Sunday 2 May 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 50 ]

“Silly me….” Itu yang aku dengar perbualan antara hero dan heroin di kaca tv rancangan antarabangsa yang ada dalam hotel ni. Fikir-fikir balik, memang kena dengan aku ayat tu. Sesimple itu aku ajak dia kahwin balik? Seriously..kau dah kenapa Ika? Datang sini dengan tujuan apa? Argghh…separuh menyesal. Rasa bersalah dengan semua orang…



Memandangkan Kak Ima berada di kem lapangan, aku cepat-cepat ke sana. Di luar lif, bertembung pula dengan Kak Ima. Kak Ima cemas menerpa aku.



“Ika…okay tak? Shah CEO tu macam mana keadaan dia?” aku yang pusing dari tadi tepinga-pinga dengan soalan itu.


“Dia baik-baik je kak…adalah sakit sikit….” 


Aku baru google search penyakit Shah tu…sebenarnya taklah serius sangat sampai aku patut offer diri aku untuk kahwin dengan dia. Panjang kan akal aku ni? Tapi aku..dalam masa yg sama aku nak dia sembuh seperti sedia kala..



“Ooo…ingatkan teruk sangat…sebab heboh jugak pasal ni…” Dia angguk-angguk faham.



“Kak ima nak kemana ni? Ika baru je  nak gerak ke sana…” aku bertanya sambil jari sudah menekan butang lif.



“Alamak…lupa pula akak…akak ada benda nak ambil tadi. Tunggu akak sekejap ya..” dia cepat-cepat meluru masuk ke bilik kami. Sekejap sahaja kak Ima muncul kembali dengan sepasang helai pakaiannya. Aku bertanya dengan isyarat riak muka.



“Hehe akak sengaja bawa…manalah tahu, kot-kot macam kelmarin..habis basah kuyup badan aku. Tiada angin tiada ribut, hujan turun mencurah-curah…” ermmm betul jugak kata Kak Ima. Kami berbalas ketawa. 


**


“Ika! Ya Allah…”



Butiran mesej dari aplikasi whatsapp dari Fatin. Heboh dan tergempar bunyinya…aku yang dari tadi duk melayan anak-anak ni mula hilang fokus. Apa tak, banyak kali pula handphon aku berbunyi.


“Yeee…ada apa puan Fatin?” aku sengaja sakat dia. Hihi…



“Kau masuk paper hari ini! Cuba cari dalam google search..”



“Ish..napa pula?” pelik. Bukan ada apa-apa sumbangan pun..hihi. Aku mula berteka-teki soal kenapa.



“Jangan gembira sangat ye makcik…paper ni cakap kau ex bini Shah terhegeh-hegeh nak balik dekat bekas suami kau tu haa…“

Haaa??” ” belum sempat kot aku teruskan mimpi aku dah kena sebijik oleh Fatin. Aku rasa malu dalam diam..



“Yee…..biar betul berita ni Ika. Ni berita baik sebenarnya…ada apa-apa perkembangan ke dekat sana? Baik kau beritahu aku…hahaha!” aku senyum tawar sendirian. Cis! Si Fatin ni ingatkan baik benarlah berita nak jatuhkan maruah aku ni? Sempat aku buka google search engine. Nasib baik berita tu hanya nyatakan ex wife Shah..bukan nama sebenar aku.



“Ishk…berita tu tak semua betul…” pelik jugak…macam mana perkara ni boleh tersebar. Shah ke yg sengaja sebarkan? Dia nak malukan aku ke? Huhu



“Haa…aku nak tahu bahagian yang betul tu..” cepat dia reply mesej aku. Aku sudah garu dagu.



“Takde sangat…cuma…” lambat-lambat aku taip. Aku ceritakan situasi yang berlaku tempoh hari..



“Wahhh tak sangka dia setuju..haha tahniah Ika!” mencemik aku baca.



“Tapi aku rasa dia terima pun sebab masalah dia tu aje…sebab itu yang last dia cakap dekat aku…lagipun, sebelum tu dia cakap dah tak berminat dengan aku…tapi silap aku jugak pasal aku offer  nak pulihkan dia..hmmm…selepas kejadian tempoh hari tu, bayangkan aku tak dengar khabar pun dari dia…biasanya dulu, masa pujuk aku kahwin dengan dia, malam-malam buta call aku..mesej aku dekat whatsapp..kali ni macam aku pula yang tercari-cari dekat dia..huhu dia ni betul-betul nak kahwin dengan aku ke tak…? Ntahlah..bingung pula aku..”


“Itu nombor 2 okay…cinta boleh dibina semula..yang penting kau jangan over thinking..itu dulu..memanglah cara dia lain, kali ni..kau jumpa dia masa umur 25 tahun kot, takkan kau masih anggap dia macam dulu? Kalau dulu kau rasa dia mature dari usia, sekarang ni mesti lebih lagi..by the way, aku rasa mustahil dia terima offer kau tu tanpa ada rasa sedikit cinta untuk kau Ika…percayalah okay!” aku tenang membaca sokongan dan galakkan Fatin untuk aku. Lega sedikit biarpun masih berbaki perasaan ragu aku.



Selesai menunaikan tugas, aku bergegas menemui  Encik Hazwan untuk mengetahui keadaan Shah. Nak tahu apa dia cakap, sungguh bertuah rupanya aku…Shah dah fly balik ke Malaysia okay! O.M.Gggggg! Dia tinggalkan aku dengan macam-macam persoalan. Dahlah nombor telefon dia pun aku tak tahu…nombor pejabat dia aku tahulah..tapi takkan personal matter aku nak discuss kena melalui secretary dia tu?? Tunggu aku balik Malaysia lah agaknya baru tahu arah tuju sebenar antara aku dan Shah..



Cukup hari ke 3 minggu aku di Kemboja, akhirnya aku balik ke Malaysia. Benda first yang aku buat, aku balik ke rumah mama. Dari jauh aku disambut mesra oleh mama. Ceria saja wajah itu seperti selalu…almaklum anak bongsu balik. Hihi…



“Mama apa khabar? Mama sihat?” aku bertanya lembut sambil mendakap erat mama.



“Alhamdulillah…mama sihat…” mata aku cuba mencari kelibat abah dalam pelukkan mama.



“Abah mana mama? Tak nampak bayang pun abah ni…lupa agaknya adik balik ni….” Aku sengaja memperlihatkan kononya aku merajuk sambil melepaskan pelukkan mama. Kaki aku terus melangkah ke ruang tamu sambil dibuntuti mama.



“Abah ke klinik ambil ubat ditemani bakal menantu mama..” jawab mama berseloroh ceria. Kepala aku automatik terus dipaling ke arah mama..terkejut jugak. Bakal menantu? Shah ke? Atau orang lain pula niii?? Huhu



“Err…abang Shah ke mama?” Aku beranikan diri bertanya..

“Aah…siapa lagi kalau bukan dia..baru juga tadi bergerak 5 minit sebelum Ika sampai…”baru duduk di sofa, mama tak duduk diam. Mama ke dapur menyediakan air manisan buat aku. Aku turuti langkah mama lalu duduk ke kerusi santapan.



“Abang Shah baru sampai ke mama?” tanya aku lagi. Yelah..pelik. Kan dua minggu kut aku tak dengar khabar pun pasal dia.



“Ish..ishhh…kamu berdua ni dah nak nikah pun tak kan masih buat hal masing-masing? Dah seminggu Shah dekat sini…bukan kamu perlu uruskan hal kahwin kamu?” huhu mama ingatkan aku dan Shah dah bincang benda ni…hakikatnya…huhu. Tapi eh? Cepatnya nak nikahhh?!



“Eh..bukanlah mama..Cuma Ika sibuk sikit..kan Ika berada di Kemboja baru-baru ni?” aku berbohong. Bukan menghalalkan pembohongan ni..Cuma aku tak nak mama risau dengan keadaan aku..aku takut dia syaki apa-apa soal aku dan Shah. Huhu…



“Oohh..yelah, Shah pun ada beritahu..Ika sibuk sikit hal-hal kebajikkan tu…tu yang dia uruskan saja sebelum Ika balik. Haa..borang tu, tinggal ika tandatangan aje..tinggal nak submit..” Penjelasan mama membuatkan aku gigit bibir.



“Maa…” aku bersuara segan.



“Mama tak marah Ika nikah balik dengan abang Shah?” diam-diam aku perhatikan reaksi mama.



“Ish..kenapa pula mama marah? Mama lagi suka..Shah tu pun memang baik orangnya…mama tak terkejut pun kalau Ika nikah semula dengan Shah…” errgh. Ye..itu pandangan semua orang. Tapi sekarang mungkin situasi aku dan Shah dah berlainan…silap aku, aku yang mengubah Shah. Ermm…Tapi mungkin Shah baik kepada abah dan mama..itupun dah buat aku bersyukur.



“Assalamualaikommmm!” suara kanak-kanak memberi salam dari arah ruang tamu. Secepat kilat seorang budak menerpa ke arah mama.



“Nenek!” confirm anak buah aku Farish. Aku dan mama segera ke ruang tamu bersama Farish menyambut kedatangan Kak Fiza serta suaminya. Kak Fiza dan mama bersalam..tak terlepas aku juga. Tenang je Kak Fiza..bukan macam selalu. Kecoh dan bising aje…faham-faham ajelah tengah berbadan dua…hihi keletihan agaknya…



Menjelang petang, setelah selesai menyediakan makan malam, aku dan Kak Fiza berborak di taman mini mama. Kelibat abah dan Shah belum ada….masuk asar dah ni..ada apa-apa yang tak kena ke? Tapi kalau ada apa-apa hal, mesti Shah atau abah dah maklumkan. Bersoal jawab sendiri..gara-gara nombor telefon Shah pun aku tak tahu. Lagi nak kahwin? Ehhh buat aku longlai.



“Jadi betullah gosip kau gilakan si Shah tu Ika? Ni nak nikah balik, confirmlah kan…” amboihh mulut tu kak..huhu..cubalah bagi ayat yang sedap sikit walaupun hakikatnya benda tu betul. Huhu



“Isk..akak ni. Ganas pula ayat tu…bukanlah sampai ‘gila’…masuk fasa insaflah kak..hikhik…”



“Hmmm..akak nak cakap banyak pun..benda dah lama jadi…so buat yang terbaik jelah kali ni..”



“Akak…..ermmm..” aku alihkan punggung disebelah kak Fiza. Kak Fiza tika ini dah jeling aku dengan mata kejap atas kejap bawah. Pelik kot dengan aku yang tiba-tiba jadi polite. Hehe



“Akak…ehem…! Sebenarnya Ika nak minta pendapat…ermmm memanglah kita orang nak nikah..tapi ada sedikit..sikit sangat..macam nii…” sambil aku tunjukkan demo satu cubitan garam di wajahnya. Gigit bibir haa nak explain.



“Terus terang jelah…” kak Fiza mula geram kerana lambat-lambat pula aku buka cerita.



“Er….macam mana nak baiki hubungan ek? Shah seolah-olah layan tak layan aje…dikata malas tak juga..cakap dia merajuk pun jauh jugak…malah marah iya..benci pun iya kak..huhu..”



“Akak kalau jadi Shah dik, bukan setakat marah…kahwin balik lagilah tak Ika oii..sabar jelah..dah sendiri cari pasal nak cerai..” err..pelik pula bunyi kak  Fiza kali ini..dulu bukan main bangkang aku kahwin dengan Shah.



“Iskkk..akak ni..kesitu pula. Sebab tu Ika mintak pendapat dengan akak yang expert ni..hihi..” aku buat-buat manja buat dia tersenyum-senyum. Hehe



“Hemm..biasalah tu…rasanya Shah kecil hati je tu…mungkin jugak marah..Cuma bila dia terbuka hati nak kahwin tu dah petanda baik dah..insyaAllah…”



“Selesai nikah nanti, akak bagi tips macam mana nak pujuk dia..haha..” sambung kak Fiza dalam nada nakal sementara aku dalam semyum paksa..malu dan segan. Huhu

 

***



Abnormal dan awkward…tapi dalam masa yang sama, aku rasa macam dejavu...6 tahun lepas kut aku berpisah dengan Shah, tapi situasi parents aku beramah dengan Shah still sama. Ke ada something yang aku miss kerana terlalu melayan hati sendiri suati ketika dulu?



“Ika…apa yang dimenungkan tu? Lama kuis nasi tapi tak masuk-masuk ke mulut…” mama tegur aku. Aku tersengih. Sempat aku lirikkan mata ke arah Shah, dia galak bergurau dengan suami kak Fiza. Sesekali dia melirikkan pandangan ke arah aku…erk? Apasal tak senyum pun dekat aku? Aduhh…

Share:

3 comments:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers