Hari-hari
yang aku lalui begitu pahit
untuk aku luahkan kepada sesiapa...bahkan tidur aku tak lena, makan
aku tak lalu...mandi pun fikiran aku melayang ke tempat lain...dan
oleh kerana Shah begitu sibuk dengan tugasnya, masa dia banyak habis
di tempat kerja..hanya bersemuka dengannya pada sebelah tengah
hari…aku masih menjalankan tanggungjawab aku sebagai
isteri..siapkan makanan, sediakan pakaian, gosokkan pakaian..tapi
hati aku untuk dia aku buang jauh-jauh...dia call aku tak angkat,
whatsapp dia aku tak balas...aku hilang kata-kata...aku tak tahu dari
mana hendak mulakan bicara..kalau aku bersuara pasti tercetusnya
pergaduhan..apa tak, aku seringkali bertanya kenapa dia nikahi aku??
Kenapa dia permainkan aku..lalu balasannya, seperti selalu..itu
dulu..dia
menyesal apa yang berlaku dan minta maaf...aku? Aku tidak puas hati
dengan jawapan itu..
“Ika...please
luangkan masa dengan Shah...ada beberapa hari lagi Shah nak pergi...”
rayunya ketika dia melihat aku sedang bersiap untuk keluar pada
tengah hari..
“Tiada
apa-apa yang perlu kita cakapkan Shah...” balas aku sengaja sibuk.
“I
can explain it...Shah boleh ceritakan dari mula bagaimana terbitnya
hati Shah nak jadikan Ika isteri Shah..
“Tak
perlu ceritakannya Shah..aku tidak mahu dengar apa-apa..sebab saya
benci semua itu...” cepat aku bersuara. Shah tergamam. Riak
wajahnya sayu melihat kedegilan aku untuk mendengar penjelasannya..
“Baru
seketika kita melayari rasa seperti pasangan suami isteri
Ika...sekarang semua itu sudah berubah?” tanya dia seraya mendekati
aku. Dia capai tangan aku yang sibuk..dia genggam erat. Namun aku
cepat tepis..aku buang jauh-jauh tangan itu. Tidak berjaya mengenggam
tangan aku, tangan itu merangkul tubuh aku dengan erat.
“Lepaslah!”
marah aku. Aku meronta-ronta dilepaskan sambil merenungnya tajam.
Namun mata itu menangkap mata aku ke mana arah mata aku pergi.
“Shah
rindu Ika...please dengarlah dulu penjelasan dari Shah. Memang Shah
silap...Shah minta maaf...tapi..”
“Stop
it! Saya tak nak dengar semua tu...awak tahu tak?! Awak faham tak?!”
herdik
aku. Buat kali pertamanya aku menderhakai dia..mulut dia terkunci
tika itu juga. Perlahan-lahan rangkulannya longgar. Sesungguhnya
bukan aku tidak mahu mendengar penjelasan dia, aku cuma nak elakkan
hati aku menjadi terlalu sakit. Dan mengingatkan lagi tika itu aku
terpisah dari Afif kerana salah faham, aku tambah kecewa dengan diri
aku dan dia.
“Okay
fine, explanation tak nak, kata-kata maaf tak nak...sekarang ni
beritahu Shah apa yang Ika nak sekarang ni?” tanya dia bingung dan
keliru dengan tindakan aku.
“Tolong
jauhkan diri dari saya...” tutur aku perlahan. Dan aku tak sangka
ayat itu keluar dari mulut aku...tika ini dia sangat terpaku. Hilang
kata-kata darinya..sehingga tangannya melepaskan aku.
“Ika
dah benci Shah?” tanya dia serius. Aku geleng kepala lambat-lambat.
“Ika
sayang Shah?” soalan itu aku diamkan diri.
“Sejujurnya
saya kecewa dengan kamu Shah...” aku
gagahi
membuka mulut. Di saat ini juga air mata aku jatuh.
“Awak
buat saya jadi isteri awak, awak buat saya jatuh hati pada
awak...sehingga aku serahkan kesucianku terhadap awak...sehingga saya
letakkan harapan yang tinggi pada hubungan kita..dan akhirnya awak
kecewakan saya...pengakuan awak, awak nikahi saya semata-mata nak
enjoy..just for fun..? awak
fikir saya bahan uji kaji? Sya tiada perasaan? Awak letakkan maruah
saya serendah-rendah martabat perempuan.
Sekarang
puas hati?!
“Dulu...awak
sedia maklum yang saya ada hubungan dengan abang tiri awak masa
itu...adakah awak sengaja pisahkan kami atau tidak?...dan jangan
hairan jika saya katakan saya rasa serba salah dengan Afif sekarang
ni...jangan tertanya jika saya menyesali apa yang berlaku...” aku
tersedu-sedan mengelap air mata yang bak hujan jatuh ke pipi. Aku
sudah tidak boleh kawal diri aku dari menyebut nama Afif dalam bicara
ini..dan sesungguhnya semua ini menyebabkan Shah terpaku buat
kesekian kalinya.
“Ika
menyesal dengan apa yang berlaku antara kita…?” tanya dia
sayu...aku sedar dari riaknya..dia betul-betul sedih dengan kenyataan
aku. Tapi aku tak peduli, itu adalah silapnya dan dia perlu tahu.
Jawapan aku kepada soalan dia tadi...aku anggukan kepala. Tidak di
duga air mata lelakinya jatuh...dia menggeleng kecewa tidak dapat
menerima apa yang berlaku. Dia genggam bahu aku..
“Jangan
buat Shah begini Ika...Shah dah minta maaf..Shah dah menyesal...Shah
dah lakukan yang terbaik...please Ika...” tunduknya mengenggam erat
bahu aku. Dia menangis dan merayu semahunya..aku turut hiba melihat
keadaan kami..menjangkakan
hubungan
ini yang retak menanti belah...
“Saya
tak mampu lagi Shah...saya takut untuk teruskan hubungan ini...saya
minta maaf...” putus aku menjauhkan diri dari dia. Selangkah demi
selangkah aku undurkan diri ke belakang.
“Shah
jatuh cinta sebelum Shah nikahi Ika...Shah sayang Ika sebelum Ika
kenal Shah lagi...Shah tahu, penjelasan Shah tidak ada gunanya lagi
namun Ika
ketahuilah...
you are one of the best thing happened in my life...Shah tak pernah
sesekali menyesali apa yang berlaku antara kita...Shah
berjuang segala-galanya untuk hubungan ini...bukan sahaja Ika, Shah
juga meletakkan harapan yang tinggi untuk hubungan ini...tapi satu
kesilapan Shah tidak berterus-terang sejak dari awal memperjudikan
ikatan ini...” luah
dia.
Penyesalan yang tidak akan dapat lagi mengembalikan ‘rasa’
seperti sebelum ini..
Bile nak sambung bab 43 take sabar nak baca
ReplyDeleteLmnya kluar bab 43... Tk sbr da nk bca
ReplyDeleteLast bab ke ade lg?
ReplyDeleteDapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Still waiting
ReplyDeletePls nk smbungannn! Xsabar nk tau kesudahannya
ReplyDeleteAmat berharap bab 43 segera Ada..
ReplyDeletePls... Bab 43
ReplyDeleteBab 43 blm ade ke
ReplyDeletesambung please
ReplyDeleteSbg bab 43 pleased
ReplyDeleteCerita ni aku baca waktu 2016 sampai sekarang x de sambungan...
ReplyDeleteTak sabar nak beli novelnya
ReplyDelete43 takde ke...bilaa nk up...xsbar nk bca sambungan..
ReplyDeleteBilaa nk keluar smbungan
ReplyDeletebila bab 43 nie nk d update kak syauqah..
ReplyDeleteKalo ade novel ni wsp sy,nk oder 0178706973
ReplyDelete