“Grandma…im sorry to againts your will once again…”
kedengaran suara Shah sedang bercakap dengan nenek dihujung talian. Langkah aku
terhenti di hadapan pintu bilik pejabat Shah..
“Okay grandma…” talian diputuskan. Aku ragu untuk
masuk ke dalam..sebab aku dapat rasa waktu ini tidak sesuai untuk aku jumpa
dia.
“Cik..” aku automatik letakkan jari ke bibir agar setiausaha
Shah tidak teruskan berbicara. Dia angguk faham. Aku minta diri beredar dari tempat
itu tanpa memberitahu Shah. Sesudah menapak kaki ke luar bangunan pejabat Shah,
aku berhenti. Fuh…dari nada Shah tadi aku dapat gambaran nenek kurang setuju akan sesuatu..mungkinkah
sebab tak nak kami bersatu kembali?.. Entahlah..salah kami jugak sebab seolah-olah
mempermainkan perkahwinan kami..
“Wao~ look at this so called bride to be..” kepala
aku automatik berpaling ke belakang. Afif..hemm patutlah cantik betul bahasa. Aku hanya mampu kerut dahi..penat nak layan
sebenarnya.
“Aik marah? Sepatutnya gembira kut sebab dah lama
tak jumpa..” dia meluru ke depan aku.
“Bukan marah..penat sebenarnya..” keluh aku buang
pandangan ke tempat lain. Walhal dalam hati aku cuma Allah saja yang tahu apa
aku rasa..geram!
“Jom lepak minum kejap nak? Sambil sembang..”
pelawa dia.
“Afif..dahlah jangan kacau okay…aku tak nak timbul
fitnah baru..aku penat nak hadap semua..” keluh aku separuh gagah.
“Pssst..sebab Shah ke? Opps! Aku teka je Fikah…”
katanya angkat tangan sebaik sedar dengan perubahan muka aku. Seronok sangat ke
mainkan aku ni? Jangan sampai aku menyampah dahlah okay..
“Bukan…bukan okay…” nada aku seriously sangat
penat.
“Okay-okay…aku tak nak kacau. All the best untuk
kamu berdua kali ini..” ungkap dia sambil kenyit mata. Hmm..kan elok dia
support aku serupa macam ni..kalau macam ni, taklah aku sampai berat hati dan
rasa bersalah suatu ketika dulu. Dah caca marba hidup aku gini barulah konon beri
aku semangat. Afif-Afif…
Aku pandu arah tubuh aku dengan langkah kaki
malas..apa tak..kepala aku serabut dengan segala hal yang bercampur baur…
Dua minggu lagi awal persekolahan
bermula. Means aku dah menginjak 29 tahun tak lama lagi..mengambil pengajaran
kepada pengalaman lalu, persiapan untuk memulakan sesi pembelajaran aku dah
sediakan awal-awal.
“Tengok muka kau ni kan lagi teruk dari balu
kematian suami tau tak? Apa lagi yang kau risau ni Ika? Minggu depan
okay..minggu depan tarikh ijab kabul tu..” geram Fatin seraya menghirup sedikit
teh susu yang baharu sahaja aku buat tadi. Sempat tangan aku menuang air ke
kedua-dua cawan sebelum angkat punggung.
“Yeke..? Aku tak nampak muka aku…tu pasal aku tak
sedar..” jelas aku lemah senyuman. Beranda itu mangsa aku sandarkan
tubuh..lagipun rasa sejuk dibelakang aku ni. Yelah..angin sepoi-sepoi memukul-mukul
belakang tubuh aku..
“Nak aku sorong cermin tu nak?” tanya Fatin sempat
mentertawakan aku dengan jari dia ditunjukkan ke arah cermin mudah alih yang
ada di master bedroom. Kelihatan Fyna tidur tak bergerak-gerak..penat agaknya
sebab petang tadi dia asyik main pasir di tepi pantai tanpa henti.
“Aku bukan risau…lebih kepada rasa bersalah kut…dengan
apa yang jadi dekat Shah sekarang, aku ingatkan dulu aku sudah bersedia untuk
pegang title single semula…tapi aku tak sangka keterbiasaan aku hidup
bersama-sama dia selama ni buat aku lagi sunyi..” aku ke meja ambil cawan teh
yang berisi dari tadi.
“Aku faham ..tapi kau jugak yang nak sangat..makcik
pun dah pesan awal-awal kan fikir masak-masak sebelum ambil keputusan..” omel Fatin
berhati-hati..takut aku ambil hati agaknya. Nak tak nak aje ayat-ayat itu
keluar dari mulutnya..
“Ye..silap aku, tu sebab aku rasa menyesal
tinggalkan dia…” aku buang pandangan ke pantai.
“Isk..benda dah lama Ika…nak menyesal pun tak guna…yang
penting sekarang ni..”
“Aku tahu…depan mata sekarang ni yang penting kan?
Aku tahu semua tu..”
“Tapi dalam masa yang sama, kata-kata Dr Ezra tu..”
aku diam seketika apabila menyebut nama Dr Ezra..
“Dia betul…aku selfish…keputusan untuk kembali kepada Shah hanya nak sedapkan
hati aku yang selama ni rasa bersalah aje…” ujar aku sambil mata aku
memerhatikan Fatin yang sudah ada disebelah aku ketika ini.
“Tapi kau sayang Shah kan?” aku angguk mengakuinya..
“A’ah… mungkin hanya kau dan orang tertentu je yang tahu…Shah tak tahu…dia ingat aku
kahwin dengan dia sebab saman tu..tapi aku tak salahkan dia pun..” aku senyum
sinis pada diri sendiri.
“Kau tak plan nak beritahu Shah?”
“Ntahlah…tak kot. Kali ini aku biarkan hubungan ini
ikut flow sepertimana pasangan lain…maksud aku, biar perasaan dia pada aku sedikit
demi sedikit terbina tanpa terpaksa nak sayang aku disebabkan aku tengah sayang
dia..”
“Ermmm…tanpa dia tahu, macam-macam speklulasi dan
persoalan dari dia Ika..secara tidak langsung, kau yang kena banyak bersabar..”
“A’ah..aku tahu…tapi kalau dulu dia yang banyak
bersabar untuk aku, kenapa sekarang aku tidak..? Kan…” aku senyum pahit.
“Aku tahu memang pahit rasa bertepuk sebelah
tangan..tapi apa lagi yang aku perlu buat?” aku genggam cawan itu menahan rasa
yang bila-bila masa boleh meletup tanpa kawalan.
“Kau yakin ke kau bertepuk sebelah tangan?” tanya
Fatin melirik nakal.
“Tak…aku cakap aje berdasarkan apa yang aku alami
sekarang hehe!” jawapan aku berseloroh. Hiks..dengan Fatin mood aku mudah
bertukar. Sekejap boleh sedih sekejap boleh tertawa.
“Honestly.. aku rindu dia…tapi mengenangkan cara
dia layan aku..ermmm..” aku tidak mampu menahan air mata sebaik minda aku menggambarkan
senyuman yang selalu Shah lemparkan buat aku suatu ketika dulu. Gila..aku
benar-benar tak stabil sebenarnya..sebab itu aku bawa Fatin bercuti.
“Haa…jangan nangis, jangan nangis…penat kita drive
sampai ke sini tau…aku nak kita bersuka ria je dekat sini..tak nak ada drama
air mata.” Pujuk Fatin berseloroh membuat jenaka. Aku automatik ketawa dalam
tangis. Aku jatuhkan punggung ke lantai, begitu juga Fatin.
“Aku ada satu cara nak naikkan semangat kau
balik..” ujar Fatin penuh yakin.
“Macam mana caranya?” purely, aku bertanya. Cawan
tadi automatik aku letak ke tepi.
“Bak sini handphone kau..” aku tanpa teragak-agak
ambil handphone aku yang lama terletak atas meja di dalam. Sekembali, aku
hulurkan terus ke tangan Fatin selepas membuka unlock pada handphone. Cepat je
jari Fatin menekan-nekan sesuatu lalu dihulurkan kepada aku kembali.
“You are not alone…” mata aku
automatik berair. Terharu! Hanya gambar bodoh-bodoh dengan paparan sepotong
ayat itu buat aku sebak.
“Jangan sedih-sedih…aku ada okay..” pujuk Fatin terus
memeluk aku erat. Ketika ini air mata aku laju seperti hujan. Bukan pula
semangat aku naik, malah jatuh ke gaung pula aku rasa..huhu. Tapi biarkan aku menangis
kali ini…aku nak besok, aku tak nak sedih-sedih dah…
**
Fatin dan Fyna dah lama lelapkan mata….aku pula masih terkebil-kebil di
sebelah mereka berdua sementara menunggu balasan mesej whatsapp dari Dr Ezra. Tidak
lama menunggu, mesej aku dibalas Dr Ezra dengan quote sekali mesej aku
sebelumnya.
“I’m sorry..i made up my mind..”
“Anyway..good luck..”
0 comments:
Post a Comment