ada dalam fikiran aku sekarang.

“Shah!” cepat-cepat aku tekup mulut dia.

“Awak janganlah besarkan suara sangat….” geram pula aku. Bukannya dia ambil pusing dengan pesanan aku, malah makin galak ketawa ada lah….sabar banyak-banyak Ika…huhu!

Kami ke bahagian perkakasan dapur pula. Mata Aku melilau semua tempat. Shah pula perhati aku dari jauh. Agaknya terpaksa layan karenah cara perempuan mencari barang kot? Hehe..

“Cikgu Syafikah! Dah lah tu..kita bayar dulu, barulah cari barang lain. Nak?” aku sepetkan mata. Aduh! Dia ni memang sengaja nak pecahkan identiti aku!

“Lapar ni…jom makan?” ajak dia. Dia hampiri aku lalu merangkul terus pinggang aku agar kami cepat sampai ke kaunter.

“Aduhh..Awak…Shah, janganlah buat macam ni! Malulah!” aku pandang orang sekeliling. Aku angkat kepala pada dia.

“Aish, buat apa nak malu? Ika tu Isteri Shah…dah jadi isterilah harus dipeluk-peluk dan disayang-sayang. Bukan baru couple sebulan sudah berpegang-pegang! Ni haa…dah nama pun wife, hehe!” Amboi, ceramah nampak? Aku rata mata pandang dia. Wife pun wifelah juga, tapi janganlah show off sangat. Isk..

Dia perkemaskan lagi rangkulan. Aku tepis, dia peluk balik. Huhu!

***

Alangkah indahnya suasana ditempat ni. Restoran ditepi pantai, pilihan dia untuk menikmati hidangan tengah hari. Sebenarnya hari sudah pun menginjak ke jam 3 petang. Baru sekarang dapat makan tengah hari. Perut dari tadi berkeroncong. Shah tu lebih lagi dari tadi merungut. Aku duduk dikerusi yang bertentangannya. Sesekali kepala aku tertunduk-tunduk dek mengelak orang yang dikenali ternampak aku! Tidak cukup dengan buku menu makanan sebagai pelindung, meja. Yaa..meja sebagai cover kedua. Sampai Shah sendiri menggeleng dengan gelagat aku. Tidak lama menunggu, makanan kami sampai. Aku makan soto, dia makan steam bot. Memang aku keliru…makanan dia ala tradisi cina. Muka pula bukan wajah melayu ayahnya, bukan pula wajah cina neneknya. Haa~ dia lebih kepada ibunya tu. Mata ala-ala bahagian middle east nun jauh ke sana. Hehe… dalam IC glemer melayu. Fuh! Inilah yang dikata kahwin campur ye?

“Lama mata tu tenung Shah….mesti dalam hati Ika tu ‘wah hensemnya husband Ika ni…’ hehe!” usikkannya menghentikan lamunan panjang aku.

“Alaa…perasan hensem lah tu~” perli aku justeru tertawa.

“ Aik? Tak cukup hensem lagi ke dengan wajah Shah ni?” tanyanya sambil menggayakan beberapa gaya seorang model.

“Ika dah sayang Shah….kurang hensem mana pun, bagi Ika, Shah tetap hensem berbanding lelaki-lelaki di luar sana….” tutur kecil aku serta merta menghentikan gaya model dia.

“Apa dia sayang?”

“Takde pape….” kata aku sengaja mengalihkan pandangan ke tempat lain dengan tawa.

“I wanna hear it from you once again….please?” pujuknya. Tangannya dirapatkan antara satu sama lain sambil matanya sedang mengharapkan sesuatu yang istimewa.

“Please Ika…” pujuknya kembali. Aku geleng. Dia pujuk lagi…aku geleng kepala. Dah dia dengar tadi kut..malulah nak ulang lagi..hihi. Topik bualan kami melupakan aku tentang identiti yang harus aku sembunyikan kepada umum.

“Ermm…Bestnya tempat ni..sejuk je..” saja je nak alihkan topik sementara tu mata aku sudah memandang jauh ke arah laut. Sesudu demi sesudu aku sudah suap ke mulut dengan sup soto. Tertipu dengan helah aku, perhatian dia juga ditumpu ke arah laut. Dia senyum.

“Kalau macam tu, kita tidur sini nak? Kita cari hotel yang dekat-dekat sini..chalet ke…homestay ke..” dia bertanya serius. Serta-merta aku terhenti menyuapkan makanan ke mulut.

“Pasal apa pula nak tidur dekat sini? Ikan, ayam dan sayur dalam kereta. Buruk nanti makanan tu. Sayang!” aku mencelah tidak setuju dengan cadangan dia.

“Takpelah..sekali-sekala…hehe!” senyumnya disertai tawa nakal. Ish..dia ni..

“Mengada-ngada!” aku cebik bibir. Aku abaikan je sebab, adakah patut nak menginap sedangkan esok kerja? Kan? Huhu~ nakal sungguh.

Tengah sedap makan soto…

“Cikgu Syafikah!” aduh siapa pula ni? Aku terus berpaling ke belakang aku dengan senyuman pahit. Nak ternanga aku. Aduh, mana aku nak sorok muka ni??

“Ohh..ahhh..” tersekat-sekat kata-kata aku.

“Waaah tak sangka jumpa cikgu dekat sini!” tiga orang pelajar perempuan tingkatan 3 tersenyum ceria. Wani, Intan dan Irma..tiga sekawan ni aku kenal sangat! Sebenarnya kelas mereka ni aku masuk sekali-sekala sebagai guru ganti. Ajar sejarah! Guru dia orang tengah cuti bersalin. Huhu bertuahnya aku hari ini..

“A’ahh..kamu buat apa dekat sini?” tanya aku menyebabkan mereka bertiga saling berpandangan antara satu sama lain.

“Aish cikgu nii~ makanlah! Apa lagi?”

“Ya tak ya pula kan?” kecil saja suara aku. Bingung sendiri! Shah tersenyum simpul pandang aku. Soto hilang sedap ditekak dek budak-budak ni.

“Aikkkk?? Abang Shah pun ada dekat sini?” Wani yang berbaju putih tu baru perasan Shah ada didepan aku. Shah sudah bulat mata terkebil-kebil.

“Aaahh…” kata dia tersenyum paksa.

“Ishh bestnya jumpa abang Shah dekat sini..” ujar Intan yang tidak lagi pedulikan aku di depan dia. Berebut-rebut tiga orang tu mencari kerusi lalu ditolak duduk bersebelahan dengan Shah. Naik pelik aku dengan budak-budak ni.

“Abang Shah..ooh abang Shah, kenapa eh berhenti sekolah? Rindu tau kita orang dekat abang!” tanpa aku duga, tersembur sup soto dari mulut aku. Nasib baik orang tak perasan. Shah pula sudah terbatuk-batuk. Dia pandang aku dengan garuan di kepala. Kerutan di dahi semakin banyak. Aku pula pandang langit..tepi laut..saja buat tak tahu..

“Kawan-kawan pengawas semua tertanya tau, kenapa abang Shah tiba-tiba berhenti sekolah..” si Irma bersuara. Aku kelip mata..ohh jadi mereka ni semua pengawas sekolah lah ye? Baru aku ingat, Shah tu ketua pengawas dulu. Bila ditanya, Shah cuma mengangguk-angguk dari menjawab soalan tiga orang pelajar tu.

“Abang Shah, dengar kata..abang Shah ada girlfriend. Siapa dia tu Wani?”  Intan bertanya sambil kepalanya dikalih ke arah Wani. Aku buntang mata pandang Shah. Berasap jugak telinga aku ni. Budak-budak ni pun open minded sangat. Semua mereka cerita walaupun cikgu didepan mereka ni ha!

“Ohh kakak Firhah tu!” Firhah? Firhana tu ke? Aku berteka-teki di dalam hati. Telinga dipasang pada tempat-tempat yang aku mampu capai. Haha..

“Eh..eh tak, mana ada. Saya tak kenal siapa Firhah tu.” Nafi Shah. Dia pandang aku dengan gelengan puluhan kali. Aku saja buat-buat tidak dengar. Mata aku dilirik ke kiri dan kanan, atas dan bawah.

“Habis tu, apasal kak Firhah kata abang Shah soulmate dia??” puuurrhhg! Tersembur makanan dari anak tekak aku. Huhu! Apa pulak ni? Rasa nak nangis dengar…

Aku lihat Shah pula sudah tepuk dahi.

Lama jugak pelajar-pelajar tu berbual dengan Shah. Naik hantu aku dibuatnya. Lagi lama aku duduk semeja, lagi banyak benda yang aku dengar. Aduhh!

Ting tong, ting tong~ dah macam sejam aku duduk seorang-seorang. Boringnya..sudah tahap ultraman dah ni!

“Cikgu tunggu orang eh?” soal Intan tiba-tiba berpaling pada aku. Rasa nak pengsan dibuatnya. Boleh di orang ni tanya aku? Huhuh…

“A..ahh…tak..tak..sebenarnya cikgu dah siap makan dah…takpe, cikgu balik dulu eh?” kata aku. Selepas ketiga-tiga mereka siap menyalam aku, aku ke kereta.

Dari jauh aku perhatikan mereka berempat berbual panjang. Ya Allah…sabar je lah.  Shah ni pun…atleast berilah isyarat mata ke..tangan ke, masa aku nak beredar tadi. Ni tak, macam merestui aku pergi je…haih!
Share:

7 comments:

  1. bila nak sambung blk citer nie..best laaa

    ReplyDelete
  2. Best2........ lma dh tggu next entry tpi x pa ap pn good luck ok..... blh x awak ltk blik epi special wkt kt kem tu best la nk bca blik tpi dh x dk..... sdih..... tq syauqah sbb smbg nvel ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yang tu...nanti sy publish balik ye :)

      Delete
    2. http://syauqah143.blogspot.com/2015/03/suamiku-19-tahun-suatu-kisah-di-kem.html



      dpt klik url dekat atas tu? :)

      Delete
    3. blog dah revamp.. boleh pegi dekat senarai bab ye.. :)

      Delete
  3. Akhirnya ada juga bab seterusnya.Lama gila aku tunggu.Happy gila dapat baca.Thank you miss bloger

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers