Monday 21 March 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 17 ]

Aku perlahan-lahan mengesat mata. Astghafirullahalazim..dah pukul berapa eh? Seraya kepala aku dipaling ke jam dinding sebelah kanan aku. Oohhh..belum sampai waktu subuh lagi..tidur balik lah!. Namun sayup-sayup aku terdengar satu suara merdu sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Sedap suaranya. Aku pelan-pelan membaringkan semula badan memerhati dia dari jauh. Rajin betul dia. Aku?? Seminggu sekali bolehlah. Yelah, kerja kan penat... Heh! Macamlah kau seorang saja penat! Aku berdialog sendiri.

“Shadaqallahul 'adzim..” dia dah habis baca! Aku cepat-cepat tutup muka dengan selimut. Berpura-pura, konon aku masih lena dibuai mimpi. Hehe…

“Dah, jom solat subuh sama-sama. Pura-pura tidur pulak dia..” aku dengar dia tertawa menegur kelakuan aku. Aku masih lagi kaku. Konon nak matikan sangkaan dia.

“Ika, bangunlah. Kang ada yang Shah peluk lagi? Nak?” mengingatkan kejadian semalam, aku cepat-cepat bangun. Malu pun ada..dan boleh pula dia gelakkan aku?

“Tahu takut!” sambung dia tersenyum nakal.

“Kacaulah awak ni!” aku merengus kecil. Fuh, pagi-pagi lagi dia sakat aku.

“Shah gurau jelah..mandilah dulu, kejap lagi nak masuk waktu..” dia duduk di sebelah aku.

Aku menggosok-gosok mata kemudian berjalan masuk ke bilik mandi tinggalkan dia.

Eh? semalam dia tidur atas lantai? Aku mengerut dahi pelik bertanya sendiri namun terus ke bilik mandi langsung mengabaikan cetusan soalan itu.

Usai aku mandi, kami berjemaah mengerjakan solat subuh. Rasa tenang diimamkannya..alunan suara merdunya membacakan ayat suci Al-Qurannya sangat sempurna di telinga aku. Satu markah untuk dia.

* * *

Aku, mama, kak Fiza dan abang Ijat sedang menikmati minum petang di pondok taman mini mama.

Abah pula pergi ke kenduri potong jambul cucu kawannya. Yelah, ini kan hari ahad? Jadi tak hairan ramai orang buat kenduri. Shah? Katanya tadi ada kerja sikit dekat belakang rumah.

Farish si budak kecil tengah main sendirian berdekatan dengan kami. Kadangkala gelagat Farish jadi tumpuan. Dari jauh Shah jalan terbongkok-bongkok menghampiri kami semua. Tangan kanannya pula sekejap-sekejap memicit-micit pinggangnya.

“Kenapa pula dengan pinggang kau Shah? Sakit eh?” tegur mama kepada Shah sesudah sampai ditempat kami.

“Lenguh sikit mama...” balas Shah.

“Lenguh pasal apa pulak ni?” tanya mama lagi. Cawan yang mengandungi kopi-o perlahan-lahan mama letak di meja. Bukan saja mama, malah semua yang ada disitu memandang Shah dengan penuh tanda tanya. Aku pandang Shah sekilas aja. Entahlah, sebab aku belum biasa dengan situasi macam ni kut? Ye..biasa je berkumpul ramai-ramai begini tapi tanpa kehadiran Shah.

“Jap, mama ambil minyak angin..” mama berlalu pergi mendapatkan minyak angin.

“Cuci periuk belanga dekat belakang rumah!..” jelas Shah menyambung kata-kata walaupun tanpa kehadiran mama. Semua yang abang Ijat dan kak Fiza berpandangan seketika kemudian..

“Laaa~ ingatkan pasal apa tadi...” abang Ijat bersuara. Aku sepetkan mata. Tertanya-tanya juga apa yang dimaksudkannya. Kak Fiza sudah menyiku suaminya seperti mengerti apa yang dimaksudkan. Shah sengih seperti memikirkan hal yang sama dengan kak Fiza. Namun tidak ambil masa yang lama, dia kembali senyum menambah cerita.

“Itu mustahil kut...!” seraya dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan aku. Aku yang masih tidak mengerti terkebil-kebil cuba memahami perbualan mereka. Melihat aku diam menghadam sesuatu, Shah merapatkan bibirnya ke telinga aku.

“Err..don’t you get the picture yet? Kami bercakap soal...” bisiknya mengerut dahi sambil mengetap bibir. Melihatnya bersungguh menekankan ayat itu baru aku faham tentang itu.

“Jadi kenapa cakap begitu?” bisik aku geram. Semestinya cuma kami berdua sahaja yang mampu dengar dengan bisikan itu

“Saja tambah perisa..lagipun betul apa? All I can say is, I have prepared for it!” balasnya mengangkat kening lalu kembali ke posisi asal. Aku tak duduk diam. Laju tangan aku mencubit pinggangnya. Dia ingat aku suka ayat tu??

“Aduhh!” Shah gosok bekas cubitan aku. Tahu takpe! Puas hati aku! Abang Ijat tergelak. Kak Fiza sudah menggeleng. Heis! Kalau sudah namanya cerita lelaki, beginilah jadinya. Bukan je pening, rasa nak terputus penyambung sel otak sihat aku ni dengan cerita-cerita dia orang ni!

Mama baru datang dengan botol angin yang digenggam di tangan.

“Ika gosokkan pinggang Shah dengan minyak ni. InsyaAllah, reda sikitlah tu nanti..” suruh mama sambil menghulurkan botol angin. Botol angin itu bertukar tangan. Aku jeling Shah, dia nampak tersenyum puas. Seronoklah tu! Aku mencebik bibir.

Setelah penutup botol angin dibuka, aku mula menyapu angin di pinggang Shah. Kalau bukan di depan mereka ni semua, sepuluh kali fikir jugak aku nak sapu minyak ni! Eih! Berpeluh-peluh. Geli aku!  Banyak sangat ke kerja dia dekat belakang rumah tadi? Semalam rasanya sudah kurang..

“Kamu berdua ni tiada rancangan nak berbulan madu ke?” soal mama memecah hening. Mama mula menyandarkan badan di kerusi setelah melabuhkan punggungnya di kerusi tadi.

Erk! Aku mengerut dahi.

“Bulan madu apanya mama, enam hari lagi dah buka sekolah.” balas aku mendatar saja. Aku lihat lama Shah berfikir. “Takdelah..maksud mama kemana-mana je..tak semestinya keluar negara. Dekat-dekat sini pun bolehlah tu~ mama cuma terfikir nak beri kamu ruang je..” mama tersenyum memberi pandangan dan penerangan.

“Kita dulu ke China, kan bang?” kak Fiza mencelah. Riak aku bersahaja memandang setiap satu mereka.

“Mungkin kamu berdua boleh ke Jepun pula?” Abang Ijat memberi cadangan. Aku terkebil-kebil. Jangankan Jepun, tu haaa Langkawi pun tidak pernah jejak kaki. Bajet weih, bajet! Bagi mereka berdua, boleh lah cakap rancang macam-macam..aku? Dah lah baru masuk kerja...faham-faham jelah. Hemm...lagipun aku tak pernah terfikir pun nak bulan madu bagai. Masih banyak kerja lain nak diselesaikan.

“Nantilah Shah plan. Memandangkan sekarang ni pun dah mula buka sekolah. Shah pula dengan rutin baru. Tangguh dululah..” jawab Shah serius namun selepas itu, dia tersenyum. Aku pula tidak ambil kisah dengan kata-kata dia.

Mama hanya mengangguk faham. Begitu juga  Abang Ijat dan kak Fiza.

Aku berpaling kembali kepada Shah. Pasal apa dia sibuk sangat dengan telefon dia ni? Kenapa eh? Hati aku kian tertanya setiap kali aku mendengar ringtone Shah selalu sahaja berlagu. Bukan aku  jealous tau! No way! Cuma curiousity at the highest level! Hehe..
Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers