Wednesday 2 June 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 51 ]

 

“Jap-jap…” aku tahan Shah dari menutup daun pintu kereta. Dia lepaskan tangan menunggu aku bersuara kembali. Fuh! Aku ambil nafas.

“Rasanya banyak yang kita perlu bincang sekarang ni..betul tak?” aku senyum paksa bertanya.

“Then speak..” wahhh masam dan dinginnya nada tuhh! Naik angin pula telinga aku mendengarnya.

“Tak boleh discuss dekat sini…kita ke tempat lain boleh? Saya masuk kereta sekarang..” dia biarkan aku masuk. Sempat aku melaung mama aku keluar dengan Shah kejap. Mama kerut wajah tanda kurang setuju namun memberikan aku waktu yang sangat singkat untuk memenuhi kehendak aku. Aku tahulah..mama tak nak ada apa-apa yang tidak baik berlaku memandangkan status aku dan Shah masih bukan mahram..huhu

Tiba ke suatu tempat, dia berhentikan kereta di bahu jalan lalu menurunkan cermin kereta. Angin tepi pantai mula menampar-nampar tubuh kami yang pegun masing-masing melayan perasaan sendiri. Cahaya lampu jalan membolehkan aku melihat jelas sisi wajah Shah. Allah~ gila bayang kut aku. Rasa macam bermimpi nak kahwin dengan dia balik..huhu memang sah aku kena sumpahan.

“Sebelum kita kena tangkap basah, say it..” Ehem! Potong line betul cara dia bercakap dengan aku. Dingin sangat. Aku cemik bibir separuh.

“Ermmm….sebelum tu, saya nak tanya..betul ke kita nak kahwin ni?” huhu

“Kenapa tanya soalan tu?” Dia serius bertanya. Aku pula terkebil-kebil dijawab dengan soalan.

“Ergh…? Yelah..rasa macam tak perca…”

“Don’t jump to any conclusion…find solution how to cure me..understood?” aku senyum angguk. Tapi dalam hati aku, fuhh~ rasa disampuk hantu. Aku ingat aje pasal tu…hmmm dia nih..

“Ehem! So…kalau macam tu, kalau boleh..boleh tak cancel pasal saman 500K tu?” Pinta aku berani tapi dalam hati segan yang amat sangat.

“No..!” jawab dia tegas. Saat itu jugak aku terkebil-kebil.

“Saman tu tetap berjalan seperti sedia kala sama ada kita kahwin atau tak…sorry, adakah sebab saman itu Ika nak kahwin?” Tanya dia serius sambil matanya menatap mata aku dalam-dalam mencari jawapan. Aku jadi idle beberapa saat kemudian aku balas dengan gelengan kepala.

“Fuhh..” mengeluh lalu pejam mata. Aku disebelahnya tambah kaku.

“Awak…bukan seperti yang..” suara aku tersekat-sekat susah menuturkan kata-kata yang seharusnya aku lepaskan.

“Nevermind..” aku tersentak dia tarik muka. Jika dilihat tingkah aku, nampak seperti aku akui kenyataan Shah tadi…tapi sebenarnya tidak...bukan itu maksud aku. Aku sayang dia..tapi macam mana aku nak cakap dekat dia dalam keadaan macam ni..? Dengan wajah yang masih ketat itu, tangannya mengambil sesuatu dalam drawer. Dokumentasi itu terus dihulurkan ke tangan aku.

“Sign it…”

“This is not a contract marriage Syafikah..we married for real. It’s your responsibility to cure me.. im sure you know it very well why you should cure me.. Dan jangan anggap apa yang Shah minta tu adalah syarat untuk kita kahwin..you get it?” Panjang lebar pula dia cakap sampai aku tak tahu apa nak cakap..huhu

“Tapi..tak kan  kahwin awak dingin macam ni…” kecil-kecil aku lepaskan ayat tu sambil aku buang pandangan ke arah pantai. Antara dia dengar atau tak aje..

“It’s my behaviour after you left me…” aku gigit bibir terdiam dengan jawapan spontan dia. Allah..sedihnya aku..tapi memang salah aku. Sumpah! Air mata aku rasa nak tumpah. Aku turunkan tandatangan pada borang pendaftaran nikah lalu aku kembalikan ke dashboard kereta.

“Nanti bila tarikh dah ditentukan, Shah call…” Masih dingin.

“Hey..ehem…! I should send you home now.” Sedar dengan keadaan aku yang senyap dari tadi, ada sedikit effort dia untuk memecahkan sunyi.

“Saya nak tengok pantai jap…” potong aku meluru keluar dari kereta. Sempat aku lirik mata pada dia. Terkejut dengan tindakan aku, dia segera buntuti aku. Aku layan perasaan telusuri pesisir pantai..ntah kenapa aku tiba-tiba rasa sunyi...mungkin aku sedar dia dah tak sayang aku..aku rasa dia dah jauh dari aku..aku dapat rasa perkahwinan ini cuma plot untuk dia balas dendam dekat aku..tapi ntahla..

    “Shah..awak yang beritahu media soal saya?” tanya aku automatik menukar langkah dengan langkah kali mengundur ke belakang.

“Absolutely not…” tanpa riak, dia jawab pantas.

“Tapi…”

“Syafikah, you know im quiet well known..for sure they dig anything possible related to me..” Aku terpaksa akui perkara tu..kerana itu juga aku berhenti bertanya lebih lanjut. Aku ubah langkah ke asal membelakangi dia.

“Ermm..by the way Shah…err..saya minta maaf dengan apa yang berlaku 6 tahun lepas…” aku cuba luah apa yang terbuku dalam hati aku. Atleast, walau tahu dia dah tak suka aku..benda ni wajib aku beritahu dia. Tika itu, derapan langkah kakinya berhenti membuatkan aku juga berhenti. Aku salah cakap lagi ke? Aku pelan-pelan paling muka tengok dia.

“Did you hear what I heard just now?” aku bertanya dengan isyarat wajah apa yang berlaku.

“Syhhh…we should run anyway!” justeru itu tidak semena-mena dia tarik lengan aku berlari ke arah kereta. Aku yang bingung dan tidak faham terhadap apa yang berlaku hanya menurut seperti dipinta.

“Get in the car!” arah dia sebaik membuka kereta dengan kunci automatik. Semuanya berlaku dengan pantas. Dalam keadaan masih panik dan berdebar-debar, sempat aku bertanya.

“Apa awak dengar? Kenapa kita lari?” tanya aku masih cemas  sambil mata melilau ke luar.

“Macam ada bunyi kamera..tapi tak pasti lagi..…” balas dia dengan reaksi seperti mengingat-ingatkan hal tadi. Aku angguk kepala dengan apa yang berlaku..dalam keadaan macam ni lah orang gigih nak korek pasal Shah. Wartawan dari mana jugak tu? Tengah aku luahkan perasaan aku pula tu..iskk. Lupakan aje lah..

“Pinjam handphone kejap..” pinta Shah dalam masa yang sama sudah menghulurkan tangan. Aku serahkan handphone yang aku korek dalam beg tangan aku setelah membuka password. Dia tekan-tekan sesuatu kemudian dia serahkan kembali.

“Nah…Shah dah save nombor yang baru…”

“Wahh..baik!” aku tiba-tiba polite sebab teruja. Hihi..aku suka, aku suka!

“Jangan suka sangat..untuk urgent je…” ish..dia dapat baca pulak apa dalam fikiran aku..huhu

Sebaik menurunkan aku di perkarangan rumah, dia laju tinggalkan aku tanpa pesan. Aduhh..cakap tak ke..pesan apa-apa ke..ermmm takda langsung! Hadap jelah Ika oii…sabar jela..

***

 "Nice to meet you..” salam pembukaan dari doktor Shah. Sudah tentu doktor Shah yang sentiasa ada di sisi bila ada apa-apa event. Sehingga aku ada perasaan sangsi dengan hubungan mereka kerana keakraban mereka berdua.

“Mungkin cikgu Syafikah dah kenal saya tapi apa-apa pun saya perkenalkan diri..saya doktor Ezra…personal doktor Shah..dan juga kawan Shah…” aku tergamam seketika. Kawan? Begitu ramai kawan Shah yang aku tak tahu…sebab aku tak ambil tahu sangat soal Shah dulu..aku sibuk dengan diri aku sendiri..sibuk mencari salah dan silap dia…aku tak sempat kenal dia sepenuhnya sehingga kami bercerai dulu..

“Ohh…” aku angguk-angguk kepala. Aku lemparkan senyuman.

“Silakan duduk…saya buatkan air sekejap..”

“Ehh..takpe doktor..”

“Takpe-takpe…bukan susah sangat pun cikgu…” belum sempat aku habiskan ayat, dia potong aku dengan langkah kakinya laju ke arah pantry. Aku pula yang segan. Sebaik buat minuman, dia kembali dengan jug minuman dan biskut atas dulang.

“Maaflah sebab hubungi cikgu secara tiba-tiba…”

“Takpe…” aku tungkan air ke dalam cawan dan menunggu untuk sejuk.

“Sebenarnya saya panggil cikgu ke sini pasal kondisi Shah…status kesihatan dia..memandangkan soon kamu bakal benikah..” eh..? aku lihat doktor Ezra seperti mengetap bibir tadi. Seperti ada sesuatu yang  tersembunyi dari riak itu. Perkataan benikah itu..kecil dilepaskan dari mulut dia..

“Ohh..” aku angguk ragu.

“Selama cikgu bercakap dengan dia, ada tak dia pernah diserang panic attack?”  dia bertanya serius.

“Saya belum pernah nampak dia diserang panic attack selama ni…kenapa doktor?”

“Ohh..saya cuma bertanya..” dia tunduk menjawab pertanyaan aku.

“Begini..saya akan terangkan macam mana nak handle Shah bila dia diserang anxiety mahupun panic attack. Anxiety biasanya berlaku dengan kehadiran punca…maksud saya, apabila ada sesuatu yang menjadi pendorong untuk dia merasakan perasaan takut dan risau yang berlebihan..panic attack pula berlaku dengan tanpa bersebab…boleh menyerang bila-bila masa sahaja tanpa ada sebab..so dua perkara ni kita perlu elak sebelum menjadi lebih parah sehingga menjurus kepada panic disorder.” Aku gigih mendengar penjelasan doktor Ezra.

“Untuk mengelakkan dia dari diserang anxiety, dia perlu bertenang…berikan dia galakkan untuk tidak memikirkan masalah…”

“Terutamanya hal-hal lalu..” aku dan dia sama-sama terdiam apabila dibangkitkan hal 6 tahun lepas. Dia tahu hal kami….tapi aku tak hairan..sebab dia doktor Shah..

“Jika dia gagal mengawal perasaan takut, bimbang yang berlebihan..ini akan mendorong untuk Shah alami gejala seperti muntah..sesak nafas…paling teruk dia akan pengsan ketika sedang melalui rasa hendak mati dan sebagainya..tapi jangan risau, saya dah bekalkan ubat untuk dia menenangkan diri dari memikirkam perkara yang membuatkan  dia diserang penyakit ni..”

“Biasanya selain ubat atau jika kehabisan ubat, macam mana nak buat bila dia diserang doktor?”

“Ermm..semuanya bergantung pada diri sendiri..kena kawal minda dari memikirkan benda-benda yang boleh mengakibatkan dia resah, takut…basically ada orang yang sembuh dengan sendirinya tanpa ubat..yang penting minda kena kekal sihat..jangan fikir yang bukan-bukan..”

“Ohh..”

“Sebagai doktor..itu nasihat saya..” jelas dia separuh senyum..kelat..aku dapat rasakan ada ketidakselesaan antara kami..huhu

“Ohh..” aku angguk segan.

“Namun sebagai kawan kepada Shah..ini nasihat saya untuk cikgu..” erk? Dia serius pandang aku tepat ke wajah aku. Aku ketap bibir menanti..

“Dia dah sembuh dari penyakit ni sehingga kamu bertemu kembali, semuanya berubah sekelip mata..” aku tergamam serta merta.

“Setiap kali pertemuan kamu berdua, dia akan diserang panic attack selepas itu..”

“Maksud doktor..?” aku pelan-pelan bersuara..

“Tolong lupakan hasrat untuk berkahwin dengan dia balik! Maksud mudah, tinggalkan dia..” aku tersentak. Dalam diam aku telan liur..tidak tahu apa nak dicakapkan..

“Please.considerate…saya takut dia makin teruk selepas kamu bernikah nanti..cikgu faham kan?” aku angguk pelan-pelan.

“Tapi…saya nak cuba untuk sembuhkan dia..” aku cuba yakinkan diri.

“Dengan cara apa?” laju dia tanya balik..

“Dengan apa cara sekali pun…sebab semua ni berpunca dari saya…” aku mula rasa down.

“Atleast…rasa bersalah saya..”

“Akan kurang?” nak tak nak aku akui pertanyaan itu.

“Look..he’s been suffered since you left him…adakah kamu yakin dengan kehadiran kamu balik, dia akan tambah baik? Kenyataan cikgu ni hanya untuk melepaskan diri dari rasa bersalah pada dia..hanya nak puaskan hati cikgu…sedangkan pada pihak Shah, perkahwinan ni tak membawa apa-apa perubahan pun..malah mungkin tambah teruk…” aku gigit bibir..jadi kenapa dia setuju lepas aku offer dia tempoh hari? Kenapa nak seksa diri sendiri…? Semua ni buat aku bingung..huhu

“Ermm..nanti saya fikirkan balik pasal ni…” aku bangkit berhemah.

“Minta maaf ya cikgu..saya terpaksa berterus terang..”

“It’s okay doktor..saya pun minta maaf juga..tapi saya minta diri dulu..” air manisan yang masih penuh itu aku tinggalkan tanpa dijamah. Aku terima hakikat..sebenarnya aku terlalu selfish..jika ditanya sebab aku kembali pada Shah, aku akui memang untuk kurangkan rasa bersalah aku..tapi dalam masa yang sama, aku tidak malu untuk akui, aku masih sayang dia..Cuma bila berhadapan dengan doktor Ezra, aku malu..segan semuanya aku rasa..ermm..salah aku..jika diberikan kesempatan untuk putar balik waktu, aku tidak akan tinggalkan dia…

Pertemuan aku dengan doktor Ezra sedikit sebanyak menganggu fikiran aku..keterujaan aku untuk bersatu kembali dengan Shah kian sirna…

..maafkan aku Shah..



Ps: Saya bukan ahli dalam bidang perubatan..minta maaf jika terdapat kesalahan dalam menerangkan sesuatu perkara dalam hal perubatan..jika ada kesalahan, feel free to correct me..nanti saya betulkan. Terima kasih ^-^!

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers