Saturday, 9 April 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 22 ]

Posted by Syau Qah at 11:26
Apa agaknya yang berlaku diantara Haslina dan Shah? Pening aku fikir. Kadang-kadang aku tengok Shah pandang aku dengan pandangan pelik. Dia hairan kot, aku kurang bercakap dengan dia sejak dua menjak ni. Jam di tangan aku menunjukkan sudah pukul 8 malam. Sebaik makan malam tadi, aku terus naik ke atas. Shah pula katanya balik lewat hari ini. Sibuk kononya!

Kerap jugak aku telefon mama tanya khabar. Alhamdulillah, mereka semua sihat. Aku pula, beginilah. Kejap okay kejap tak okay.

Aku mencapai beg yang berada di sebelah meja solek aku. Aku keluarkan segala buku-buku kerja pelajar tingkatan 5. Banyak sangat pula buku-buku ni...bayangkan ada lima kelas tingkatan lima, setiap satu kelas purata pelajar dalam tiga puluh lima orang. Jangan-jangan belum habis aku semak, aku dah terbongkang tidur. Isk.. Tapi-tapi, demi sesuap nasi! Dan yang penting, ini adalah tanggungjawab aku. Aku redha~

Aku semak satu-satu dan mula menanda. Sedang aku leka bekerja, satu mesej ringkas masuk ke dalam inbox message aku. Siapa lah yang sms aku malam-malam ni? Aku tekan butang buka dan baca.

 “Fikah, he's not good enough for u!” aku menyepetkan mata setelah membaca mesej dari Afif. Kadang-kadang aku rasa pelik dengan dia ni. Boleh dikatakan setiap kali dia sms aku, dia cakap mengenai Shah. Aku baca balik mesej dia, apa dia ingat dia lah yang paling baik? Rasa bersalah pulak aku, Shah langsung tidak tahu pasal benda ni. Agak-agak apa dia cakap kalau aku beritahu dia? Fuh~ macam-macam yang berlaku sejak dua menjak ni. Kenapa eh? Agaknya aku ni dah banyak dosa kot? Huhu…

“Krak! Panggg!” Bunyi apa tu??! meremang bulu tengkuk aku sekejap mendengar bunyi pelik dari tingkat bawah rumah. Aku amati sekali lagi bunyi tu.

“Krek!!” Sah ada sesuatu di tingkat bawah! Aku ambil masa seminit dua berfikir. Nak cek ke tidak??

huhuhu...

Aku membuka pintu bilik sesenyap yang boleh. Sebelumnya aku sudah mencapai sebatang penyapu untuk mempertahankan diri. Aku perlahan-lahan menuruni anak tangga. Lampu bervoltan rendah yang aku pasang tadi samar-samar menerangi segenap ruang. Aku ke ruang dapur pula..dalam gelap, mata aku masih mampu mengesan lembaga manusia yang hendak ke peti ais. Jangan sampai dia sedar pulak kehadiran aku. Haru aku nanti. Huhu...

Wowo! Dia nak buka peti ais! Terlintas seketika di benak aku tentang satu cerita, kan pencuri suka makan di rumah mangsa? Okay, ini peluang aku! Aku berlari laju lalu sekuat hati memukul lembaga manusia itu! Alhamdulillah kena kepala dia! Jatuh tersungkur. Hehe hebat-hebat!

“Aduhhhhhh..........!!” aik?? macam aku kenal suara orang ni. Aku cepat-cepat pasang lampu dapur.

Laaaaa! Dia pulak! Aku sudah garu kepala. Shah sedang pegang kepala dia yang aku pukul tadi. Aishhh, berdarah pulak. Huhu

“Alamak~ Sorry-sorry” Aku cuba meminta maaf. Serba salah jadinya.

“Aduhh..” masih mengerang kesakitan. Dia pejam mata menahan sakit.

“Aduh Ika..apa Ika buat ni!??” Shah sudah mendengus marah.

“Sorrylah, manalah saya tahu lembaga hitam tu awak? Lain kali, kalau dah balik..pasang lah lampu!” aku masih dengan ego aku.

“Kan Shah baru balik, nak minum cepat, mana sempat nak on lampu!” jawab dia. Huk! Betul jugak apa dia cakap..aku pun selalu juga buat macam tu. Adehh

“Mari saya tolong ubatkan..” aku cuba menarik lengan Shah yang masih duduk mengusap-usap kepalanya.

“Tak payah lah. Shah ubatkan sendiri!” merajuk pulak! Dia kemudian bangkit lalu terus naik ke atas tinggalkkan aku. Aku terkulat-kulat seorang diri.

“Orang nak tolong, dia tak nak! Okay, fine!” kecil aku bersuara sendiri. Aku tinggalkan ruang dapur cuba mengejar dia.

Aku menyelak pintu bilik yang tidak ditutup. Mana dia ni? Dalam bilik air agaknya. Aku meneka-neka.

Aku labuhkan punggung di birai katil menunggu Shah selesai mandi. Rasa menyesal pulak aku. Kenapalah aku tak cek betul-betul tadi??

Beberapa minit kemudian Shah keluar dari bilik air. Macam biasa, dengan tuala hanya tersarung di badan. Aku tutup mata dengan jari sekejap. Selamba badak je? Cubalah pakai baju dalam bilik air..macam aku? Hehe

“Kaku je dekat situ? Luka kepala ni tak nak tolong ubatkan??” tanya dia. Nada suara dia sudah lembut. Aku buka mata mencebik bibir sekilas memandang dia. Sebenarnya lega sebab dia dah cool down…huhu

“Nak tolonglah ni, tapi pakailah baju dulu..tak senonoh betul!” seraya kaki aku melangkah ke arah meja solek untuk mengambil minyak gamat.

“Mari duduk dekat sini.” punggung aku labuhkan di birai katil. Tanpa endahkan usul aku menyuruhnya memakai baju, Shah terus duduk di bawah lantai menyandar katil. Tangan aku mula bekerja sapukan ubat di kepala dia.

“Slow sikit..sakit..” kecil saja suara dia. Macam lah aku nak tonyoh kepala dia kuat-kuat?

“Dalam tak lukanya?” Shah menyambung.

“Tak juga..sikit je..” kata aku terhenti-henti.

“Sorry, tadi lambat sikit..” tutur Shah memecah kesunyian di antara kami.

“Sorry jugak pasal Shah tinggikan suara tadi..” dia menyambung lagi kata-kata.

“Tak..saya yang sepatutnya minta maaf..” potong aku.

Dia memusingkan badan lalu dongakkan kepala memandang tepat ke mata aku. Aku ketap bibir tatkala menatap wajah Shah. Kacak juga dia dengan rambut yang masih basah. Patutpun ramai yang jatuh hati pada dia…..aku? Sorry naik lori!

“It's okay..Shah dah lama maafkan Ika..” tuturnya menguntum senyuman. Tangan dia mula menggengam jemari aku dan mula mengucupnya. Terkedu aku dengan tindakan dia. Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke tempat lain.

“Ika marah Shah ke? Sebab sejak akhir-akhir ni, macam Ika mengelak dari Shah je..” dia mula bertanya pasal benda yang aku putuskan untuk didiamkan dari pengetahuannya. Aku menggelengkan kepala. Takkan aku nak cakap juga pasal tu kot?

“Betul?” tanya dia lagi seakan tidak berpuas hati dengan jawapan aku tadi.

“Ermmm...” nada aku tersekat-sekat. Kini dia melabuhkan punggungnya disebelah aku. Aku masih kaku tanpa bicara.

“Lina...Haslina..” aku sebut saja nama itu, dia berubah riak.

“Apa hubungan awak dengan dia?” Erk! terpacul pertanyaan yang tidak aku duga dari mulut aku. Bukan itu yang sepatutnya aku tanya. Aduhh! Macam mana aku boleh tersasul?

“Kenapa tanya pasal dia? Jealous?” riak dia nampak gembira. Automatik dia tertawa dengan tingkah aku sebentar tadi. Aku muncungkan mulut sambil jeling tajam.

“Eh-eh, bukan pasal jealouslah!” jelas aku. Macamlah aku cemburu!

“So..??” dia menguntum senyuman mengusik.

“Awak tahu tak, heboh satu sekolah pasal pernikahan awak!”

“So??” ulang dia lagi. Dia kemudiannya membaringkan diri di atas katil. Aku duduk bersila disisi dia.

“So saja??” aku naik hairan. Boleh dia selamba badak je?

“Yelah, apa kaitan Haslina dengan Shah nikah?” dia menoleh kepada aku sekilas.

“Dia cuba nak bunuh diri pasal dia dapat tahu awak nikah lah…” jawab aku beri penjelasan. Dia mula berubah riak.

“Jadi, apa yang berlaku? Dia okay ke tak?” dia tanya aku sambil memandang aku serius.

Haa~ terkebil-kebil kan?

“Dia okay, nasib baik Puan Rohaida dapat pujuk...kalau tidak, nauzubillah~” aku sudah menggelengkan kepala. Lama dia berfikir. Entah apa benda lah yang dia fikir sangat.

“Dulu.........” dia sudah mula membuka cerita. Aku mula berdebar-debar menanti bicara dari dia.

“Dulu dia pernah luahkan perasaannya kepada Shah...itu Shah boleh terima. Tak kisah pun. Sebab Shah tak boleh paksa dia untuk buang perasaan dia. Tapi Shah tidak terima dia sebagai kekasih. Persepsi Shah pada perkataan couple ni menjurus kepada sebuah ikatan yang sah!” aku tergamam dengan kenyataan dia. Aku tak sangka pula, dia berbeza pandangan dari orang-orang yang sebaya dia.

“Ayat pendek dia, cinta ditolak!” sambung dia lagi. Dia tersenyum menampakkan baris gigi atas dan bawah dia kala ini.

“Erkk!” aku pula sudah kaku. Mati idea aku berhadapan dengan dia ni.

“Ika jangan risaulah, hati Shah tidak akan berganjak dari Ika…”  dia mengambil tangan aku lalu diletakan ke dadanya. Mata dia merenung jauh ke dalam mata aku. Sekali lagi aku bak tunggul mendengar alunan kata-kata dari dia.

“Yang Shah takut, hati Ika tu..sebenarnya dimana? Untuk siapa?” aku tersentak dengan apa yang dikatanya sekarang. Macam mana dia boleh terfikir ke arah situ pulak? Aku isteri dia lah..macam mana nak berganjak lagi? Melainkan dia tahu pasal Afif. Tapi dia tidak pernah tanya pun pasal peminangan Afif tempoh hari?

“Eihhh! Jangan mengarutlah!” aku menarik tangan. Aku cuba bangun namun dia cepat merentap tangan aku.

“Eeee...Ahhhhhhh!” Entah macam mana aku hilang imbangan, aku jatuh ke atas badan dia! Serta-merta dia mengunci tubuh aku dipelukkan dia. Meronta-ronta tubuh aku untuk melepaskan diri.

“Eihh lepaslah..! Minta izin nak peluk orang pun tidak!” kata aku masih lagi cuba untuk melepaskan diri.

“Heheh malu lah tu!” dia memperkemaskan lagi pelukan.

“Gigit kang! Haa~” aku merengus kecil. Masih meronta agar dilepaskan.

“Sweetheart, I love you..! don’t you feel the same?” dia berbisik kecil ke telinga aku. Dah kenapa dia ni? Romantik giler pulak dia malam ni. Macam mana aku nak lepaskan diri ni?? aduhh!

“I love you too!” kata aku, serentak itu dia terlepas pelukan. Terkejut agaknya aku cakap macam tu? Pantas aku bingkas dan berlari laju kea rah pintu. Selamat aku! Heheh. Aku berpaling kembali pandang dia yang masih memandang kaku ke arah aku. Kelu lidahnya kala ini.

“Hehe itu namanya, B.I.J.A.K! Jangan perasanlah!” kata aku sinis kepada Shah. Dia seraya mencebik bibir. dalam masa yang sama, dia raup wajah geram kerana dipermainkan.

“Pakai baju tu dulu... bye Mister!” kata aku melemparkan senyuman sinis. Kaki aku mula melangkah menuruni tangga rumah. Haus! Nervous! Macam-macam aku rasa. Kalaulah dia peluk aku tiap-tiap hari, jangan-jangan pitam aku! Ish, kena hati-hati ni!

“Ikaaaaaa! Main kotor lagi ya???” dari jauh aku masih mendengar laungan rasa tidak puas hati dari Shah.

Puas hati aku! siapa suruh buat macam tu kan? Fuh lega! Rupanya macam tu pula cerita antara dia dan Haslina..hemm.. Aish, kenapalah aku masih terfikirkan pasal Haslina? Tiada kaitan dengan aku lah! sibuk je aku ni. Eh tapi, dia kan suami aku! Aku berhak kot nak tahu? Kan kan kan?? Kalau dia sampai memalukan aku? Haa macam mana pulak nanti kan?? isk....bersoal jawab jadinya. Ini semua Shah punya pasal lah ni.

0 comments:

Post a Comment

 

Syauqah :: Cerita Novel Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea