Friday, 22 April 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 28 ]

Posted by Syau Qah at 19:32



Sejak Shah balik dari Sabah, aku rasa dia berubah sangat. Dia buat acuh tak acuh dekat aku...


Dia merajuk dekat aku pasal mesej tidak berbalas tu ke?

Tiada mood memasak pulak hari ini. Tangan aku bekerja, tapi hati aku dekat tempat lain! Silap hari bulan, terpotong jari aku ni ha~ Selalunya dia tolong aku hiris bawang. Siang ikan ke..siang sayur ke..ni tak. Dia memerap je dekat bilik sebelah tu. Haish! Rasa sunyi..

Tiba-tiba jari aku terhenti saat menghiris bawang merah. Agaknya ada tips-tips tak? Aku mendapat satu idea. Selepas membuat air milo, aku tinggalkan kerja memasak sebentar kemudian cepat-cepat melangkah naik ke atas. Nasib baik masih awal nak masak untuk tengah hari. Jam di dinding menunjukkan baru pukul 10 pagi.

Sebelum masuk ke bilik, aku intai dia sekejap. Masih dengan kertas kerja dia! Fuh..nak tegur, dia kata jangan ganggu dia. Sibuk katanya! Tapi, kalau sibuk..tak kanlah sampai lansung tak nak bercakap dengan aku?? Huhuh

***

“Cara-cara memujuk suami..” aku taip perkataan tu di google search engine. Kalau aku nak minta pendapat dari Fatin, kantoilah aku yang aku nak pujuk dia! Eishh tak naklah. Kak Fiza? Lagilah aku tak nak! Baiklah..usaha sendiri!

Satu, “MEMAKAI PAKAIAN SEKSI KETIKA SUAMI BERADA DI RUMAH!”

Hampir nak tercekik anak tekak aku dengan air milo tadi. Apa tidak, tips ni bukan untuk memujuk suami, ini untuk menggoda suami! Haihh~ bukan ini yang aku nak. Huhuhu

Laman sesawang apalah yang aku buka ni? Isk

Setelah lama mencari, baru aku jumpa satu web. Siap menyenaraikan apa-apa tips yang perlu, aku terus tutup laptop. Strategy on the way! Hoho~ Rancangan belum dilaksanakan, namun minda aku sudah membayangkan ianya berjaya. Apa lah~

Fikiran masih jauh melayang tiba-tiba, telefon aku berlagu nyaring. Sebaik melihat nama yang tertera, jari aku cepat-cepat menekan butang hijau.

“Assalamualaikum Kak..” aku menjawab dengan salam.

“Waalaikumsalam..akak ni..” aku mengangguk-angguk. Dah aku tahu dia yang call.

“Kakak nak tidur di rumah Ika 3 hari! Boleh kan? Ala..kak minta tolong ni, abang Ijat outstation 3 hari.  

Akak takut tinggal sorang dekat rumah sekarang ni. Farish pula masih kecik lagi. Sekarang ni pula banyak kes rompakan!” pinta dia. Ala...habis tu plan aku macam mana? Huhu

“Ermm...” aku berfikir sejenak.

“Boleh..tapi Ika kena tanya Shah dulu..” balas aku pula.

“Yelah, nanti beritahu akak ye!”

“Okey..jap lagi Ika sms..”

Selepas memberi salam, Kak Fiza menutup talian telefon. Aku sandarkan tubuh ke kerusi. Kepala didongakan ke atas sementara kuku jari di gigit sama rentak mengisi kekusutan fikiran. Uwaaaaaa! Macam mana aku nak laksanakan rancangan aku kalau Kak Fiza ada?? Aku cuma ada 3 hari je! Hari selasa ni sudah mula bekerja. Nasib baik jugak, hari isnin sekolah cuti peristiwa. Iskk..bingung, kusut!

 “Tok! Tok! Tok!” aku ketuk pintu bilik sebelah. Aku selak sedikit dan hanya memasukkan kepala aku sahaja. hihi

“Boleh saya masuk kejap?” tersengih aku meminta izin.

“Erm..masuklah.” tanpa riak sepintas lalu dia toleh aku. Tiada perasaan? Aku membuka langkah menghampiri dia yang masih lagi kusyuk dengan kerjanya.

“Er..tadi, Kak Fiza call..dia nak tumpang tidur di sini 3 hari....boleh?” tanya aku.

“Boleh..” balasnya sepatah tanpa pandang aku. Argghh dia ni dah kenapa? Nampaknya perang dunia ketiga lah ye? Tunggu!

Oleh  kerana Kak Fiza lewat sampai semalam, kami semua terus tidur setelah kedatangan kak Fiza. Tapi aku tidak pula perasan jam berapa Shah tidur..Dia ada sapa aku semalam, tapi..itu pun hanya di depan Kak Fiza.

Dari atas katil, aku leka melihat Shah tidur diatas tilam totonya. Aku seraya bangun dan melangkah terus menghampiri.sengaja aku labuhkan punggung di sisi dia. Lama aku tenung wajah itu..jari aku mengusap lembut rambut hadapan dia..kemudian melalui wajahnya pula dan akhirnya ke pipi dia.

“Awak kenapa?” aku bersuara kecil.

“Awak tahu tak, saya rindu senyuman awak?” rasa sebak mencengkam hati. Baru kini aku sedar akan kehilangan dia. Hilang rasa pada seseorang. Sebagai kawan mungkin? Kenapa sebelum ni aku tidak ‘nampak’ dia?

Belum habis aku berdrama, Shah tiba-tiba mencelik mata.

“Erkk!” bulat mata aku terkejut. Jantung kian berdegup kencang.

“Why?” soal dia berkerut dahi. Pandangan dia pelik terhadap aku.

“No...nothing!” cepat-cepat aku bangun dan keluar terus dari bilik sebelum dia tanya aku macam-macam. Laaa~ kenapa aku angkat kaki? Kan ini peluang aku nak pujuk dia???? Yelah, memanglah plan aku nak pujuk dia..tapi tadi, jantung ni aku rasa nak meloncat keluar! Strok pula aku nanti! Haih~ Tidak sudah-sudah aku bersoal jawab sendiri.

2 comments:

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea