Monday, 22 February 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 11 ]

Posted by Syau Qah at 15:16


Aku melabuhkan punggung di sebelah abah. Semua yang ada di situ sekilas memandang aku kemudian menyambung cerita di antara mereka. Aku pandang Shah, nampaknya dia serahkan semua keputusan di tangan aku. Riak wajah dia sukar aku tafsir sekarang ni. Dia hanya diam membisu..serta kadang-kadang serius..kadang-kadang nampak risau.

“Kau jangan terima pinangan dia orang ni. Terima Afif balik!” pujuk kak Fiza tiba-tiba membisik di telinga aku. Pelik pulak aku, apasal Kak Fiza tiba-tiba suka sangat satukan aku dengan Afif? Makan rasuah Afif ke apa?

Kejap lagi Afif datang tahu? Dia nak bawak bincang pasal ni! So, tolak dia cepat-cepat! ujar Kak Fiza.

Aku tersentak di sisi Kak Fiza. Membulat mata aku. Serta-merta aku menjeling hairan. Afif sudah melampau! Pelik jugak aku, Afif baru sahaja call aku tadi. Dia tak sebut apa-apa pun pasal dia nak datang?

“Macam mana  akak tahu?” soalku.

“Kakak yang suruh dia datang sini!” serentak itu mulut aku terlopong. Nasib baik lalat tak masuk. Boleh jadi, tahi cicak pun beriya-iya nak masuk. Erk! Geli!

“Apa kakak ni!?” aku gigit bibir. Geram dengan tindakan Kak Fiza, aku automatik bersuara.

“Ika terima pinangan ni!” semua yang ada disitu yang tadinya duduk bersembang, terhenti sekejap. Macam tak sopan pulak aku kata macam tu. Huhu malu~

Shah nampak terkejut dengan jawapan drastik aku kerana dia sedia maklum aku memang tolak sepenuhnya di hadapan dia tadi! Kakak terkejut sakan. Dia mencubit pinggang aku dengan jarinya.

“Kau dah gila!? Dia baru 19 tahun tahu tak??” berang Kak Fiza. Suaranya sedikit naik namum aku percaya, hanya telinga aku sahaja yang jelas mendengarinya. Aku dah tak kira, tidak peduli dengan apa yang bakal terjadi, yang penting Afif tidak menganggu hidup aku lagi!

“Haa, eloklah tu.” ujar mama. 

“Jawapan sudah ada, eloklah kita terus bincang tarikh pertunangan dan nikah pula.” tutur pakcik yang disebelah pihak Shah. Aku garu kepala..lain yang aku rancang, lain pula yang jadi akhirnya…

Fuh~ Aku mengeluh lemah. Sempat aku jeling mata ke arah Shah, amboi! Senyum lebar nampak... aku meminta diri ke bilik untuk merehatkan diri. Aku tidak tahu apa yang mereka bincangkan sekarang. Aku serahkan segala-galanya di tangan abah dan mama. Aku hempaskan tubuh ke atas tilam dengan perasaan bercampur baur. Betulkah tindakan aku? Kalau bukan pasal kak Fiza dan Afif, mungkin perkataan ‘terima’ itu tidak terpacul dari mulut aku! Eihhh! Tengah geram, down sangat, satu mesej tiba-tiba masuk ke inbox telefon aku. Aku buka, dari Shah.

“Thanks sweetheart ;)!”

Aku balas,

 “Speechless! -_-”

Aku raup wajah penat. Berfikir..sampailah aku terlelap tanpa sedar. Rombongan  itu pun aku tidak sedar bila dan jam berapa mereka balik. Isk isk isk...

0 comments:

Post a Comment

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea