Saturday, 9 April 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 24 ]

Posted by Syau Qah at 11:34
“Grandma?!” suara Shah kecil tapi aku masih mampu mendengarinya. Nenek Shah? Aku tak perasan pula kehadiran nenek ni tempoh hari? Maksud aku..masa nikah hari tu. Mata aku terkebil-kebil melihat sekujur tubuh seorang nenek berbangsa cina yang bertongkat masih tercegat di muka pintu. Shah terus mengangkat punggung dan menarik aku sekali menghampiri nenek itu untuk bersalam.

“Why didn't you call me before coming?” tanya Shah. Pucat semacam je muka dia. Apasal eh?

“Just checking up on you!

Erk! aku cuak dengan nenek dia yang sangat serius. Patutlah dari awal Shah dah seperti kehilangan darah merah. Hemm..

Kami mempelawa nenek Shah masuk ke ruang tamu. Sebelum membuat air, aku berlari anak naik ke bilik untuk menukar pakaian yang lebih sopan dan sarungkan tudung. Seterusnya ke dapur untuk membuat air.

Nenek mungkin nak teh kot..tebak aku.

Sebaik membancuh air, aku masuk ke ruang tamu semula dengan sejag air teh dengan tiga buah cawan.

“Ika tidak payah susahkan diri layan nenek..” katanya sebaik aku duduk di sebelah Shah. Lembut pula dia bercakap dengan aku. Buat aku lega.

“Tiada apa-apa lah nek, sekali sekala…” kata aku menjawab.

Shah kerut dahi seakan tidak puas hati. Mungkin sebab nenek layan aku lembut sikit dari dia. Ala, jealous lah tu! Aku tertawa memandang Shah. Padahal hati cuma Allah saja yang tahu macam mana rasanya gementar berhadapan dengan nenek! Huk..

“Nenek saja datang sini sebab nak beri barang…” ujar nenek senyum. Dia menghirup sedikit demi sedikit air teh.

“Apa dia nek?” tanya Shah pula selamba. Aku pula menanti.

“Encik Farid! Laung nenek sedikit tinggi memanggil. Tidak lama selepas itu, Encik Farid orang yang dimaksudkan masuk ke dalam rumah dengan membawa sebuah kotak. Melalui pemerhatian aku dari pakaian Encik Farid ni, dia pemandu nenek. Aku menebak sendiri. Kotak yang kelihatan dibalut kemas itu diletakkan di atas meja. Aku senyum memandang Encik Farid yang sempat tersengih berlalu pergi. Ermm..baru aku sedar, keluarga Shah ni agak berada jugak yer..mata aku terkelip-kelip menghadam beberapa perkara.

“Barang apa ni nek?” tiba-tiba aku menyampuk. Sesekali aku melirikan mata kepada Shah, sibuk benar tangan dia menyelak kotak sambil matanya mengintai isi kandungan kotak yang dibawa oleh nenek.

“Barang ni...”

“Kami tidak perlu ni nek.” belum sempat nenek meneruskan kata-kata, Shah mencelah. Dia seolah-olah dapat meneka isi kandungan kotak. Sambil tangannya cuba menutup kembali kotak itu. Aku automatik menyiku dia. Tidak sopan betul bercakap dengan orang tua macam tu! Aku sepetkan mata tanda tidak setuju dengan tingkah dia tadi. Bukan nak minta maaf pada nenek, malah menggeleng laju agar aku turut sama bersetuju dengan kata-kata dia tadi.

Serta-merta nenek memukul lembut tangan Shah dengan tongkatnya.

Kan dah kena? Aku tersenyum sinis.

“Ini herba.” tutur nenek pendek. Aku mengangguk sambil meneruskan hirupan teh. Shah pula mencebik bibir.

“Ini terutamanya untuk Shah, Ika pun ada juga dalam ni..herba ni untuk meningkatkan tahap kesuburan!” hampir tersembur air teh dari anak tekak aku. Shah pula sudah terbatuk kuat. Tersengih aku sebentar. Nenek mengeleng memandang kami berdua. Jangan kantoi dah lah! hiks..

“Kami ada sejarah ketidaksuburan..sebab tu nenek bawa..nenek takut, Shah kena tempiasnya!” jelas nenek panjang lebar sambil tangannya membuka kotak herba. Bau herba kuat menusuk ke hidung kami masing-masing. Shah segera menutup hidungnya dari terhidu bau herba. Tidak tahan bau agaknya? Aku okay je…

“Apalah nenek ni..belum tentu lagi Shah macam tu, dah cakap yang bukan-bukan..” celah Shah. Sedikit sahaja suaranya keluar. Berkali-kali juga Shah menggaru kepalanya kerana menahan malu.

“What’s wrong with you?!” tegur nenek sambil membetulkan cermin matanya memandang Shah. Kepalanya digelengkan melihat gelagat cucunya ketika ini.

“Ika pandai tak rebuskan herba ni?” tanya nenek kepada aku yang masih membelek-belek akar pokok herba itu. Aku ketap bibir bawah memandang nenek sambil menggelengkan kepala.

“Mari nenek ajarkan..” ujarnya sudah bangkit dari sofa. Tongkatnya tidak dilupakan lalu menuju ke arah dapur. Aku mengekori nenek dari belakang begitu juga Shah. Shah mengerut dahinya sambil menggelengkan kepala pada aku. Aku terhenti langkah. Apa maksud dia? Aku garu kepala. Kaki aku cuba melangkah namun ditahan oleh dia.

“Awak kenapa?” tanya aku hairan.

“Tidak perlulah ikutkan kemahuan nenek tu! Bau herba tu kuat sangat kalau direbus!” katanya sambil tangannya masih menutup hidung. Aku geleng kepala memandang dia dan meneruskan langkah masuk ke ruang dapur mendapatkan nenek.

“Eihh...!” kedengaran suara kecil rasa tidak puas hati dari Shah.

“Nak sediakan ni senang saja, cuma cuci dan rebus saja. Macam ni…” kata nenek. Aku mengangguk memerhati herba yang dipegang oleh nenek. Dikala itu juga Shah menarik lengan aku ke arahnya. Sibuk sangat pula dia ni? Aku kecilkan mata.

“Uwekk!” katanya kecil membuat isyarat muntah kepada aku. Aik? Pelik!

“Awak nak muntah eh??” tanya aku kecil. Ke kiri ke kanan aku memastikan keadaan dia. Kut-kut dia ni memang betul-betul nak muntah.

“Bukanlah..Ika. Ika buat!” Eh? Aku tidak faham.

“Apa? Maksud awak?” tanya aku sekali lagi. Kening aku sudah bertemu sekarang ini.

“Ika buat je! Begini, uweekk!” sambil tangannya memberi demo muntah kepada aku. Aku menyepetkan mata dan menggeleng kepala. Haihh..

“Uwekkk! Uwekk!” tiba-tiba Shah bersuara seolah-olah nak muntah. Nenek berpaling kepada kami dengan dahi yang berlapik.

“Kamu kenapa? Siapa yang nak muntah tadi?” hanya nenek serius kepada kami. Aku yang berdiri di sebelah Shah sudah cuak berhadapan dengan nenek.

“Ish. Ish. Ish...sayang nak muntah ke? Dah pregnant kot?” tutur Shah tiba-tiba. Aku cukup tersentak dengan kata-kata Shah. Terbuntang luas mata aku sekejap. Aku sengaja memeluk pinggang dia dari belakang lalu mencuit dia. Dah kenapa dengan budak ni kali ni?? Buang tabiat?

“Betul Ika dah pregnant??” soal nenek mengerut dahi.

“Kamu berdua baru tiga minggu lebih bernikah. Macam mana boleh pregnant?” soalnya lagi.

“Mana ada nek. Ika tak mengandung!” jawab aku sambil tanganku melibas-libas nafi. Aku besarkan mata menjeling dia atas dan bawah. Aih! Geramnya aku!

“Nenek ni, ada je orang awal mengandung!” sampuk Shah diantara aku dan nenek. Hampir saja aku tepuk dahi sekarang ni. Dia cuba menegakkan benang yang basah! Nenek pandang Shah dan kemudian aku. Masih laju kepala aku menggeleng menafikan hal itu.

“You, don't try lying to me! Ingat nenek tak tahu?? I'm smarter than you think! Kata nenek kepada Shah.

Opps!

“Kalaupun Ika mengandung seawal dua minggu ni, isyarat muntah untuk mengandung tu masih belum ada! Kandungan macam tu sudah sebulan dua!” tuturnya lagi sambil tongkatnya kini memukul kaki Shah.

“Aduh..aduh! Okay, I am sorry! Shah tipu je..bukan sengaja, alasan je lah nek, sebab bau herba tu kuat sangat! Mana tahan nak minum?” ujar Shah menjawab. Aku tersenyum sinis. Padan muka!

“Ohh jadi pasal tak nak minum lah sampai sanggup menipu ni?” Soal nenek keras kali ini.

“Sorry….” itu sahaja ungkapan dari Shah. Nada sedih pula dari dia.

“Jangan sesekali buat macam tu Shah. Ini soal maruah Ika. Kalau orang dengar, apa nanti mereka kata pasal Ika? Shah boleh tahan telinga ke Ika kena kata dia mengandung sebelum nikah??” mengomel panjang nenek kali ini. Herba pula terbiar di sinki. Ini semua pasal Shah. Buat onar di kala orang tengah sibuk!

Shah memandang aku lama. Dia nampak hiba..aku buat tidak tahu. Malas layan karenah dia yang masih kebudak-budakkan!

* * *

Selepas proses merebus dilaksanakan, kami kemudiannya menyejukkan herba tersebut. Setelah air rebusan herba sejuk, Shah diminta oleh nenek meminum sedikit dari air herba itu. Lebihan air herba di masukkan ke dalam peti sejuk. Nenek kata, boleh tahan dalam seminggu.    

“Ika, jaga diri baik-baik ye. Jaga rumahtangga ni. Tahulah, Shah masih muda sangat. Tapi InsyaAllah, atas bimbingan kamu..dia akan berubah cepat. Seperti selepas kematian dari ibu dan ayahnya. He's far mature than before. He's okay..don't worry darling!” Dia mengukir senyuman setelah anak matanya mengekori Shah yang tercegat di muka pintu memerhati kami. Aku mengangguk membalas senyum.

“One more thing, please help me!” nada nenek seolah-oleh merayu. Aku sudah terkebil-kebil. Nenek minta tolong aku? Tolong apa??

“Isk nenek ni, janganlah macam tu..InsyaAllah Ika tolong. Tapi....apa dia nek?” hanya sedikit suara terpacul dibibir aku sekarang ni.

“Tolong nenek pantau Shah..tolong beri dia minum herba tu...” riak nenek mula sugul. Lidah aku sudah kelu. Apa maksud nenek ni?? huhuhu

“Mudah-mudahan  dengan ikhtiar ni dapatlah nenek menimang cicit cepat-cepat!”

Erkkkkkk!!?? Rasa nak terbang kesemua gigi aku kala ini. Mata aku pula sudah dibuntangkan seluas-luasnya.

“Errhhh…” aku nak cakap apa dengan nenek sekarang ni? Mati akal aku!

“Sebab itu juga nenek bersetuju Shah berkahwin awal! Kalau ikut sejarah dari ibu, makcik dan pakcik saudara Shah..lebih kurang lima tahun ke atas baharulah penantian orang baru dalam keluarga kami berakhir. Kalau lagi lambat Shah berkahwin, agaknya lagi lamalah kehadiran orang baru dalam keluarga ni. Semua ini cuma usaha kita sahaja, selepas tu Allah yang tentukan. Ika tolong beri nenek cicit awal-awal ye!” ternganga besar mulut aku kerana terkejut besar dengan permintaan nenek. Jantung aku seperti hendak gugur dari tempat asal.

Aku cuma mampu mengangguk dengan permintaan nenek. Perlahan-lahan kepala aku palingkan kepada Shah. Perasaan aku bercampur baur. Rasa hiba jauh ke dalam hati mengenangkan keadaan nenek.

“Jangan lupa minum herba tu ye Ika!”

“Erk!” aku ketap bibir dan sekali lagi mengangguk.

“Shah, could you please come here?” pinta nenek kepada Shah yang sudah bersandar pada pintu rumah. Dia melangkah lemah mendekati kami. Setelah mendapatkan nenek, mereka berdua menjarakkan diri mereka daripada aku. Entah apa yang dibincangkan? Yang aku sempat dengar adalah pasal study Shah kerana english sepenuhnya! Barang kali bahasa komunikasi antara mereka. Baiklah, mungkin aku kena akui kebenaran fakta rasmi yang dikeluarkan oleh siapa ntah sebelum ni bahawa, bukan semua guru fasih dalam berbahasa inggeris! Huhu…

Setelah proses salam menyalami, nenek meninggalkan kami. Shah mendahului langkah. Aku terkebil-kebil ditinggalkan. Tak nak share pun dengan aku apa dia bincangkan dengan nenek tadi? Aku cebik bibir pandang dia atas bawah.

“Awak, tengah bincang apa dengan nenek tadi? Tanya aku berlari anak cuba mendahului langkah dia.

“Nak tahu?” aku tanya dia, dia tanya aku balik? Laju aku mengangguk.

“Nenek suruh datang rumah dia jika ada masa lapang!” kata dia selamba memintas aku kemudian masuk terus ke rumah.

Adoi! Nak je aku tepuk dahi..

0 comments:

Post a Comment

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea