Monday 21 March 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 19 ]

Pagi tadi aku di datangi pesanan ringkas dari Afif. Cuak juga aku masa buka mesej tu tadi sebab Shah memang berkira-kira nak pinjam handphone aku sebelum tu. Kelam kabut aku padam mesej tu! Huhu..

“Fikah, kau berani mempergunakan Shah sebagai alasan kau untuk tolak pinangan aku kan?!” tertulis kembali mesej ringkas dari Afif di kepala aku.

Hemm...ada benarnya kata-kata Afif tu...aku yang salah dalam hal ni. Kalaulah aku tolak pinangan Shah, tidak akan sampai ke tahap ni. Tapi difikirkan balik pun dah tak guna...

Rasa bersalah mula bersarang. Aku patutjelaskan kepada dia perkara sebenar..Tapi nak beritahu apa? Pasal aku terpaksa terima pinangan dia sebab Afif? Fuh! Dan satu lagi, aku kena beritahu dia bahawa aku memang kenal abang tirinya tu sebelum ni! Arhg! Kenapalah aku terperangkap dalam situasi begini?

Kami mengambil keputusan untuk balik empat hari awal ke rumah. Bukan tidak mahu tinggal lama, cuma dekat rumah pun ada banyak nak kena settle. Memandang Shah pun sudah buat keputusan nak tinggal dirumah sewa aku... Ops! Sebenarnya rumah tu adalah rumah kedua dia. Aku cuma menyewa je dari dia sebelum ni. Heheh... Kereta abah, merangkap kereta kepunyaan aku juga ditinggalkan saja di rumah abah. Aku tumpang kereta Shah. Bak kata Shah, jangan susahkan abah dengan mama...ada rezeki kita beli kereta lain. Ibarat aku sebagai anak dia, dia cakap macam tu dekat aku? Tapi, bila difikir-fikir balik..betul juga apa yang dia cakap!

“Sayang, dekat mana kita nak singgah solat asar?” Glup! Sayang?? Dia tak putus-putus dengan ayat romantik dia tu. Romantik lah sangat! Aku toleh dia atas bawah yang berada di sebelah tempat duduk pemandu. Tersengih-sengih..

“Jauh lagi..dah nak sampai, saya beritahulah..” mendatar saja aku jawab. Agak-agak aku berdosa tak jawab macam tu? Dingin je..huhu tapi, aku nak jawab macam mana lagi? Reaksi dia pula seolah-olah tidak ambil hati dengan jawapan dingin aku. Senyum memanjang.

“Er..ada beberapa benda yang saya nak cakap..” aku mula buka mulut setelah beberapa detik kami senyap antara satu sama lain.

“Hem?..cakaplah…” jawabnya lembut sahaja.

“Begini....saya sangat zero dalam hal kahwin-kahwin ni. Sebenarnya saya terpaksa terima lamaran awak tempoh hari...saya minta maaf, sepatutnya sebelum perkahwinan ini terjadi, saya dah beritahu awak awal-awal...tapi saya diamkan...saya takut mama kecewa. Abah kecewa...mak ngah dan pak ngah kecewa...” Boommm!!! Tak bertapisnya aku cakap...

“I know it....” jawabnya spontan tanpa menoleh sekejap pun pada aku.Aku dah agak dah, memang dia sedia maklum hal ni memandangkan dia aku tolak mentah-mentah pada awalnya. Aku hilang kata-kata di sini.

“Err..dan lagi...tolong jangan layan saya baik sangat..sebab saya takut, saya tidak mampu untuk berbuat benda yang sama terhadap awak! Saya tak nak awak berharap!” Aku toleh dia, dia tersenyum.

“Pelik pulak Ika ni..perempuan lain suka benar dilayan bak puteri. Ika pula sebaliknya. Okay tak ni? Demam eh?” Sebaliknya pula jawapan yang aku terima. Dia tertawa sambil tangan kirinya memegang dahi aku. Dia cek kot, sama ada aku demam ke tidak.

“Orang tidak demam lah. Saya serius ni!” aku menepis tangannya lalu menoleh ke arah dia. Dia sekilas memandang aku..lalu kusyuk semula memandu. Beberapa meter kemudian dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Ika.... thanks sebab sudi terima pinangan Shah for the first place..itu pun Shah sudah rasa bersyukur sangat Ika...Selepas ini semua berlaku, Shah tak nak toleh belakang lagi..” tutur dia seraya memusingkan badan memandang aku. Aku nampak matanya berkaca-kaca kala ini.

“Shah faham, kita nikah bukan macam pasangan lain..Shah yang nampak mendesak Ika untuk menerima Shah. Shah tidak paksa Ika untuk memberi layanan selayaknya kepada Shah. Tapi, terimalah walau secebis cuma kasih dari Shah! Satu yang Shah pinta sangat, walau apa pun anggapan Ika terhadap Shah...please support me dalam usaha membina keluarga kecil kita.” Aku terkedu dengan kata-kata dia..rasa sebak jauh ke dalam hati. Tangan kiri dia mencari jemari aku. Tangan aku digenggam erat sebaik diraihnya. Automatik aku turut membalas genggaman tangan dia..aku sedar, dia tersenyum dengan tindakan aku. Benar kata-katanya. Memang itu kehendak setiap pasangan yang ingin dan telah berumahtangga tapi aku...entahlah, rasa bercampur baur. Kalaulah aku dapat keluarkan satu-satu rasa ini..boleh aku cek, slot mana yang tak kena dengan aku ni. Pening..

“Ermm..untuk sesi suai kenal kita, Ika anggap je Shah ni best friend Ika supaya Ika tidak rasa kekok sangat. In the same time, Shah sangat berharap Ika buka sedikit ruang untuk Shah di hati Ika..please! Kita mula dari awal eh?” dia mengenyitkan mata memberi cadangan disertai dengan senyuman bermakna. Aku hanya tersenyum seraya mengangguk tanda setuju dengan cadangan dia. Senyumannya melebar. Hati sedikit lega..perlahan-lahan aku melepaskan genggaman jari dia lalu buang pandangan ke tempat lain.

“Okay, everything is clear now, so let’s go!” tuturnya kemudian meluncur pergi tinggalkan tempat tadi. Aku lirikan mata pandang dia. Senyum lebar hampir nak ke telinga. isk…

Berfikir panjang aku dalam perjalanan kami. Hemm..betul jugak kata Shah, ada baiknya aku anggap dia sebagai kawan dulu..mungkin dengan cara ni aku boleh hilangkan rasa janggal aku pada dia? Dan..mungkin akan terima dia?? Baiklah, aku setuju!

Tiba-tiba handphone milik Shah berlagu. Nyanyian dari Irfan Makki, Mabrouk..heh! Mentang-mentanglah baru kahwin? Aku mencebik bibir. Dia cepat-cepat memakai earphone ke telinga lalu menekan butang hijau. Aku yang disebelah dia cuma memerhati saja..

“Assalamualaikum abang syuk?”

“Erkk! Afif lagi??” aku menelan air liur beberapa kali. Kenapa dia telefon Shah? Aku mengumam.

“Ohh kami dalam perjalanan balik dah ni..a'ah..nanti kami singgah ke sana sekejap…”

“Dalam dua jam lagilah kot..”

“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh!”

Begitulah perbualan antara Shah dan Afif. Aku menanti Shah untuk membuka cerita.

“Abang Syukri tadi..”

“Dia minta kita singgah ke rumah sekejap..Kalau tidak keberatan, dia minta kita tidur sana semalaman..Ika okay? Katanya ada benda nak discuss..” jelas Shah terhenti-henti dalam masa yang sama menyoal aku. Sebenarnya belum pun sempat Shah menghabiskan kata-kata, aku memang sudah ternganga awal-awal! Aku tertanya-tanya, apa rancangan Afif sebenarnya? Nak bincang pasal apa?

“Ika? Dengar tak ni?” Shah mengenggam jari aku.

“Oh..Okay..” Aku sekadar mengangguk. Padahal, hanya Tuhan je yang tahu apa yang bersarang di hati aku sekarang ni.

“Tapi kita usahakan juga untuk balik eh? Ada benda nak settle dekat rumah..” aku memberi alasan. Alasan basi..Seboleh-bolehnya aku tidak mahu bersemuka dengan Afif.

“Ika nak settle apa? Soal dia kembali disertai dengan dahinya yang dikerut.

Okay! Aku hilang idea nak kata apa-apa. Tu lah, main cakap je kan? Sendiri terkena..huhu

“Grrr…adalahhh~ sibuk je!” aku mencebik bibir. Haha saja je cakap macam tu supaya dia tak tanya banyak.

Dia tertawa dengan gelagat aku..

“Ehem! Why? Is it possible you miss me?” tuturnya tersekat-sekat seraya mengangkat kening.

Mahunya tak tersembur kacang yang aku kunyah dalam mulut. Habis dashboard kereta Shah aku kerjakan. Aku menyepetkan mata memandang dia. Bukan salah aku tau?

“Memang pandai je buat cerita kan?? nah!” satu cubitan di lengan dia aku hadiahkan. Puas hati aku!

“Aduhhh! Lebamlah tangan Shah ni.” dia sekejap-sekejap mengurut tempat cubitan aku tadi.

“Mulut biar bertapis sikit!” aku merengus.

“Heyyh...yelah-yelah. Gurau sikit pun tak boleh...

"But honestly...Shah nak sangat rasa semua tu...to be loved by you...to be missed by you..I'm obsessed about it.” dia melirikkan mata sekejap dengan senyuman penuh ikhlas. Kerana ternganga, senyumannya bertukar gelak. Ya Allah! Fed up punya pasal, aku pekakkan telinga!

* * *

“Ika, dekat mana surau tu?” dia bertanya tiba-tiba setelah sekian lama rasanya aku tertidur. Aku kesat-kesat mata. Aku memerhati keadaan sekeliling, dekat mana dah ni?? Aku menggaru kepala.

“Rasanya dalam empat kilometer lagilah..” aku jawab ringkas. Sebenarnya aku pun tidak begitu pasti berapa jauh lagi tempat tu. Yang aku ingat, keadaan simpang tu menghala ke arah mana tu saja. Setelah agak jauh tinggalkan tempat tadi,

“Haa, tempat ni. Dekat kawasan ni lah..” mata aku melilau memandang sekeliling. Agaknya ini lah simpang tu..

“Sah! Inilah tempatnya..” yakin sangat, aku pandang dia sekilas.

“Nak masuk simpang mana satu?” tanya dia. Ada dua simpang dekat situ. Satu sebelah kanan, satu lagi dekat sebelah kiri. Aku garu  dagu yang tidak gatal, berfikir.

“Okay, masuk kiri..” aku memberi arahan. Shah pula mengikut sahaja.

“Jap..mungkin masuk kiri lagi?” sekali lagi aku memberi arahan. Dia memusingkan setering kereta milik dia ke kiri seperti yang aku arahkan. Eh? aku mengumam. Tak kan surau tu berdekatan dengan hutan kot? Kerana masih ada rasa yakin, aku abaikan perasaan itu. Sehinggalah tiba di suatu tempat..

Serta-merta mulut kami berdua terlopong apabila melihat keadaan dihadapan ami. Jalan mati! Aku garu kepala. Macam mana aku boleh silap? Shah pula kerut dahi justeru pandang aku pelik. Aku pula masih dengan tingkah yang masih memerhatikan keadaan sekeliling.

“Ika ni..betul ini tempatnya??” aku toleh dia, senyuman jahat melebar di mulut! Perlilah tu. Entah apa pula yang dia fikir sekarang ni. Dia sengaja kenakan aku ke?

“Memanglah bukan! Ini tempat lain ni.” balas aku nafi.

“Jom patah balik! Sampai highway nanti, kita cuba ke simpang kanan pula.” Seperti yang aku arahkan, Shah menurut saja. Dia menggeleng kepala seketika sambil bibirnya kuntum senyuman geli hati. Aku lirikkan mata ke arah dia. Geram!

Setelah masuk ke jalan besar, Shah masuk ke simpang sebelah kanan. Kawasan perumahan..lega sikit sebab memang tempat inilah yang aku maksudkan.

“Okey-okey..masuk kiri..” aku memberi arahan.

“Betul??” dia memperlahankan kereta..

“A'ah betul lah!” aku meyakinkan dia.

“Kalau sesat lagi, kita cari rumah penginapan nak?” kata Shah mentertawakan aku. Mengada-ngada sungguh budak ni.

“Haaa pintar dan bijak sekali!” balas aku berpura-pura memuji dia.

“Eh baru tahu?” sindir dia.

“Kalau macam tu..Ika setujulah ye?” kata dia berkali-kali menaikkan kening disertai dengan senyuman ceria. Seperti ada sesuatu yang bermain di mindanya.

“Hehe, dah la tu..mengada-ngada je!” aku ketap gigi pandang dia atas bawah.

Setelah tiga minit kami mencari, akhirnya kami jumpa surau tu. Kami berdua turun menuju ke arah surau.

Usai solat maghrib, kami kemudiannya meneruskan perjalanan. Sebelum balik ke rumah, kami singgah untuk makan disebuah restoran. Nasib baik juga dia tergerak hati nak singgah, kalau tidak? Aku dah lama pengsan kerana gastric aku dah mula menyerang!
Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers