Monday 5 April 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 49]

 

Aku dari tadi menunggu status kesihatan Shah di ruang menunggu. Risau dengan apa yang berlaku tadi namun dalam keadaan aku panik, aku boleh membuka password handphone Shah dengan betul. Masih password lama…tu yang buat aku terfikir-fikir. Dia masih sayang aku ke? Ke atau aku yang perasan lebih? Huhu…habis tu, petang tadi kan..dia cakap “focus on me..”..? Tapi dari cara dia layan aku, macam benci aku pun ada..ermm! Bingung rasanya…

 ‘Syafikah…” panggilan itu mematikan lamunan panjang aku.

“Hehe…dari tadi abang panggil…” rupanya Encik Hazwan. Malu pula rasanya…dahlah masa mengelamun panjang tadi aku tak keruan. Ermmm..boleh kata aku macam cacing kepanasan.

“Ada apa-apa yang menganggu fikiran Ika?” tanya dia berseloroh melabuhkan punggung di sebelah aku.

“Ish..takdelah…dah tengok keadaan Encik Shah tadi?” aku berbohong justru bertanyakan soalan lain. Nak selamat punya pasal.

“Dia sedang berehat…dah sedar jugak…” jawab Encik Hazwan spontan senyum separuh.

“Risau?” tanya dia sambil menyelidiki reaksi wajah aku. Sedar dengan soalan seolah-olah umpan itu, aku alihkan pandangan. Omgg…dia nampak curiga dengan aku! Jangan-jangan dia tahu tak…? Aku geleng laju-laju. Nampak reaksi aku, dia diam seketika kemudian bersuara kembali.

“Come with me for awhile…” pelawa dia ke arah taman. Serius wajah itu..aku buntuti dia tanpa banyak soal. Langkah kaki kami berhenti setelah betul-betul berdiri di bawah pokok ara hiasan.

“Actually I’m the guy who talk carelessy 6 years ago…do you even remember me?” terkejut dan tersentap sehingga mulut aku tidak lagi mampu untuk berkata-kata. Aku…bagaimana aku boleh tak sedar Encik Hazwan adalah salah seorang kawan baik Shah! Tapi masa tu pun bukannya aku fokus pada muka diaorang..suara je yang clear..

“I’m so sorry Syafikah…I caused the missunderstood between you and him before..i..i know this is unexpected..that’s why I’m really sorry…” aku terundur dua kali dengan pengakuan dia. Tak terkata dan tak terucap…bingung dan blank sepenuhnya. Aku tak sangka sungguh..

“Jadi Encik Hazwan kawan Shah? Masa itu?”

“His best friend ..until now..” haaa?

“Tapi kenapa baru sekarang beritahu saya?”

“Sebab saya tidak tahu langsung saya adalah punca perceraian kamu berdua…saya tahu dari doktor Shah yang handle..i’m just joking around that time..i bet you..”

“Apa-apapun dah terlambat…benda dah jadi..kami pun dah bercerai…” aku potong kata-kata dia. Tak nak dah fikir soal yang dah lama. Aku sandarkan tubuh ke pokok mengingatkan penyesalan diri. Rasa macam tak guna dah cakap benda ni…

“But you should acknowledge what his condition right now..” aku automatik berpaling ke arahnya mengharapkan kata-kata itu diteruskan.

“He’s getting worse…” hah? Shah sakit?? Sakit anxiety tu?  Sebab aku tinggalkan dia dulu ke?

“Anxiety Shah tambah teruk..dia pengsan..sebab dah diserang panic attack…”

“Dimana Shah sekarang? Bagaimana keadaan Shah sekarang?” aku tahu,  tapi tetap bertanya..sebab aku dah blur ditambah dengan perasaan aku bercampur rasa.

“You can pay your visit right after his doctor out from the room..”

“Doktor Shah dah keluar…” sambil matanya memandang ke arah hadapan kami. Eh? Bukan perempuan tu yang temankan Shah makan tempoh hari? Doktor Shah?

“Alright…abang kena beredar dulu…lagipun there must be something you want to discuss with him…take your time..”

“Tapi…tugas saya…”

“It’s ok..i’ll take care of it…” tutur dia senyum dan mulakan langkah kaki..namun berhenti memusingkan tubuhnya kembali.

“Ermm…one more thing..please keep it secret..of what I have been trying for the past three years hehe! Can’t believe it that you still waiting for him…that’s why you don’t fall for me…” aku ketap bibir malu tentang kenyataan itu. Sebaik Encik Hazwan beredar, aku atur langkah pelan-pelan ke arah bilik rawatan Shah. Aku ketuk pintu namun tiada jawapan dari dalam. Diam-diam aku intai melalui cermin kaca. Tidur rupanya…

Aku pusingkan tombol pintu lalu perlahan menutupnya kembali. Aku dekati dia yang tidur mengiring ke kanan dan duduk betul-betul dihadapannya. Tangan aku letak didepan menampung berat wajah. Ya Allah…separuh sedih dan terpukau dengan wajah ini. Sedih dengan keadaan dia, terpukau dengan ketampanan wajah dewasa dia…ermm. Sedar dengan status kami, aku pusingkan tubuh membelakangi dia disertai rasa kecewa. Kenangan lalu menghantui lagi..isk...kenapa dengan aku ni? Mustahil..mana mungkin kami bersama lagi…

“Shah..should we marry again…?” tidak semena-mena ayat itu terpacul di mulut aku tanpa diduga.  Jarang sekali aku meluahkan perasaan kalau bukan rasa bebanan di hati. Huhu…memalukan aje kalau dia dengar. Dahla dia dah tak suka aku..dah benci aku..hmmm. Aku pusingkan badan kembali ke posisi tadi. Alangkah terkejutnya aku dia tengah buka mata luas-luas entah dari sejak bila..

“ergh…dah bangun?” kaget dengan situasi semasa aku bertanya segan-segan.

“I’m not interested in you anymore…”

“Erk…?” terkejut dan termalu sendiri dengan kata-kata itu tapi aku pura-pura kuat.

“Maksud awak?” Ya Allah..apa aku buat ni? Aku tahu maksud dia.. kenapa aku tetap tanya lagi?

“Bukan tadi tanya perlu kahwin balik ke tidak..?” omgggg….!! Malunya aku kena sebijik! Aku lupa dia seorang yang direct to the point. Tapi aku tak nak kalah..

“Aah..yelah betullah tu. Sebab saya nak  pastikan awak sembuh dari penyakit ni..!” confidentnya kau Ika. Huhu! Sebab aku tak nak malukan diri sendiri…takkan aku nak nafikan lagi yang aku ada tanya dia macam tu tadi…? Dah lah dia belakang aku je…

Dengar je jawapan aku, dia bangun duduk..serius pula tu tengok aku. Isk..

“Is marriage was a joke to you? Now simply come  and leave as you please…” Terkebil dikata begitu. Erghh..reality lalu itu aku tak nafi.

“Atleast…saya cuba untuk sembuhkan awak…”

“I’m..I’m not your joke stuff Ika…don’t simply say it..” dia renung aku dengan pandangan sayu. Aku telan liur.. jadi tak menentu dengan pandangan itu..terpaku dan terpana, aku alihkan pandangan. Gila…bukan masanya kau jatuh hati Ika…serta bukan masanya aku layan hati dan rasa aku…sebaliknya aku sedar, peluang untuk kami kembali bersatu sekarang sudah 0%...sungguh..kenyataan ini sangat pedih dan sakit…

“Errrh…takpelah…awak..awak restlah dulu…saya balik ke hotel dulu..soal 500k tu, saya akan usahakan untuk bayar…jangan risau..” aku cepat-cepat bangun. Aku takut, makin lama aku stay sini…nanti air mata aku jatuh. Tatkala tangan membuka pintu, daun pintu ditahan dari arah belakang aku seraya mengunci tubuh aku dengan kedua lengannya tanpa menyentuh aku. Aku pusing badan  terkejut dengan tindakan dia..

“Who said you could go out from this room? I’m not done talking yet…” tutur dia menggerakkan wajahnya sehingga hanya seinci dari wajah aku. Aku hanya mampu telan air liur terhadap bisikannya itu.

“Jangan buat macam ni Shah…awak sedar kita…”

“I knew it.." Dia potong ayat aku..

"Then cure me, by proceed it..”

Share:

4 comments:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers