Tuesday, 9 February 2016

(Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 8 ]

Posted by Syau Qah at 18:44



Petang baru aku selamat sampai di kampung. Perjalanan yang hampir-hampir memakan masa empat jam sebab aku pandu slow je. Pemandu berhemah katakan? Okay, baiklah! Cukup, kau dah banyak puji diri sendiri. Hehe..

Sampai saja di perkarangan rumah, kereta aku parkirkan saja di garaj tanpa toleh kiri dan kanan kawasan rumah. Bukan apa, letih sangat! Mama pula sudah berada di muka pintu. Mungkin kerana mendengar deruan enjin kereta aku masuk ke kawasan rumah.

Aku senyum simpul melihat mama yang masih setia menunggu aku. Aku segera keluar dari perut kereta.

“Assalamualaikum mama..” aku hampiri mama lalu terus menyalami dia.

“Waalaikumsalam..sihat?” tanya mama sambil menghulurkan tangan menyambut tanganku.

“Alhamdulillah mama..Ika sihat..mama?

“Alhamdulillah, sihat orang tua..” balasnya melemparkan senyuman.

“Eh kejap ma, Ika ambil beg dulu…” aku kembali ke kereta membuka bonet belakang. Mama cuma memerhati aku..selesai mengeluarkan semua barang, aku menutup rapat bonet kereta. 

“Haa baru sampai?” kepala aku terus ke arah suara itu. Aku sengih kepada kak Fiza yang sudah tercegat di depan pintu sambil mendukung anaknya Farish yang baru berumur setahun setengah. Sama seperti ibunya, Farish juga turut sengih. Sebijik!

“Baru je kak..” balas aku seraya mengangkat barang menghampiri mama dan kak Fiza. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kakak pula. Beg  aku sudah letak ke tepi pintu. Aku pandang budak Farish yang memang tidak dinafikan tahap kecomelan dia tu.

“Eiihh~ geramnya budak kecik ni..” sambil tangan aku mencuit sikit pipi Farish yang makin lama makin tembam.

“Mari dekat mak ngah” aku depangkan tangan cuba menyambut Farish. Tapi seperti selalu, Farish tak nak! Huhu sampai hati. Muka aku ni nampak garang ke apa? Bengis ke?

“Amboi, datang-datang saja nak dukung budak. Mandi dululah, busuk!” jerkah kak Fiza. Sepintas tangan dia menarik Farish rapat ke pelukannya mengelak aku dari mengambil budak comel itu.

“Ek eleh kak ni..yelah..yelah..!” aku muncungkan mulut sekilas melirik mata pada kak Fiza. Kak Fiza ketap gigi geram.

“Abah mana mama? Abang Ijat?” mata aku giat mencari-cari kelibat abah dan abang iparku. Kedua-dua mereka, biasanya pergi memancing. Maklumlah, se-geng katakan?

“Abang Ijat dekat atas..tengah rest..tidur…”..jelas kakak menjawab segala persoalan aku.

“Abah pula keluar..” katanya nak beli buah. Kali ini mama pula yang menjawab.

“Ohh…” aku mengangguk-angguk dengan penjelasan kedua-dua mereka. Rupa-rupanya telaan aku salah belaka. Hehe!

Badan aku baringkan sekejap di atas sofa dan memejamkan mata. Tangan automatik meraup wajah aku yang kelesuan. Mama sudah hilang entah kemana. Tak perasan pula aku ke mana mama pergi.

Sementara kakak pula sudah naik ke atas..tidurkan Farish yang agaknya nak tidur sebab dari tadi kerap mengosok mata.

Baik aku naik atas jap! Aku desis kecil apabila sedar sofa tempat aku baring rasa tidak selesa dibadan. Aku bangkit, bangun mencapai beg yang tadinya aku biarkan di tepi pintu. Tengah aku menaiki tangga, mama memanggil aku.

“Ika, dah makan ke belum?” aku pusingkan tubuh memandang mama yang berada di bawah tangga dengan senduknya di tangan. Aku kerut dahi pelik namun tersenyum dengan tingkah mama.

“Hehe, nanti jelah mama..Ika naik atas rehatkan badan sekejap..lepas tu barulah Ika turun..” jawab aku tersengih. Sebenarnya aku nak mama rehat. Bukan disebabkan aku, mama jadi sibuk. Tapi naluri ibu, aku faham..kesian mama…

“Aaah..yelah. Kalau lapar, turun ye..? Makanan sudah mama masakkan..kalau nak makan nanti, panaskan je...” balas mama selamba pusingkan badan lalu menuju ke arah dapur. 

“Baik ma!” balas aku separuh menjerit. Aku terus saja ke bilik tidur aku yang terletak berhadapan dengan bilik Kak Fiza. Segera aku labuhkan badan ke atas katil dan cuba untuk merehatkan badan.

Oleh kerana aku sudah solat asar di masjid tadi, aku tidak segan-segan melelapkan mata! Alangkah bestnya. Aku peluk erat bantal peluk yang sudah lama dirindui! Sedap! Kalaulah sekolah tempat aku mengajar hanya sekilometer dari sini, kan bagus? Aku mula berangan-angan.

* * *
Usai solat isyak semalam aku terus lelapkan mata. Tak pernah-pernah aku tidur begitu selesa selepas aku berpindah ke tempat kerja baru. Yelah, sentiasa sibuk dengan kerja sekolah! Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Matahari sudah naik sedikit. Hari ini aku turun agak awal sebab nak tolong mama siapkan sarapan. Nak ambil pahala lebih katakan. Hihi…

“Aik?! Sorang je mama?” tanya aku sambil angkat kening. Body language turut memainkan peranan.

“Memang hari-hari seorang je pun!” balas mama mencebik bibir dan meneruskan kerjanya. Nada rajuk mama turut ada.

“Alaa mama ni..merajuk eh? Janganlah macam tu ma..” aku peluk mama dari belakangnya. Best pulak peluk mama pagi-pagi! Hiks..mama cuma tersenyum menerima pelukan dari aku. Hangat tubuh mama memberikan aku rasa keselesaan yang selalu dirindui sebelum ini.

“Ni haa, drama apa pulak pagi-pagi ni?” jerkah kak Fiza tiba-tiba menerpa diantara kami membuatkan aku dan mama terkejut.

“Opocot!” melatah mama dibuatnya.

“Kak Fiza ni, memang selalu macam tu tau! Salam pun tak, terus je jerkah orang..nasib baik kita orang tak kena heart attack.”  berang aku. Kala ini aku menjeling tajam ke arah kak Fiza sebab dah geram sangat!

“Eleh! Sikit je pun…” balas Kak Fiza sinis.

“Ish~ kau orang ni. Dahlah dua orang je. Pun masih bercakar?!” mama sudah menjegilkan mata melihat kami. Haa~ tak nak diam lagi?

Aku mengetap bibir, langsung tersengih dengan amaran mata mama. Kak Fiza juga sama. 

“Hihi gurau je mama, senaman pagi!” kata Kak Fiza beralasan. Jelas Kak Fiza takut. Tau takpe kan! Lain kali buatlah lagi. Haha!

“Haa dahlah…sediakan mana yang patut. Kejap lagi abah nak turun tu!” gesa mama  kepada kami. Apa lagi, sempat kak Fiza jelirkan lidah kepada aku sebelum menjalankan tugas-tugasnya. Isk..macam budak-budak!

Tidak lama kemudian abah masuk ke ruang dapur. Abang Ijat pula menyusul 5 minit kemudiannya. 

Tapi..kenapa eh abah diam je hari ini? Aku bermonolog bertanya di dalam hati. Melihatkan tingkah laku abah aku mulai cuak. Resah mula melanda diri. Dan aku separuh risau juga jika punca tingkah laku ayah berdiam diri disebabkan aku! Mana lah tahu, kut-kut tiba-tiba budak tu datang menemui abah tanpa pengetahuan aku?! Mahunya aku ditelan mentah-mentah?

Aku mengangkat nasi goreng yang awal-awal lagi mama masak. Kak  Fiza pula sibuk membuat air teh, milo dan kopi-o. Kak Fiza memang aware tentang minuman kegemaran setiap isi rumah. Sebab tu, dia hidangkan air sampai tiga jenis! Hehe..

“Farish belum bangun lagi bang?” tanya kak Fiza kepada abang Ijat. Ketika ini abang Ijat sudah duduk di kerusi meja makan bersama abah.

“Belum lagi, jap lagi bangun lah tu..” balas abang Ijat seraya melemparkan senyuman ke arah kak Fiza, seterusnya pada kami. Apabila semuanya sudah duduk di kerusi, mama mula menyendukkan nasi ke pinggan.

“Abah nak kemana hari ini? Kalau tiada apa-apa rancangan, kita pergi memancing? Abah nak tak?” ajak abang Ijat kepada abah sambil tangannya menyuapkan sesudu nasi goreng ke mulut. Abang Ijat memang mesra dengan abah walapun hubungan mereka hanya mertua dan menantu. Abah yang tengah menguis-nguis nasi sudah tersenyum-senyum apabila perkataan memancing terpacul di mulut abang Ijat. Yelah, bukan tak tahu..abah memang kaki pancing nombor satu keluarga kami! Heheh..

“Hemm..hati memang nak saja! Tapi bukan hari ini!” jawab abah seraya menguntum senyuman kepada menantunya. Lega hati aku melihat abah sudah mula berbicara. Nampaknya aku cuma salah faham je..heishh~

“Selepas ni, abah nak bincang sesuatu dengan Ika…” tiba-tiba abah bersuara mengenai aku membuatkan aku serta-merta terbatuk. Hampir saja nasi goreng dalam mulut aku tersembur keluar. Abah memandang aku tanpa riak. Mama pula dah jeling tajam ke arah aku. Sorry mama, Ika tak sengaja!

Kak Fiza dan suaminya memandang abah dengan rasa penuh tanda tanya. Kemudiannya mereka berpandangan sesama sendiri. Sekilas kak Fiza mengangkat kening kepada aku cuba untuk bertanya apa sebenarnya yang berlaku. Aku cuma angkat bahu saja. Yelah, manalah aku tahu apa abah nak bincang selepas ni?

Mama mesti dah tahu ni sebab aku sedia maklum mama yang nak sangat aku balik hari tu. Nak je aku korek pasal ni dari mama sekarang..tapi keadaan tak mengizinkan. Tak kan aku tarik mama keluar dari dapur semata-mata nak tahu pasal ni? Hisk..

“Pasal apa abah?” aku cuba bertanya. Mata aku kini terkebil-kebil menanti jawapan dari abah. Nasi goreng dimulut terasa seperti pasir untuk ditelan. Jantung dari tadi sudah berdebar-debar kuat. Bibir sekali-sekala aku ketap mencari jawapan. Mungkinkah pasal Shah? Aku seperti tidak sabar menanti jawapan dari abah..namum, pada masa yang sama aku begitu risau. Risau tentang apa yang bakal dibincangkan!

“Hem, makanlah dulu..” Haaa? Itu je abah jawab??? Rasa nak nangis!

0 comments:

Post a Comment

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea