Monday, 29 February 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 13 ]

Posted by Syau Qah at 21:29


Aku balik ke rumah sewa selepas upacara menyarung cincin selesai. Tidak pula aku lihat kelibat Shah tadi. Agaknya sibuk kot. Aih? Boleh pulak aku tercari-cari dia. Geleng kepala sendiri mengingatkan tingkah aku yang aku sedari pelik.

Aku sampai ke rumah setelah menjelang malam. Aku terus ke ruang dapur sebaik menghidupkan lampu rumah. Haus sangat! Selepas itu aku naik ke bilik untuk merehatkan badan. Jam di dinding pula sudah menunjukkan pukul 10 malam. Nasib baik juga, sebelum aku balik ke kampung hari tu..sempat aku siap semak buku-buku latihan dan kerja anak murid aku! Lega..

Usai mandi, aku baringkan tubuh ke katil. Fikiran mengelamun jauh...

Orang lain, agaknya kalau tunang dia dah sampai rumah..sibuklah call. Dah sampai ke belum? Tanya okay ke tidak? Dah makan ke belum? hemmm, aku? Erhhh..boleh pula aku mengharap benda yang sama untuk aku..haih! dahlah Ika oi…

Aku merenung cincin pertunangan yang tersarung kemas di jari manis kiri aku. Aku pusing-pusingkan..

Sesuai pulak saiz cincin ni dekat jari aku? Pandai dia cari saiz. Macam mana dia tahu? Pelik aku. Memang misteri! Antara teruja dan tidak aku dengan pertunangan ini..teruja kerana aku bakal nak kahwin. Sebelah hati, tidak teruja kerana bakal suami aku tu! Haih~ kau jugak yang bersetuju kan?? Dah lupa? Tapi..tapi aku dalam keadaan darurat masa tu! Allah..apa aku buat ni?!

Menurut abah tarikh pernikahan akan berlangsung masa cuti sekolah pertengahan tahun bulan Mei dan Jun. Argghhhhh! Aku bingung sekarang ni..ada dua bulan lagi, maka aku sahlah jadi isteri dia! Ada cara tak nak cancel semua ni?? Kalau cancel, serba salah pulak aku. Malu pulak abah dengan mama. Mungkin pihak Shah pun sama. Kak Fiza? Happy giler kot! Sebab dia nak sangat Afif jadi adik ipar dia. Huhuhu..pening-pening!

* * *
Aku dikejutkan dengan berita keputusan Shah berhenti sekolah sebaik sampai ke bilik guru pagi ni.

Kebanyakkan guru-guru bercakap benda yang sama. Aku pelik, kenapa Shah tidak beritahu aku akan hal ni semasa datang meminang tempoh hari? Macam mana aku boleh tidak tahu? Aku  bukan orang lain pada dia..aku tunang dia! Amboi Ika..

“Sayang sekali si Shah!” itu sahaja ungkapan para guru terhadap keputusan Shah. Kenapa baru sekarang dia berhenti sekolah? Aku kerut dahi..hairan dengan keputusan drastik dia. Tak kan pasal nak kahwin kot? Mustahil! 

“Shah Imadi tu dah daftar STPM ke belum?” aku bertanya kepada guru kelas upper six, Cikgu Suzanna.

“Belum lagi..” jawabnya sambil menggelengkan kepala.

You tahu tak, I dah target dia dapat cemerlang tau STPM tahun ni!..sebab kalau ikut keputusan setiap ujian yang dia ambil tahun lalu, always on the top!” Sayang sangat!” aku terkedu.

You tahu apa-apa tak kenapa dia quit for study?” Cikgu Suzana berbangsa kadazan itu soal aku. Aku hanya menggeleng.

Aku yang selaku tunang dia pun tak tahu! Aisehh, mengaku pun pulak aku tunang dia. Isk!!

“Itu cincin tunang ke kahwin?” soal seseorang di sebelah aku. Aku terus menoleh ke arahnya..
“Cikgu Imran!..”

“Ohhh ini..ini..” kata-kata aku terhenti-henti. Riak wajahnya tampak terkejut dengan cincin yang aku pakai.

Aku meminta diri kepada cikgu Suzanna untuk balik ke meja aku.

“Ini, cincin tunang!” jelas aku kepada cikgu Imran sebaik duduk kembali ke kerusi aku. Dia yang dihadapan aku kelu sekejap. Namun tidak lama, dia senyum kembali.

“Ohhh dari Afif?” aku tersentak dengan pertanyaan Cikgu Imran.

“Er..bukan…” jawab aku sepintas lalu..

“Ohh..” cuma itu saja dia balas. Dia berkerut dahi seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Entah apa agaknya dia fikirkan. Aku abaikan begitu sahaja.

Keputusan Shah berhenti sekolah menimbulkan banyak tanda tanya kepada aku sendiri. Usai sesi persekolahan, aku terus mendail nombor Shah sebaik masuk ke perut kereta.

Aku cuba capai ke talian telefon Shah, aik! Masuk ke mailbox je? Aku cuba lagi, pun sama! Hemmm...ke mana agaknya dia ni? 

Aku mengambil keputusan untuk ke rumahnya. Betul ke tindakan aku ni? Aku kurang pasti. Tapi aku tetap teruskan jugak ke rumah dia atas dasar guru yang ambil berat. Ambil berat tentang hal akademik dia.

Susah jugak aku cari rumah dia ni. Yelah, dah lupa..lagi pun.. masa Shah minta hantar hari tu, aku antara fokus dan tidak saja. Huhu..

0 comments:

Post a Comment

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea