Thursday, 12 May 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 32 ]

Posted by Syau Qah at 08:42

“Woaahhh!!”

“Argghhhhhhhhhh!” Belum sempat aku masuk ke ruang tamu, aku disergah oleh Shah di depan pintu rumah.

“Aduhh!! Apa awak ni??” mata aku rata pandang dia. Dia pula tertawa besar

 “Jom ke rumah nenek!” ajak dia membuka mulut setelah puas mentertawakan aku.

“Awak, kenapa pula tiba-tiba kesana?” mata aku tanpa berkelip bertanya.

“Nenek buat kenduri!” jawab dia ringkas lalu masuk ke ruang tamu. Aku kerut dahi berfikir sejenak. Alamak…pergi ke rumah nenek? Huhu…habislah.

“Tak boleh!..” spontan mulut aku membantah. Dia terus berpaling dan memusingkan badan. Dahinya bertemu, ada rasa hairan disitu.

“Aik? kenapa pula tak boleh?” dia sekarang ni merapatkan diri pada aku. Kelu sekejap.

Err….apa aku nak jawab ni? Dia angkat kening tanda bertanya pada soalan tadi.

“Sebab…sebab..saya belum ready lagi!” isk..kenapa lah aku cakap macam tu. Kepala aku sudah ketuk dengan jari.

“Laaa…habis tu get ready lah Ika..” dia menggeleng lalu meneruskan kembali langkah.

“Awak, saya takutlah..” tika ini dia terhenti langkah lalu menghampiri aku kembali.

“Emm…nenek tak marah ke?” jawab aku gugup.

“Hey, pasal apa pula nenek marah? Nenek tu..tegas je. Sebab tu nampak garang. Hehe..”

“Hehe..dengan nenek pun nak takut. Jangan risaulah, nenek tak makan orang pun..” sambung dia tanpa memberikan aku ruang untuk menghabiskan kata. Kemudian dia teruskan langkah ke hadapan.

“Oh..eh awak, kenduri apa ye??” aku berlari anak membuntuti dia. Seperti biasa, kalau dia berjalan..dia akan masukkan kedua belah tangan ke kocek seluar. Control macho lah tu!

“Kenduri doa selamat..” jawab Shah bersahaja.

“Get ready ya..cepat sikit!” kata seraya dia kenyitkan mata.

“Oh ya!” dia berhentikan langkah kemudian memusingkan badan menghampiri aku.

“Pakai elok-elok sikit, kalau tak….haa pandai-pandailah sambung!” dia tersenyum jahat. Rasa nak luruh jantung aku dibuatnya. Kenapa dia jahat sangat hari ini? Balas dendam? Atau buang tabiat kah? Mengerutu. Jangan-jangan dia ada rancangan jahat tak? Aku pandang dia atas bawah lalu meneruskan langkah. Aku terus masuk ke bilik sebaik menaiki anak tangga.

Setelah  menyarungkan baju, aku keluar untuk meminta pendapat dari Shah. Manalah tahu kan, kut-kut dia tak setuju dengan apa yang aku pakai? Tak pasal-pasal aku penat tukar nanti kan…

Aku ke bilik sebelah, tiada pun ni?

Mana dia ni? Kaki aku kini menuruni tangga..

Aku panjangkan leher mengintai ke dapur. Ohh dekat sini rupanya…Shah sedang menutup peti ais. Ditangannya pula menggengam segelas air.

“Shah, okay tak baju ni?” aku peragakan baju yang aku pakai dihadapan dia. Dia terus palingkan kepala dan serta merta terbatuk kuat. Dah kenapa pula ni? Aku ambil gelas yang ada digenggaman dan cepat-cepat menepuk belakang dia. Bukan apa, tercekik kang anak orang ni..siapa yang jawab? Aku jugak!

“Awak okay tak?? Tu lah..minum air pelan sikit.” aku sudah menggeleng. Aku lepaskan tepukan sebaik batuk dia reda.

“Sayang jugak Ika pada Shah eh?” katanya tersenyum mengenyit mata. Aku naikkan anak mata ke atas. Geram! Apa pasal dia ni suka sangat usik aku??

“So, okay tak baju ni?” tanpa menjawab, aku ulang lagi soalan tadi.

Dia menggaru dagu seketika dengan pandangan berat.

“Hemmm..terlalu lawalah baju ni.”.dia pusingkan ke kiri dan kanan tubuh aku.

“Tukar!”

“Tukar? Dah elok sangat dah ni.” aku berkeras.

“Em..em!..baju tu nampak sikit bentuk badan. Seksi!” dia menggeleng perlahan. Err…seksi ke? Aku nampak elok je. Hemm….agaknyalah. Aku jawab sendiri dalam monolog. Nak tak nak, aku tukar juga…nak buat macam mana lagi?? Sampai 3 kali barulah dia setuju dengan apa yang aku pakai.

Perjalanan ke rumah nenek mengambil masa 1 jam. Hem..jauh juga ye? Sesekali aku menoleh dia yang ada di sebelah pemandu. Aku hairan lah dia ni, kelmarin bukan main dingin…hari ini ceria semacam? Curiga dibuatnya.

Dalam perjalanan sunyi itu, fikiran aku mula melayang-layang..

….kadang-kadang aku rasa dia ni sangat baik untuk aku. Dan kadang-kadang aku rasa dia ni suka sangat usik aku. Aku tak kenal siapa dan sikapnya yang sebenar.. Dia ni…misteri sangat…

….kadang-kadang aku rasa aku rindu dia..tapi sebagai apa? Kawan? Kekasih atau….suami? Aku rapatkan mata tanpa sedar. Kau dah keliru Ika oii! Hati-hati! Purgghh~ apa aku fikir ni??

1 comment:

  1. best...lps ni pnjg kn bleh x puas la bca ksah syah dgn ika...sory sya bgi pndpt ja....apapn good job writer dn thnk...

    ReplyDelete

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea