Saturday 9 April 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 25 ]

Sudah sehari semalam Shah terbang ke Sabah selama dua minggu. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 9 malam. Aku pula tengah bersiap untuk ke perkhemahan Pengakap peringkat daerah esok. Kalau bukan pasal kekurangan ajk, aku sudah berehat di rumah dengan senang hatinya. Tapi apakan daya, kena jugak pergi. Yelah, aku kan guru mithali. Urggghh! Kalaulah Fatin dengar aku cakap macam tu..nak dia muntah hijau? Haha..oh ya, Fatin pun turut serta dalam perkhemahan tu. Yelah, satu daerah kan? Kena pula dia tu guru penasihat persatuan pengakap sekolah dia.

Akhirnya siap juga barang-barang ni aku kemas. Aku menghempaskan tubuh di atas katil sambil merenung jauh ke atas syiling. Dia tak call pun? Apatah lagi sms. Satu ayat pun tiada. Ishh..dia okay ke?

“Ika jaga diri baik-baik ye? Shah dah nak pergi ni..” masih melayang-layang kata-kata dia sebelum berangkat pergi selepas subuh tadi.

“Oh ya, satu lagi..Ika tak perlu bersihkan bilik sebelah tu okay?”

“Kenapa pula?” balas aku. Aku sedikit rasa hairan dengan permintaan Shah kali ini sebab selama ni aku bebas je keluar masuk bilik tu.

“Adalah...please ya, do not open that door!” tegas dia sekali lagi. Erk! Tegas pula?

“Okay, promise!”

“Thank you!” balas dia sambil tangannya sudah melingkari pinggang aku dari belakang. Haduh! Pengsanlah aku macam ni! suka hati dia je peluk-peluk aku. Nak bantah, aku dah sah isteri dia…dilema!!

* * *

“Pom! Pom! Pom!” bunyi hon kereta sedarkan aku dari lamunan. Apalah dia orang ni, dekat kawasan perumahan pun hon kereta?

Mana dia ni? Nak aku call Pak Ngah tanya keadaan Shah? Err..tapi, tak nampak pelik ke Pak Ngah pula yang aku call. Kenapa tidak Shah yang aku call? Purrr! Isk, tunggu je lah berita dari dia.

Aku bangkit dari pembaringan menuju ke meja solek untuk mencapai handphone yang setia menunggu tuannya. Kemudian aku hempaskan kembali tubuh ke atas katil dengan keadaan meng iring ke sebelah kanan. Tangan aku sibuk menekan butang telefon. Aku call ke tak ni?

Aku letak handphone ke atas tilam dan aku pusing-pusingkan dengan hari telunjuk mengikut arah jam. Sebenarnya berfikir..perlu ke aku call dia?

Sedang aku berkira-kira untuk menghubungi Shah, aku teringat kembali mengenai bilik yang sangat ditegah oleh dia untuk aku masuk. Entah mengapa perasaan aku membuak-buak untuk mengetahui apa sebenarnya di dalam bilik itu.

“Jangan masuk bilik tu!” masih terngiang-ngiang di telinga aku. Aku guling-gulingkan badan sambil melayan hati aku yang tidak habis-habis memujuk untuk membuka bilik misteri itu. Isk! Tak boleh, tak boleh! Aku gelengkan kepala. Kang kalau Shah tahu habis aku. lagipun, aku dah janji tak akan buka bilik tu. Tapi entah macam mana kaki aku seolah-olah bergerak sendiri melangkah ke depan pintu itu setelah mencapai kunci.

Aku perlahan-lahan masukkan kunci ke dalam lubang kunci dan terus memusingkan tombol pintu. Sebaik aku masuk ke dalam bilik itu, tiada apa yang pelik pun? Seperti biasa, macam sedia kala seperti sebelum ni. Cuma sebuah almari di tambah di satu sudut. Kaki aku melangkah perlahan-lahan, cek kot-kot ada cctv yang Shah pasang dekat situ. Haru aku kalau ada! Dahlah bak pencuri aku masuk. Hish! Tempah maut lah kau Ika.

Okay, semua clear. Tiada cctv! Aku terus ke almari itu pula. Aku pandang cermin, comel juga aku ni ye? Hehe. Perasan! Tak pernah-pernah puji diri sendiri. Ini sebab bosan. Mata pula tak nak pejam. Sebaik mengemas-ngemas rambut, aku angkat kaki dari almari itu.

Erkk??! Anak mata aku terpandang sesuatu di bawah almari. Kenapa bungkusan ini ada dekat sini??? aku matikan langkah dan serta merta aku duduk bersila sambil tangan aku memegang bungkusan itu. Hati aku mula mengeluarkan debaran. Dup dap dup dap! Aku rasa tidak sedap hati! Satu perkataan yang berulang kali timbul di benak aku..kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa bungkusan ini ada dekat sini?! Bukan ke ini yang aku beri untuk Afif suatu masa dahulu? Tapi siapa yang bawa dekat sini? Adakah Afif yang beri pada Shah..dan sengaja Shah sembunyikan dari aku?

Jari aku mula membuka bungkusan itu. Sejumlah surat dan kad ada dalam kotak itu. Aku membelek satu-satu helaian surat-surat dan kad tersebut. Sah, itu kad yang aku beri pada Afif dahulu. Arggghhh???!! adakah dia sudah lama tahu pasal aku dan Afif?

Aku mula cemas. Aku rasa bersalah!

Sampai ke tahap ni, Shah masih bersabar dengan aku. Selama ini aku tidak pernah berterus terang dengan dia soal kisah aku dengan Afif. Dan yang buat aku rasa sebak, dia masih mampu tersenyum walaupun selama ini aku tipu dia! Isk..Patutlah dia tegah aku dari masuk ke bilik ni. Rupanya dia tak nak aku tahu bahawa dia sebenarnya dah tahu pasal Afif. Hati aku rasa nak meraung je sekarang ni. Rasa bersalah yang amat sangat! Aku kemas kembali bungkusan itu lalu terus keluar dari bilik dan menguncinya. Confirm, tidur aku tak lena malam ni!

* * *

Seusai solat subuh, aku ke tempat perkhemahan itu, dalam perjalanan menuju destinasi setitik demi setitik air mata jatuh dari tubir mata aku. Rasa bersalah yang amat sangat. Aku capai telefon. Tanpa sedar jari aku membuka kotak 'new message'.

“Assalamualaikum, awak dah sampai?” aku sengaja membuka cerita tanpa bertanya isu bungkusan itu. Kalau aku tanya, maka kantoilah aku yang aku ada buka pintu tu! Kan?

Tidak lama kemudian, sms aku dibalas.

“Waalaikumsalam, dah..pagi kelmarin lagi :) ...sorry, busy sangat kelmarin. Xsempat call/sms..Ika dah dekat perkhemahan tu ke?”

“Ohh..belum lagi....” nak saja aku timbulkan isu itu. Tapi...huh!

Aku mengeluh.

“I miss u Ika…” Aku terkedu dengan sms dari dia. Dia masih seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Kejamnya aku..er..tapi..perlukah aku balas ‘i miss you too?’ tapi..kalau aku balas macam tu, seolah-olah aku dah suka dia…sayang dia..isk tak perlu. Tak perlu.

Aku merenung handphone yang aku genggam. Kerana tiada idea untuk membalas sms dia, aku abaikan macam tu sahaja. Tidak lama kemudian, aku sampai ke tempat yang dituju. Saat kaki aku berpijak di tempat perkhemahan, aku diterjah oleh Fatin.

“Eih, sekolah korang ni takde baju khas ke untuk guru pengiring?” tanya dia melihat kepada baju yang aku sarungkan.

“Apa yang pelik?” sambil aku kerut dahi merenung sekejap pada baju aku. Jari pula membelek, aku langsung bertanya kembali kepada Fatin. Dia sekilas menggelengkan kepala pada tingkah aku. Langsung aku turunkan barang-barang yang nak dibawa.

“Ohhhhhhh...isk, ada. Tapi oleh kerana aku ajk pungut, beginilah jadinya. Kekurangan ajk, aku cuma bantu je... Maka, baju pun pakai yang biasa-biasa je.” kata aku menjawab beberapa detik kemudiannya. Fatin mencebik bibir.

“Jadi tugas kau?” dia tersengih ketika melontarkan soalan itu. Aku pandang dia pelik. Kenapa pulak dengan budak Fatin hari ni?

“Tugas aku? Saat ni aku sudah memegang dagu berfikir.

“Tugas aku macam-macamlah. Aku dengan cikgu Anisa..masak buat kontenjen kami kot!”

“Hahaha!” serta-merta dia ketawa terbahak-bahak. Aku peluk tubuh sambil mata aku rata pandang dia. Perli lah tu! Aku sambung kembali mengemas-ngemas barang setelah berhenti sekejap demi menjawab segala pertanyaan Fatin.

“Aduhhh...heish, memang padan pun dengan gelaran yang kau beri untuk kau tadi. Ajk Pungut!” dia kembali ketawa. Aku geram pandang dia.

“Eih, dahlah. Aku nak ke kem kami ni. Tengok apa yang patut kena buat.” kata aku yang sudah mula mengangkat barang. Fatin turut membantu. Setelah mengunci pintu kereta, aku dan Fatin berjalan seiringan ke kem. Rentangan kain yang tertera nama sekolah aku memudahkan aku mencari kedudukan kem. Setelah sampai dan meletakkan barang, Fatin kemudiannya meminta diri untuk ke kem mereka pula.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers