Monday 21 March 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 18 ]

Lama aku tercegat didepan pintu bilik. Aku nak masuk ke tak ni? Dua hati pulak aku. Yelah, nak masuk terus takut pula dia marah ke, tengah pakai baju ke. Kan naya tu? Tapi badan penat sangat ni. Sudahlah sebelum majlis nikah kelmarin, aku siap mop lantai? Kemas halaman rumah..lepas majlis tu pula, tolong cuci piring lagi. Sampai dua tiga besen. Fuh! Siapa tak penat?

“Oi, tercegat tu pasal apa?” dialog hati aku terhenti dengan suara kak Fiza yang tegur aku dari belakang. Aku terus berpaling ke belakang. Farish sedang didukungnya. Baru mandi budak kecik tu. Nak dipakaikan baju lah tu.

“Tak..tiada apa-apa.” nada aku terhenti-henti. Kak Fiza terus masuk ke dalam biliknya yang bertentangan dengan bilik aku.

“Tok tok tok!” aku cuba ketuk pintu namun tiada jawapan.

“Tok tok tok!” aku ketuk lagi. Apalah yang dia buat dekat dalam bilik ni? Aku ketuk pun tak dengar...perlahan-lahan aku memusingkan tombol pintu dan hanya memasukkan kepala untuk cek keadaan bilik. ‘Aman’ je ni? Pelik pulak aku. Tanpa segan aku masuk ke bilik dan menutupnya semula. Sahaja aku labuhkan punggung ke birai katil berkira-kira untuk berehat.

Oh, tengah mandi rupanya? Aliran air di kamar mandi jelas kedengaran. Dalam pada aku melayan minda, mata aku tertancap pada satu objek pegun di depan aku ni haa. Aku menghampiri benda itu yang seperti melambai-lambai aku. Telefon Experia Go milik Shah! Hehe..

Timbul niat jahat aku nak cek. Boleh ke tak ni? Agaknya Shah lama lagi mandi ke tidak ni?? Makin lama aku tenung handphone tu makin membuak rasa nak cek. Aduhh..! Syaitan apakah yang mengoda aku ni. Isk..

Okaylah, kali ini je. Tak habis-habis aku bersoal jawab dalam hati. Aku angkat handphone milik Shah. Sekali-sekala mata aku sekilas dipandang kepada pintu kamar mandi. Siapa tak takut kantoi? Hehe…

Tangan aku cepat-cepat menyentuh kotak hijau ‘unlock’.

“Erk!” Oh tidakk! Ada password??!! Mata aku sudah terkebil-kebil menatap skrin telefon Shah. Separuh kecewa, aku letak balik telefon tu. Belum pun sempat kaki aku berganjak, kedengaran pintu kamar mandi dibuka. Tersentak sekejap, aku terus pusingkan badan tengok dia. Tersengih-sengih jadinya Cover malu punya pasal. Isk..

Dia kerut dahi memikirkan sesuatu.

“Kenapa macam happy je ni?” tanya dia menguntum senyuman dengan dahinya yang masih berkerut. Pelik mungkin dengan gelagat aku? Muka aku nampak happy ke?? Cuak ada lah..

“Ish takde lah!” aku terus ke birai katil.

“Cek handphone ke Puan Syafikah? Awalnya suspek macam-macam...dah jatuh cinta pada Shah ke apa ni?” tanya dia separuh perli. Tersenyum sinis pula tu. Amboi~ jatuh cinta konon. Rasa suka pun belum ada, inikan pula jatuh cinta...

“Sebab apa pula saya sibuk cek handphone orang?” balas aku. Aku sepetkan mata sekilas pandang. Buat tak tahu konon. Padahal, memang sah-sah kantoi!

“Ohh..ye ke? Takpe lah, mari Shah tunjukkan sesuatu.” dia abaikan sahaja topik kami sebentar tadi lalu labuhkan punggung di sebelah aku dengan kedua-dua tangannya mengunci pinggang aku kedalam pelukannya. Sementara itu tangan dia masih mengenggam telefon bimbit miliknya. Aku ketap bibir jeling sekilas pada dia. Ish aku tak selesa betul lah dengan dia ni. Boleh lepas pelukan tak? Tapi kata-kata itu tidak pula aku ungkapkan.

“Cuba Ika teka, password handphone Shah apa?” tanya dia menatap sekejap mata aku.

Mana lah aku tahu? Aku angkat bahu. Kalau aku tahu passwordnya, dah lama aku korek segala-galanya dalam handphone itu tadi. Hehe

“Password dia..tarikh lahir..Ika!” jawabnya terus. Aku dongak memandang dia, mata kami berlaga. Dia tahu tarikh lahir aku ke? Oh aku tahu lah, mungkin dia cek habis-habisan dokumen tu!

“Kenapa? Tak percaya?” soalnya. Aku diam tanpa membalas pertanyaan dia.

“Ni..tarikh, sembilan belas..bulan dua belas..tahun sebilan belas sembilan puluh dua! Tada...!!” katanya sebaik skrin telefon memaparkan menu hadapan. Aku sudah mengangguk tanda percaya.

“Shah, awak cek tarikh lahir saya dalam dokumen tu kan?” aku tiba-tiba bersuara.

“Tak!” jawab dia spontan. Aku kerut dahi. Biar betul dia ni..dia tertawa melihat reaksi aku. Aku gigit bibir bawah semahunya dek geram rasa dipermainkan.

“Janganlah main-main..” kata aku lagi. Nada lemah tiba-tiba muncul kerana penat melayan karenah dia. Aku tundukkan kepala sambil jari aku bermain-main sesama sendiri. Sengaja je tu. Hehe…

“Betullah Ika..” katanya lagi. Kali ini serius menafikan. Kepala aku mendongak kembali. Betulkah? Hati tertanya-tanya. Dia menganggukkan kepalanya serius seolah-olah dapat meneka apa yang bermain di fikiran aku sekarang ini. Dia meleraikan pelukan dia di pinggang aku ketika ini.

“Favorite colour, green...your favorite books, La Tahzan. Isn’t it?” serentak itu aku terbuntang mata. Tambah aku bingung. Macam mana dia tahu?

“Awak...” belum sempat aku menghabiskan kata-kata. Dia bingkas bangun. Senyuman dia tidak lekang di bibir memandang aku. Timbul tanda tanya aku pada dia. Dia ni sangat misteri! Sungguh-sungguh aku kata dia sangat misteri!

“Okay, jangan tanya Shah dari mana Shah tahu..sebab Shah tak akan jawab!” jelasnya sekarang ini berdiri di hadapan aku.

“Tapi....”

“Oh..ouh...” dia menggeleng. Cis! Memang dia tak nak beri tahu aku ke?

“Dahlah, Shah nak pakai baju..kalau Ika nak stay boleh juga.” nadanya tiba-tiba bertukar nakal. Dia angkat keningnya beberapa kali. Pandang aku semacam je.

“Erkk!” baharu aku perasan..takut kantoi punya pasal, aku tak sedar dia belum pakai baju masa keluar dari kamar mandi tadi! Erhh..malunya aku!

“Eh jap, saya nak keluarlah!” tak dapatlah aku nak rehat. Lemah saja kaki aku melangkah keluar bilik. Di kepala aku sudah terbayang bilik tetamu. Hiskk..rest sana jelah! Kaki aku menuju terus ke bilik tetamu. Aku tutup sahaja bilik, buka kipas..aku hempaskan tubuh ke katil. Sangat selesa! Namun dalam benak aku masih bermain-main satu soalan. Macam mana dia tahu serba-serbi pasal aku?
Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers