Thursday, 12 May 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 34 ]

Posted by Syau Qah at 08:47

“Tek!” bunyi jari dipetik dihadapan mata membuatkan aku terkejut serta-merta. Aku angkat wajah.

    “Ohh…awak.” Cikgu Imran berdiri disisi sebelah kanan justeru melabuhkan punggung dihadapan aku.

“Apasal? Termenung jauh nampak?” tanya dia sedikit tersengih dengan tingkah aku.

    “Takde…” nafi aku. Memang pun, sebab aku bukannya termenung. Ni ha, tengah menyibukkan diri mencuri dengar hal mengenai Shah. Fuh~

    “Sebab tu?” soal Cikgu Imran sambil menjuih mulut ke arah beberapa teman sekolah Shah. Aku senyap tunduk wajah. Tidak mengiyakan dan tidak menafikan soalannya.

    “Shah tu…” tanpa sengaja aku sebut nama Shah. Apabila sedar, aku berhenti.

    “Hem?”

    “Eh, takde pape. Hehe..”

“Mana awak pergi eh? Lama tak nampak?” aku alihkan perbualan.

“Kursus!” jawab dia ringkas. Senyuman dia mekar dibibir.

“Ohh ye ke…patutlah sejak akhir-akhir ni kerusi awak kosong je..”

Dia tertawa. Agaknya kata-kata aku itu membuatkan dia geli hati.

“So? Macam mana dengan ujian bulanan kimia pelajar baru-baru ni? Ada perubahan? Peningkatan?” soal aku kepada dia mengenai prestasi pelajar kimianya sebab tempoh hari, dia ada kongsi kerisauannya pada aku pasal perkembangan pelajar dia mengenai subjek kimia.

“Alhamdulillah, ada kemajuan setakat ni..” jawab dia.

“Kalau dikekalkan semangat dan ditingkatkan usaha, insyaAllah boleh maju lagi kedepan!” ujar dia menyambung kata-kata. Ada semangat pada kata-kata dia kali ini.

    “Alhamdulillah…dan inshaAllah, sama-sama kita doakan..” aku turut sama meraih kegembiraannya. Bertuah anak murid memiliki seorang guru yang berdedikasi seperti Cikgu Imran. Penyayang dan amanah pada tugasnya. Mudah-mudahan bukan sahaja anak muridnya, bahkan keseluruhan pelajar disini tidak mensia-siakan ilmu yang disampaikan oleh guru kepada mereka.

    “You?”

    “Hurmmm…keputusan memang okay, cuma belum mencapai standard yang saya nak….tak macam bulan-bulan lalu..” balas aku sedikit kesal dengan keputusan ujian sejarah pelajar aku kali ni.

    “Okay tak dengan markah 75 peratus sebagai markah paling tinggi sejarah?” soal aku meminta pendapat darinya.

    “Sejarah..with 75 persen as highest marks. You should ask someone to find your answer. Not me! Hehe!” katanya mula berbahasa English. Almaklumlah, ajar subjek kimia.

    “Ohh..gitu pulak?” aku kerut dahi bingung dengan jawapannya.   

***

Aku terhenti sekejap memberi penerangan kepada pelajar mengenai sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia kerana adanya mesej yang masuk ke dalam inbox message handphone aku. Baru sekarang dia balas ye? Dari tadi aku tunggu.

“Assalamualaikum Ika, datang ke office Shah lepas balik dari sekolah nanti ya?” apa? Dia langsung tak menjawab soalan aku!

“Jawab soalan saya tu dulu, baru melencong pada cerita seterusnya. Okay? -_-.” balas aku.

“Okay, okay..Ika datang office dulu. Baru Shah beritahu. Okay ;)?” Fuh! Geramnya aku. Dia memang sengaja memancing aku pergi ke tempat dia.

“Ok!” tanpa fikir panjang, aku terus membalas dengan kenyataan setuju kerana minda aku masih dengan subjek sejarah ni! Huhuh~

Mulut aku kembali bising dengan memberi penerangan pada pelajar aku. Pening jugak kepala aku pasal benda ni. Satu fakta yang hanya perlu difahami sahaja. Aku dah kata, jangan hafal! Hafal sikit je sebab benda ni kalau difahami lagi besar impak baik yang kita dapat. Tapi itupun pelajar aku tak nak dengar! Sabar je lah..

Dahlah aku rasa letih ya amat. Huhuhu..dapat pula pelajar-pelajar yang paling istimewa. Student bertuah!

“Baiklah, sekarang cikgu nak bagi keputusan ujian sejarah kamu baru-baru ni…” sebut je keputusan ujian. Semua pelajar masing-masing pakat berpeluh. Fuh! Nampak sangat dia orang ni tak ready dengan ujian tu. Adeh..

“Markah paling tinggi 75 peratus je..susah ke soalan yang cikgu bagi?”

“Susahlah cikgu…” jawab salah seorang dari mereka.

“Yeke…?” kala ini aku sudah mengeluh kecil, bingung dan risau. Susah sangat ke? Hem..lepas ni nak menjawab pada pengetua lagi..argh! Apa aku nak jawab pasal ni..huhu.

Tamat waktu kelas aku, aku segera ke bilik guru untuk mengemas meja dan beg galas aku. Almaklumlah, dah tamat sesi persekolahan.

“Cikgu Syafikah!” laungan satu suara dari belakang aku. Kepala aku terus dipusing. Aku tersenyum. Cikgu Imran dengan buku teks kimia ditangan. Agaknya dia juga baharu saja menamatkan kelas dia.

“Ohh..dah nak balik?” soalnya apabila menyedari aku sudah bersedia untuk keluar dari bilik guru itu.

“A’ah..ada hal sikit hari ini.” jawab aku.

“Oh yeke?” riaknya seperti ingin mengatakan sesuatu.

“Kenapa? Kita ada tugas lain ke hari ini?” soal aku justeru ke papan kenyataan bagi memastikan agenda kerja hari ini.

“Eh takdelah..”

“Oh, kalau macam tu saya balik dulu.”

“Okay!” balasnya. Selepas tu aku terus tinggalkannya. Apa yang dia nak tadi eh? Macam ada sesuatu. Aku pusingkan tubuh ke belakang, dia masih berdiri memerhatikan aku dari jauh.

***

“Awak, mana bangunannya ni? Saya dah lama pusing-pusing dekat kawasan sini tapi masih belum jumpa. Hujan ni..” aku bertanya di talian. Dalam suratkhabar, ‘bising’ pasal syarikat arwah ibu mertua yang makin naik sebelum ni. Tapi aku tak pernah tahu dimana letaknya bangunan itu. Tak pernah ambil pusing pun. Manalah aku tahu kut-kut anak tunggalnya tu jadi suami aku pulak! Aku tak bersalah tahu tak? Huhu.

“Park dekat mana-mana parking kosong, nanti Shah ambil Ika eh..” macam biasa, lembut saja suara itu di hujung talian.

Aku terus memarkirkan kereta ke kawasan yang berhampiran. Aku mengambil payung yang berada di tempat duduk penumpang dan terus dibuka setelah keluar dari kereta. Aku ke tempat yang berhampiran dan agak terbuka agar dia mudah mengesan keberadaan aku.

Isk! Sejuknya..dahlah lebat. Aku pandang pada langit. Hitam!

Tidak lama aku berdiri disitu, bibir aku mekar dia muncul dihadapan aku dengan sebuah payung.

“Jom..” ajak dia. aih? Lain macam je dia ni. Tadi bukan ke dia lembut bukan main? Sekarang ni lain pula. Penat agaknya? Aku menebak ketika melihat pada wajah dia. Hemm..

Aku mengekori dia dari belakang. Waah! Nampaknya syarikat milik mereka ni dah makin maju. Aku pandang keliling apabila masuk ke sebuah bangunan.

“SHARAIDAH GROUP.” Aku patut sudah tahu dari awal lagi dimana tapak bangunan syarikat mereka ni sebab nama syarikat ni besar gedabak terpampang didepan pintu masuk! Adehh..sebab kau pintar yang amatlah kau tak jumpa Ika!

Kami kemudian melalui satu ruang pejabat. Kelihatannya semua staff sedang sibuk dengan kerja mereka. Ada juga mata-mata yang melirik ke arah aku dan Shah. Pandangan yang cukup pelik pada aku. Agaknya  mereka fikir aku ni pekerja baru?

“Lunch time?” seorang staff perempuan menegur dia yang berselisih dengan kami.

“Thanks. But not today.” jawab Shah ringkas. Dia sedikit memaparkan senyuman pada staff dia. Aku terfikir sejenak, Shah begitu muda. Boleh ke dia galas tanggungjawab dia sebagai pembantu pak ngah. Hemm..barangkali dia masih dalam proses belajar. Nasib baik juga syarikat ini diterajui oleh pak ngah. Kalau tak, apa yang berlaku?

“Oh yes, just tell them not to disturb us for awhile.” ujar Shah kepada staff itu. Agaknya setiausaha dia. Aku tebak je. Wajah orang itu jengkel melihat aku disebelah Shah. Aku kerut dahi naik hairan namun aku abaikan begitu sahaja perasaan itu.

Kami masuk ke bilik pejabat yang tertutup rapat. Setelah dibuka, bulat mata aku. Bertimbunnya kerja! Kerja apa yang dia buat sampai begini banyaknya? Aku bermonolog setelah melihat pada meja kerja yang sarat dengan fail-fail kerja. `Dia menutup rapat kembali bilik pejabat dia. Aku kaku berdiri di satu sudut. Tanpa kata dia terus melabuhkan punggung ke sofa seraya sandarkan tubuh.

Eh? Mata dia dipejam rapat seolah-olah melepaskan lelah.

“Ergh…awak..awak okay?” soal aku segan. Tujuan utama aku ke pejabat itu dilupakan sekejap. Aku membuka langkah dan menghampiri dia.

“Emm..” jawapan dia ringkas. Mata masih rapat. Aku curiga. Dia sakit ke? aku terus melabuhkan punggung ke sisi dia. Jari aku automatik memegang dahi dia.

“Ya Allah, awak demam ni!” dia masih diam. Jari aku turun ke leher dia pula. Panas!

Aku bingkas dan bergegas ke bilik air membasahkan sapu tangan yang ada di poket baju kurung aku. Aku kembali semula ke sofa. Dia kini sudah terlentang diatas sofa dengan tangan kanan diletak di dahi. Aku lap-lapkan leher dia kemudian terus melekapkan sapu tangan yang basah itu ke dahi dia. Hemm..kesian pula aku tengok dia.

Aku labuhkan punggung di sofa atas kepala dia. Melihat dia tidak begitu selesa dengan keadaannya, perlahan-lahan aku angkat kepala dia dan diletakkan sempurna ke ribaan aku. Entah kenapa hati aku tergerak untuk berbuat demikian. Kepala aku dipaling kembali ke meja pejabat dia. Kalaulah aku reti nak buat kerja tu, nak jugak aku tolong.

Aku buang pandangan di luar bangunan..hujan masih lebat. Isk~ mengantuk pulak aku. Nasib baik jugak, aku sudah sempurnakaan solat zuhur aku sebelum datang ke sini. Kalau tak, bertepuk tangan syaitan dan iblis pada aku. Huhuhu..

Belum sempat aku lelapkan mata, Shah cuba bangun.

“Eh, awak nak ke mana ni?” soal aku menahan tubuh dia dari bangun. Dengan dahi yang berkerut menahan sakit, dia tetap bangun.

“Nak ke tandas..” jawab dia lemah. Langkah dia lemah menghampiri pintu tandas. Dia ok ke tak ni? Aku mulai risau dengan keadaan dia.

“Nak saya tolong?” soal aku yang sudah berdiri di belakang dia.

“Takpe….” jawab dia ringkas. Aku ketap bibir. Degil!

Aku bersandar pada dinding tandas menanti dia keluar. Agak lama. Risau aku dibuatnya. Yelah, kang pengsan..jenuh juga tau nak angkat dia! Kenapa lama sangat? Jangan-jangan dia pengsan tak? Pelbagai andaian di fikiran aku. Nak je aku terbalikan pintu tandas ni ha. Nak pastikan dia sama ada dia okay ke tak. Iskk..

15 minit selepas itu dia keluar.

“Awak okay ke tak ni? Kita ke klinik nak?” aku pusing ke kiri dan kanan dia meminta persetujuan.

“Tak perlu..Shah dah ok sikit..” jawapan sangat ringkas.

“Tapi pasal apa lama sangat dalam tandas tadi?” dahi aku berkerut.

“Tertidur!” erk?? Sempat lagi tidur? Buat aku risau je dia ni.

Dia labuhkan tubuh terus ke sofa. Serba salah aku dibuatnya. Seolah-olah apa yang aku buat, semuanya serba tak kena!

“Awak nak makan panadol? Saya ada stok dekat kereta..” ujar aku mendekati dia.

“Tak..”

“Habis tu?” aku makin bingung. Susah aku nak fahami dia ni.

“Tolong ambilkan air 100plus dekat peti sejuk tu..” arah lemah. Serta-merta mata aku mencari kelibat peti sejuk yang dimaksudkan.

Bulat mata aku bila pintu peti sejuk itu dibuka. Banyak sungguh stok minuman 100plus dia. Dia ni peminat minuman ni ke? Dahi aku berkerut seraya paling sekilas ke belakang melihat dia. Aku kembali kepada dia selepas mengambil sebotol minuman dan gelas di tangan.

“Awak nak minum sekarang?” aku bertanya. Tindakbalas dia hanya mengangguk. Selepas menuang air minuman itu, dia mencelik mata dan terus minum sebaik mengambil gelas itu dari tangan aku. Berselera sungguh! Seolah-olah dah seminggu tak minum. Sangat haus. Isk..

“Panadol tak baik untuk kesihatan..” kata dia tiba-tiba. tubuh aku terundur sedikit. Apa taknya, tiba-tiba cergas bercakap. Demam entah kemana?

“At least, minuman ni mengembalikan tenaga yang hilang..dia ada garam mineral!” ujar dia menyambung. Ish-ish-ish…dari minum ni, baik minum air kosong. Kalau nak rasa air elektrolit original, aku boleh buatkan! Apa dia ingat, aku tak pandai sains ke? Haha! Puji diri sendiri. Aku mula mengingat-ingat cara-cara membuat air elektrolit itu. Setengah sudu teh garam dan segelas air. Gitu ke? pandai sainslah sangat! Hehe..

“Duduklah dekat sebelah sini..” ajak dia sedikit tersenyum. Tangan dia ditepuk-tepuk pada tilam sofa. Aku yang memang sedia bingung turutkan saja.

“Tumpang kejap..” tutur dia seraya melabuhkan kepala dia di ribaan aku. Senyuman dia lebar. Mengada-ngada betul lah dia ni! Mata aku sudah sepet merenung dia. Dia mengangkat kening beberapa kali pada aku. Perli aku? Aku pegang dahi dia, masih panas jugak! Kalau tidak, aku dah lama humban dia ke lantai! Isk..

“Wangi..” ujar dia menambah nakal. Aduh geram sungguh aku dengan dia ni!

“Dah siiihaaattt???” aku besarkan mata bertanya. Bibir pula dicebikkan.

“Kalau dah sihat….” aku suruh dia bangun dengan isyarat tangan. Memandai!

“Aduhh~ sakit. Kepala ni berdenyut-denyut!” ujar dia tersengih sambil tangan elok memegang-megang dahi. Entah betul ke tak dia sakit kepala. Pening aku dengan perangai dia ni. Huh~ sabar jelah..

Tidak lama itu, dia tertidur kembali. Aku menatap pada redup wajah dia. Perlahan-lahan aku membelai rambut dia yang lurus. Makin lama aku tenung..ada rasa yang sukar aku pastikan apakah ia…..

Lamunan aku belum jauh, tiba-tiba pintu bilik pejabat Shah dia buka dari luar. Aku terus berpaling pada daun pintu.

Afif!? Aku sedikit tersentak. Ternyata dia juga sedikit terkejut dengan keberadaan aku di bilik itu. Eh? Kenapa pula Afif boleh kerja dekat sini? Bukan ke dia ambil jurusan yang sama dengan aku?? Shah pula terus mencelik mata sebaik menyedari ada seseorang yang masuk di bilik itu. Dia seraya bangun dan duduk di sofa.

Afif yang kelihatan bengang terus ke meja kerja Shah mencari sesuatu.

“Shah, dekat mana kertas cadangan untuk projek terbaru tu?” soal dia terburu-buru tanpa berpaling pada kami. Agak-agak lah sikit, Shah tu kan demam..

“Ohh..kejap.” jawab Shah pula lalu bingkas mendekati Afif. Setelah lama mencari, akhirnya buku setebal seinci itu ditemui dan kini sudah di tangan Afif. Dia kelihatannya membaca sekilas kertas cadangan itu. Aku sedar, dia sekali-sekala menoleh pada aku.

“Yang ni dia sudah tahu?” soal Afif sambil jari dia memegang pada sekeping kertas kecil pada Shah. Aku terus berpaling kepada mereka berdua. Benda apa yang dikata? Aku tertanya-tanya. Shah sekilas pandang aku dengan pandangan serba salah.

“Belum..” jawab dia ringkas. Sebenarnya apa yang aku tidak tahu? Pelbagai persoalan yang menerjah pada benak aku.

***

Haih~ nampaknya aku terpaksalah jadi driver dia malam ni. Memandangkan, dia sendiri pun belum berapa pulih dari demam. Aku beri cadangan bawa dia ke klinik, dia tak nak. Jadi apa yang aku boleh buat adalah….jadi driver tidak bertauliah dia malam ni! Kereta dia, dia tinggalkan dekat office.

“Ika singgah Seven Eleven ye..” dia tiba-tiba bersuara di sebelah aku. Nak kata ya, aku tak sebut. Kata tidak pun aku tak sebut. Cuma mengangguk je.

Aku ke parkir yang betul-betul berhadapan dengan kedai Seven Eleven. Dia turun dari kereta dan teruskan kaki ke kedai. Beberapa minit kemudian, dia masuk ke perut kereta. Aku terus menggerakkan kereta setelah pasti urusan dia di situ habis.

“Kita berhenti di satu tempat lapang..” dia tersenyum. Aku tak pandang dia terus. Tapi menurut anak mata aku, dia sedang memerhati aku.

“Kenapa?” ingin tahu, sebab tu aku tanya dia.

“Makan!” jawab dia sambil kedua-dua belah tangan dia memegang dua cawan meggie. Aku bulat mata seraya berkerut. Aku ingatkan selama ini dia tak makan makanan segera. Kenapa aku fikir macam tu? Sebab peti ais penuh dengan makanan basah. Tiada namanya KFC, MCD dan sebagainya! Dia suka makan dekat rumah… tengoklah, masa sakit pun bukan reti telan panadol. Kalau aku, pening sikit dah telan 2 biji. Heheh…

Aku memberhentikan kereta di satu tempat lapang. Malam yang agak tenang. Bintang dan bulan berinteraksi sesama sendiri. Aku dan dia terus keluar dari perut kereta dan melabuhkan punggung di sebuah bangku panjang. Agaknya tempat biasa untuk orang singgah berehat kot sebab tu ada bangku ni dekat sini. Aku berfikir-fikir.

“Ika mesti suka meggie kari kan? Nah~” dia hulurkan terus meggie yang sudah dituang air panas masa di kedai Seven Eleven tadi. Macam mana dia tahu eh? Sedar kerana aku lama pandang raut wajah dia, aku cepat-cepat buang pandangan jauh sebelum dia sedar dengan tingkah aku.

“Ohh…” tanpa banyak kata, aku terus sambut dari tangan dia. Ditangan kiri dia mengenggam secawan meggie  berperisa ayam. Perlahan-lahan dia memasukkan sesudu meggie kemulut. Aku juga sama.

“Tapi..makanan pedas ni, jangan amalkan selalu. Nanti sukar nak dapat anak! Betul tak Puan Syafikah?” aku buntang mata seluas-luasnya. Hampir nak tersembur kembali ke cawan meggi makanan yang sudah hampir melepasi anak tekak aku. Apa hal pula dia sebut pasal anak time macam ni? Huhu..

Dia kelihatannya tertawa bahagia dengan kata-kata dia tadi. Aku pula sebaliknya. Bukan saja geram..nak je aku silat dia jauh-jauh.

“Ika ingat tak dulu, masa kita first time jumpa?” dia mula membuka mulut setelah beberapa minit kami menyepi antara satu sama lain.

“Erh?” aku terus berpaling pada dia.

    “Ingat..!” jawab aku dengan nada menekan pada ayat itu. Dia terhenti menyuap meggie ke mulut kerana tertawa.

“Awak ni…..popular jugak ye?” tanya aku sekilas berpaling. Entah kenapa ayat itu keluar dari mulut aku. Tapi aku tak kisah. Bukan ada niat jahat pun aku tanya pasal tu.

“Orang dah minat…macam mana nak tolak kan???” jawab dia mengangkat kening.  Aku pandang dia atas bawah. Amboi, bangga nampak? Berbulu jugak telinga aku ni dengar.

“Jealous?” soal dia seperti sengaja provoke aku. Kali ini dia sudah meletak cawan meggie itu di tepi kerusi seraya menyandar tubuh pada bangku panjang itu.

“Tidak pun!” jawab aku spontan. Meggie itu segera aku habiskan. Aku berfikir sejenak..

“Shah…kita ni kawan kan?”

“Kawan?” dia kerut dahi pelik.

“Bukan suami isteri ke?” tanya dia tersenyum nakal.

“Haiya awak ni! Whateverlah…” dia ni, hari tu bukan dia sendiri yang suruh aku anggap dia kawan ke? Aku cebik bibir senyap-senyap membalas tingkahnya yang berubah-ubah mengikut kehendaknya.

“Boleh saya tanya sesuatu?” soal aku bepaling pada dia. Bibir sudah diketap menahan segan.

“Em? Tanyalah..” jawab dia lembut.

“Er……kenapa ye, awak kahwin dengan saya? Awak tak kenal saya, umur saya lebih tua dari awak…saya guru sekolah awak……awak tak terfikir ke?” aku soal dia terhenti-henti. Benda ni yang aku tanya dia di perang mesej tadi. Tapi dia tak jawab sepatah! Aku segan nak tanya, tapi jujur..aku nak sangat tahu!

“Kenapa pula tak kenal?” pantas dia menjawab.

“Bila masa pula awak kenal saya?” balas aku pelik dengan kenyataan dia.

“Malam tu!” rata mata aku dengan jawapan paling ringkas dia.

“Amboi~ tak kan pasal malam tu pun awak nak ambil sebagai satu sandaran untuk berkahwin dengan saya?” bebelan aku membuatkan dia tertawa lagi. Fuh!

“Adakah sebab awak ada sahut cabaran dari kawan-kawan awak yang awak nak kahwin dengan saya? Tahulah budak-budak sekarang, suka cabar-mencabar..” aku berseloroh. Dia pula tersentak serta-merta mata dia dibulat besar toleh aku. Apa pula ni? Aku ada tersalah cakap ke tadi?

“Hey, look at me…Ika nampak Shah masih budak-budak ke?” Alamak…serius je dia. Nampaknya perkataan budak itu yang dia highlight rupanya. Dia pusingkan tubuh aku menhadap dia. Alamak~ gugurlah jantung aku kali ini!

“Sorry, saya tersasul!” aku cepat-cepat minta maaf pada dia. Aku akui dia nampak matang dari usia sebenar dia tapi hakikatnya? Dia masih berusia 19 tahun! Aku sebenarnya malas nak bergaduh dengan dia sebab tu aku cepat-cepat minta maaf.

“Heh, tahu takut.” perli dia. aku membetulkan kembali kedudukan aku yang asal. Aku pandang dia atas bawah. Geram pulak aku.

“Kalau Shah dengar lagi ayat tu, nampaknya terpaksa jugalah kotakan janji waktu sebelum kahwin dulu!” riak aku sudah pasti berubah 180 darjah.

“Janji apa pula?” dahi aku dikerut. Pandangan aku pelik pada dia yang sudah tersenyum lebar. Nakal!

“Kena buktikan dulu kot, untuk mengetahui sama ada Shah layak digelar suami atau budak!” nada dia menekan pada ayat budak. Seolah-olah dia geram sangat dengan ayat itu. Sudah pastinya mata aku terbuntang luas dengan kata-kata dia. Perlahan-lahan aku telan liur. Pandangan aku jengkel dan menjarakkan sedikit kedudukan kami. Manalah tahu dia ni tiba-tiba jadi harimau. Naya aku!

“Tapi bukan sekarang. Jangan risau…”

“Sebab tu jangan cuba-cuba nak jolok sarang tebuan! Padah akibatnya nanti. Lebih-lebih lagi status Ika sekarang ni..H.A.L.AL!” cepat betul dia bergerak berdiri dihadapan aku. Tubuh dia direndahkan dan kedua-dua lengan dia pula disandarkan pada sandaran kerusi mengunci tubuh aku dari melakukan sebarang perggerakan.

“Macam mana?” tanya dia apabila wajah di dirapatkan kewajah aku. Cemas dan cuak. Dia betul-betul serius dengan kata-kata itu.

“Eih, pergi main jauh-jauhlah!” serta-merta aku tolak tubuh dikala rasa nafas dia betul-betul berlaga dengan nafasnya. Ya Allah, rasa nak terloncat jantung aku. Apa yang dia nak cuba buat tadi??

Dia terundur dua langkah sambil tertawa dengan ketakutan aku pada dia. Berani dia cuba buat macam tu. Dia ingat aku ni bahan uji kaji dia ke?

“Dahlah, jom balik!” hilang pula mood aku nak bercakap dengan dia. Seraya aku mengangkat punggung cuba mendahului dia ke kereta.

“Ika, janganlah macam tu…I’m so sorry, Shah gurau je..please!” laju dia merentap tangan aku agar aku membatalkan niat ke kereta. Aku cebik bibir pandang dia. Tahu pula dia minta maaf..

“Please, duduklah balik.” aku ditarik kemudian memimpin aku kembali ke kerusi itu. Eigghh! Kalau ikut hati aku..nak je aku tinggalkan dia.

“Berbalik pada soalan Ika tadi…” dia labuhkan punggung. Dia tersenyum lawa. Mata dia terus ditenung pada kerlipan bintang. Cepat betul dia berubah mood. Hairan aku.

“Sebab Shah ingin rasa tenteram.” jawab dia pendek. Tenteram? Pelik…

“Maksud awak?” soal aku pula inginkan gambaran yang lebih jelas.

“Surah Ar-Rum Ayat 21. And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought. Sebab itu Shah nikahi Ika. Kerana Shah ingin curahkan rasa kasih dan sayang ini kepada kepada pasangan yang halal. Kerana ingin kita sama-sama rasa bahagia dan tenteram dalam hubungan ini…” terang dia. Spontan mata aku terkebil-kebil. Mulut hampir ternganga. Melihat pada tingkah aku yang terdiam, dia kembali bersuara.

“Jika kalimat itu susah untuk difahami, ini alasan Shah yang lain..” sambung dia lagi.

“Ika tahu kan, ada satu masa…zaman remaja kita akan sedar bahawa satu hari nanti kita akan berumahtangga?” aku diam memasang telinga.

“Begitu juga Shah…Shah sedar, satu hari nanti Shah akan bergelar suami kepada seorang wanita. Jadi kesedaran itu membawa kepada satu pencarian. Mencari jodoh yang sesuai! Bermula dari saat itu..Shah buat solat istikharah, Solat tahajud, solat Hajat dan solat sunat-sunat lain..setiap hari! Memohon agar Allah meringankan jodoh. Agar Allah memberikan jodoh yang sebaik-baiknya. Menolak soal tua atau muda..tanpa mengenal erti gelaran atau status…Dan akhirnya, I know she is you..my wife. Itulah sebab Shah kahwin dengan Ika..” kali ini aku sudah terkalih pandang pada dia. Biar betul dia buat macam tu. Ke sengaja nak memancing aku melalui kata-kata dia tadi?

“Besides…when I met you for the first time….I falling in love with you. That’s why I keep asking you, masih relevan tak cinta pandang pertama? Wujud tak cinta pandang pertama zaman ini..?”

Kepala aku terhenti bekerja.….adakah betul? Dia merenung jauh ke dalam mata aku. Aku pula sudah kaku..mencari kata-kata yang sesuai sebagai pelindung kepada hati yang gemuruh agar dia tidak dapat baca apa yang bermain di benak aku.

“Macam mana? Cair tak???” mata dia dikenyitkan. Aku tersentak seraya membulat mata.

“Cis!!” aku mencebik seraya pandang dia atas bawah. Ingatkan betul!

“Eihh! Dahlah..jom balik!” aku terus mengangkat punggung. Geram sangat sebab aku tanya serius tadi, dia pulak mempermainkan aku.

“Ika tunggulah…..” ujar dia seraya tangannya memaut pinggang aku agar duduk kembali. Dan melepaskan tangan setelah aku labuhkan punggung ke bangku itu semula.

“Dah lewat ni..” kecil saja suara aku.

“Jika kata-kata Shah tadi itu benar…..from now on, will you fully accept me as your husband?” soal dia serius tapi tenang. Dia tatap mata aku semahunya. Aku terpamit dan aku tiba-tiba kosong..

“Er….”

“Alamak! Dah 11 malam dah ni…jom balik!” aku terus mengangkat punggung dan  membolos ke perut kereta. Dia masih termangu duduk di bangku itu merenung jauh. Dia nak jugak aku jawab ke? Fuh~aku menghela nafas berat. Tidak lama kemudian, aku nampak dia mengemas bekas makanan yang kami makan tadi dan dibawa terus masuk ke dalam kereta.

Melihatnya diam dan tidak berceloteh seperti selalu, aku turut diam melayang fikiran pada perstasi pelajar aku. Aish! Kenapa aku risau sangat ni?

Sampai dirumah, kami masih dengan keadaan yang sama.

Jawapan aku pada dia……

Aku belum bersedia untuk menerima dia…kerana aku masih tidak yakin….

Namun hakikatnya kalaupun aku tolak dia…walaupun aku tak boleh terima dia….dia tetap suami aku…dia sudah sah sebagai suami aku. Apa lagi yang aku boleh buat untuk menukar status aku kepada dia melainkan berdoa agar Allah bukakan hati aku? Tapi perkara ini..aku tak luah pada dia..

Erggh! Abaikanlah. Aku membalut seluruh tubuh aku dengan conforter. Zz …

“Jangan lupa, minggu depan ikut Shah cuti-cuti Malaysia…” tiba-tiba dia bersuara. Aku terus pusingkan tubuh menghadap dia dari jauh. Matanya sudah tertutup rapat…biar betul dia nak bawa aku bercuti? Mengigau ke apa? Tiba-tiba je..kenapa tak beritahu aku awal-awal? Kalau aku ada program dekat sekolah macam mana? Isk..dia ni. Selalu buat aku kelam-kabut. Tanpa menjawab sepatah kata, aku kembali kepada posisi aku tadi dan lalu menutup mata..

Eh? Tapi dekat mana eh?? Antara dunia realiti dan mimpi, persoalan itu bermain di minda aku..

Aku berusaha untuk lelapkan mata tapi tidak berjaya..minda aku kembali mengingatkan pada kata-kata dia di bangku rehat itu tadi. Emm…aku belum pernah lagi jumpa dengan orang yang seperti dia. Betulkah masih wujud orang yang macam dia sekarang ini?…awal remaja dah buat istikharah untuk jodohnya? Bagi aku, dia sangat pelik! Tapi..jawapannya itu, membuatkan aku begitu terusik…aku suka dengan kalimah itu..aku suka dengan apa yang dituturkannya..


1 comment:

  1. best....bla la ika nk trima syah msti sweet lgi ksh syah dgn ika bla ika dpt trima syah...good luck writer...

    ReplyDelete

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea