Sunday 6 January 2019

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 41 ]

Mesej yang aku kirim melalu aplikasi whatsapps belum dibalas oleh Shah. Aku hanya maklumkan pada dia yang aku on the way nak balik ke rumah. Sebaik menapak diluar pagar, aku dapati ada tiga buah kereta berparkir di kotak garaj termasuk kereta Shah. Shah tak maklumkan pun dia balik ke rumah tadi..aku ingatkan dia ke pejabat….
“Hahaha!” Derai tawa jelas boleh didengari dari luar..
And finally…she’s yours Shah! You brave enough huh... Tapi tak sangka pula aku kau sampai nak kahwin dengan dia..” ayat itu membuatkan langkah aku terhenti di situ. Batal hati masuk ke rumah..sebaliknya aku hanya mendiamkan diri di situ..tempat tadi. Aku intai sedikit ke dalam rumah. Shah dan tiga sahabatnya yang aku langsung tak kenal sedang duduk di sofa ruang tamu. Dari cara bercakap, mereka rakan yang sangat akrab antara satu sama lain. Masih mencerna apa yang mereka berempat tengah bualkan…namun dari sudut hati kecilku, aku mula tak sedap hati...
Kau kejam tahu tak Shah?” kejam? Ayat itu buat aku berdebar-debar. Untuk mengelakkan diri dari disedari oleh mereka berempat, aku beralih ke jendela rumah yang mana aku boleh melihat dengan jelas tindak tanduk mereka.
Aku tak kejam lah Daniel…” nafi Shah tersenyum menyandarkan tubuh ke sofa. Aku ketap bibir memerhatikan tindak tanduk Shah. Rasa hati ini bercampur aduk...seperti aku takut akan sesuatu.
Dalam keadaan sekarang pun kau masih nak anggap diri kau baik Shah? Kau tahu tak apa kau dah buat?…kau paksa dia terima lamaran dari kau…kau buat dia jatuh hati pada kau….lalu sekarang kau masih nak anggap diri kau suci? Kau sendiri cakap that you do it for fun! Haha~” ya Allah. Apa yang sedang aku dengar ni..? Urat kaki ini tiba-tiba terasa lemah sebaik kata-kata itu keluar…..kejutan apakah ini? Shah hanya permainkan aku?? Kahwin dengan aku hanya untuk…..??Terasa tubuh aku seolah-olah hendak tumbang ke bumi saat ini. Benarkah semua ini ya Allah? Katakan ini hanya mimpi ngeri ya Allah…
Tapi aku bahagia dengan cara aku…” Balas Shah. Automatik derai tawa mereka kembali pecah memenuhi ruang tamu. Aku terduduk serta-merta disebalik dinding dengan kenyataan Shah…aku genggam dada menahan rasa sakit yang tidak dapat ditanggung. Tanpa sedar air mata aku mulai jatuh menyembah bumi…tidak kuat untuk mendengar lebih banyak perkara yang aku tidak tahu, aku perlahan-lahan bangun menjauhi rumah itu dan sedaya upaya aku mengelak diri dari disedari oleh mereka.
You’re immature Shah! You have to admit that..” sayup-sayup aku dengar ayat itu yang mana aku sudah berada di pintu pagar. Air mata yang tadi cuba untuk ditahan, kini laju jatuh ke pipi.
Dengan kudrat yang berbaki, aku ke kereta lalu meninggalkan rumah kediaman kami dengan destinasi yang belum aku tentukan dimana selepas ini. Aku diam seketika memikirkan kata-kata mereka itu tadi...satu demi satu tingkah Shah yang sebelum ini semuanya terbongkar memenuhi ruang minda. Ya Allah...kerana tertipu dengan kematangannya aku terima dia..kerana usahanya untuk memiliki aku, aku terima dia..betapa kecewanya aku dengan kata-kata Shah tadi. Dia tidak tahukah aku betapa struggle-nya aku selama ini untuk terima dia? Kenapa perlu mempermainkan perasaan aku sampai ke tahap dia memperisterikan aku? Sampai segala-galanya tentang aku jadi milik dia? Mengingatkan kembali tentang hari itu, aku jadi jijik pada diri sendiri… kenapa selepas aku serahkan segala-galanya pada dia baru aku tahu akan kebenaran ini? Ya Allah kenapa tergamaknya dia buat aku macam ni….? Aku mengenggam dada menahan rasa sedih dan kecewa yang sukar dibendung. Air mata dari tadi laju turun..telapak tangan aku menjadi saksi dengan khidmatnya sangat diperlukan saat ini mengelap air mata yang belum ada tanda-tanda mahu kering...
*********************************************************************
Aku terjaga disaat aku sedar handphone aku berbunyi tanpa henti. Jam di dinding aku jeling sekejap. Jarum pendek sudah menginjak ke arah 9. Aku bangun mencapai telefon aku yang masih didalam hand bag. 35 panggilan tidak dijawab dari Shah. Tidak sempat aku letak semula ke dalam bag, handphone aku kembali berbunyi. Hati kosong merenung pada papan skrin telefon...nama itu kembali muncul di papan skrin. Tidak mengendahkan panggilan itu, aku letakkan telefon itu kembali ke hand bag. Aku bangkit mencapai tuala yang disediakan oleh pihak hotel yang aku stay lalu meluru ke bilik mandi. Aku putuskan untuk menginap ke hotel ini hanya untuk semalaman memandangkan aku belum bersedia untuk bersemuka dengan Shah.
Aku pasang shower…. aku duduk di bawahnya. Ya Allah...air mata ini kembali laju turun. Sungguh hati aku betul-betul hancur saat ini...aku sedih ya Allah. Aku diuji saat aku telah jatuh cinta padanya..setelah hati aku dia miliki.....bagaimana aku harus menghadapi semuanya ini ya Allah...benar, aku benar-benar buntu..
“Sayang...where are you now? Shah risaukan Ika….”
“Kenapa tak sambut calls Shah?”
“Something happened rite?”
Begitulah beberapa mesej Whatsapp Shah yang sempat aku baca.
Ika ada balik rumah tak tadi? Oh God….don’t tell me you overheard of something..that’s not what you thinking..please sayang….please answer my calls..”
Dan akhirnya dia dapat meneka kenapa aku tidak menjawab panggilan telefonnya. Aku sebenarnya tidak mahu ambil peduli pada mesej itu namun salah satu mesej whatsapp Shah yang sempat aku baca ‘itu’ membuatkan aku tepaksa balik masa itu juga.
Berbekalkan sedikit kekuatan, aku tinggalkan hotel penginapan aku untuk balik ke rumah justru bersemuka dengan Shah. Aku parkirkan kereta diluar kawasan rumah demi mengelak dari diketahui oleh Shah.
Huh~ aku menghela nafas kecil. Hati aku berbolak-balik...perasaan tak menentu...tak tenteram..aku takut bersemuka dengan kebenaran yang bakal Shah beritahu kelak tapi dalam masa yang sama aku inginkan penjelasan.
Aku buka langkah perlahan-lahan menuju ke rumah. Sebaik memulas tombol pintu, tangan aku tiba-tiba ditarik dari dalam dan serta-merta aku jatuh ke pelukan orang itu. Tidak sempat berfikir, tindakan reflex tangan aku berjaya menolak kuat tubuh orang itu yang akhirnya jatuh ke bawah.
Ika...”
Shah…
kami sama-sama tergamam dengan situasi cepat itu. Raut wajahnya tampak terkejut dengan tindakan kasar aku...bagi pihak aku, aku tidak pasti sama ada aku tolak dia tadi kerana dia adalah Shah atau stranger yang entah siapa masuk ke dalam rumah kami.
Namun yang pasti….aku sesekali tidak pernah menolak Shah sekasar itu...
Rasa bersalah hadir namum mengenang kembali tentang apa yang aku dengar siang tadi, aku tinggalkan dia dan cepat-cepat naik ke atas.
“Ika hey listen to me...” dia cepat-cepat berdiri seraya menangkap jemari aku lalu berdiri dihadapan aku.
“Tolong beritahu Shah...sampai mana yang Ika tahu...sampai mana yang Ika dengar...please?” ya Allah...kenapa ayat itu betul-betul buat aku sakit…? Dari rasa kuat untu berhadapan dengan Shah, kini aku lemah...tersangat jatuh jauh ke lubuk gelap.
“Kenapa kahwin dengan saya?” aku lepaskan genggaman tangannya. Soalan aku buat dia menutup rapat matanya sambil jemarinya memegang dahi..dia mungkin kecewa dengan kata-kata aku yang tidak lagi membahasakan diri sebagai ‘Ika’. Mungkin juga dia kecewa dengan soalan aku…
“Sebab Shah sayang Ika..” dia tegaskan ayat itu.
“Jangan tipu saya Shah...” aku tarik muka dan berganjak dari dia. Aku kecewa..perlukah dia masih menipu disaat aku dah tahu segala-galanya?
“Ika...please..?” dia mengejar aku kembali.
“Saya dah dengar semuanya Shah...dan tak perlu saya jelaskan apa yang telah saya dengar kerana kamu lebih tahu cerita sebenar..”
“Okay fine...plan asal memang macam tu..tapi...” tegas dia serius memandang aku.
“Stop it Shah….” Ya Allah...aku tidak sanggup dengar ayat dia seterusnya...
“Er...bukan macam tu Ika...please listen to this one...”
“Dahlah Shah….saya dah tak nak dengar lagi….tolonglah...” putus aku mengelak diri darinya. Bukan tidak mahu mendengar penjelasan dari Shah, sebaliknya aku sedar...aku belum bersedia menuntut penjelasan dari Shah. Aku takut...aku takut pada kebenaran itu...aku takut dia minta maaf pada aku...kerana pada aku, kata-kata maaf dari dia buat masa ini membuatkan hati aku lebih hancur...lebih remuk...lebih parah..
“Ika...I’m so sorry….” aku terhenti disitu. Aku genggam jemari...lalu berpaling merenung matanya dalam-dalam…aku sedang mencari titik permulaan untuk berkata-kata...aku ingin meluahkan rasa hati ini..yang mana dia sangat silap mengungkapkan kata-kata maaf itu...namun...selepas itu aku hanya berlalu pergi tanpa apa-apa tanda penyelesaian tentang kemelut ini...
Share:

3 comments:

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers