Showing posts with label Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!?. Show all posts
Showing posts with label Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!?. Show all posts

Tuesday, 26 January 2016

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 6

Aku dongakkan kepala ke atas memandang ke arah apartmen mewah yang tinggi melangit itu. Dan...tingkat 22? Biar betul aku kena naik ke atas semata-mata nak serahkan envelope coklat ni? Nipis aje benda ni... tak sesuai betul nak serahkan by hand. Sambil bermonolog, aku meneliti dan membaca kembali alamat yang tertera. Huh! Bersyukurlah Warda oi...at least kau bukan pikul barang berat naik ke atas!

Fuh! Akhirnya selamat juga aku sampai ke tingkat 22 ni. Aku ke tepi dinding mengintai keluar melalui jendela kaca yang separas bahu. Grrr~ Kecut hati! Gatal nak tengok ke bawah kan? Tahu pun phobia pada ketinggian...nak juga cari penyakit.

D – 1-22....rasanya inilah kut? Tanpa berlengah aku terus ke hadapan pintu cuba menekan loceng. Namun belum sempat berbuat apa-apa, pintu itu terbuka dengan sendirinya. Eh? Terbuka gitu aje, tak sampai terkuak besar. Dia benarkan aku masuk ke apa ni? Terkebil-kebil sambil menggaru pipi sekejap. Namun untuk keselamatan, aku memberi salam dari luar.

“Assalamualaikum....” Salam aku tidak dijawab. Err...

“Hello.....” aku tukar ucapan salam dengan perkataan ‘hello..” pula. Kut-kut dia bukan muslim kan? Maklumlah negara tercinta kita ni pelbagai bangsa. Tapi...aih? Takde balasan apapun dari dalam...patut tak aku masuk aje? Aih! Tak boleh, tak boleh!

“Assalamualaikum.....”

“Hello...” Bertukar ganti ucap salam aku. Buat malu pada jiran sebelah ni aje..huhu.

“Assalamualaiii...”

“Waalaikumsalam...please come in....ada benda saya nak discuss dengan cik Balqis.” Terkejut. Pintu itu tiba-tiba dibuka luas dan orang yang mempersilakan aku masuk adalah dia! Muhammad Faradhi. Ya Allah...ini mesti kerja Balqis sengaja nak kenakan aku! Patutpun bermacam warning kalau aku tak hantar envelope ni dengan tangan.

“It’s okay....pengasuh dan anak saya pun ada di dalam. Jangan risau....” Enggan berganjak dari tadi, seperti memahami apa dalam fikiran aku...dia yakinkan aku, bukan hanya kami berdua ada didalam rumah itu nanti. Nak tak nak aku kena masuk sekejap. Sebaik masuk ke rumah, hati tiba-tiba berdebar. Aku ketap bibir. Keadaan apartmen ni macam keadaan rumah yang kami duduk dulu.... Fuh~

“Duduklah dulu...” pelawanya tersenyum kemudian langkahnya dipandu ke arah dapur. Buat air ke? Sementara menunggu dia, mata aku tidak putus perhatikan suasana apartment itu. Cis! Keadaan rumah ni mengingatkan aku pada rumah ‘itu’ dulu. Arggh! Kenapa aku masuk apartment ini tadi?? Tanpa sengaja kedua-dua belah tangan aku diraup ke wajah menghilangkan perasaan yang mula tidak menentu. Tidak lama menunggu, dia kembali dengan dulang makanan. Dan seperti di rancang, air minuman yang dibuatnya juga adalah minuman kegemaran aku. Adakah ini kebetulan?

“Jemputlah minum...” pelawanya dengan senyuman sambil meletakkan dulang makanan itu di hadapan aku. Tubuhnya dilabuhkan ke sofa dihadapan aku. Dia tuangkan jus itu ke dalam gelasnya kemudian ke gelas kaca aku pula. Dalam segan aku ambil gelas yang berisi jus melon itu. Belum sempat bibir aku sampai ke mulut cawan, pengasuh yang memang amat aku kenali melintas dari arah belakang Faradhi. Dia, Mak Cik Esah!

“Cough,cough~!” Tumpah sedikit jus melon itu ke atas meja kaca. Bulat mata Mak Cik Esah tengok aku kemudian tersenyum. Aku balas senyumannya tapi tak dapat nak peluk cium Mak Esah memandangkan aku kononnya stranger pada Muhammad Faradhi. Phew...tentu Mak Cik Esah pelik dengan perangai aku. Huhu...

“Sorry...tumpah...” Baru sedar dia asyik perhatikan aku, aku keluarkan tisu dari beg tangan dan mula melap-lapkan jus yang tumpah itu. Marah sebab aku tumpahkan jus tu ke? Tidak bersuara, dia hanya berpeluk tubuh perhatikan aku. Tapi....kenapa dia perhati aku semacam je? Takkan dia dah tahu identiti aku?? Buat aku takut aje...

“Ehem....so ini envelope yang encik minta tu...” Tidak mahu panjangkan fikiran, aku alihkan perhatiannya pada sampul berwarna coklat itu.

“Oh okay...” tuturnya mengambil sampul coklat itu hanya dengan sebelah tangan. lebih jelas lagi, ambil dengan sebelah tangan kanan. Dia buka dan meneliti. Sementara menunggunya, telefon pintar aku tiba-tiba berbunyi nyaring dengan lagu nyanyian Vanessa William menandakan Balqis telefon aku! Aku set lagu itu sebagai caller ringtone Balqis.

“Sorry...saya jawab sekejap...” ujar aku meminta diri ke arah balkoni.

“Assalamualaikum...Balqis! Kenapa tak beritahu aku sampul tu untuk Encik Faradhi??” Soal aku sedikit berbisik bertanya terus tentang pemilik envelope itu pada Balqis.

“Waalaikumsalam...ala sorry tau. Aku terpaksa Warda oi. Macam kepala aku kena tembak aje bila ex-husband kau tu warning aku tempoh hari supaya tak beritahu kau tentang siapa pemilik envelope tu! Dia nak kau juga yang hantar pada dia...”

“Kena saya yang hantar? Maksudnya?” Aku terus bertanya berserta bisikan terkejut sambil kepala sekejap-sekejap ditoleh ke arah Faradhi. Patut pun sampul remeh tu nak juga dihantar by hand. Tak kan pula dia dah.......ya Allah...

“Maksudnya, Encik Faradhi tu dah tahu kau tu bekas bini dia!”

“Haaa?” baik punya jawapan dan sangat tepat telaan aku sampai jantung aku rasa nak terlari dari tempat asal.

“Mula-mula memanglah dia tak cam kau....tapi dia kelentong aku, pusing cerita...manipulasi aku, sampai aku bingung dan terbuka cerita pasal kau!” Nada kecewa Balqis di hujung talian.

“Takpe..takpe. Saya tak ambil hati. Bukan salah kau pun.” Huhu...

“Ni ada apa-apa masalah dekat office eh? Ada sesiapa cari aku?” Saja tukar cerita.

“Takde semua tu...saja nak minta maaf awal-awal dekat kau pasal envelope tu dan juga pasal ex-husband kau...takut nanti dalam perjalanan balik ke sini, kau sumpah aku macam-macam...kau marah tak? Sorry eh, aku betul-betul nak beritahu kau sebelum kau keluar tadi tapi aku dah buat janji pula pada Encik Faradhi...lagi pun, takpe kan sebab kau mesti dah tahu yang Encik Faradhi tahu kau tu bekas isteri dia sekarang ni kan...?” Fuh~ Balqis-Balqis. Aku tak tahu pun dia tahu identiti aku sehingga kau call aku Balqis...huhu

 “Hemm....takpelah, balik nanti saya jumpa kau di office eh. Assalamualaikum...”
Isk~ Macam mana aku nak berdepan dengan dia dalam keadaan macam ni? Hati aku ni ha~ tak tentu arah dah! Fuh~ relax... cool down..relax again. Cool down.....
Aku menghampirinya yang setia membelek-belek beberapa kepingan kertas dengan hati tidak putus beri semangat pada diri sendiri.

“Err....kalau dah takde apa-apa lagi, saya....”

“Duduk dulu...” Belum pernah lagi kut ada orang yang tiba-tiba potong ayat aku. Dia ni lah yang pertama kali. Yelah, selama hidup dengan dia dulu pun...peribadi dia bukan macam ni. Huh~ nak tak nak,aku duduk juga kejap.

“Ermm....pasal dekat Sabah hari tu.....” Phew~ Sabah lagi..

“Ohhh....tak itu bukan kerja saya...saya cuma pengganti aje...” Giliran aku pula tiba-tiba potong ayat dia. Bukan nak balas dendam. Aku takut dia bangkitkan soal lain! Huhu...

“Bukan...maksud saya...” Alamak....habis lah aku!

“Ohh pasal anak encik tu ye...? Takpe, takpe...it’s okay-it’s okay....” Kalut! Wajah dia sudah bengang seperti yakin akan sesuatu yang aku cuba elak.

“Ehem! Warda...!” Aish~ aku ketap gigi sambil cuba menyembunyikan riak muka.

“Why do you keep on  avoiding me?” soalnya mencari jawapan dari riak wajah aku.  Sementara itu, aku pula dalam posisi kepala ke sana ke mari mengelak diri dari ditatap oleh mata dia.

“Warda...” Enggan menjawab soalannya, dia panggil nama aku untuk tarik perhatian aku.

“Err....." Oh please save my life!
"Eh? Mak Cik Esah....ala, sorry hampir tak kenal mak cik tadi. Mak Cik dah tambah lawa...sebab tu Arda tak cam tadi! Hehehe~” Aku terus angkat punggung memeluk Mak Cik Esah yang hampir melompat dengan sapaan aku dari belakangnya. Nasib baik Makcik Esah keluar. Kalau tak? Huhu...

“Makcik sihat?” Tanya aku menyalamnya. Pada Faradhi pula, aku hadiahkan jelingan maut. Dia balas dengan senyuman separuh. Huh~ bencinya aku!

“Alhamdulillah...” Balas makcik.

“Takpelah makcik...Arda balik dulu, lain kali kita sembang banya lagi ye macam dulu...” sambil mencium pipinya, aku pantas ke pintu  memakai kasut tanpa menunggu jawapan dari Makcik Esah lagi. Tindakan cepat aku membuatkan Faradhi secepat kilat mengangkat punggung cuba menahan aku. Tapi oleh kerana aku lebih pandai dari dia, maka aku terlebih dahulu menutup pintu apartment itu dengan senyuman kemenangan. Bukan saja dia terkebil-kebil, malah seperti geram dan bengang dengan aku. Tapi...apa aku nak kisah kan? Envelope itu pun dah aku hantar....jadi apa isunya lagi? Tak kanlah aku nak dengar soal aku dan dia? Jawapan aku, NO WAY!
Share:

Monday, 31 August 2015

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 5

“Supriseeee!” Aku tersentak seketika apabila Aaron Daniel tiba-tiba muncul di sebalik pintu bilik pejabatnya sebelum aku sempat masuk ke dalam.

“Opps! Did I startle you?” tanya dia tersenyum ceria di hadapan aku. Hanya mampu tersengih seterusnya melangkah ke hadapan mejanya lalu meletakkan dokumen yang dimintanya sebentar tadi. Dia pula cepat-cepat melabuhkan punggung ke kerusi. Dengan pantas, tanggannya mengambil dokumen itu kemudian membacanya sepintas lalu.

“Kalau Encik Aaron tidak perlu apa-apa lagi, saya keluar dulu..” tutur aku mulai berganjak dari situ.

“Hey! Selepas hampir seminggu tinggalkan abang di sini...hanya tu je yang Warda cakap?” cepat sangat dia bergerak di hadapan aku. Er...

“Abang call tak berjawab, contact you through whatsapp tak berbalas...dan lagi, abang tak tahu pun Warda ada ambil cuti selama 2 hari selepas itu...” Terpinga-pinga dan terkebil-kebil sekejap. Berpeluk tubuhnya menanti sebuah penjelasan.

“Encik Aaron....” Alamak. Apa aku nak cakap eh?

“Stop call me Encik, Sir and so on...!” potongnya pantas. Aku telan liur satu kali.

“Err...tapi di sini kawasan office...” aku beralasan. Aku ketap bibir bawah.

“Hanya kita berdua je Warda...” intonasinya berubah kecewa. Aku cepat-cepat alihkan pandangan mata apabila matanya cuba merenung ke mata aku dalam-dalam. Bukan apa, aku tak nak direnung sebegitu. Seolah-olahnya aku berhutang sesuatu dari dia!

“Jangan alihkan pandangan itu dari abang please...look at me right now.” Huh~ penatnya aku dengan situasi ni. Rasa nak lesapkan diri cepat-cepat dari tempat ni.

“Ermm..baiklah Aaron, apa dia?” aku berpura-pura tenang bertanya sambil memandangnya. Sebenarnya kami agak rapat sebelum ni. Rapat sebagai teman lunch, cerita itu dan ini. Namun semenjak dia meluahkan rasa hatinya aku rasa agak janggal...rasa nak lari jauh-jauh dari dia. Aku jadi takut. Bukan takut sebab dia akan berbuat yang tidak baik pada aku, cuma aku takut mengecewakannya. Balqis kata, aku terlalu menjaga hati Aaron. Mungkin betul.  Yelah, Aaron kan kawan aku? Ye tak?

“Warda sihat?” tanya dia kembali senyum apabila melihat respon aku. Tangannya masih setia dipeluk ke tubuh.

“Alhamdulillah...saya sihat..” jawab aku dengan kedua belah tangan digenggam antara satu sama lain. Sebenarnya masih takut untuk bersuara. Takut silap perkataan yang dilepaskan..

“Aaron?” Aaron, nama panggilan biasa aku pada dia sebelum ni. Hanya di kawasan pejabat, aku bahasakan dia sebagai Encik. Wajahnya bersinar, bibir bawahnya diketap apabila aku bertanya tentang dirinya.

“Good. I’m good.” Jawabnya senyum merenung aku penuh makna. Renungan lama yang buat aku rasa tidak selesa.

“Ahh....lunch nanti kita makan tempat biasa nak? Saya bawa Balqis sekali!” ajak aku sedaya upaya menidakkan perasaan kurang senang dihadapannya.

“I see.....” balasnya senyum sudah menggaru-garu dagu kerana berfikir-fikir. Dalam pada aku menunggu jawapan darinya, aku baru teringat akan sesuatu. Cis! Lunch? Kan aku ada hal hari ini? Alamak! Terlepas cakap lagi...

“Alright! Perfect timing...abang pun tiada halangan buat masa ni. Kalau ada pun abang akan maklumkan...but, abang pastikan yang abang akan lunch dengan kamu berdua.” Sambungnya bersemangat.

“Baiklah...so, saya keluar sekarang. Ada apa-apa hal nanti, call je.” kata aku membuat simbol di jari.

“Okay, you may go now.” Tuturnya dengan kepala diangguk-angguk seperti berpuas hati akan sesuatu. Akhirnya dapat juga aku melepaskan diri. Aku diam mula mengorak langkah semula.

“Warda...” 

“Eh?” Aku terhenti berpaling semula ke belakang apabila nama aku dipanggil. Err!

“Abang akan tetap tunggu Warda...” tuturnya senyum penuh meyakinkan. Aku tiada jawapan untuk itu. Hanya melangkah kembali membawa perasaan yang bercampur baur.

“FUH!” aku lepaskan tubuh ke kerusi yang berhadapan dengan Balqis. Sebenarnya, selepas keluar dari bilik pejabat Aaron Daniel tadi, aku terus masuk ke bilik pejabat Balqis cuba untuk mencari titik tenang.

“Haaa! Yang datang ke sini dengan muka lesu, penat dan tidak bermaya ni mesti sebab Encik Aaron Daniel tu kan? Haha!” tanya Balqis tertawa serta-merta. Aku cebik bibir memandangnya sebelum menutup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangan.

“Aku rasa nak cari kerja lain lah....kau rasa macam mana?” tanya aku inginkan pendapat setelah mengubah posisi ke duduk tegak dihadapannya.

“Eleh~ tak kan pasal Aaron pun kau nak lari dari sini? Kau baru setahun berkhidmat di sini kau tahu tak? Nak cari pengalaman sementara ke position sebenar konon? Ni apa cerita sekarang??” panjang omelan Balqis pada aku. Aku tahulah nak macam tu sebelum ni. Tapi situasi dah berubah sekarang...

“Isk...kau tidak faham Qis. Memanglah begitu yang aku nak dulu...tapi...”

“Sebab keadaan sudah berubah??” cepat betul dia dapat baca fikiran aku.

“Oi! Agak susah nak cari kerja sekarang tahu tak? Haa~ yang interview hari tu dah dapat jawapan? Belum kan?” aku menggeleng kepala sebagai jawapan.

“Haaa~ tahu takpe...” melihat reaksi aku, dia senyum perli rasa menang. Dia berdiri dari kerusinya lalu berjalan ke arah aku dan menyandarkan tubuhnya ke meja betul-betul, di sebelah kanan aku.

“Aku ada cadangan...apa kata kau terima je dia tu...tak rugi pun. Orang kata, cinta boleh dibina. Hehe pintar tak aku?” Membulat mata aku saat ini mengenai cadangan tidak bernas Balqis. Adakah patut dia cakap macam tu?

“Isk isk isk....bijak dan pintar yang amat sangat. Dari kau cadangan aku agar aku terima dia, baik kau ambil dia! Betul tak?” kata aku mendongak kepala dan menjeling mata ke arah Balqis.

“Heheh! Gurau jelah Warda oi! Kau nak aku nak ambil dia sebagai teman hidup aku? Terima kasih jelah Warda. Kau bukan tak tahu dia tu sepupu aku. Dari kecik membesar sama-sama, ke kindergarten sama-sama. Kemudian ke standard and primary school. Fuh~ Kami macam adik beradik je...” tahu takpe. Begitu juga aku Balqis...macam mana aku nak terima dia kalau hati aku hanya anggap dia sebagai kawan aku je?

“ Tapi aku hairanlah apasal kau susah sangat nak terima si Aaron kawan kita tu? Dahlah hensem, bakal peneraju syarikat ni lagi...haish aku tak fahamlah!” tuturnya menjeling pelik sambil memeluk tubuhnya.

“Adakah sebab.....kau masih tidak dapat lupakan ex kau tu? Patutpun selama ni aku takde jawapannya.....” Aik? kesitu pula dia..? Kepala aku automatik menggeleng dengan tingkah Balqis dan andaian-andaiannya pada aku.

“Adakah patut kau tuduh aku sebab itu? Ish kau ni...” jari-jemari aku sudah bertemu sesama sendiri. Kembali malu apabila perkara itu dibangkitkan. Bukan malu kerana mengakui kata-kata Balqis itu benar, sebaliknya malu kerana teringat kembali aku tidak pernah membuka cerita tentang masa lalu pada Balqis sehinggalah out station tempoh hari.

“Ish ish ish...mula lah tu. Aku gurau je pun. Tak kan kau tak kenal aku? Kau ni Warda...lately kau terlebih sensitif tau?” kata-kata itu membuatkan aku tersenyum lebar. Tahu pun dia berhenti bercakap.

“Hehe yelah...kenal sangat. Dah-dah...kita tinggalkan topik tu. Ni, tengah hari ni aku jemput Encik Aaron lunch sekali. Tapi aku tak dapat nak join korang...” aku terus cakap macam tu sebab dah jadi kebiasaan kami, masing-masing tahu jadual teng hari je mesti lunch sama-sama walau tak bertanyakan antara satu sama lain, sama ada nak pergi lunch bersama ke tidak.

“Kenapa pula?” mengerut dahinya saat ini bertanya.

“Kan aku ada hal.....?”

“A'ah~ Haih Warda, kau yang ajak...kau pula yang tak datang ye? Kenapa ajak dia lunch kalau kau tak datang??” bibirnya sudah dicebik geram. Sementara anak matanya dijeling seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

“Jangan nak cuba fikir yang bukan-bukan pula...betul lah lepas ajak dia tadi, aku baru teringat aku ada hal tengah hari ni. Sorry tau!” Kata aku jujur.

“Yelah tu....tapi akui jelah, kau memang happy dapat lari dari lunch tu kan?” perli dia tengok aku atas dan bawah.

“Hehe! Lebih kurang lah kut...” aku senyum tersengih-sengih.

“Dah agak dah~” Balas Balqis malas-malas. Kepala yang tidak gatal digarunya.

“Takpelah, aku keluar dulu tapi sebelum tu, fail yang nak dihantar by hand kepada orang tu mana?” Tanya aku yang hanya sempat bangun dari kerusi tadi kerana teringatkan sesuatu pesanan.

“Oh? Ye pula...jap.” Balqis kembali semula ke tempatnya lalu membuka salah satu dari laci mejanya. Satu envelope besar di keluarkan.

“Nah~ hantar by hand pada pemilik envelope ni. By hand tau...jangan nak hire orang lain pula nak hantar. Kalau tak habis...” Tutur Balqis tegas. Fuh~ Macamlah aku nak buat macam tu ye...huhu. Tak kenal aku? Aku kan pekerja paling amanah? Ni yang buat aku marah ni. Huhu~ Paling amanah konon. Berangan lebih!

“Baik bos!” sengaja aku mengusiknya. Tatkala ayat itu keluar, dia ketap bibir geram.

“Apa-apa jelah Warda oi~ selepas ni jangan terkejut pula sebab ada sesuatu yang menanti dihadapan kau~ haha!” serentak itu aku jadi bingung sekejap namun sempat bertanya kembali dengan bahasa badan. Malangnya Balqis gigih tutup mulut! Fuh~ bertuah punya kawan. Jangan je dia aturkan sesuatu diantara aku dan Aaron sudah~
Share:

Friday, 7 August 2015

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 4

“Fuh~” aku mengeluh lemah sendirian di bilik rehat yang berdekatan. Pening! Memang pening! Sadis! Memang sah nyawa aku melayang dihujung jari Balqis tidak lama lagi. Dah lah aku serabutkan dia dengan memetik nama dia sebagai agenda penyamaran aku...ni satu lagi yang aku tak pernah beritahu dia selama ini. Status aku! dia tak pernah tahu aku pernah berkahwin dan bercerai selama ni. Dan yang ‘hebatnya’, si Katak Siam yang dia minat sangat tu adalah ex-husband aku!

Sambil menulis sesuatu di atas sekeping kertas, fikiran aku melayang jauh. Cis! Dia punya pasal, tak habis-habis kepala aku memikirkan hal-hal lepas. Dia punya pasal lah ni! Dia punya pasaaaallll!!! Geram punya pasal, kertas tadi aku kepal-kepal dan di baling sepenuh hati ke arah pintu.

“Pop!” Alamak! Kena pula ke muka seseorang. Nak tahu dia siapa? Muhammad Faradhi tu lahh~ Aku pantas berdiri terkejut dengan kehadirannya di sini.

“Sorry! Sorry! Saya tak sengaja..” Merah padam dan nampak  bengang je dia. Bengang tak bengang, siapa suruh dia tiba-tiba buka pintu tu tadi? Ceh~ main tuduh-tuduh orang pula kan? Yelah...aku akui, aku yang salah sebenarnya.

Dia kerut dahi sementara kepala digeleng melihat tingkah aku tadi. Fuh! Buat malu aku je. Dia meluru ke sebuah kerusi lalu melabuhkan punggung. Hanya ketapan bibir dari aku. Huhu..malu betul aku! Perlahan-lahan aku duduk kembali ke kerusi. Sepi menyelubungi suasana. Sesekali mata aku dilirihkan padanya yang ada disebelah kanan aku yang sedang meneliti sesuatu di sebuah fail. Kosong fikiran...

“Nampak marah je tadi? Ada sesiapa sakitkan hati cik Balqis?” Tanyanya tersenyum sambil angkat muka memandang tepat ke mata aku. Tersentak ditanya tiba-tiba, aku menggaru kepala yang tidak gatal. Dahlah tadi aku asyik tengok dia je...

“Er...takde..takde pape...” jawab aku putus-putus. Malu berterusan.

“Ohh....” Balasnya mengangguk-angguk kemudian tunduk merenung kembali ke arah fail. Kami kembali senyap...

“Er...Encik Faradhi..” kerana terasa inilah peluangnya, aku bersuara.

“Ye?” dia angkat wajah bersahaja sementara kakinya pantas disilangkan.

“Em....” Haish! Kenapa susah sangat aku nak bersuara ye?

“Rasanya tugas saya dah selesai, jadi esok saya dah boleh keluar!” Bomb!!!! Ya Allah!~ Ya Allah! Aku dah silap cakap! Habislah aku..

“Oh? This is what we called straight to the point. Hemm...but...it’s okay..” berkerut juga dahinya tadi namun akhirnya senyum akur dengan kehendak aku.

“Terima kasih encik...” balas aku segan-segan ketap bibir memandangnya. Urgh! Warda-Warda. Kenapa kau terlebih ‘pintar’ ye?

“Okay...” Balasnya bersahaja kemudian menundukkan wajah ke fail itu kembali. Inilah masanya! Baiklah, jom ‘cabut’ sekarang ini jugak! Saat ini aku angkat kaki perlahan-lahan meninggalkannya disitu. Sebaik menutup pintu bilik rehat, kaki yang terasa berat untuk melangkah dari tadi beri mesej untuk berhenti. Arggggh! Kenapa aku cakap macam tu tadi hah??? Kau dah hilang akal ke Warda?? Beraninya cakap macam tu..dia tu leader tahu tak??? Jemari, sudah aku kepal-kepal lalu diketuk-ketuk lemah ke kepala.

“SEBENARNYA aku dah pernah berkahwin...” aku menyusun kata.

“Haaa? Bila? Aku tak tahu pun kau dah kahwin..” Balqis aku lihat bingung.

“Sorry....aku tak pernah cerita pasal ni. Aku tahu kau kecewa sebab semua tentang kau aku tahu, tapi sebelah aku, kau tak pernah tahu...” aku hampiri dia lalu mengenggam erat jemarinya. Aku tahu dia terkilan, aku tahu dia kecewa sebab tu di kesempatan ini, aku nak dia tahu tentang aku yang dia tak pernah tahu selama ini.

“Takpe...teruskan.” Dia melepaskan nafas panjang di masa yang sama cuba memahami aku. Dia mulai senyum. Aku lepaskan tangannya kemudian kembali bersandar ke tiang beranda hotel.

“Tapi dah bercerai...” aku ketap bibir terhenti, susah untuk meneruskan kata-kata. Aku berpaling sekilas padanya. Saat ini wajahnya berubah riak.

“Aku tak pernah bercerita pasal ni...sebab aku rasa semua tu benda lama. Aku dah buka ‘buku baru’ dah pun. Bukan aku tak ikhlas kawan dengan kau..kau tahu tak?” Aku senyum lagi.

“Jangan risau. Rasanya aku faham situasi kau...kita kan kawan?” Balqis peluk melingkari pinggang aku.

“Thanks sebab jadi kawan terbaik aku..” Aku senyum terharu. Aku beruntung memiliki teman sepertinya. Aku tahu, Balqis tetap akan memaafkan dan memahami aku walaupun aku pernah tanpa sengaja menipu dia. Itu yang buat aku rasa bersalah terhadapnya. Huhu...

“Ohh.....tapi apa kaitannya dengan hal kelmarin?” dia meleraikan pelukan tangannya dan mula bertanya hal kelmarin.

“Heh! Susah nak cakap tau....” Aku pejam mata sekejap.

“Haaaaaa~ jangan pula ada lagi rahsia yang kau sembunyikan dari aku. Baik kau cakap cepat sebelum aku merajuk.” Dia tertawa sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah wajah aku. Buat aku takut je.

“Yeee...aku memang nak beritahu kau lah ni...” aku turut tertawa dengan tingkahnya.

“Tapi...kau jangan sedih dan kecewa pula...” sambung aku.

“Kenapa pula?” tanyanya pelik. Seribu tanda tanya mulai muncul dari riak wajah Balqis.

“Sebab.......leader kau orang tu adalah......” aku tidak meneruskan tutur kata kerana ingin melihat riaknya. Hehe!

“Whatttttt??????” Balqis ternganga. Aku dah agak dah. Dia memang akan terkejut!

“Iyeee! Encik Faradhi, leader projek kau orang tu merangkap ex-husband aku!” Sigh! Elergik betul aku sebut nama dia tu. Fuh!

“Biar betul??!” Balqis malar kurang percaya.

“Betul lah. Tak kan aku nak tipu kau kan?” balas aku.

“Ish ish ish......tak sangka pula aku...dah lah aku terminat dia...” Balqis sandarkan tubuh kecewanya ke tiang beranda. Kesian betul.

“Tapi tak kisah pun...kau jangan salah faham pula. Aku minat macam tu je..minat tengok dia. Aku tak terniat pun nak kahwin dengan dia sebab aku tahu. Dia pun dah ada anak kan? Bererti dia dah kahwin semula dah pun...” aku pandang dia pelik.

“Cih! Boleh pula kau minat...?” aku paparkan riak pelik padanya.

“Yelah...dia kan smart..hensem lagi. Boleh dikatakan cukup pakej lah bagi aku. Haha!” amboi Balqis? Aku sudah menggeleng.

“Rugi tau kau bercerai dengan Encik Faradhi tu...”

“Hah??? Biar betul apa yang aku dengar dari mulut kau ni...patutnya kau kasihankan aku. Ni tak, sebaliknya pula.” aku cubit lemah lengannya.

“Ish! Aku gurau jelahhh~ haha!” Gelak sakan pula dia. Huhu~ tak baik betul.

“Yelah~yelah! Aku tahu...” aku ketap bibir memandang ke arah lain dan mula bermain melaga-lagakan jari-jemari antara satu sama lain. Segan dan rasa malu pula aku...

Hening merajai suasana.

“Jadi selama beberapa hari ni, dia tak pernah cam kau siapa ek?” dia bertanya lucu dan disertai riak hairan.

“A’ah~ dia tak tahu dan tak cam aku....mula-mula tu jelah dia cakap macam kenal aku tapi aku nafikan. Hehe! sebab tu aku pinjam nama kau kejap...sorry tau!”

“Ohhh~” dia sudah mengangguk-angguk faham.

“Tapi jangan pula selepas ni kau terlepas cakap tau! Melainkan aku dah keluar dari tempat ni, dia tahu aku siapa, aku dah tak kisah dah sebab aku dah tak perlu hadap dia.”

“Okay-okay! Aku janji aku tak akan buka identiti kau. Puas hati?” dia tertawa menoleh.

“Yeee! Yeee! Heh.” Aku turut tertawa dengan tingkahnya.

“Tapi boleh aku tanya satu?” soalnya mengerut dahi inginkan sesuatu persoalan terjawab. “Em?”

“Bila kau orang kahwin eh?”

“Dah lama dah~ atleast 4 tahun lepas...” jawab aku berseloroh.

“Ohhh.....yeke. Maksudnya kau kahwin masa umur 18 tahun atau ikut tahun, 19 tahun lah ye?” aku angguk kepala.

“Boleh tanya lagi?”

“Tanya je....”

“Macam mana kau orang kahwin?”

“Hemmm.....mama yang satukan kami. Maksud aku, mama angkat aku...mama kepada Encik Faradhi!”

“Ohhhhh......” panjang benar sebutan o daripada Balqis. Tengah menghadam cerita lah tu. Fuh!

“Kenapa kau orang berpisah eh? Ni haa~ satu lagi dia ada tak pernah cari kau ke selama ni...?”

“Amboi Balqis....tadi nak tanya satu atau dua je soalan. Ni dah lebih dah ni. Dah-dah cukup untuk hari ini, lain kali kita cerita lagi. Jom masuk tidur lagi baik Balqis oii~~” aku mulai atur langkah ke ruang bilik hotel.

“Ala Warda! Ceritalah lagi...best tau nak dengar. Lebih-lebih lagi pasal Encik Hensem tu!” rengeknya. Dia turut melangkah masuk membuntuti aku sambil tangannya menutup sliding door. Aiseh! Melebih-lebih betul lah Balqis ni. Ada ke patut dia cakap macam tu?

“Daahhhh~ esok kau orang ada kerja lagi kan...” aku naik ke atas katil lalu menyelimutkan diri dengan conforter tebal yang berwarna biru, merah jambu itu. Aku cuba tutup mata melelapkan diri.

“Janji tau kita story mory lagi...?” bunyi suara ingin tahu Balqis masih kedengaran.

“Iyeee....” Jawab aku membuka kembali mata yang ditutup. Hemmm ada-ada saja Balqis ni. Macam wartawan...

Aku....nampak tenang berbicara tentang masa lalu..namun hakikatnya aku sedang berjuang dengan perasaan pedih yang kembali hadir. Cih~ ini semua sebab dia..
Share:

Thursday, 2 July 2015

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 3

Alhamdulillah! Akhirnya meeting ini berakhir! I am free! Yessss!! Gembira tak tergambar kau ye? Projek belum siap, ini baru je permulaan bak kata leader tadi. Tapi, aku kan wakil sekejap je? Demikian hati aku menjawab cepat.

Wakil-wakil dari syarikat lain mula meninggalkan ruang meeting itu. Begitu juga aku. sebaik fail berkaitan dikemas, aku angkat punggung secepatnya kemudian mengatur langkah ke arah luar bilik meeting.

“Balqis Farhana.” Eh? Automatik kepala aku dipusing ke arah belakang sebaik nama aku dipanggil. Dia?

“Can you stay for awhile? Ada hal kejap.” Pintanya.

“Oh..okay.” Tanpa waspada aku bersetuju kerana bagi aku, itu pasti hal kerja yang tidak melibatkan apa-apa hal peribadi. Lagipun jauh disudut hati aku, aku yakin dia langsung tidak mengenali aku. Dia menghampiri aku dengan sebuah fail.

“Is this yours?” tanyanya sambil menghulurkan kertas itu dihadapan aku. Sempat tergamam namun cepat bertindak menyembunyikan tingkah itu. Fail itu bertukar tangan. Cepat je mata aku meneliti fail projek itu dan seterusnya, alamak lalainya aku!

“Tercicir?” Soalnya serius.

“Er..ye…” Jawab aku tergagap-gagap.

“Tag WF terlekat atas fail ni. Do you mean WF is for WHAT FOR? Maksudnya tak ambil berat soal projek ni?” duganya terus membuatkan aku sedikit tersentak.

“Er..saya tidak bermaksud macam tu..memang betul saya tercicir fail ni..”

“Awak tahu betapa pentingnya fail projek ni kan?” tambahnya lagi langsung mengendahkan jawapan aku tadi.

“Saya minta maaf..dan saya berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi.” jelas aku hampa dengan situasi sekarang. Ye, aku betul-betul tidak sengaja tercicir fail projek ni. Fuh! Tapi macam mana dan bila masa aku tercicir fail ni ye? Seriously, aku tak sedar dan tak tahu langsung! Purggh! Kalaulah jatuh ke tangan orang yang tak bertanggungjawab, mahunya aku dipecat oleh syarikat aku! Itu baik lagi kut, yang sadisnya kalau disabotaj macam mana? Kan? Kalaulah Balqis dapat tahu aku tercicir fail ni, mahunya aku kena pancung oleh dia! Huhu…

“Baiklah, saya terima alasan itu untuk kali ini. Tapi ingat, jangan ulangi perkara seperti ini lagi.” tegasnya. Aku angguk lemah sebagai jawapan. Dia terus ke kerusinya kembali tanpa mengendahkan aku yang masih berdiri kaku. Aku ketap bibir melayan rasa kecewa akibat sikap cuai yang julung-julung kali aku buat. Tak pernah-pernah kut aku cuai pada perkara penting begini. Monolog tidak putus walau kaki sudah mula menuruni anak tangga bangunan itu.

“Kejap..” aku bersuara dan langkah kaki terhenti apabila teringatkan sesuatu. WF is what for? Hahaha! Tergelak sendiri jadinya. Jauhnya imaginasi dia ye? WF tu kan Warda Fitriya! Nama aku. Sigh!

Hemm...tapi, tidakkah pelik, dia terus tahu ini fail aku?

Aku renung fail yang aku genggam. Ah! Mungkin sebab ada nama syarikat kami yang tertulis pada fail ini..

TIGA hari terasa seperti tiga minggu berada di sini. Si Balqis ni pun..dari tadi aku tunggu panggilan dari dia. Tak kan belum sampai lagi kut? Alamak! Baru aku ingat. Kalau balqis dah sampai sini, sudah tentu si katak siam tu tahu siapa aku nanti! Tapi aku dah tak kisah dah sebab aku dah angkat kaki pun dari sini sebaik Balqis sampai! Hehe..wargghh! Hati menjerit. Tubuh dihempaskan ke sofa cuba untuk memadam rasa sengal di badan. Seakan dipenjara pun ada! Tapi … tapi … tapi … tak jugak kut? Sebab aku banyak kerja di luar sana! Ni pun sekejap je ke hotel sebab nak ambil dokumen yang diperlukan untuk site! Kerja yang aku tak minat, memang rasa terpenjara, terkurung! Orang lain enjoy je…

Eh? Site?? Apasal aku boleh terlibat sampai ke site ni?? Ini bukan kerja aku! Pleaselahh! Aku bukan taraf engineer macam Balqis. Huhuhu…Balqis ooh Balqis! Kau tunggu eh, kau cakap meeting je. Ni ha~ aku kena suruh join ke site oleh leader kau orang! Fuh!

Aku kembali ke lokasi kerja yang berada tidak jauh dari hotel tempat aku menginap. Setibanya ke lokasi, teman sekerja sedang sibuk berbincang antara satu sama lain. Leader belum sampai, sampai je anaknya ada sama. Eh? Bahanyanya..dia tak terfikir ke tempat ni bahaya untuk anak-anak kecil? Kenapa tak tinggalkan bersama ibu budak tu je? SOP dia entah kemana. Aiseh, marah kau Warda? Yelah,kesian budak tu. Bersoal jawab didalam hati.

“Sorry, lambat sikit.” Keluh dia sambil Adha Kaliq di dukungannya. Reaksi teman sekerja hanya tersenyum. Mereka lebih tertarik kepada Adha Kaliq yang sememangnya tidak diragui tentang kecomelannya! Terkelip-kelip mata budak tu apabila teman-teman sekerja mengusiknya.

“Mommy!” sedang menghayal jauh, tiba-tiba hujung telinga aku ni menangkap perkataan tu dari mulut Adha Kaliq! Tercari-cari juga siapakah gerangan ibu kepada Adha Kaliq. Mata tercari-cari adakah wanita itu dulu?

“Mommy!” laungnya lagi tapi kali ini hati aku rasa tidak tenteram. Kenapa setiap mata memandang ke arah aku pula?  Mata aku terus di alihkan kepada Adha Kaliq apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aiseh! Tak kan budak kecik ni maksudkan aku?? Dalam pada ramainya orang di sini, kenapa tunjuk aku wahai budak kecik?

“Ngehh~” ketap gigi! Hanya itu yang termampu untuk membalas setiap reaksi mereka. Isk! Si katak siam ni pun aku lihat seperti membiarkan je. Apa dia ingat aku tak malu ke kena pandang sepelik begini? Yelah, nanti orang ingat aku tak layan ‘anak’ aku pula!

“Mommy!” aku sudah menggeleng nafi dengan panggilan itu. Teman sekerja di samping aku kali ini nampak marah dengan tindakan aku.

“Ta..ta..tak…saya bukan Mommy kepada budak ni!” aku yakini mereka. Bukan cuba nak percaya, malah mereka mula mengerumuni aku!

“Kau tak nak akui dia adalah anak kau?? Mak seperti apa kau ni??” selepas berkata-kata, mereka mula menerkam aku! Aku tutup kepala dengan tangan dan menjerit dalam hati. Arggghh! Tolong! Tolong!

“Warda!” dalam riuh-rendah itu sayup-sayup aku dengari suara seseorang memanggil nama aku.

“Oi Warda! Apasal kau ni?” eh? Tangan aku dialihkan dari kepala, wajah aku diangkat. Balqis!

“Kau ni..apasal kau macam pelik je dari tadi? Tutup muka lah..tutup kepala lah..”

“Erhh…hehe…” aku hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal, malu dengan kelakuan sendiri. Apa tak? Rupa-rupanya kejadian tadi cuma bayangan jauh aku je! Sebenarnya apa yang berlaku adalah, si Adha Kaliq tu sibuk je melayan kawan baru dia. Bukannya memanggil-manggil aku pun! Fuh~ buat malu aku je. Fikiran pelik aku ni semuanya sebab kelmarin punya pasal lah ni!

“Hah! Kau dah sampai kan? So…” aku naikkan kening sambil hulurkan fail yang aku pegang tadi terus ke tangan Balqis.

“Tugas aku pun dah selesai, aku pergi dulu!” sambung aku dengan tangan dihalakan ke luar site. Rata mata Balqis sekarang ni tengok aku.

“Amboi! Happynya dia..” hanya itu yang terbit dari bibirnya. Tidak mampu untuk menghalang, tahu jelah itu adalah perjanjian kami sebelum ni. Sempat mata aku menoleh ke arah dua beranak yang masih sibuk itu.

“Tapi kau masih tak boleh lari buat masa ni! haha!” Balqis ketawa gembira disebelah aku. Buat aku musykil je dia ni. Aku tengok dia atas dan bawah.

“Yelah, tak kan kau nak lari macam tu je…apa pula leader cakap nanti? At least kau kena juga maklumkan pada dia ke…rules apa lah yang kau pakai ni Warda?” alamak..ini yang aku tak nak. Habislah identiti aku nanti!

“Oi! Aku tengah bercakap dengan kau ni. kau dengar tak?” Suara Balqis seperti geram.

“Eh? Ohhh okay! Okay! Aku dengar. Aku dengar.” Bingung dibuatnya sekejap. Aish! Fikir cepat apa perlu aku buat…

Teng! Satu idea agak baik keluar dari kotak fikiran aku. Cuma ini je caranya…aku dah takde pilihan. Tanpa membuang masa aku heret tangan Balqis jauh dari mereka. Terpinga-pinga dia. Aku hentikan langkah di satu tempat yang agak jauh untuk bercakap dengannya.

“Balqis! Kau kawan aku kan?” aku menarik perhatiannya dengan pandangan serius. Tekebil-kebil Balqis dengan apa yang berlaku sekarang namun kepalanya masih mampu mengangguk sebagai tanda jawapan kepada soalan aku.

“Aku nak minta tolong, hari ini kita exchange nama eh?”

“Maksud kau?” soal Balqis inginkan kepastian.

“Maksud aku, aku pinjam nama kau sekejap. Kau pula petik je mana-mana nama yang kau suka, asal jangan nama aku sudah.” Jelas aku serius menelan liur.

“Aik? Pelik…kau okay ke tidak ni?” tanya dia sambil cuba memegang dahi aku tapi aku cepat-cepat tepis tangannya.

“Ish..aku okay lah. Tapi kau tolong aku eh. Hari ini je…esok aku dah nak keluar dah. Please?”

“Tapi kenapa pula tiba-tiba macam ni? Ada sesiapa yang kau kenal sini?” soal dia lagi dengan reaksi yang masih bingung. Segera kedua belah tangannya dipeluk ke tubuh sambil lehernya dipanjangkan kepada teman sekerja jauh didepan kami.

“Aish kau ni banyak soal pula. Malam nanti aku beritahu aku okay?! Deal?” balas aku ceria.

“Yeelahhh…” Balqis tengok aku atas dan bawah. Geramlah tu. Hehe!

***

“Balqis!”

“Ye!”

“Ye!” Aku dan Balqis serentak menyahut. Aduh! Balqis ni~ aku gigit bibir pandang dia atas dan bawah.

“Ngehh~” Hanya itu balasan darinya. Lupa lah tu!

“Balqis! Dokumen tadi mana?” Faradhi dari jauh bertanya. Nasib baik dia tak perasan sangat Balqis turut menyahut sama tadi. Huhu..

Aku menyiku Balqis yang melopong mulut bak digigit monyet kerana  si katak siam itu bersuara. Bukan aku tak tahu, sebelum ni dia beriya-iya sangat nak face to face dengan katak siam tu. Sambil mengambil kembali dokumen yang aku berikan kepadanya tadi, kepala aku digeleng-geleng. Faradhi menghampiri aku. Dia mencapai dokumen itu selepas melirikan matanya ke arah Balqis kemudian ke arah aku pula. Cih! Katak siam. Sebab tu aku panggil dia katak siam dari dulu lagi. Sempat pula buang pandangan menawan. Fuh~ Menawan lah sangat!

“Eh? Kamu mesti staff tetap yang terlibat dalam projek ni kan? Dan saya difahamkan Balqis sebagai wakil sementara kamu?” tanya dia kepada Balqis sambil menghalakan pandangan pada aku pula. Balqis pula ceria menjawab dengan anggukan. Balqis~ Balqis. Jangan kau jatuh hati pada katak siam ni pula. Dia dah kahwin, dan dah ada anak pun Balqis oii~

“Encik Faradhi! Saya Farhana!” ya Allah Balqis… nampak sangat kau dah terminat lelaki depan kita ni. Faradhi hanya tersenyum memandang Balqis seterusnya mata itu dialihkan pandangan ke arah lain.

“Alright! Boleh teruskan discussion…sementara tu saya hantar anak saya ke hotel kejap.” Faradhi meminta diri sebelum bergerak pantas ke arah hotel berhampiran. Aku ekori langkahnya dengan mata sehingga hilang dari pandangan. Haih! Risau pula aku. Lagi lama aku disini, lagi cepat rahsia aku bocor. Tak boleh jadi ni.
Share:

Saturday, 6 June 2015

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 2

“Tiada alasan untuk hubungan ini diteruskan … abang ada orang lain ..” tuturnya serius tidak  menoleh aku dibelakangnya. Tersentak dan terkejut dengan pengakuan itu saat ini. Terasa dunia tiba-tiba gelap mengiringi hati yang kelam. Hancur berkecai harapan dan impian yang cuba aku bina walau pada mulanya tiada rasa rela hati ini untuk bersatu. Kenapa dia tidak menolak dari awal? Kenapa baru sekarang berterus-terang setelah semuanya selesai?

“Fly as high as you can. Catch what you dream of…you still young Warda, this is your chance...” sambungnya seraya memusingkan tubuh memandang aku. Tiada riak di wajahnya seolah-olah sudah senekad untuk mengakhiri hubungan ini. Sesingkat ini …

Kata-kata berbisa itu muncul kembali. Fuh~ asyik teringat-ingat … masih segar walau sudah 4 tahun berlalu. Adakah aku yang masih belum ‘move on?’ Sedangkan dia sudah bahagia dengan pilihan hatinya. Tak! Bukan pasal aku belum move on, Pasal aku terjumpa lelaki tu balik, sebab itu aku jadi teringat-ingat. Aku pejamkan mata cuba untuk mengusir ingatan itu dari terus menghantui minda. Fuh! Main jauh-jauh boleh? Aku nak rasa tenang tahu tak? Pergghh! Hebat! Nampak mudah macam usir semut dari gula je kan? Hehe…

Langkah kaki diatur ke luar beranda hotel. Tangan dipeluk ke tubuh. Sejuk terasa sehingga ke tulang apabila betul-betul menginjak ke luar. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan-lahan. Mata direnung ke langit gelap. Ya Allah, cantiknya! Seperti ada seseorang yang menabur telah bintang-bintang itu sehingga berbentuk satu bulatan besar. Sungguh aku jatuh cinta pada keindahan ini!

Bunyi riuh-rendah di sebelah kiri jiran hotel menyebabkan aku menoleh ke arahnya. Gurau senda dan tawa seorang lelaki dewasa dan seorang anak kecil kedengaran. Aku syak lelaki itu adalah ayah kepada anak kecil itu. Suasana yang menghiburkan, menyenangkan dan mendamaikan hati. Akhirnya bibir aku mulai mengukirkan senyuman menenggelamkan rasa hati yang bercampur-baur sejak dari tadi. Berfikir dan memikir macam-macam benda mengalahkan perdana menteri tu! Hehe...

KERJA dilaksanakan terus tanpa ada namanya curi tulang. Kadang-kadang aku ditugaskan sebagai wakil syarikat untuk ke mesyuarat kecil untuk membincangkan hal-hal remeh. Baru aku tahu, makin banyak berjumpa dengan orang luar, makin banyak ilmu yang kita dapat. Ceh! Baru sikit je pun, lagak dah macam berbelas tahun pengalaman punya bahasa. Padahal, masih newbie dalam company ni. Haha! Tiba-tiba handphone aku membunyikan ringtonenya menandakan ada satu mesej dari aplikasi Whatsapp. Private message dari Balqis rupanya.

“Hoi! Amacam? Best kan handle fail-fail projek? Hehe!” amboi! Beri salam pun lupa ke?

“Best kau kata? Pening tau, balik-balik fikir soal solution. Plan A lah. Plan B lah…adoi~ cepatlah kau datang eh?” rayu aku. Ditimbang balik dengan pertemuan aku dengan Muhammad Faradhi, phew! Rasa nak putar balik bumi ni supaya aku boleh elakkan diri dari outstation ni!

“Bahahaha! Sebab tu aku tulis nama kau sebagai pengganti aku! Kau kan baby hulk? Haha!” baby hulk merujuk kepada aku bahawa aku ni kuat kononnya! Tak cepat melenting bila diberi sesuatu kerja. Itu yang Balqis beritahu aku tentang aku tempoh hari. Tersenyum-senyum aku membalas ‘PM’  Balqis. Takpe kot sebab aku seorang je dalam bilik mesyuarat yang belum bermula ni. Hehe…

“Bijak kau eh? Tapi tak jugak kut sebab aku boleh melancong lepas ni ;P! Esok kau datang kan? Hehehe! Bye-bye Balqis!” sengaja aku buat dia iri hati. Hehe..

“Ye! Esok aku datang. Happy?” Balasnya geram.

“Ala! Biar betul kau ni Warda!?” cepat je dia bercakap ke arah benda lain.

“Betul, aku dah apply cuti siap-siap seminggu sebelum datang ke sini. Kau tahu kan aku belum ada ambil cuti tahun ni?”

“Asal aku tak dapat pun cuti walau aku dah apply????” ayat Balqis dilihat bengang.

“I.D.K..hehehe.” maksud aku, AKU TAK TAHU kalau di alih bahasa ke bahasa melayu.

“Alah jealous!!!”

“Baiklah, aku nak siapkan kerja aku kejap. Anyway Balqis, sad to say this.. I’m on my way trip.. :P.” sengaja aku menambah bahang cemburunya. Hehe..

“Oh! NOOOOOOOOOOOO!!!” Balasnya. Aku yakin, Balqis sudah lekapkan wajah kecewanya ke meja kerjanya sekarang. Hehe…

“Ala…janganlah macam tu. Cepat-cepat kau datang sini tau….aku takde kawan..” pujuk aku.

“NOOOOOOOO!!” sah dia masih tak puas hati. Kesian Balqis. Phew! Balqis oi! Aku sengaja nak sedapkan hati je tu. Aku sendiri takde selera pun nak ber-holiday bagai. Cuma nak ambil kesempatan nak makan angin je sementara berada di sini.

“Morning!” kedengaran seorang demi seorang wakil-wakil dari setiap syarikat yang terlibat dalam projek ini masuk memenuhi ruang bilik mesyuarat. Terkejut sekejap, ditambah satu suara yang sangat familiar memberi salam masuk terus ke telinga kanan aku! Tanpa terkawal oleh aku, kepala automatik menoleh ke arah pintu masuk utama bilik mesyuarat.

Alamak! Dia?! Nak je aku ketuk-ketukan kepala ke meja mesyuarat sekarang ini. Kenapa dia ada di sini? Buat apa? Pelbagai soalan yang datang yang tidak mampu aku jawab. Tapi yang pasti, dia terlibat dalam projek ni! Tu ha~ Dia duduk di kerusi sebagai leader pulak tu! Mak ai!

Aku tutup wajah apabila matanya mula melilau, memerhati orang sekeliling. Fuh!

“So, nampaknya ini adalah pertemuan pertama kita semua. Ada beberapa orang saja yang saya kenal disini. Apa kata, sebelum memulakan mesyuarat projek ini, kita ambil beberapa minit untuk kita perkenalkan diri?” Erk?! Aku tak nak!! Aku tak nak!! Demikian hati aku menjerit di sebalik buku yang sengaja dibuka di depan meja sebagai pelindung wajah. Si Faradhi ni pun sempat lagi berkenal-kenalan ye? Masih tak cukup dengan nama-nama yang sedia ada yang terpamer didepan meja ni? Nasib baik tau nama ‘Balqis Farhana’ yang ditulis di meja aku. Nama pun pengganti sekejap kan? Sebenarnya mesyuarat ini dihadiri oleh 3 buah syarikat, dan setiap syarikat diwakili sekurang-kurangnya 3 atau 2 orang wakil syarikat. Syarikat kami Of course lah telah menghantar 2 orang sebagai wakil! Dari syarikat aku sepatutnya ada dua orang..tapi entah kenapa kawan aku seorang tu tiba-tiba ada hal lain tadi. Dato Hamdan panggil katanya. Tapi bagus jugak kot sebab kalau dia ada, tak pasal-pasal nanti dia reveal nama aku yang sebenar. Huhu…

“Saya Norsham Azizul Mohammad Halim!” sayup-sayup telinga aku mendengar sesi memperkenalkan diri yang sudah dimulakan dari tadi. Hemm...

“Saya Fatonah Alyna Binti Abu Bakar dari Syarikat Jaya Bumi.”  Selepas nama itu disebut, semua diam. Tak kan dah siap semuanya kut? Aku ke yang dia orang tunggu? Perlahan-lahan aku buka buku.

“Balqis Farhana?” satu suara dari arah belakang menyebut nama aku. Aku pusingkan kepala. Ergh??

“Boleh perkenalkan diri?” Faradhi tanya aku! Alamakkk! Dia kembali ke mejanya menunggu aku bersuara.

“Saya…..” Nak jujur ke tak ni??

“Saya Balqis Farhana binti Malik!” Balas aku ringkas. Dalam masa yang sama, aku tidak habis-habis meminta keampunan dari Balqis dengan melaung-laung namanya dalam hati. Serentak itu riak dia berubah pelik. Dia meraih sekeping kertas dan membacanya cepat. Alamak..tak kan ada nama aku sebagai pengganti dekat situ?! Tolonglah jangan ada nama aku!

“Hemm…” suaranya sedikit keluar sambil memandang tepat ke arah aku sambil tersenyum separuh. Aduh! Habislah aku. Dahlah bulat-bulat aku tipu dia kelmarin.

“Ohhh..ok!” katanya seperti biasa justeru mematikan rasa takut aku. Oh? Cis! Buat aku risau je. Bukan nama senarai pun kut? Aku je yang melebih-lebih. Perbincangan mengenai projek sederhana mega yang bakal dilaksanakan itu berjalan dengan lancar. Tiada masalah buat masa ini. Pecah tanah tak perlu buat sebab tanah projek itu hak milik Dato Hamdan sendiri. Sangat memudahkan kerja. Anggaran kos juga sudah dikira. Boleh dikatakan tinggal nak buat je.. aku tengok, tidaklah sesukar mana jika ada persepakatan dan satu suara dalam hal ini. Aiseh, nampak sangat aku baru je terdedah dengan kerja-kerja sebegini. Sesekali aku toleh pada dia. Nampak bersahaja. Malu pada diri sendiri … serasa dibaling lumpur pekat ke muka penuh-penuh saat ini berkenaan dengan keadaan diri aku tadi! Apasal aku terlebih kuah dari sudu ye?
Share:

Tuesday, 5 May 2015

Aku Tak Boleh Sebab Kau Ex Aku. Faham!? Bab 1

Aku hempaskan tubuh ke katil tebal yang bersaiz king itu. Mata sekejap-sekejap di tutup dan sekejap-sekejap dibuka melayan rasa penat  yang melanda. Fuh! Nafas aku dihembus panjang. Tidak pernah-pernah aku outstation begini jauh dan penat perjalanan. Kalau bukan sebab nak tolong si Balqis, beribu kali pengsan dan bangun sekali pun.. aku memang tak akan setuju!! Walaupun hanya ganti dia dalam 3 hari! Yeee! Sebab bagi aku, 3 hari tu semacam 3 minggu! Dahlah tengah hari tadi teksi yang aku naiki tayarnya pancit ditengah jalan. Ni haa~ nasib baik tak terlepas flight ke sini! Alahai bumi Sabah, pertama kali aku jejakkan kami ke sini. Tapi takpe, Balqis menyusul nanti …lagipun, ni haa~~

Poket baju kurung moden diselak sekejap. Hahaha! Peta tempat-tempat menarik di sini dah ada dalam tangan! Kening sudah naik ke atas tanda rasa gembira yang tidak terungkap dengan kata-kata. Bangga jugak ada. Akhirnya termakbul tanpa disangka hajat aku ke sini. Hehe…

Aku lekapkan ke dada risalah mengenai Sabah itu. Kepala jauh melayang ke arah lain. Hmm..dulu-dulu aku pernah berhajat dalam diam untuk melancong ke sini dengannya namun..ah! Apa aku fikir ni? Itu dah berlaku 5 tahun lepas Warda. Sekarang kau dah 24 tahun tahu tak? Buang masa je nak ingat semua tu! Warda-Warda. Baik mandi dulu kot? Yelah, lagipun badan penuh dengan peluh yang melekit sana sini. Seakan seminggu tak mandi pula rasanya.

Aku bingkas mencapai tuala hotel panjang yang berwarna putih yang tersidai di ampaian di tepi kamar mandi. Lima belas minit kemudian aku keluar kemudian bersiap dengan pakaian official kerana malam ini kerja aku dah bermula. Cukup dengan mengenakan baju kurung moden yang berwarna merah jambu dan blaus hitam. Dah okay sangat dah kut?

Sedang berkira-kira untuk keluar, ringtone telefon Experia Z aku berbunyi nyaring dengan dendangan lagu Ronan Keating, when you say nothing at all. Ceh, nasib baik ringtone aku ni kuat bak funfair live. Kalau tak, takdenya aku dengar kalau ada orang call aku. Almaklum, handphone aku ni sedang best tidur di dalam beg tangan! Er…Aaron? Nama itu tertera jelas di papan skrin.

“Hello..assalamualaikum..” aku memulakan bicara. Bibir diketap sekejap.

“Waalaikumsalam...Warda Fitriya.” Ternaik kening aku sekejap kerana nama penuh aku disebut.

“Ohh..Aaron. Er..kenapa ye?” balas aku segan-segan. Aku takut hal itu dibangkitkan lagi memandangkan aku belum ada jawapan untuk itu. Sebenarnya aku dah ada jawapan tapi takut untuk suarakan padanya. Aku takut kehilangan dia. Aku takut akan kehilangannya sebagai sahabat aku!

“Dah ada jawapan ke belum?” Aku dah agak dah..

“Kalau dah ada dan jawapannya ‘hijau’, abang nak masuk meminang.” Sambungnya serius di talian. Aku terkedu disitu. Susah untuk berbicara. Seolah-olah lidah aku diikat oleh tali rafia! Tapi ini tak boleh jadi, aku kena beritahu dia yang sebenarnya!

“Aaron…”

“Ye?” suara itu ceria.

“Sebenarnya aku…aku belum bersedia lagi. Aku minta maaf sangat-sangat!” dia diam sekejap sebelum membalas jawapan aku

“Takpe..abang akan tetap tunggu.” Balasnya sebelum menamatkan talian. Terpinga-pinga sekejap dengan jawapannya. Dingin semacam je. . Risau jugak aku kalau-kalau dia berbuat sesuatu yang diluar jangkaan selepas ini. Aku tak nak dicop sebagai punca pulak! Aku gerakkan kepala ke kiri dan kanan menghilangkan fikiran jauh itu.

TUGAS aku bermula dengan berjumpa dengan orang-orang kuat dalam projek syarikat yang bakal dilaksanakan. Bukannya ada kerja berat sangat pun hari ini. Hanya selaku pengiring kepada Dato Hamdan pemilik syarkat tempat aku bekerja ke sana ke mari. Tapi tak tahulah lepas ni macam mana keadaannya. Apa-apa pun, busy tak busy, kena hadap jugak!

Agak meriah jugak makan malam ni ye? Makan malam orang besar-besar katakan? Hehe…nampaknya aku beruntung jugak kot dengan paksaan Balqis menggantinya sebagai pengiring Dato? Hehe! Aku tersenyum lebar tanpa sedar.

“Ah…Warda jamulah selera dulu. Saya ada hal luar pejabat sekejap..” Tutur Dato Hamdan sedikit tersenyum. Langsung dia beredar dari tempat aku berdiri tanpa aku sempat membalas apa-apa. Dengarnya Dato hendak berjumpa dengan kawan lamanya yang turut berada di tempat ini. Aku mengintai Dato dari jauh. Sebaik sosok tubuh itu hilang di penglihatan aku, aku pandang ke arah sekeliling aku pula.

Fuh! Makan lagi? Macam tahu-tahu je aku suka makan! Hehehe! Tanpa membuang masa, aku ke meja makanan ala buffet itu. Panjang dari hujung ke hujung makanan itu disusun di atas meja. Baiklah, untuk tidak membazir, baik aku makan! Kalau aku tak makan, sayang je makanan ni dibuang macam tu je. Aiseh! Membazir dibuang konon! Alasan je semua tu. Tak ke gitu Warda? Hahaha!

Tengah sedap tangan mengambil satu-satu makanan yang dihidang, tiba-tiba telinga aku menerima panggilan yang sepatutnya belum masanya untuk aku!

“Mommy~ I’m hungry!” Erkk? Suara anak kecil yang berumur kira-kira 4 tahun sedang memeluk kaki aku. Membuntang mata aku sekejap dipanggil begitu. Nasib baik budak kecik ni comel. Kalau tak, aku dah cium berkali-kali tadi. Hah… apa? Kau orang ingat aku nak halau jauh-jauh budak kecil ni tadi? Tak, itu bukan aku!

“Adik…” Eh? Adik lagi ke? Atau patutnya aku panggil dia ‘anak’? Apa-apa jelah~ aku turunkan tubuh menyamai anak kecil itu sebelum bersuara.

“Adik, adik silap orang ni..” panggilan adik jugak kau pilih Warda.

“No..i am not!” jerit budak itu. Terbang semangat telinga aku sekejap. Mata aku sudah melilau disekeliling aku. Para hadirin menengok aku semacam je. Jangan dia orang ingat aku mendera ‘anak’ aku sudah! Aku tatap wajah anak kecil itu kembali. Boleh tahan degil budak ni! aku ambil nafas cuba untuk memahami kehendaknya.

“Adik~ pelan-pelan sikit suara tu eh.” Sempat pula aku mengajar budak tu. Hehe..

“Gini. Pandang betul-betul muka kakak ni. Kakak ni bukan mommy adik.” Aku angkat kening seceria yang boleh pada budak itu agar dia cam aku orang luar bagi dia!

“Mommy…” anak kecil itu tetap memanggil aku dengan panggilan mommy malah kali ini matanya sudah mulai digenangi air mata! Aduh! Macam mana ni? Manalah mak budak ni? Bapaknya? Adoi!

“Mommy! Mommy!” ulang anak kecil itu lagi. Kedengaran sangat tinggi suaranya berkali-kali. Para hadirin pula sudah berbisik sesama sendiri. Apalah yang dibisikkan sangat tu? Cik akak, cik abang, cik adik, budak kecik ni bukan anak aku!

“Uwaaaaaaaaaaaa! Uwaaaaaaa! ” tangisan budak itu mulai kedengaran. Alalala~

Kelam-kabut punya pasal, aku angkat terus budak kecik itu ke bilik hotel aku yang berada di tingkat 7. Fuh! Anak siapalah yang hilang? Tak pasal-pasal aku direpot ke balai polis lepas ni. huhu…Warda-Warda. Pintar sangat kau bawa budak ni ke bilik hotel kau. Hey! Kau ingat, dia anak kau ke? Menggeleng-geleng sendiri mengingat akan kebodohan sendiri.

Aku cebik bibir sambil berpeluk tubuh memerhatikan budak kecil itu dari jauh. Kesiannya…aku mengeluh kecil. Langkah kaki aku diatur mendekati budak itu yang leka bermain kereta mainan di atas katil. Fuh! Lupa nak beritahu, budak kecik ni ambil replika kereta porche dari dalam beg tangan aku! Huhu suka hati je budak kecik ni ambil tanpa tanya aku, tanpa minta izin dari aku! Tapi takpe, sebab dia masih budak kecik…aku maafkan je.

“Adik..siapa nama adik?” aku bertanya sambil meniarap sekali dihadapannya.

“Ada…” aku terangkat sedikit tubuh dengan jawapan dia. Lain aku tanya, lain dia jawab. Huhu..

“Akak tahu adik ada nama. Please beritahu akak, siapa nama adik?” pujuk aku membuat muka 10 sen. Memang pun, sebab kalau aku tahu siapa nama budak ni, boleh aku hantar dia di security sana. Kut-kut boleh umumkan nama anak ni nanti ke speaker hotel ni. huhu..

“Ada..” Tanpa dia ambil perhatian, sekali lagi dia ulangi jawapan itu. Mengerutu dibuatnya. Baiklah, Sabar Warda. Kena ikhtiarkan cara lain kut? Baru budak kecik ni beritahu aku namanya yang sebenar-benarnya! Ada semangat di situ. Hehe…

Aku bingkas ke peti ais hotel itu dan mengambil sesuatu.

“Tadaaa!” serentak itu, wajah budak kecil itu dipaling ke arah aku dan tidak semena-mena, dia berlari mendapatkan aku.

“Nak coklat?” aku ceria bertanya sambil merendahkan tubuh menyamai ketinggian budak itu agar lebih selesa bercakap dengannya.

“Nak! Naakk!” jawabnya pantas. Haih! Nampaknya aku masih juara dalam bidang pujuk-memujuk budak. Hahaha! Bangga kejap.

“Okay akak boleh bagi, tapi sebelum tu adik kena beritahu dulu siapa nama adik. Risau nanti ibu dan abah adik tau..” keluh aku mengingatkan nasib budak tu.

“Ada..” Aikkk??? Lagi sekali? Kejap lagi aku pula yang nangis lepas ni tau! Takpe, sabar lagi.

“Baiklah, sebut nama abah jelah.” Ujar aku sebelum mengangkat budak itu dan mendukungnya. Coklat itu aku berikan padanya terus ke tangan.

“Paladi.” Jawabnya ringkas. Paladi? Faradhi? Err…? Automatik kepala aku terbang pada seseorang yang sama dengan nama itu namun dihalang cepat oleh minda aku yang lain.

“Oh Faradhi? yeke?” budak itu tersenyum manis apabila nama itu aku sebut.

“Takpe, lepas ni kita turun makan ye? Lapar eh?” budak itu hanya mengangguk. Masih tersenyum lawa seperti tadi.

“Attention please. Sesiapa yang menjumpai seorang budak lelaki yang bernama Adha Khaliq, berbaju perang, berseluar jeans biru pendek, tolong hantar ke kaunter keselamatan. Terima kasih!” Tiba-tiba satu pengumuman dibuat jelas kedengaran di corong-corong speaker bilik hotel aku. Aku kerling budak itu sekilas.

“Ohh jadi nama adik Adha eh?”

“Aaah.” Dia angguk mengiyakan. Patutlah tadi dia sebut ada, ada. Rupa-rupanya dia sebut Adha! Adoyai~

Masih didukung di pelukan aku, aku pantas bawa dia turun ke bawah kemudian melangkah ke arah kaunter keselamatan. Dari jauh aku jelas melihat sosok tubuh seorang lelaki sedang bercakap dengan seorang pengawal keselamatan. Sekejap-sekejap wajahnya diraup tanda dia sangat risau akan sesuatu. Semakin lama aku mendekati kaunter itu, semakin jelas wajah itu akan seseorang. Namun berkali hati aku menafikan itu adalah dia!

Setelah menjejakkan kaki betul-betul berdekatan dengan kaunter,

“Papa!” Adha meluru turun dari pangkuan aku dan terus ke arah lelaki yang digelarnya papa. Lelaki itu segera berpaling ke belakang lalu memeluk erat Adha.

Aku terpempan lantas langkah kaki aku terhenti.Dalam keadaan terkejut dan kaku, cepat otak aku melayang pada beberapa perkara lalu. Dalam masa yang sama lelaki itu pantas berdiri mendukung anaknya. Tergamam dia sekejap setelah berdiri tegak memandang aku di hadapannya.

“Warda Farina?” tuturnya. Aku dan lelaki itu sama-sama terdiam dalam beberapa saat sehinggalah aku bersuara.

“Maaf, saya tak kenal encik dan saya bukan Warda Farina.” Laju ayat itu keluar dari mulut. Aku menguntum senyum seboleh yang mungkin agar nampak real didepannya sementara jemari pula dilibas nafi. Fuh!

“Eh? Yeke? Sorry kerana kesilapan saya. Ini kerana kamu sangat mirip akan….”

“Er…takpelah. Saya pergi dulu.” Potong aku agar dia tidak meneruskan kata-katanya tadi. Aku pusingkan tubuh ke arah belakang, melangkah ke lif hotel dengan pelbagai perasaan.

“Hey! Tunggu..” laungnya. Aku pusingkan tubuh dari kejauhan. Tidaklah jauh sangat. Hanya 10 kaki darinya.

“Thanks sebab tolong hantarkan anak saya Adha Khaliq ke mari. Saya tidak tahu apa akan jadi pada jika saya kehilangannya. Terima kasih.. ”

“You are welcome..” senyum aku. Sebenarnya senyuman aku pahit..

“Mommy..” Adha bersuara kembali sekian lama berdiam diri dari tadi. Kerutan dahi sedih nya mengusik jiwa manusiawi aku. Normal, kerana aku hanyalah insan biasa.

“Hey..she’s not your mommy..I told you before right ” Pujuk lelaki itu sambil mencuit lembut hidung anaknya. Fikiran aku tetap kosong saat ini.

“Sorry..” ucapnya lagi kepada aku. Aku hanya senyum paksa padanya dan selepas itu aku menaiki lif ke tingkat 7 semula. Aku sandarkan tubuh ke dinding lif dan menghembus nafas kecil. Mata dipejam sekejap. Heh! Aku tak kenal dia? Aku tersenyum rasa lucu memikirkan jawapan aku pada lelaki itu sebentar tadi. Ye, aku akui..aku hanya berpura-pura tidak mengenalinya. Hakikatnya siapa tak kenal dengan bekas suami sendiri?! Dan…Adha Khaliq? Muhammad Faradhi...selepas perpisahan itu, dia terus berkahwin dengan wanita itu? Aku tunduk wajah berat.

Entah apa sebenarnya yang aku rasa..bercampur-baur bagai sisa tong sampah yang patut dibuang kerana sedar, bukan tugas aku untuk memikirkannya lagi. Namun satu ungkapan senyap aku untuknya..semoga berbahagia..dan semoga kita tidak bertemu lagi!
Share:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers