Monday 29 February 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 14 ]

Sampai saja aku di depan pagar rumah, aku menekan loceng. Nampaknya semua orang keluar kot? Sebab takde seorang pun yang keluar memberi respond? Namun tak lama itu, skrin kecil berbentuk TV di bawah loceng tu mula memaparkan susuk tubuh seorang perempuan. Makcik pemberi kunci tulah!

“Assalamualaikum makcik, minta maaf sangat sebab menganggu..ada hal sikit nak bincang dengan Shah Imadi.” Kau panggil Shah Imadi Ika? Tunang okayy? TUNANG! Phew! Dunia ni aku rasa macan nak terbalik~ baiklah, abaikan part ni sekejap.

“Tidak ada apa-apa..masuklah..” jelasnya siap menguntum senyum di papan skrin.

Pintu pagar dibuka, aku membuka langkah masuk ke perkarangan rumah. Sempat aku mengunci kereta aku yang terparkir di bahu jalan dengan menekan kunci alat kawalan jauh itu.

Sebaik menapak ke rumah, aku terpesona dengan keindahan kawasan rumah tersebut. Tak sangka aku! Tapi memang tak mustahil, sebab rumah sewa aku juga sudah begitu cantik..ini kan pula rumah dia! Er....

Makcik yang tadinya mempelawa aku masuk menyapa aku..entah dari mana dia muncul, aku tidak perasan!

“Ika masuklah rumah dulu..Shah belum balik lagi. Ada urusan katanya...” kata makcik itu.

“Ohhh..” aku mengangguk segan.

“Ika panggil saja makcik dengan panggilan mak ngah!” katanya ceria.

Aku cuma tersenyum menampakkan baris gigi depan.

“Ika minta maaf sangat, sebelum ni Ika cuma panggil mak ngah dengan panggilan makcik je..” aku mula membuka mulut.

“Takpe lahh~..mak ngah faham! Lagipun semuanya berlaku dengan pantas..sampai kita tidak sempat untuk berkenal-kenalan..” sambung mak ngah lagi..

Langkah kaki kami mulai memijak ruang tamu rumah. Sekali lagi aku terpana dengan keindahan suasana rumah. Pokok-pokok hijau sebagai hiasan. Rasa sejuk menusuk ke kalbu...sejuk yang menyenangkan...

“Ika duduklah sekejap, mak ngah nak ke dapur.” ujar mak ngah kepada aku.

“Eh..tak payahlah susah-susah mak ngah..”

“Duduklah sekejap, Ika kan tetamu mak ngah.” tutur mak ngah menguntum senyum. Dia pantas saja menuju ke arah dapur. Aku menunggu dengan setia. Mata aku meliar memerhatikan sekeliling rumah. Dari jauh aku melihat susuk tubuh seorang bibik sedang mengemop lantai. Sekali-sekala dia tersenyum, berbual dengan seorang temannya. Agaknya teman kerja senegara jugak kot? Aku mengagak-agak.

Tidak lama kemudian, mak ngah datang dengan kuih muih dan hidangan air minuman. Lalu dia duduk bertentangan dengan aku.

“Jemputlah minum.” pelawanya.

Aku dengan tanpa segan mencapai cawan minuman lalu menuang air nescafe ke dalamnya. Tak baik tolak rezeki. Hehe..

Aku hirup air teh itu sedikit demi sedikit..

“Siapa-siapa yang tinggal dekat sini mak ngah?” ohh mulut aku memang mulut tempayan!

Mak ngah kuntum senyum.

“Selain dua orang bibik mak ngah, pak ngah dan tuan saja..oh ya, dengan pemandu sekali!”  ujarnya sambil mengunyah sopan kuih donat di mulut. Tuan? Si Shah tu ke?? Aku ternaik kening.

Mata aku berkelip-kelip..aku mengenggam sekejap cawan minuman di jari aku.

“Ohh, ayah Shah?” aku bertanya lebih lanjut.

“Ayah Shah sudah lama meninggal dunia..masa dia kecil lagi..almarhum yang jaga dia selama ni, cuma..tulah..puan pun dah meninggal dunia tahun lalu. Jadi tinggal kami je..pak ngah tu adik kepada puan.” kata mak ngah sebaik menghirup minuman.

“Eh, maksud mak ngah kakak ipar mak ngahla..mak ngah terbiasa sebut puan, sebab sebelum kahwin dengan pak ngah..mak ngah bekerja di syarikat puan.” katanya sekali lagi menyebut perkataan puan.

Aku mengangguk faham dan tersenyum..namun, hati kecil aku timbul pulak rasa simpati aku pada dia..kasihan…..

“Sebelum ni mak ngah dan pak ngah tinggal di tempat lain, tapi Shah jemput kami kemari. Dia tiada teman katanya” sambung mak ngah lagi.

“Anak-anak mak ngah?” apa lah aku tanya pasal anak-anak dia pula? Huhu

“Mak ngah belum dikuniakan anak…” tuturnya ringkas..buat aku terkedu.

“Ohh..minta maaf mak ngah kalau Ika terlalu bertanya.” ujar aku. Rasa bersalah bersarang dihati.

“Tiada apa-apa yang perlu mak ngah terasa hati! Mak ngah tidak kisah pun.” tuturnya ceria membuatkan aku sedikit lega.

“Sebenarnya Shah ada seorang ayah tiri.” ujar mak ngah tiba-tiba.

Aku tersentak seketika.

“Ayah tiri Shah dekat mana sekarang?” tanya aku sebaik menghabiskan hirupan terakhir nescafe.

“Sebelum puan meninggal, dia dengan anak kandungnya tinggal di Australia. Sekali-sekala balik malaysia sebab anaknya dari  hasil perkahwinan pertama belajar dekat sana. Tapi sebaik puan meninggal, mereka berdua balik ke tanah air. Tapi tidak tinggal dekat sini..” jelas dan panjang lebar mak ngah terangkan kepada aku.

Belum sempat aku bertanya lebih lanjut, derapan kaki Shah dan pak ngah kedengaran masuk ruang tamu rumah. Kerana rancak bercerita, tidak pula kami perasan kehadiran mereka berdua!

Aku dan mak ngah seraya berdiri apa bila Shah menghampiri kami berdua. Pak ngah dari jauh menguntum senyum kepada kami.

“Ika kenapa park kereta dekat luar? Kenapa tidak parking kereta dekat garaj? Shah terus membuka mulut. Jelas wajahnya suka. Aku tidak pasti apa yang buat dia ceria sangat. Aku tersengih.

“Saja..” jawab aku senyum paksa.

“Ika sihat?” tanya pak ngah di sebelah Shah.

“Alhamdulillah pak ngah.” jawab aku ceria.

“Alhamdulillah, ermm pak ngah naik ke atas dulu sekejap. Ika sembang lah dengan Shah dulu.” ujar pak ngah meminta diri. Begitu juga mak ngah, dia memberi isyarat jari membuntuti pak ngah. Aku gangguk faham. Aku kembali labuhkan punggung ke sofa. Begitu juga Shah..dia duduk di sofa bertentangan dengan aku.

“Kenapa tiba-tiba awak berhenti sekolah?” ye..memang ini tujuan aku ke sini. Semata-mata nak tahu soal ni..

Aku terkebil-kebil menanti jawapan dari Shah. Dia tersenyum tawar. Kantoi lah tu!

“Adalah sebabnya..” jawabnya bersahaja. Aku sudah berkerut dahi. Entah kenapa dia ni terlalu relax dengan jawapan-jawapan dia? Aduh..

“Shah ada try nak discuss tempoh hari..tapi Ika tinggalkan Shah begitu je…” sambungnya lagi. Eh? Bila pulak ni?? Aku ketap bibir kembali mengingat-ingat.

“Aik, bila masa pulak?” tanya aku masih bingung-bingung.

“Lupa lah tu, tu lah..lain kali, biar orang explain dulu..barulah angkat kaki. Ni tak, tinggalkan orang macam tu je..”. jelasnya lagi. Aku cuba mengingat-ingat. Bila ye?? Ohh..aku akui, otak aku memang sudah beku! Isk..

“Hehe bila ye??” malu aku bertanya lanjut..tersengih aku kali ini.

“Hari tu, dekat sekolah..masa Shah pass buku-buku tingkatan 5 tu..kan Shah minta Ika balik sama-sama dengan Shah masa tu?” mata aku terhenti pada satu sudut. Aduh! Hampir saja aku tepuk dahi. Ye tak ye pula…

Aku mula senyum kambing. Isk isk..macam mana lah aku ingat? Banyak benda terjadi sejak akhir-akhir ni! Shah menggeleng kepala melihat gelagat aku.

“Cantik tak cincin tu? Ika suka??” Shah menjuihkan bibir ke arah jari aku. Sajalah tukar topik tu! Mata aku merenung pada cincin yang tersarung di jari manis kiri aku. Tidak dinafikan, memang cantik sangat cincin ni. Aku memang suka! Tapi….aku cepat-cepat berubah riak, konon buat muka bersahaja! Hiks

“Boleh lahh~”

“Begitu je?” soalnya tersenyum dengan riak bercampur-campur.

“Aik, jangan nak tukar topik lah. Saya tanya ni, kenapa tiba-tiba berhenti sekolah?” aku bertanya lagi soal kenapa dia tiba-tiba berhenti sekolah.

“Sebab kahwin ke?” aku cuba meneka-neka agar Shah menjawab pertanyaan aku.

“Kalau sebab nak kahwin boleh??” soalnya kembali. Dia mula tertawa kecil. Aku pantas jegilkan mata memandangnya.

“Jawablah betul-betul!” aku mula bersuara tegas.

“Okay-okay..janganlah marah..” jawabnya sedikit tersenyum.

“Tiada apa yang pelik, memang Shah niat nak berhenti sebelum ni. Memandangkan kehadiran tahun lalu Shah ke sekolah sedikit sebanyak menganggu reputasi, mungkin lebih baik Shah berhenti. Lagipun, pak ngah perlukan Shah sekarang ini untuk bantunya uruskan company peninggalan milik ibu. Shah tak boleh biarkan pak ngah uruskan seorang diri…itu salah satu tanggungjawab Shah juga..” jelas Shah seraya menyandarkan tubuhnya di sofa. Aku terhenti untuk berkata-kata.

“Tapi, atleast..habiskan dulu STP tu. Ada beberapa bulan saja lagi..sayang kalau tidak habiskan…” aku menambah.

“Sayang tu sudah tentu, cuma kalau kita ada pilihan yang lebih baik..baik ambil peluang yang ‘lebih baik’ tu. Shah akui, sebelum ni memang dua hati sama ada nak lompat ke bidang lain atau teruskan sambung study dekat situ.  Kerana hanyut dalam dilema, Shah teruskan study konon-konon menganggap ianya masih awal untuk Shah pikul. Hinggalah saat ini, arah tuju tu dah nampak, Shah kena lepaskan STPM tu dulu. Dan Shah kena faham, Shah tak boleh biarkan Pak Ngah pikul tanggungjawab tu seorang-seorang...kerana tugas dan tanggugjawab Pak Ngah pegang tu, sepatutnya milik Shah. It's mine..lagipun selepas ni Shah sudah ada tanggungjawab yang baru..” tuturnya sambil mengenyit mata kepada aku. Fahamlah aku maksudnya tu..huhu

Aku hanya mengerut dahi sambil mencebik bibir. Aku masih tak boleh terima jawapan dia tu.

“Lepas ni, Shah akan bekerja dengan pak ngah sambil belajar dekat OUM. Ambil PJJ je...tu pun masih dalam perancangan awal. Belum muktamad lagi...” sambungnya lagi meneruskan cerita.

OUM? Aku ketap bibir. Aku terpaku dengan pelan hidup yang dia aturkan sendiri. Dalam diam, dia mengorak langkah tanpa aku tahu.

Aku sengaja menggaru kesan gigitan nyamuk di pipi kiri walau tidak gatal sebab aku hilang kata untuk berbicara. Nak cakap lebih, dia hanya stranger bagi aku sekarang ni kerana aku tak kenal dia langsung. Aku hanya bersandarkan pada satu kekuatan  bahawa dia lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Dan untuk kami juga kot?? err..bolehkah aku letakkan kepercayaan pada budak ni??

“Cik Ika, meh beritahu Shah..berapa orang anak Ika nak lepas nikah nanti?” soal Shah tiba-tiba separuh berbisik sambil mengubah kedudukan dan merapatkan sedikit jarak antara kami. Dia sendiri sedikit tertawa dengan soalan spontan dari mulutnya.

“Erk!” aku tersentak langsung lupa akan topik bualan kami kerana dengan soalan killer dia!

 Aku cebik bibir namun dalam masa yang sama pipi aku sudah memerah. Hati aku ni pula tiba-tiba berdebar kencang.

“Soalan apa pulak ni?! Jangan perasan lah!” aku mendengus. Aku jegilkan mata. Tambah dia tertawa. Malah kali ini sudah ketawa terkekeh.

“Aik? Betul apa? Setiap orang yang berkahwin mestilah nakkan zuriat kan? kan? kan?” Shah menambah. Kali ini dengan fakta kajian tidak rasminya sendiri. Yelah, aku sendiri akui..memanglah akupun nak kan zuriat juga. Tapi, bukan dengan...huhuhu! Aku pejamkan mata.

“Heheh a'ah betul lah tu! Tapi nanti-nanti je lah saya fikir soal anak tu ye!” Aku genggam jari cuba lepaskan rasa geram yang bersarang. Huh! Macam mana aku boleh sesat dalam situasi hidup yang macam ni? Dia panar memandang aku namun dia masih mampu mengukir senyuman.

“Eh awak, ada tak cerita yang lebih bermanfaat sikit? Cubalah topik lain ke..” aku pamerkan barisan gigi atas dan bawah ketika memandang Shah.

“A'haa..betul jugak! Ni..destinasi bulan madu pulak? Penting juga kan?” dia rapatkan lagi sedikit kedudukan kami sehingga bahu kami hampir berlaga antara satu sama lain. Kali ini dia sudah tersenyum nakal. Aku membulatkan mata. Senyuman dia tu nak pitam aku dibuatnya!

“Eihh! Apa awak ni?! Orang nak cerita lainlah..mulut tu, boleh berlapik sikit tak?” kali ini aku ketuk lengannya dengan handphone yang aku genggam dari tadi seterusnya menjarakkan kedudukan kami.

Boleh pulak dia masih ketawa terkekeh. Sekeh kang, haa!

“Yelah-yelah, sorry! Gurau je..tapi comel juga.. Suka tengok Ika senyum..taklah kelat je..” aku sudah tersipu-sipu malu. Test market ke apa dia ni?? sengaja betullah! Aku cebikkan bibir.

“Ermm dahlah, saya nak balik dah ni. Kirim salam je dengan mak dan pak ngah eh!” kata aku seraya bingkas bangun. Tangan aku pula mencapai handbag yang berada di atas sofa. Dia juga turut bangun.

“Tak nak tunggu mak ngah lagi?

“Tengah rest agaknya mak ngah tu..tengah hari kan. Lagipun Ika belum solat zuhur lagi...” tuturku sambil menjeling ke arah jam tangan milik aku.

“Nak Shah hantarkan?” pelawa Shah mempelawa dirinya.

“Tak payahlah. Nanti ada pula yang ambil kesempatan culik anak orang ni.” kata aku sambil jegilkan mata dekat dia.

“Eleh, macamlah tak kenal Shah..muka Shah ni ada gaya macam penculik bersiri ke?” dia seraya tersenyum sambil  jari telunjuknya menunjukkan muka dia.

“Yelah, mana tahu??” aku cebikkan bibir menengoknya atas bawah. Tertawa gembira dia tengok aku dalam geram. Hurmm..apa yang patut aku buat pada si Shah ni ye…? Sebenarnya aku terfikir akan soal mengenai kami. Kalau aku cakap aku nak cancel…macam mana ye…?

“Er…Shah..”

“Ye?” lembut suara tu.

“Ermm…kalau…” dia kini fokus pada apa yang bakal aku katakan.

“Takde papelah…” saja aku abaikan soalan itu apabila memikirkan kembali tentang Afif Syukri.

Selepas meminta diri, aku terus ke kereta yang terparkir di luar rumah sebaik pagar terbuka.

Sempat juga Shah berpesan agar aku berhati-hati memandu.

Lain pula perasaan aku kali ini...aku ada rasa sedikit selesa ketika bersama dengan dia. Tapi kena sentiasa berwaspada, jangan-jangan juga sebab syaitan sakan menggoda aku? Huhu!
Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers