Tuesday, 8 March 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 15 ]

Posted by Syau Qah at 04:40

Pukul rata, orang mengharapkan aku berkahwin dengan Afif … Kak Fiza, abang Ijat, Fatin..dan…cikgu Imran….hemm… Semua mengharapkan aku akan berkahwin dengan orang yang sebaya dengan aku. Kecuali..abah dan mama. Nampaknya kekuatan aku hanya bersandarkan restu abah dan mama…entahlah, bingung rasanya. Bukan tak percaya pada restu abah dan mama..aku tahu semua tu. Cuma macam mana aku nak yakinkan diri itu yang terbaik untuk aku?

“Kau bukan nak kahwin dengan Afif, Ika?!” aku dah agak dah, Fatin terkejut sakan bila dapat tahu aku nak berkahwin. Lebih-lebih lagi bakal suami aku tu bukan dengan Afif!

SEMALAM Fatin ada call aku, dia bawa jumpa. Hang out together konon. Tapi aku memang dah agak dah kenapa dia bawa aku keluar. Mesti pasal benda ni. Dan sah! Dia nak tahu siapa bakal suami aku!

“Jadi siapa hero bertuah dapat kau ni?” Aku hampir tercekik dengan air minuman milo pasal soalan maut Fatin.

“Cough-cough-cough!” aku urut dada. Dalam masa yang sama, telapak tangan Fatin sudah menepuk-nepuk belakang aku.

“Pap! Pap! Pap!” kuat jugak.

Pelan-pelanlah minum tu..kau ni Ika, kau cakap kau belum ada pengganti Afif. Tahu-tahu saja kau sudah bertunang, dah nak kahwin pula tu! Jemput aku pun tidak.” ada nada rajuk dari Fatin. Fatin mula melepaskan tepukannya setelah yakin aku sudah reda dari batuk itu.

Sorrylah, aku tidak sempat maklumkan..sebab semuanya berlaku dengan pantas. Aku sendiri tak menyangka bulan ni juga aku jadi tunangan orang. Kau tahu tak?” jelas aku melepaskan rasa keluh kepada Fatin. Dia yang duduk bertentangan dengan aku membetulkan kerusinya. Suasana dingin di restoran KFC tidak cukup mendinginkan suhu badan aku yang semakin naik. Berpeluh-peluh! Yaa, peluh rasa gementar untuk membuka cerita!

“Jadi, siapa dia tu?” Fatin mengulangi soalannya. Aku ketap bibir..nervous!

“Shah Imadi!” tutur aku mendatar. Mata aku ke kiri dan ke kanan ragu untuk bercerita lanjut.
“Siapa dia tu? Cikgu jugak? Atau pekerjaan lelaki idaman kau, engineer?” Fatin mengangkat kening. Macam dalam cerita P. Ramlee pulak dia tanya aku. Siapa dia Kassim Selamat?? Lawyer? Magistrate? Kejap lagi dia pasti terlopong dengan jawapan aku.

“Semuanya bukan..” aku sengaja menghentikan kata-kata. Nak tengok sejauh mana rasa ingin tahu dia.

“Jadi? Jadi? Jadi?” tanyanya berulang kali. Tak terjangka dek akal pula aku dengan rasa curious dia. Phew~

“Dia pangkat pelajar aku je. Baru 19 tahun!” Ketap bibir lagi sambil menanti reaksi Fatin.

“Apa??!!” kan aku baru saja kata tadi. Huhu! Aku mengangguk lemah memandang Fatin.

“Kau biar betul Ika? Macam mana kamu berdua boleh sampai bertunang pula? Tunang sejak kecil eh? Ditangkap basah? Atau memang kau sudah tangkap cinta dekat dia??” panjang lebar Fatin menyoal aku.

Kepala aku menggeleng pantas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

“Ala, mulut kata tak suka, tapi hati? Siapa tahu?” Fatin sempat bergurau.

Aku sudah jegil dia tajam.

“Aku seriuslah! Kau ni Fatin, macam mana aku nak suka dia? Budak lagi!”

Yelah, kau kata dia budak..tapi dia tetap lelaki! Kau faham tak maksud aku ni?”

Aku tidak dapat menjawab satu persatu soalan Fatin.

“Aku pun pening tau dengan kisah kau ni..cuba kau cerita satu-satu?” pinta Fatin.

“Panjang ceritanya..kalau aku cerita, sampai esok pun belum tentu habis.” jawab aku lemah.

“Abah dengan mama macam mana? Mereka terima?” soalnya terus menerus.

“Terima..kalau tidak terima, mustahil pertunangan tempoh hari terjadi.” 

“Hati kau?” tanya Fatin lagi.

“Aku bingunglah Fatin..Alright! Aku akui, sebelum ni aku dah mula suka dia..tapi setelah aku tahu dia adalah pelajar sekolah, hati aku ni..aku tak boleh terima.” terluah juga rasa hati aku selama ini secara lisan yang selama ni aku pendam sahaja..

“Maksudnya, kamu berdua pernah berjumpa sebelum ni?” Fatin mula keliru dengan cerita aku. Aku mengangguk mengiyakan soalan dia. Kini dia menggaru kepala.

Cancel dah tak boleh, sebab ada sebulan lebih lagi dari sekarang tarikh nikah kami.” sambung aku meneruskan cerita.

Fatin cuma menggelengkan kepala.

“Bagi aku, jalan penyelesaiannya sekarang ni adalah, kau kena buka balik hati kau tu untuk dia. Aku faham..kau tutup hati sebab kau tahu dia seperti yang ada sekarang ni kan? Ala..kau kecewalah tu!” tersenyum sinis dia sekejap.

“Aku bukan tutup hatilah…”

“Jadi?”

“Maksud aku, hati aku ni secara semula jadi tak boleh terima dia!”

Pelan-pelanlah terima! Boleh je tu!” syor dia mengenyit mata.

Ternganga dengan cadangan dia. Boleh ke aku? Dapat ke aku buka hati aku untuk dia sedang dalam mindset aku, dia pelajar aku!

“Fatin, aku tak boleh terima status umur dia! Aku nampak dia macam pelajar aku je!” Aku berterus terang.

“Macam mana kalau dia hanya anggap aku cinta monyet dia? Haru aku! Aku takut dengan umur dia..dia baru 19, aku pula 23 tahun! Takut dia main-mainkan aku!~”  mata aku sudah berkaca-kaca. Tanpa aku sedar, sebutir-sebutir air mata aku keluar dari tubir mata.

“Ish, kau ni..dia tak akan buat macam tu lah. Yakin je pada restu abah dan mama. InsyaAllah..” Fatin cuba meyakinkan aku dengan penerimaan abah dan mama terhadap Shah. Kenyataannya itu sedikit sebanyak melegakan hati aku. Nampaknya tindakan aku meluah pada Fatin tepat pada masanya. Kalau aku luah pada Kak Fiza, lagi dia gelakkan aku adalah!

Banyak yang aku kongsi cerita pada Fatin kali ini. Boleh dikatakan, hampir semua aku cerita dekat dia. Pasal Shah lah terutamanya..bakal suami aku tu! Iskk..

Dan aku pasti, Fatin turut ceritakan benda yang sama kepada cikgu Imran. Huh~ jangan lupa pula, cikgu Imran kan soulmate Fatin! Redha jelah.

* * * *
Rutin aku berlaku seperti biasa. Tapi minggu ni ada perubahan sedikit. Maklumlah, kadang-kadang sibuk dengan hari sukan sekolah. Penat juga..akulah tukang hantar makanan, aku jugalah tukang hantar minuman. Escort budak-budak pergi ke stadium. Jadi guru penasihat..hantar pelajar-pelajar ke klinik jika berlaku kecederaan kecil. Agak-agak penat tak? Lagi pening kalau ibubapa yang tidak tahu apa-apa tiba-tiba serang cikgu-cikgu dekat sekolah. Ish-ish-ish..sabar itu kadang-kadang hanya ungkapan semata-mata di bibir. Yang menangunggnya? Aku bukannya merungut, hanya sedikit meluah sebuah realiti.

Sekali-sekala mama call dari kampung. Katanya semua kelengkapan sudah tersedia. Tinggal pengantin je belum balik. Aku sekejap-sekejap gementar mengingatkan tarikh itu. Lebih tepat hari bahagia kut?? Tapi bahagia kah aku selepas ni? 

Kadang-kadang, ada jugak Shah mesej aku. Tapi tak berbalas..hemm

Kadang dia call, sepatah dia tanya..sepatah jugak aku jawab. Beginikah keadaan orang ang bakal nak kahwin ni? Huhu..ya Allah…tolong!

0 comments:

Post a Comment

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea