Friday 10 May 2019

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 42 ]


Hari-hari yang aku lalui begitu pahit untuk aku luahkan kepada sesiapa...bahkan tidur aku tak lena, makan aku tak lalu...mandi pun fikiran aku melayang ke tempat lain...dan oleh kerana Shah begitu sibuk dengan tugasnya, masa dia banyak habis di tempat kerja..hanya bersemuka dengannya pada sebelah tengah hari…aku masih menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri..siapkan makanan, sediakan pakaian, gosokkan pakaian..tapi hati aku untuk dia aku buang jauh-jauh...dia call aku tak angkat, whatsapp dia aku tak balas...aku hilang kata-kata...aku tak tahu dari mana hendak mulakan bicara..kalau aku bersuara pasti tercetusnya pergaduhan..apa tak, aku seringkali bertanya kenapa dia nikahi aku?? Kenapa dia permainkan aku..lalu balasannya, seperti selalu..itu dulu..dia menyesal apa yang berlaku dan minta maaf...aku? Aku tidak puas hati dengan jawapan itu..
“Ika...please luangkan masa dengan Shah...ada beberapa hari lagi Shah nak pergi...” rayunya ketika dia melihat aku sedang bersiap untuk keluar pada tengah hari..
“Tiada apa-apa yang perlu kita cakapkan Shah...” balas aku sengaja sibuk.
“I can explain it...Shah boleh ceritakan dari mula bagaimana terbitnya hati Shah nak jadikan Ika isteri Shah..
“Tak perlu ceritakannya Shah..aku tidak mahu dengar apa-apa..sebab saya benci semua itu...” cepat aku bersuara. Shah tergamam. Riak wajahnya sayu melihat kedegilan aku untuk mendengar penjelasannya..
“Baru seketika kita melayari rasa seperti pasangan suami isteri Ika...sekarang semua itu sudah berubah?” tanya dia seraya mendekati aku. Dia capai tangan aku yang sibuk..dia genggam erat. Namun aku cepat tepis..aku buang jauh-jauh tangan itu. Tidak berjaya mengenggam tangan aku, tangan itu merangkul tubuh aku dengan erat.
“Lepaslah!” marah aku. Aku meronta-ronta dilepaskan sambil merenungnya tajam. Namun mata itu menangkap mata aku ke mana arah mata aku pergi.
“Shah rindu Ika...please dengarlah dulu penjelasan dari Shah. Memang Shah silap...Shah minta maaf...tapi..”
“Stop it! Saya tak nak dengar semua tu...awak tahu tak?! Awak faham tak?!” herdik aku. Buat kali pertamanya aku menderhakai dia..mulut dia terkunci tika itu juga. Perlahan-lahan rangkulannya longgar. Sesungguhnya bukan aku tidak mahu mendengar penjelasan dia, aku cuma nak elakkan hati aku menjadi terlalu sakit. Dan mengingatkan lagi tika itu aku terpisah dari Afif kerana salah faham, aku tambah kecewa dengan diri aku dan dia.
“Okay fine, explanation tak nak, kata-kata maaf tak nak...sekarang ni beritahu Shah apa yang Ika nak sekarang ni?” tanya dia bingung dan keliru dengan tindakan aku.
“Tolong jauhkan diri dari saya...” tutur aku perlahan. Dan aku tak sangka ayat itu keluar dari mulut aku...tika ini dia sangat terpaku. Hilang kata-kata darinya..sehingga tangannya melepaskan aku.
“Ika dah benci Shah?” tanya dia serius. Aku geleng kepala lambat-lambat.
“Ika sayang Shah?” soalan itu aku diamkan diri.
“Sejujurnya saya kecewa dengan kamu Shah...” aku gagahi membuka mulut. Di saat ini juga air mata aku jatuh.
“Awak buat saya jadi isteri awak, awak buat saya jatuh hati pada awak...sehingga aku serahkan kesucianku terhadap awak...sehingga saya letakkan harapan yang tinggi pada hubungan kita..dan akhirnya awak kecewakan saya...pengakuan awak, awak nikahi saya semata-mata nak enjoy..just for fun..? awak fikir saya bahan uji kaji? Sya tiada perasaan? Awak letakkan maruah saya serendah-rendah martabat perempuan. Sekarang puas hati?!
“Dulu...awak sedia maklum yang saya ada hubungan dengan abang tiri awak masa itu...adakah awak sengaja pisahkan kami atau tidak?...dan jangan hairan jika saya katakan saya rasa serba salah dengan Afif sekarang ni...jangan tertanya jika saya menyesali apa yang berlaku...” aku tersedu-sedan mengelap air mata yang bak hujan jatuh ke pipi. Aku sudah tidak boleh kawal diri aku dari menyebut nama Afif dalam bicara ini..dan sesungguhnya semua ini menyebabkan Shah terpaku buat kesekian kalinya.
“Ika menyesal dengan apa yang berlaku antara kita…?” tanya dia sayu...aku sedar dari riaknya..dia betul-betul sedih dengan kenyataan aku. Tapi aku tak peduli, itu adalah silapnya dan dia perlu tahu. Jawapan aku kepada soalan dia tadi...aku anggukan kepala. Tidak di duga air mata lelakinya jatuh...dia menggeleng kecewa tidak dapat menerima apa yang berlaku. Dia genggam bahu aku..
Jangan buat Shah begini Ika...Shah dah minta maaf..Shah dah menyesal...Shah dah lakukan yang terbaik...please Ika...” tunduknya mengenggam erat bahu aku. Dia menangis dan merayu semahunya..aku turut hiba melihat keadaan kami..menjangkakan hubungan ini yang retak menanti belah...
“Saya tak mampu lagi Shah...saya takut untuk teruskan hubungan ini...saya minta maaf...” putus aku menjauhkan diri dari dia. Selangkah demi selangkah aku undurkan diri ke belakang.
Shah jatuh cinta sebelum Shah nikahi Ika...Shah sayang Ika sebelum Ika kenal Shah lagi...Shah tahu, penjelasan Shah tidak ada gunanya lagi namun Ika ketahuilah... you are one of the best thing happened in my life...Shah tak pernah sesekali menyesali apa yang berlaku antara kita...Shah berjuang segala-galanya untuk hubungan ini...bukan sahaja Ika, Shah juga meletakkan harapan yang tinggi untuk hubungan ini...tapi satu kesilapan Shah tidak berterus-terang sejak dari awal memperjudikan ikatan ini...” luah dia. Penyesalan yang tidak akan dapat lagi mengembalikan ‘rasa’ seperti sebelum ini..

Share:

17 comments:

  1. Bile nak sambung bab 43 take sabar nak baca

    ReplyDelete
  2. Lmnya kluar bab 43... Tk sbr da nk bca

    ReplyDelete
  3. Last bab ke ade lg?

    ReplyDelete
  4. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Pls nk smbungannn! Xsabar nk tau kesudahannya

    ReplyDelete
  6. Amat berharap bab 43 segera Ada..

    ReplyDelete
  7. Cerita ni aku baca waktu 2016 sampai sekarang x de sambungan...

    ReplyDelete
  8. 43 takde ke...bilaa nk up...xsbar nk bca sambungan..

    ReplyDelete
  9. bila bab 43 nie nk d update kak syauqah..

    ReplyDelete
  10. Kalo ade novel ni wsp sy,nk oder 0178706973

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers