Thursday, 12 May 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 36 ]

Posted by Syau Qah at 08:51

Aku membuka mata seluas-luasnya sebaik dia memberhentikan kereta. Aku pandang keluar keliling tempat. Dekat mana ni?? Yelah, mana aku tahu? Sebaik masuk kereta je tadi, terus aku tidur. Mengantuk sangat! Maklumlah, lepas solat subuh je terus bersiap..adeh! tak menyempat-nyempat.

“Dah sampai ke?” aku tanya dia setelah persoalan di benak aku, aku tidak mampu jawab. Aku berpaling pada dia. Sebaris gigi hadapan dipamerkan. Senyum memang tak lekang!

“Welcome to Fraser Hill!” laung dia. Aku buntang mata. Sekali lagi aku pandang ke sekeliling. Aku dua hati untuk menjerit gembira. Yelah, ni first time aku datang sini! Macam tak percaya pulak. Isk. Cover sikit! Hehe..

“Ohh yeke? Aku buat cool. Itu memang bukan aku. Tapi, aku nak buat macam mana? Dalam hati sudah berbunga ‘Yes! Yes!’

“Of course!” jawab dia senada langsung keluar dari perut kereta. Dia terus ke belakang kereta sebaik membukanya dengan menarik kunci bonet dari dalam kereta. Aku juga sama. Sambil memandang ke sekeliling, aku angkat keluar beg pakaian aku. Nampak besar je beg aku ni. Macam bercuti seminggu pulak! Padahal, 3 hari je..hehe.

“Jom!” ajak dia mendahului langkah aku lalu terus masuk ke sebuah hotel. Shahriz Inn yang dipilih. Aku bawa beg aku, dia bawa beg dia. Dia ke kaunter terus mengambil kunci bilik. Tanpa tanya aku pun mana satu aku nak pilih bilik? Aku hanya pandang dia dari jauh dengan langkah aku tetap membuntuti dia. Pandai-pandai je dia buat keputusan ye? Sampai di pintu bilik hotel, dia mengimbas kad acess seraya mengerling ke wajah aku.

“Jangan risau, ada dua katil di dalam..” tutur dia tersenyum perli seperti memahami kehendak aku. Aku cebik bibir. Kalau satu katil pun bukannya awak pandai naik ke atas pun~ hahahah! Tapi tidaklah aku jawab macam tu pada dia...kalau dia tahu? Naya aku! huhu Bukannya aku berterima kasih, aku pandang dia sinis lagi. Jahat betul lah kau ni Ika.

Kami terus masuk ke bilik hotel sebaik tombol pintu dipusingkan. Dia terus saja hempaskan tubuh ke katil. Penat agaknya? Aku pula, beg belum diletak, aku terus membuka tabir hotel. Wahhh~ rasa sejuk menusuk sampai ke hati. Kabus pagi masih kelihatan diluar hotel..isk, nyamannya. Tidak sia-sia bangun subuh arab!

“Ika..” kepala aku terus dipusing ke belakang. Shah berbantalkan lengan menepuk-nepuk tilam dengan telapak tangan kanan dia yang aku fahami meminta aku agar aku ke sisi dia. Aku membantah dengan kerutan dahi dan kembali melihat ke luar hotel.

“Ika…” tiba-tiba suara dia seolah-olah berada sangat hampir dengan aku. Aku toleh saja, wajah dia hanya beberapa inci dari aku kerana dia merendahkan tubuh. Aku telan liur..dup! Dap! Dup! Dap! Sikit lagi aku ………....

Aduh! nasib baik.

Haih! Dia ni…bergerak macam hantu. Langsung tiada bunyi! Aku mengeluh kecil lalu ke katil dan terus menghempaskan tubuh. Aku pejamkan mata seketika geram dengan tindakannya.

“Join sekaki boleh?” aku terus membuka mata dan menoleh disebelah aku. Dia tersengih berbaring disisi aku. Aku cebik bibir pandang dia atas bawah dan berpindah ke katil sebelah. Aku kira kali ini dia tidak lagi mengekori aku..padahal masih sama jugak. Aish~ penatlah aku kalau macam ni.

“Laa~” aku sepetkan mata pandang dia disebelah aku. Tersengih je dia. Kalaulah aku pandai jurus karate, dah aku karate dia jauh-jauh.

“Ika….” Automatik aku toleh dia. Dia pula sudah pandang tepat ke mata aku. Lain macam je. Risau aku dibuatnya. Haih! Jangan fikir yang bukan-bukanlah, aku kenal dia. Dia tak akan apa-apakan aku!

“Kenapa ye..” dia terhenti. Sudah~ agaknya soalan maut apa lagi yang dia nak tanya kali ini??

“Tapi…biarlah Shah simpan soalan ini buat sementara waktu..” ujar dia tertawa kecil. Fuh~ naik seram aku dibuatnya. Nasib baik! Kalau tak, aku sah jatuh mengelupur.

“Shah rehat kejap..tengah hari nanti tolong kejutkan..sebab Shah nak jumpa client dekat padang golf di bawah tu..” aku kerut dahi seraya melangkah mejenguk kembali ke padang golf. Aku menoleh pada dia sekejap. Wajah dia nampak lesu.. sebab kerja yang menimbun tu ke? Kadang-kadang aku kesian kan dia sebab dia nampak sangat berkerja keras. Atas sebab apa aku juga tidak tahu..adakah sebab soal aku? Sesuatu yang dia nak buktikan pada aku bahawa dia ‘boleh’ dalam usia dia ni? yeke? Cuma itu yang dapat aku fahami tentangnya. Tapi itu pun kalau betul…

“Oh…okay.” jawab aku dengan muka bingung seraya mengangguk-angguk. Demi tidak menganggu dia, aku segera angkat kaki keluar bilik mengambil angin. Aku terus keluar dari hotel lalu berjalan kaki di kawasan sekitar.

Parkir kereta semakin penuh dengan kenderaan-kenderaan yang mendatang. Hotel-hotel sarat dengan kunjungan warga tempatan mahupun asing. Para fotographer awal-awal lagi datang ke sini. Bersusun lensa mereka di tempat-tempat tertentu. Heh!

Aku labuhkan pungung disebuah kerusi menikmati keindahan alam. Rasa bahagia. Seolah-olah semua masalah hilang apabila berada disini. Barangkali, bagi orang yang suka dengan kemeriahan..tempat ini tidak sesuai untukmu okay! Hanya bagi orang yang jiwa-jiwa je yang suka ke tempat macam ni. Hahah! Macam aku?? Perasan kau!

Kicauan burung memberikan rasa tenang yang sangat sukar aku perolehi di rumah. Tengah serabut fikir soal rumah. Terlintas wajah Shah. Ish! Kacau betul lah muka dia ni.

“Cikgu Syafikah, jom jogging!” aku serta merta-celik mata dan terus tertumpu pada tubuh tinggi lampai di hadapan aku yang tengah panaskan badan. Erh?? Patut pun aku terbayangkan muka dia tadi. Rupa-rupanya dia ada di sini ha! Tapi…bukan dia kata nak rest ke tadi? Kebil-kebil mata aku. Aku terus berdiri. Masih bingung.

“Bukan awak nak rest ke tadi??” soal aku bernada hairan.

“Nak rest macam mana? Celik je bini entah kemana…” macam merajuk je. Aku cebik bibir pandang dia. macam-macam lah dia ni. tapi, comel jugak dia kalau merajuk! Ops? Kalau nak jogging, haruslah tukar baju dulu. Adeh..

Aku meminta diri dari dia untuk naik ke bilik sekejap. Sebaik baju yang lebih selesa disarung ke badan, aku terus turun ke bawah.

Aik? Dia dah kemana pulak ni? Aduhh~ kata nak jogging. Bersama-sama lah sangat! Takpelah, seorang pun seorang lah~

Aku terus berlari di jalan raya sekitar kawasan. Lari tepi je. Kalau di tengah-tengah jalan raya, esok kenduri tahlil lah jawabnya. Huhu..

Lima minit aku berlari, aku nampak Shah dari jauh berbual dengan dua orang wanita warga asing. Langkah aku terhenti seraya mencebik bibir. ceh! Siap main tangkap gambar lagi.…..huh! Aku putuskan untuk menunggu dia di tepi kolam sehingga sesi bergambar antara mereka selesai. Sementara penungguan itu, aku meninjau-ninjau kawasan yang terdekat.

“Eh? Fatin?” dari jauh aku mengamat-amati susuk tubuh seseorang yang mirip akan Fatin. Kalau itu dia, ada jugak kawan aku. Hehe..

Aku berlari-lari anak mendekati pemilik tubuh itu. Aik? Dah kemana pula ‘Fatin’ ni? Namun hampa. Sekejap je lesap. Hairan. Ah! mungkin aku silap orang kot? Aku abaikan perasaan pelik aku sebentar tadi kemudian kembali ke tempat aku menunggu Shah. Tidak lama itu Shah hampiri aku dengan senyuman paling lebar. Menyampah aku. Entah macam mana dia sedar yang aku ada dekat sini. Dua orang wanita warga asing itu juga sudah beredar.

“Dah tukar baju?” soal dia seperti biasa. Aku pula sudah memeluk tubuh dengan mata disepetkan.

“Dah, kalau ada mesin jahit tadi, dah lama siap buat baju baru kot!” aku memperli dia. Aku menyambung larian yang tadinya terbantut gara-gara dia.

“Hehehe!” dia tertawa tiba-tiba. Aku teruskan larian sementara dia pula agak ketinggalan di belakang aku. Aku tahulah, sebab anak mata aku ekori dia.

“Ika! Tunggulah.” tanpa aku hiraukan panggilan dia, aku teruskan larian. Malah makin laju.

“Tak kan cikgu dah jealous kot?” soal di bila lari sebaris dengan aku. Ketawa pula dia bila aku toleh dia. Aku sepet mata geram.

“Tak!”

“Habis tu?”

“Tiada apa-apa lah! Sibuk je~” dia ketawa kekeh pandang aku.

“Dia orang tadi tu..tanya dekat mana lagi tempat-tempat menarik di Malaysia ni je.” ujar dia walaupun aku tidak bertanya langsung pasal dua orang warga asing itu tadi. Habis tu, yang bergambar sakan tu apa??

“Tak tanya punnn~”

“Sah jealous! Hahaha!” ketawa besar pula dia. Itu yang buat aku malas dengan dia ni. Dah aku kata aku tak cemburu, dia tetap dengan duga rasa dia.

“Perasan!” sambil berlari, aku pandang dia atas bawah. Dia masih dengan tingkah dia tadi. Ish! Pedulilah, malas aku layan dia. penat!

“Tadi sebelum mulakan jogging, ada buat warming up tak?” tiba-tiba dia menukar topik. Fikiran aku terhenti sekejap. Ya tak ya pula…aku lupa!

“Belum.” aku jawab sepatah.

“Eh? Nanti sakit kaki tu..” nada dia berubah risau.

“Tak sakit pun!” dia kerut dahi masih ragu dengan jawapan aku. Namun dia abaikan begitu saja. Sebab aku berkeras kot? hehe

Kami berehat di sebuah pondok melepaskan lelah. Aku sandarkan tubuh ke dinding pondok, manakala dia pula masih tetap berjalan. Cuma kali ini selangkah demi selangkah je. Agaknya begitu cara yang terbaik menenangkan otot? Aku sembarangan je. Hehe..

Sementara, tangan dikipas-kipas ke wajah menghilangkan bahang peluh yang masih setia keluar, mata aku terpandang sesuatu yang menarik.

“PROMOSI UNTUK WARGA YANG CINTAKAN DUNIA ‘ICE SKATING’..” mulut aku automatik membaca keratan risalah yang sudah diangkat dengan tangan.

“Pernah main ice skate?” soal dia berhenti sekejap memandang keratan itu kemudiannya pada aku.

“Pandai?” soal dia lagi.

“Ermm…pandai kot?” jawab aku dengan jawaban yang tidak pasti.

“Ohhh..” kali ini dia dilihat tanpa riak membalas sebelum meneruskan aktiviti yang sama selepas larian tadi. tetapi tidak lama selepas itu, dia kembali bersuara.

“Ika, jom kayuh bot nak?” ajak dia sambil mulut dia dijuihkan ke arah tasik kayuhan bot yang tidak jauh dari tempat kami berdiri. Aku pandang jauh ke arah yang dia maksudkan. Risalah itu aku lipat kecil kemudian dimasukkan ke poket track shirt aku. Boleh lah. Nak jugak try..hahah!

“Tapi belum mandi. Belum tukar baju lagi..tak nak lah!” aku baru sedar. Aku dah berpeluh lebat dah ni. Tak kanlah aku kayu bot dengan peluh-peluh yang melekit? Isk..

“Itu yang bagus. Boleh mandi di tasik tu..hehe.” seraya dia tertawa mengangkat kening.

“Mandi tasik?! Memandai je!” aku jeling dia atas bawah. Dia ingat tasik tu kolam mandi ke? Dia terus ketawa besar. Entah apa yang lawaknya.

“Ala~ kejap je. Lagipun belum ada pelanggan lagi..kitalah pelanggan yang pertama. Jom!”

“Tak nak!”

“Try kejap je! Malu-malu kucing lagi!” dia terus menarik lengan tanpa mempedulikan bantahan aku tadi. Salah satu tugas yang berat bagi aku untuk membantah keputusan dia. Kalau aku kata tak nak, bagi dia..aku nak je. Aduh!

Selesai urusan di kaunter kayuhan bot, aku dan dia diberikan jaket keselamatan dan terus ke Tasik.

***

Selain pemandangan tasik, di darat juga turut kami nikmati. Tempat ni sangat sesuai bagi orang yang baru berkahwin. Tapi bukan newlywed  macam aku, hari-hari perang mulut je dengan dia. Tapi perasaan aku je kot? Sebab aku tengok, dia macam seronok je..ish apa-apa je lah!

“Jom kayuh ke sana.” Shah menunjukkan ibu jari tangannya ke arah yang agak jauh dari tempat kami mengayuh bot. Aku kecilkan mata, cuba untuk fokus pada tempat itu. Macam seram je!

“Eihh! seram. Tak nak lah! Cukuplah dekat sini.” bantah aku. Dah lah sini tiada orang. Kalau aku jatuh macam mana? Siapa yang nak selamatkan aku? Huhu..

“Kejap je..jom!” dia tertawa kemudian melajukan kayuhan ke tempat yag dia kehendaki tadi.

“Eh..eh..eh..tak payah lah...ka..” namun kata-kata aku terhenti kerana berasa pelik. Yaa! Bot kayuhan sedang dia gerakkan ke tempat itu. Aku sudah pusing kepala ke kiri dan ke kanan, kalut dengan situasi itu.

“Ika~ tolonglah. Berat sangat ni.” dia tersengih meminta tolong.

“Saya tak nak tolong~ heheh! Siapa suruh kan? Haaa~ rasakan.” aku senyum sinis memperli dia sambil kedua-dua tangan aku pula kemas dipeluk ke tubuh.

“Laaa~ tolong lah.” kerutan dahi dia buat aku puas hati yang dia payah nak kayuh bot seorang-seorang. Haa~ padan!

“Lalalalalalala~ hehe!” aku buat tidak tahu dengan rayuan mahkamah tinggi dia. Biar dia tahu, aku pun ada hak untuk bersuara! Hahah..

“Ohh tak nak tolong ye? Hehe~” senyuman dia bertukar nakal.

“So………?” ego aku. Sengaja mencabar. Padahal, masa yang sama aku risau! Entah apa yang ada dalam fikiran dia sekarang ni.

“So…….kalau Shah..” kayuhan bot dihentikan seketika lalu ayat itu dia bisik ke telinga aku. Aku terus membuntang mata seraya mengerling pada dia yang tertawa nakal.

“Apa diaaa?????” aku ketap bibir menahan geram.

“Lalalalalala. Nak ke sayang??” aku geram. Memang geram! Dia gelakkan aku!

“Meh sini Shah bagi..” dia tanpa teragak-agak terus memegang pipi aku. Oh tidakk!! Dia betul-betul nak buat. Giler!

“Tidakkkk!!!” aku terus menepis tangan dia dan kemudian entah kenapa automatik saja tangan aku menolak tubuh dia.

“Ehh! Eeeehhhhhh…Aaaaaaaahhhhhhhh!”

“Splashhh!!!!” Nah sudah! Monyet jatuh ke dalam air. Apa? Dia nak cium aku??? Padan. Hahahaha! Puas hati aku. Tapi rasa bahagia aku nampak dia jatuh ke dalam air tak lama kerana dia tak muncul-muncul selepas itu! Cuma jaket keselamatan saja yang timbul ke permukaan air. Aduh! Tak kan dia lemas??? Aku sudah cemas. Aku pandang sekeliling, Jaga pun entah kemana! Tanpa ragu aku terus terjun ke dalam air cuba untuk selamatkan dia! Aku cari dan cari hampir ke dasar tasik. Sekali lagi hampa! Aku timbul ke permukaan air dan terdiam..rasa nak menangis. Mana dia ni?

“Woahhh! hehe!” tiba-tiba suara Shah tertawa dari belakang aku. Aku jeling tajam pada dia. Jaket keselamatan sudah di tangannya. Mata aku merah menahan rasa marah, risau geram dan sebagainya. Berani dia mainkan aku??? Dia tak tahu ke aku dah risau sangat tadi?? Riak dia berubah tatkala memandang pada wajah aku yang hampir menangis.

“Alamak sorry..Ika risau ke? Sorry!” telapak tangannya sudah dirapatkan memohon kemaafan.

“Tak! Tapi tengok ni!” rasa yang bercampur tadi sengaja aku alihkan pada handphone aku yang basah.

Dia terkejut lalu turut mengeluarkan handphonenya. Handphone dia tu tak masuk air. Tidak menjadi masalah walau ‘berenang’ ke dalam air kopi sekalipun. Tapi aku? Isk..

“Sorry…” rasa bersalah mula terbit dari ucap bibir dia. Tanpa aku pedulikan dia, aku terus naik ke atas bot kayuh. Dia juga sama. Guard pihak pengurusan rekreasi itu datang tidak lama lepas itu. Pandangan dia pelik pada kami yang basah kuyup. Dia meminta maaf kerana dia tidak ada masa Shah jatuh tadi. Katanya dia ada urusan sekejap di luar. Kami terus ke hotel setelah masa kami tamat. Shah pula terus jumpa client dia usai mandi membersihkan diri.


7 comments:

  1. la knp stop kt stu ja nk lagi plezz... bestnya bab kli ni....sweet lgi..thnk you writer...

    ReplyDelete
  2. Wah....tak sia2 check entry terbaru sis hari2...hehehe...teruskan berkarya diatas bakat yg telah dkurniakan.....THUMBS UP..
    .

    ReplyDelete
  3. bla nk ada bab bru ni x sbar nk bca smbgn nvel ni best2..good job writer

    ReplyDelete
  4. Hmm....belum ada n3 terbaru lg....lau nak publish pun saya sanggup beli....apa pun...Salam Awal Ramadhan....

    ReplyDelete
  5. hmmm....rindu pulak dgn shah dan ika ni....agak2 bila agaknya n3 terbaru...:'(:'(

    ReplyDelete
  6. bila nk smbung sis ? excited nk baca smbungan :-)

    ReplyDelete
  7. bila nk smbung sis ? excited nk baca smbungan :-)

    ReplyDelete

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea