Saturday, 9 April 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 21 ]

Posted by Syau Qah at 11:21
“Gastrik Ika dah okay?” mak ngah menyoal aku.

“Dah okay sikit mak ngah..nasib baik masih ada stok ubat gastrik dalam handbag” aku tersenyum membalas soalan dari mak ngah.


“Pak ngah pergi mana mak ngah?” soal Shah pula. Kepala dia dipusing ke kiri dan kanan mencari kelibat pak ngah.


“Dah keluar..ada urusan tadi..” jawab mak ngah.


“Shah tahu tak projek dekat Sabah tu? Mungkin Shah kena ke sana dalam masa terdekat bantu pak ngah.” kata mak ngah menyambung. Shah berkerut pandang aku. Kemudian dia mengalihkan pandangan seraya mengangguk faham. Aku cuba memproses kata-kata mak ngah. Jadi, bererti aku ada peluang nak hidup membujang sekejap! Yeahh~ aku menjerit gembira dalam hati.


“Syuk bila nak balik?” tanya mak ngah kepada Afif yang seolah-olah tunggul kayu di sofa berhadapan dengan kami. Dari tadi dia pegun memandang skrin tv.


“Petang ni mak ngah...” jawab Afif beberapa patah saja. Dia bangun membetulkan kedudukan dia lalu duduk semula.


“Kerja okay?” tanya mak ngah lagi. Tika ini tumpuan Shah dikalih pada mak ngah. Kemudian Afif.


“Kerja okay..cuma beberapa hari kebelakangan ni fokus terganggu sedikit..” balas dia kepada mak ngah sambil ditenungnya aku tanpa berkedip. Aku cepat-cepat buang pandangan sebelum Shah sedar.


“Kamu pula Shah?” tanya mak ngah kepada kami. Masa ni aku sudah bangkit bangun menuju ke arah dapur. Haus pulak!


“Kejap lagi mak ngah. Ika ada kerja sekolah yang belum beres lagi..” jawab Shah. Kecil saja suara mereka aku dengar dari dapur.


“Haa..yelah, jaga Ika tu baik-baik! Pesan mak ngah kepada Shah. Mak ngah ni, macamlah aku baru hidup dalam tiga tahun. Aku tersenyum sendirian.


“Sayang, dah minum? Jomlah kita gerak sekarang?” Lembut sahaja suara Shah mengajak aku dari arah belakang. Aku hanya menurut kata Shah. Sempat juga aku cuci pinggan mangkuk mak ngah barulah kami bertolak... sebelum balik, aku nampak Shah dengan Afif sedang membincangkan sesuatu. Nampak serius. Sepanjang perjalanan kami balik ke rumah, tidak pula Shah kongsi topik perbincangan mereka berdua tadi. Hehe nampak sangat aku ni penyibuk! Iskk


* * *


“Cikgu!”


Aku dengan Cikgu  Chew Sin terkejut dengan jeritan kuat seorang pelajar lelaki memanggil kami. Dia laju berlari ke arah kami. Tercungap-cungap dia sebaik berhenti.


“Kamu kenapa ni?” aku bertanya kepada pelajar tersebut.


“Haslina cikgu! Dia pukul dirinya sendiri!


Aku dan Cikgu Chew Sin buntang mata dan berpandangan antara satu sama lain dengan aduan pelajar tu.


“Dekat mana?” soal aku kepada pelajar itu.


“Upper six paling hujung tu!” 6 Bistari tu ke? Aku menebak.


“Jom kita pergi tengok.” ajak Cikgu Chew Sin risau. Aku mengangguk setuju.


“Sudah panggil guru kaunseling?” tanya aku.


“Belum lagi!” jawabnya.


“Panggil guru kaunseling ya!” arah aku.


“Baik!” jawabnya ringkas. Laju pelajar itu berlari ke bilik kaunseling.


Aku dengan cikgu Chew Sin pula bergegas ke kelas yang dimaksudkan. Dari jauh kami nampak pelajar-pelajar dikalangan tingkatan enam bawah dan atas sedang berkerumun di kelas tersebut. Dalam masa yang sama, sayup-sayup kami terdengar jeritan keras seorang pelajar perempuan.


Apabila tiba di kelas itu, wajah kami pucat sebaik melihat seorang pelajar perempuan yang sudah memegang pisau dengan mengacukannya di leher dia sendiri.


“Kamu semua jangan dekat aku! Kalau tidak, aku bunuh diri!” jeritnya kepada kami. Kelu lidah sebentar melihat situasi tegang itu.


“Tenang Lina...jangan buat macam ni..” pujuk cikgu Chew Sin kepada pelajar perempuan yang bernama  Lina itu.


Aku dan pelajar-pelajar lain yang berada disitu cuba memberikan ruang kepada cikgu Chew Sin agar selesa memujuk Lina.


Tidak berapa lama kemudian Puan Rohaida merangkap guru kaunseling sekolah datang dengan beberapa orang guru.


“Lina dengar sini, beri cikgu pisau tu! Kita bincang baik-baik apa masalah Lina. Masalah tidak akan selesai dengan cara Lina membunuh diri!” lembut sahaja suara Puan Rohaida memujuk Lina namun tegas.


“Cikgu jangan dekat sini!! Jangan datang sini!” Makin dipujuk, makin keras tindakan Lina. Dia mengundurkan diri sedikit dari kedudukannya tadi.


“Lina, mengucap Lina! Allah tidak redha pada orang yang mencabut nyawanya sendiri! Semua orang ada masalah. Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya...Allah tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya!” Puan Rohaida cuba mengingatkan Lina. Memang sesuai sangat Puan Rohaida dengan amanah yang diberikan kepadanya. Bijak berkata-kata! Kalau aku yang handle situasi ni, aku orang yang pertama cabut lari kot? Bukan lari dari tanggungjawab tau, aku cuma takut aku pula yang pengsan kalau dia cederakan diri sendiri. Tak pasal-pasal orang sibuk pasal aku!


Mendengarkan kata-kata Puan Rohaida, Lina mula menjauhkan pisau yang di acu dari lehernya dan mula menangis.


Kami para guru yang menonton cepat-cepat mendapatkan Lina dan mengambil pisau yang masih di gengamannya.


Puan Rohaida menarik Lina ke pelukannya. Esak tangis Lina mula kedengaran. Suasana kelas diselubungi rasa hiba.


“Dah-dah, jangan nangis lagi. Kita bincang elok-elok masalah Lina.” tutur Puan Rohaida.


“Cikgu, Shah Imadi!” tutur Lina mula bersuara. Kecil sahaja suaranya diselang-selikan dengan esak tangis Lina. Semua yang disitu kehairanan. Puan Rohaida memandang guru-guru yang ada disitu dengan pandangan bingung. Aku pula dari tadi ternganga apabila nama Shah disebut. Bingung dan tertanya-tanya. Kenapa dengan Shah Imadi? Apa yang berlaku diantara mereka berdua??


“Kenapa dengan Shah Imadi?” soal Cikgu Chew Sin. Berkelip-kelip mata kami semua menanti penjelasan.


“Dia..dia...sampai hati dia menikah dengan perempuan lain!” kami semua sudah terkejut besar. Baik pelajar mahupun guru yang ada di situ ternganga. Aku lagi lah! Dari perkara yang menjadi rahsia antara aku dan cikgu Imran di sekolah itu jadi heboh satu sekolah! Huhu!


“Haslina, jom kita pergi ke bilik kaunseling..kita bincang di sana…” ajak Puan Rohaida kepada Lina. Lina sekadar mengangguk Aku yang berdiri berdekatan mereka masih teregat dan sudah cuak! Takut segala-galanya terbongkar. Huhu..


Puan Rohaida dan Haslina mula beredar dari kelas tingkatan enam atas. Begitu juga dengan guru-guru dan pelajar-pelajar lain. Semua mereka bercakap antara satu sama lain soal pernikahan Shah. Dengan siapa Shah bernikah, bila, dimana dan segala-galanya.


Aku hanya diam. Mengigil seluruh anggota tubuh aku dengan kenyataan Lina tu tadi. Aku takut! Kalau semua orang tahu, macam mana dengan keadaan aku nanti?


Dibilik guru, berita mengenai pernikahan Shah hebat diperkatakan. Kata-kata mereka membuatkan aku rasa goyah di saat aku cuba untuk memberi ruang untuk Shah di dalam hati aku.. Rasa bercampur-aduk! Perasaan ini membuatkan aku mula mengidamkan perkahwinan yang lebih baik berbanding sekarang. 


“Patutlah berhenti sekolah! Kahwin dengan siapa agaknya? Sayang..family okay, study okay..tapi kecik-kecik dah gatal!” Macam-macam versi aku dengar dari mulut-mulut manusia sekitar aku. Lain pula yang aku dengar dari rakan sekelas dia, 


“Bukan ke kau yang couple dengan Shah dulu??” kata seorang pelajar perempuan kepada rakannya..


“Mesti Haslina tu kena dumb kaw-kaw punya! Dasar lelaki plaboy!!” hanya mampu tebalkan telinga. Tapi aku sedikit bernasib baik, kerana menurut cakap-cakap dekat bilik guru..nampaknya si pasangan nikah Shah tidak diketahui siapa.


Huh~ aku sugul mengeluh sendirian. Tanpa aku sedar, cikgu Imran memerhatikan aku..


“Tidak usah pedulikan mulut-mulut mereka tu! Mereka hanya melihat pada mata kasar!” kata Cikgu Imran semasa kami sama-sama menuju ke kereta masing-masing untuk balik. Oh ya, memandangkan, kereta Kelisa tempoh hari aku tinggalkan di rumah abah..aku pinjam kereta pak ngah, kereta EE111. Hehe..dia cuba untuk memberi semangat atas dasar kawan. Fatin kawan aku, automatik dia pun kawan aku juga. Fatin dan cikgu Imran memang sporting. Huhu…


“Cikgu Syafikah kenal Shah macam mana orangnya. Fight for what you believe in!” Seraya dia berkata-kata dalam bahasa Inggeris sambil tangannya digenggam membuatkan aku tersenyum kembali.

0 comments:

Post a Comment

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea