Saturday 9 April 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 23 ]

Aku masih lagi tidur berselimut di atas katil walaupun jam dinding sudah pun menunjukkan pukul 9.15 pagi. Tahulah hari ini kan cuti hujumg minggu..tapi, laki kau? Kau nak suruh dia sediakan sarapan untuk kau?? Aku tidak sudah-sudah berdialog sendiri. Aku tengok di bawah lantai, tilam toto sudah dikemas cantik! Iskk kemana pula dia ni? Buat aku rasa bersalah pula. Kebulur kang anak orang, apa aku nak jawab dengan pak ngah? Mak ngah lagi? Aduhh!

Aku cepat-cepat turun ke bawah mencari kelibat Shah. Diruang tamu memang tiada. Aku jenguk dekat luar rumah, kereta milik Shah masih terparkir. Aku ke dapur pula.

“Erk?!” dia buat apa ni? Aku menggaru kepala.

“Awak buat apa ni?” aku menghampiri Shah. Dia tengah goreng telur. Dimeja makan mee goreng siap terhidang! Aku bulat mata memandang hasil tangan Shah.

“Dah mandi?” boleh dia soal aku balik?

“Belum..” kata aku lemah menggeleng kepala tanpa memandang pada wajah dia.

“Dah pergi mandi dulu, lepas mandi turun sarapan dengan Shah.” Aku terkulat-kulat dengan arahan dia..tapi aku turutkan saja. Aku naik ke atas semula kemudian mandi.

Usai mandi, aku turun semula ke bawah dan terus menuju ke arah dapur. Kelihatan Shah sudah duduk di kerusi menanti aku. Aku menghampiri Shah lalu duduk berhadapan dengan dia.

“Err dah siap ke? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?” malu pun ada masa ni. Yelah, lelaki sediakan sarapan untuk isteri? Aku pula masih terbongkang tidur. Perasan masih bujang kan? Iskk

“Semuanya sudah siap.” tuturnya tersenyum.

Kami mula menikmati hidangan yang Shah sediakan. Sedap jugak! Setanding aku kot?? haha~ perasan!  Kalau dia ni perempuan..mungkin rating masakan tinggi dari aku! Heishh~ Ika-Ika. Nama saja perempuan.

“Sedap tak? Soal dia tiba-tiba. Aku perlahan-lahan mengangguk. Dia sudah tersenyum lebar. Agaknya berpuas hati dengan hasil masakan dia. Hais Shah, awak tu memang pandai memasak!

* * *

Usai sarapan, aku kembali ke bilik. Aku ada kerja yang hendak disiapkan. Apa lagi? Kerja sekolah lah..peperiksaan penggal pun sudah hampir. Aku kena siapkan kertas peperiksaan!

“Ika..” pintu bilik diketuk oleh Shah. Kenapa pulak dia ketuk-ketuk ni? Masuk sahaja tidak boleh? Macam tak biasa...aku menggaru kepala.

“Yaaa?” aku menyahut dari dalam.

“Masuk je lah”..aku menyambung kata.

Dia kemudiannya memusingkan tombol pintu bilik.

“Jom temankan Shah sekejap boleh?” dia hanya tercegat di muka pintu.

“Buat apa?” soal aku pula. Masih busy tu~

“Kita kemas rumah nak?” jawabnya spontan.

“Kalau kemas petang nanti boleh kan? Saya masih ada kerja lagi yang nak disiapkan.” balas aku yang sudah mengetuk-ngetuk penutup pen di atas meja sambil berpaling ke arahnya.

“Jomlah..bukankah tempat seorang isteri sepatutnya berada disisi suami?” katanya mengangkat kening. Aku menyepetkan mata seraya mencebik.

“Hah mula lah tu!” aku jegilkan mata. Nampaknya dia sudah mula gunakan kuasa veto dia. Mentang-mentanglah aku sudah dia ikat! Tertawa dia dengan gelagat aku. Aku ni tengah geram tahu tak? Entah apa yang lucunya.

“Yelah-yelah..” aku tutup buku kerja aku kemudian meluru keluar membuntuti dia.

Kerja mengemas rumah kami dahulukan dengan membersihkan stor. Buang apa-apa yang perlu..aku tidak tahu pula selama ini mengenai stor ni sebab aku tidak diberi kunci oleh mak ngah tempoh hari. Tapi, kalau aku diberikan kunci pun, apa kau nak buat? Bukan hak aku punn...

Hem..banyak je barang dia ni? Kenapa tidak dibuang je kalau rosak? Aku mengomel seorang diri melihat barang yang sepatutnya sudah lama dibuang terkumpul dalam satu tempat.

“Awak, ni tak nak dibuang? Tanya aku sekilas menoleh ke arah dia. Dia berhenti seketika dari menyusun barang untuk fokus kepada perbualan kami.

“Belum tiba masanya untuk dibuang..” jawabnya bercekak pinggang setelah berada di hadapan barang-barang yang aku maksudkan. Aku mengerut dahi pelik.

“Kenapa nak simpan lagi? Kan rosak sudah ni?” aku sengaja bertanya lagi kerana tidak puas hati saja dengan jawapan dia. Yelah, aku takut nanti disimpan..lama-lama stor ni jadi tong sampah!

“Kadang-kadang, parts kecik-kecik ni kita boleh potong, masuk ke dalam badan yang baru. Lagi satu, kadang-kadang komponen-komponen ni tiada yang di jual di pasaran. Jenuh nak cari kalau ada keperluan...satu saat nanti Shah buang juga tu..tidak apa, biarkan je dekat situ.” jelasnya menghentikan persoalan aku. Boleh tahan budak ni pasal komputer? Boleh minta ajar ni hihihi..

Aku mengerut dahi berfikir. Dalam diam aku mengakui kebenaran kata-kata dia.

“Ika boleh tolong ambil handphone Shah dalam beg di atas sofa?” pintanya. Aku cebik bibir berpaling memandang dia. Dia tersenyum menampakan baris gigi. Macam-macam lah dia ni. Kenapa tak ambil sendiri? Hairan aku.

“Please?”

“Ler..yelah-yelah…” aku ke sofa ruang tamu untuk mengambil beg.

“Dekat mana??” aku sedikit melaung supaya Shah dengar pertanyaan aku.

“Atas sofa, buka saja beg tu!” sahutnya membalas dari dalam stor.

Mendengar laungan Shah, serta-merta mata aku tertancap pada sebuah beg. Agaknya kerja dia berlambak sangat dekat pejabat dia kot? Sebab, beg tu nampak ‘gemuk’ je. Aku menghampiri beg tersebut lalu terus membuka zipnya.

“Erk!” Terpempan aku sekejap melihat kandungan beg itu. Aku keluarkan sebuah kotak.

“For My Beloved Wife!” aku ketap bibir sebaik membaca sepotong ayat di atas kotak itu.

Untuk aku ke? Aku masih tertanya-tanya walaupun tulisan dekat atas kotak itu merujuk kepada seorang isteri.

Hampir aku lupa tentang telefon pintar Shah. Kotak itu aku letak sebelah beg dan mula mencari-cari benda alah itu. Sekejap-sekejap aku melirihkan mata ke kotak hadiah. Selak punya selak, tiada? Erk! Biar betul Shah ni..

“Handphone tu tiada dekat situ..” tanpa aku sedar, Shah sudah berada di belakang aku. Aku terus berpaling memandangnya.

“Aik? Dah tu kenapa suruh saya cari?” Aku mengerut dahi.

“Saja, sebab nak bagi surprise.” dia mengukir senyuman lawa. Dia melangkah memintas aku dan terus duduk di atas sofa.

“Duduklah.” pintanya. Aku tanpa bicara menurut saja. Dia mengambil kotak hadiah kemudian memberikannya kepada aku. Aku sambut dengan segan. Aku ketap bibir. Isk, aku tak suka keadaan aku  seperti begini!

“Bukalah, penat Shah bungkus semalam tau tak?” aku pandang dia pelik.

Jadi, sebab ini dia lambat semalam? Aku bersoal dalam hati. Tanpa berlengah, aku terus membuka kotak tersebut. Seutas jam tangan Alain Delon masih kemas tersarung di kotak khas. Lidah aku kelu. Dia menarik tangan kiri aku. Jam tangan yang aku masih pegang diambilnya kemudian terus disarungkan ke tangan aku. Jam tangan yang sedia ada dia buka dan terus dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

“Sorry, ini saja yang Shah mampu setakat ni..” tuturnya.

“InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih..kita beli yang lebih baik..” sambungnya lagi. Pada aku, ini sudah cukup besar buat aku. Aku sendiri mana mampu beli jam tangan yang mencecah ratusan ringgit?

“Thanks..” itu sahaja yang mampu terucap. Dia tersenyum lalu terus mengucup dahi aku. Tambah aku gelabah. Isk..

“Assalamualaikum..” Tiba-iba satu suara menerpa di antara kami. Kepala kami serta merta menoleh ke arah pintu utama rumah.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers