“Ika, you can’t escape from me anymore!”
“Awak ni dah kenapa
Shah?! Baik awak keluar cepat dari bilik ni Shah!” dia ketawa jahat. Jantung
aku terasa hendak meloncat keluar. Ya Allah! Dia berubah tiga ratus enam puluh
darjah! Kenapa dengan dia ni??? Macam kena rasuk je...argghh tolongg!!
“Mama! Mama!..aku
laung mama dari dalam. Dia cuma ketawa melihat aku panik.
“Hahahahah!! This is the real me! Too bad,
you’re my one and only wife!” dia
tersenyum sinis memandang aku dan semakin lama semakin mendekatkan diri.
“Jangan Shah! Saya
panggil abah kang haa~!” aku selangkah demi selangkah mengundur ke belakang
sehingga badan aku sudah melekat ke dinding.
“Panggil jelah, mana orang nak kisah
dah.” aku bulat mata memandang dia yang bagai dirasuk. Bertuah punya student! Menyesal aku tak
batalkan nikah kami tempoh hari!
“Be a good wife
sweetheart!” dia tiba-tiba
menarik tangan aku dan menghempaskan tubuh aku ke katil. Ya Allah, apa aku nak
buat ni?? Arhhhgghhhh tidakkkkk! Shah tidakkk!
“OII!! Dah gila? Panggil memanggil nama Shah..dah tak sabar nak
kahwin??!
Erkk kenapa aku ada
terdengar suara kak Fiza pula ni??! Aku celik mata, Kak Fiza sudah bercekak
pinggang memandang aku berserta dengan jegilan mata tajam. Aku jadi
tersengih-sengih.
Allahurabbi...rupa-rupanya
aku bermimpi sahaja. Alhamdulillahhh~ aku kesat peluh.
Oi~ tak nak bangun
lagi ke haa?? Terjerit-jerit panggil nama
Shah. Ni haa~ basuh baju nikah engkau ni. Tak padan dengan umur!
“Aduhh! Mimpi punya
pasal, aku dapat ceramah perdana free
dari akak. Pantas saja aku bangun mencapai baju nikah yang hendak di cuci dari
tangan kak Fiza. Dia menggeleng laju memandang aku. Apa yang dapat aku buat,
hanya abaikan saja kak Fiza mengomel. Kalau berperang mulut dengan dia, aku dah
angkat bendera putih awal-awal. Huhuhu…
Tiba-tiba rasa seram
sejuk. Jangan-jangan betul mimpi aku tu? Atau mimpi semata-mata? Maklumlah
mimpi di siang hari.. boleh pakai ke
tak?? Adusss!
Aku sedari, akhirnya
tiba juga hari pernikahan kami.
Bersederhana sahaja..tiada namanya bersanding sebab itu adalah kemahuan dari
abah. Cukup dengan kenduri nikah katanya. Dari jauh aku melihat Shah berbaju
tradisional putih. Dia kelihatan agak pucat..dia mungkin turut merasai rasa
gementar. Aku? Lagilah! Lebih-lebih lagi terdengar suara-suara sumbang
makcik-makcik Kiah, Bedah, Limah bercerita mengenai malam pertama! Boleh pulak mengimbau kenangan masing-masing
dekat depan aku ni ha~ Siap beri tips pulak
tu? Aduhai! Aku tak nak dengar itu semua! Lemah semangat! Aku sejak dari tadi
telan liur banyak kali. Seram sejuk aku dibuatnya!
Dengan sekali lafaz saja aku sah menjadi
isteri dia! Inilah kali yang pertama jemari aku bersentuhan dengan jemari dia di
saat aku hulurkan tangan untuk bersalam. Rasa janggal. Rasa lain. Saat dia
mencium dahi aku, aku rasa kehangatan bibirnya menyentuh ke sanubari aku. Aku
terlena sekejap..entah kenapa hati aku tiba-tiba rasa sebak walau ada rasa
ketidakrelaan aku pada pernikahan ini. Aku toleh sekilas pada abah dan mama.
Abah tenang, manakala mama aku lihat sebak seketika. Kak Fiza tanpa riak duduk
bersimpuh bersama mama.
Selain Fatin dan Cikgu Imran, pernikahan
kami hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat. Tapi nampak agak meriah juga
sebab keluarga Shah besar. Shah jugalah satu-satunya lelaki tunggal di kalangan
anak dan cucu mereka. Ajaib tak? Dikalangan keluarga mereka juga pelbagai jenis
rupa. Ada cina, india dan pakistan. Tinggi-tinggi belaka! Patutlah Shah tu
bukan nampak dikalangan baya-baya orang yang seumur dengan dia...hidung
mancung..mata coklat. Ada darah campuran pulak!
Hemm. Selepas akad nikah tadi, kami ke ruang makan yang terletak di perkarangan
rumah untuk menjamu selera. Entah kemana pula Shah ni pergi. Ditinggalkan aku
seorang diri menghadap saudara mara dia ni! Aku merungut sendirian. Nasib baik jugak Fatin ada sebagai peneman aku.
Cikgu Imran? Dia pun turut hilang. Mungkin ke kumpulan lelaki kot..
Dari jauh aku lihat Shah sedang
bercakap dengan seseorang. Aku rasa itu mungkin ayah tirinya. Semakin lama
semakin mereka mendekati aku yang sedang berdiri berdekatan di muka pintu.
“Ika..” Shah memanggil aku dengan
lembut. Dia kemudiannya menarik lengan aku menghampiri susuk tubuh orang tadi.
“Kenalkan, ini ayah tiri abang..”
Abang?? Tiba-tiba je membahasakan
diri abang. Hanya menundukkan kepala pada ayah tiri Shah sebagai tanda hormat
aku pada dia. Yelah, nak
bersalam..ayah tirinya tu bukan muhrim aku.
“Maaf lewat sikit..” katanya.
Sebaik sahaja aku mengangkat
muka, wajah seseorang yang sangat aku kenali sedang berada di antara Shah dan
ayah tirinya.
Afif!?? Hati sudah lebih awal
menjerit. Macam mana dia boleh muncul dekat sini? Siapa jemput dia? Kak Fiza
lagi?? Kalut!
“Kenalkan ini abang tiri abang,
Syukri!” Apa?? Saat ini aku sudah terlopong. Kelat sungguh riak muka Afif
memandang aku. Dia seolah-olah tidak berpuas hati! Mahu tidak mahu, aku
tundukkan kepala tanda aku hormat kepada dia. Sekali-sekala anak mata Afif mengekori
aku, kemudiannya Shah. Nampak dia marah sangat pada aku! Aku? Sudah tentulah
aku takut! Agak-agak apa yang akan berlaku lepas ni??
Aku menarik lengan Shah jauh
sedikit sebelum berbisik meminta diri untuk berehat sekejap.
Shah mengangguk faham.
“Minta maaf ayah, Ika minta diri
sekejap..nak rehat.” Pinta aku seraya mengukir senyuman pahit. Benar, niat
dihati memang sengaja nak melarikan diri dari pandangan Afif. Fatin yang tadi
meminta diri dari aku untuk ke tandas muncul dan menghampiri aku. Aku memberi
isyarat kepadanya dengan anak mata aku tentang kehadiran Afif. Riak wajah dia
kelat seketika apabila memandang ke arah Afif namun menganggukkan kepalanya
tidak lama lepas itu. Aku pula meneruskan langkah lalu ke bilik pengantin.
Aku mundar-mandir resah. Sekejap
ke kanan..sekejap ke kiri. Aku bingung saat ni. Aku tak sangka, Afif adalah
abang tiri Shah! Ya Allah..aku terpaksa berhadapan dengan Afif selama-lamanya
selepas ini. Aku tak jangka ini semuanya terjadi! Sekarang ni aku dah tak boleh
lari dah..aku terperangkap dengan pelan hidup aku sendiri! Argghhhh!
Aku labuhkan diri di atas
katil. Rasa penat yang belum hilang dari semalam membuatkan aku terlena. Ish tak kanlah aku nak berkurung dalam bilik ni je? Apa pula mereka kata nanti?
Aku keluar. Dari daun pintu mata aku liar mengesan kehadiran Afif. Fuh, nasib baik. Nampak Fatin, aku ke tempat dia. Kerana lama aku tidak berganjak dari Fatin, dia bersuara.
"Oi! Gaya kau ni macam bukan pengantin. Laki kau mana?" sakit teling aku oleh dia ni. huhu..
"Ntah...." spontan aku jawab.
"Tu haa...dah-dah. Pergi ke sana pula. " jari terunjuk Fatin dihalakan pada Shah yang tidak jauh dari arah kami sambil menolak lembut tubuh aku. Aku mendekati Shah dengan pelbagai reaksi muka.
"Ika nampak penat...restlah...takde yang penting sangat dah pun sekarang ni. Biar Shah yang layan tetamu..." terpinga-pinga kejap lalu pergi dengan perasaan sedikit rasa bersalah.
AKU bangun sahaja, rupanya sudah masuk waktu maghrib. Nasib baik juga..tadi aku
tertidur sesudah solat asar. Kalau tak, memang terlepas! Aku ke luar
bilik..sunyi saja? Nampaknya semua tetamu sudah balik..isk, kenapa mama tak
kejutkan aku? Amboi Ika? Dah besar panjang masih diminta nak dikejutkan?!
Bergaduh dengan diri sendiri jadinya.
Sayup-sayup kedengaran suara mama
dan abah sedang bercakap dengan Shah. Yaa, Shah sedang membongkokkan punggung
mencuci periuk belanga! Aku rasa nak tergelak sebaik muncul di antara mereka.
Hehe..
“Aik? Kenapa baju belum bertukar
lagi ni?” Mama menegur pakaian aku. Ya tak ya jugak, aku belum tukar baju
lagi..aku masih dengan pakaian baju nikah tengah hari tadi!
“Hehe Ika baru bangun mama..penat
sangat tadi..” aku tersengih melihat mama. Shah pula tersenyum melihat gelagat
aku. Isk..rasa janggal pulak aku.
“Cukuplah tu Shah, abah rasa biar
esok saja kita sambung balik..” ujar abah mengarahkan Shah berhenti dari
mencuci periuk-periuk memasak tadi.
“Yelah, esok Shah sambung lagi.” tutur Shah pula..mama cuma
tersenyum melihat menantu dia terbongkok-bongkok menahan sakit dipinggang.
“Shah dengan Ika bersiap lah
dulu..mandi, solat dulu..nanti mama panggil turun makan malam..” ujar mama
pula. Shah tersengih memandang aku. Dia nampak blur je. Tak macam sebelum ni. Bersemangat je..
Aku lihat Kak Fiza tengah siapkan
makan malam di dapur. Rasanya tidaklah banyak dia buat sebab lauk kenduri tadi
masih ada bakinya. Boleh makan lagi..
Aku terus naik ke bilik aku, merangkap bilik
pengantin jugak. Shah entah hilang kemana. Yes!
Inilah peluang aku mandi! Aku terus mencapai tuala lalu masuk ke bilik mandi.
Bajet nak cepat, aku terus masuk bilik mandi dengan masih memakai pakaian
nikah. Hiks! Dalam bilik mandi barulah aku buka! Pintar tak aku?? Hehe
Aku sudah siap mandi ni! Shah ada
tak dalam bilik sekarang ni? Salah aku juga, sebab nak cepat tadi, aku
tertinggal baju tidur. Ni tuala jer
tersarung di badan?? Habislah aku! Ala…macam mana ye? Aku membuka sedikit pintu bilik air cuba untuk mengintai
kelibat Shah. Aku tutup, dan aku cek semula. Oh nasib baik! Dia belum ada. Niat
aku cuma satu..ambil baju tidur, lepas tu masuk bilik air balik untuk pakai
baju. Satu..dua..tiga! Berdesup aku keluar dari bilik air..
Aduh! Aku sikit lagi nak
terjatuh. Benda apa aku langgar ni?? Aku amati, ada kaki? Ada badan? Aku
dongakkan kepala saja...
“Argghhhh!” aku terpempan,
manakala dia pula terkedu melihat aku. Aduhh! Cepat-cepat aku tutup bahagian
bahu aku yang terbuka luas dengan tangan. Tak pasal-pasal aku buat wayang free dekat dia.
“Haa..tutup mata. Tutup mata!
Kalau tak, kang lebam nanti mata tu!
Huhu Cover malu punya pasal, aku
cakap je macam tu!
Dia tertawa dengan gelagat aku.
“It's okay, nak
malu apa pulak? Sudah jadi isteri
puuunnnn~” panjang lebar perkataan 'pun' dia. Mahunya aku tak geram?
Aku terus berlari anak ke arah
almari untuk mengambil baju tidur. Mata dia pula tidak putus memerhatikan tingkah
aku. Aku masuk semula ke bilik air. Pakai baju je, aku ambil semula pakaian nikah tadi untuk dimasukkan ke bakul
pakaian kotor.
“Shah tidak nampak apa-apa tadi,
jangan risau! nampak siiikiiiit je!”
justeru dia gelakkan aku.
Aku jegilkan mata pada dia tanda
marah. Takde kesan pun pada dia, malah dia kenyitkan mata lagi. Aihh geramm
sangat! Aku sarungkan saja tudung, aku terus keluar dari bilik. Geram punya
pasal, aku nekad solat maghrib di bilik tetamu. Huhu
* * * *
Usai makan malam, aku mengemas
dan menyusun pinggan mangkuk untuk dicuci. Aku terus mengangkatnya ke sinki.
Kakak turut serta membantu. Abang Ijat dan abah sudah beredar ke ruang tamu.
Tangan aku mula bekerja mencuci pinggan mangkuk.
“Esok je la cuci piring-piring ni semua..rehatlah awal” ujar mama. Entah
kenapa bila dikata begitu oleh mama, aku seperti takut akan sesuatu. Aku tak
boleh dengar perkataan REHAT tu buat masa sekarang ni! Aku tersenyum tawar
memandang mama. Shah pula bersahaja. Tiada perasaan!
“Yelah, nanti susah lagi! Kang
tak laa…” kata kakak mencelah. Walau ayat tu tak lengkap, tapi aku faham maksud
tu!! Aku jeling tajam ke arah kakak, namun dalam masa yang sama pipi aku sudah
terasa membahang! Dah kenapa pula dengan kakak ni??? Benda ini lah yang aku tak
nak fikir, dibangkit pulak! Mimpi
kelmarin muncul kembali. Dek teringatkan mimpi itu, hati aku meronta-ronta nak
lari malam ini jugak!
Tapi…tapi..takkan lah aku nak buat macam tu kot?
Kang esok keluar headline paper mengatakan, ‘Pengantin Perempuan Lari Pada Malam
Pertama!’ Malu besar aku! Fikiran aku sempat melayang.
Dari arah belakang, aku dengar
Shah terbatuk air. Sempat aku menoleh, mama tertawa kecil melihat gelagat dia. Iskk..setiap
kali aku terfikir akan perkara tu, jantung aku rasa nak pecah!
Selesai solat isyak aku mundar-mandir
ke kiri..kemudiannya ke kanan. Ruang bilik aku yang agak besar ni tiba-tiba
terasa sempit untuk aku berjalan. Sekejap-sekejap aku ke tandas. Nervous tahu! Okay, cuci muka dulu dalam
bilik air Lepas ni, kalau dia terus ngap
aku macam mana??? Purrr~ naya aku! Hati aku terus bermonolog sendirian. Sedang
aku mencuci muka, tiba-tiba aku terdengar pintu bilik di buka dari luar. Dia
dah datang! Siapa lagi kalau bukan Shah? Huhu..
Aku pelan-pelan melekapkan telapak tangan ke pintu bilik air untuk
memastikan kehadiran dia. Sah! Takper-takper..tarik
nafas dalam-dalam..fuhh~
Perlahan-lahan aku membuka pintu
bilik air. Aku nampak Shah khusyuk mencari sesuatu di beg pakaiannya. Aku terus
duduk ke meja solek untuk membuka tudung. Aku sempat sedar, wajah aku sedang
pucat! Agaknya hantu pun tak sepucat aku!
“Ada nampak tak charger Shah?” dia bertanya.
“Tak..” aku spontan menggeleng. Kepala
aku macam tahu-tahu je Shah nak
menyoal aku. Automatik menggeleng pulak
tu tanpa aku kawal..
Sekilas pandang aku tengok dia
berserta jawapan balas aku pada dia.
Tidak dapat apa yang dia nak, dia
berjalan menghampiri aku pulak.
Jantung aku kian berdegup kencang tatkala dia memusingkan kerusi solek yang aku
duduk agar duduk berhadapan dengannya.. Aku cuak! Dia cuma tersenyum memandang rasa
minat tepat ke mata aku.
“Ikaa…” dia berlutut. Lembut gaya
pertuturannya sambil tangannya menahan tangan aku yang cuba membuka keronsang
di bawah dagu. Tangannya berganti untuk membuka keronsang. Aku senyap, dia juga
senyap. Jari dia memainkan peranan, cuba untuk melucutkan tudung aku. Aku cuba
menahan tapi dia pantas menghalang tangan aku untuk bertindak. Tudung yang
dibuka, diletakkan ke atas meja.
“Cantik rambut Ika..” tuturnya
seraya menyelitkan rambut aku yang panjangnya paras bahu ke belakang telinga.
Aku hilang kata-kata saat ini. Hanya mampu menundukkan pandangan agar tidak
bertentang mata dengannya.
Jari-jemari dia mula mencari
genggaman tangan aku dengan penuh kelembutan..kucupan pada jemari aku
membuatkan aku terkesima sekejap. Giler!
Kenapa dengan aku ni?? Patutnya kau tolak dia jauh-jauh Ika!
“Ika takut dekat Shah ke?” soalnya mendongak memandang tepat
ke mata aku. Aku sedari, matanya berkaca-kaca? Erk!
Perlahan-lahan aku mengangguk.
Dia masih tersenyum.
“Shah faham..Ika usah risau, Shah
tidak akan paksa Ika untuk membuat sesuatu yang Ika belum ready..”
Saat ini aku sudah ketap bibir.
Fikiran aku pada benda itu lenyap begitu sahaja. Lega sebenarnya..huhu
Dia kemudiannya berdiri dan turut
menarik tangan aku untuk berdiri sama. Aku turutkan saja. Entah kenapa aku tak
kisah dengan tindakkan dia. Padahal sebelum ni aku protes dia habis-habisan.
“Tapi boleh Shah buat satu
permintaan?” pinta dia. Nada seperti mengharapkan sesuatu. Aku mendongak
memandangnya. Yelah, dia tinggi
sangat buat aku. Aku cuma paras bahu dia saja. Huhu
“Er...apa dia…?” soal aku bersuara
kecil saja.
“If you don't mind...can I
hug you...for the first time?” pintanya selamba namun penuh dengan harapan.
Apa?? Permintaan apa pula ni?? aku
terpamit dan terkebil-kebil.
“Diam tandanya setuju!” dia
tertawa lalu terus menarik tubuh aku ke dalam pelukannya. Aku kaku dalam
pelukannya. Otak aku serta-merta jammed.
Perlahan-lahan dia mengucup dahi ku. Kemudiannya perlahan-lahan mengucup
pipi pulak.
Seterusnya ke bahu..Aku terlena, terbuai dengan tingkah lembut darinya. Satu rasa
yang sukar diluah dengan kata-kata. Ah! Mungkin juga ini perasaan semulajadi
wanita…
“Wanginya..” bisiknya kecil.
“Jangan melebih-lebih pulak!” aku tolak jauh-jauh tubuh dia
kedepan.
Dia terundur dua langkah dari aku lalu tergelak sendiri.
“Nasib baik Ika ingatkan Shah, kalau
tak...?” senyumnya berubah nakal.
“Eih..gatal!” jawab aku mencebik
bibir. Dia tertawa saja lalu menyambung balik kerjanya sebentar tadi. Aku pula
naik ke katil cuba untuk melelapkan mata. Jauh dari sudut hati, aku lega. Tapi,
dalam masa yang sama aku rasa bersalah..rasa berdosa..huhu.
Ada sambungan tak... sweet citer ni.
ReplyDeleteAda sambungan tak... sweet citer ni.
ReplyDeletewaaa bestnya.....nk lgi plez
ReplyDeletedh lma tggu ari2 msti buka ja blog ni tggu bab bru....thank writer...best sgt..ika dh syng kt syah bestnya.....