Tuesday 8 March 2016

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun [ Bab 16 ]

“Ika, you can’t escape from me anymore!”

“Awak ni dah kenapa Shah?! Baik awak keluar cepat dari bilik ni Shah!” dia ketawa jahat. Jantung aku terasa hendak meloncat keluar. Ya Allah! Dia berubah tiga ratus enam puluh darjah! Kenapa dengan dia ni??? Macam kena rasuk je...argghh tolongg!!
“Mama! Mama!..aku laung mama dari dalam. Dia cuma ketawa melihat aku panik.

“Hahahahah!! This is the real me! Too bad, you’re my one and only wife!” dia tersenyum sinis memandang aku dan semakin lama semakin mendekatkan diri.

“Jangan Shah! Saya panggil abah kang haa~!” aku selangkah demi selangkah mengundur ke belakang sehingga badan aku sudah melekat ke dinding.

“Panggil jelah, mana orang nak kisah dah.” aku bulat mata memandang dia yang bagai dirasuk. Bertuah punya student! Menyesal aku tak batalkan nikah kami tempoh hari!

“Be a good wife sweetheart!” dia tiba-tiba menarik tangan aku dan menghempaskan tubuh aku ke katil. Ya Allah, apa aku nak buat ni?? Arhhhgghhhh tidakkkkk! Shah tidakkk!

“OII!! Dah gila? Panggil memanggil nama Shah..dah tak sabar nak kahwin??!

Erkk kenapa aku ada terdengar suara kak Fiza pula ni??! Aku celik mata, Kak Fiza sudah bercekak pinggang memandang aku berserta dengan jegilan mata tajam. Aku jadi tersengih-sengih.

Allahurabbi...rupa-rupanya aku bermimpi sahaja. Alhamdulillahhh~ aku kesat peluh.

Oi~ tak nak bangun lagi ke haa?? Terjerit-jerit panggil nama Shah. Ni haa~ basuh baju nikah engkau ni. Tak padan dengan umur!

“Aduhh! Mimpi punya pasal, aku dapat ceramah perdana free dari akak. Pantas saja aku bangun mencapai baju nikah yang hendak di cuci dari tangan kak Fiza. Dia menggeleng laju memandang aku. Apa yang dapat aku buat, hanya abaikan saja kak Fiza mengomel. Kalau berperang mulut dengan dia, aku dah angkat bendera putih awal-awal. Huhuhu…

Tiba-tiba rasa seram sejuk. Jangan-jangan betul mimpi aku tu? Atau mimpi semata-mata? Maklumlah mimpi di siang hari.. boleh pakai ke tak?? Adusss!

Aku sedari, akhirnya tiba juga hari pernikahan kami. Bersederhana sahaja..tiada namanya bersanding sebab itu adalah kemahuan dari abah. Cukup dengan kenduri nikah katanya. Dari jauh aku melihat Shah berbaju tradisional putih. Dia kelihatan agak pucat..dia mungkin turut merasai rasa gementar. Aku? Lagilah! Lebih-lebih lagi terdengar suara-suara sumbang makcik-makcik Kiah, Bedah, Limah bercerita mengenai malam pertama! Boleh pulak mengimbau kenangan masing-masing dekat depan aku ni ha~ Siap beri tips pulak tu? Aduhai! Aku tak nak dengar itu semua! Lemah semangat! Aku sejak dari tadi telan liur banyak kali. Seram sejuk aku dibuatnya!

Dengan sekali lafaz saja aku sah menjadi isteri dia! Inilah kali yang pertama jemari aku bersentuhan dengan jemari dia di saat aku hulurkan tangan untuk bersalam. Rasa janggal. Rasa lain. Saat dia mencium dahi aku, aku rasa kehangatan bibirnya menyentuh ke sanubari aku. Aku terlena sekejap..entah kenapa hati aku tiba-tiba rasa sebak walau ada rasa ketidakrelaan aku pada pernikahan ini. Aku toleh sekilas pada abah dan mama. Abah tenang, manakala mama aku lihat sebak seketika. Kak Fiza tanpa riak duduk bersimpuh bersama mama.

Selain Fatin dan Cikgu Imran, pernikahan kami hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat. Tapi nampak agak meriah juga sebab keluarga Shah besar. Shah jugalah satu-satunya lelaki tunggal di kalangan anak dan cucu mereka. Ajaib tak? Dikalangan keluarga mereka juga pelbagai jenis rupa. Ada cina, india dan pakistan. Tinggi-tinggi belaka! Patutlah Shah tu bukan nampak dikalangan baya-baya orang yang seumur dengan dia...hidung mancung..mata coklat. Ada darah campuran  pulak! Hemm. Selepas akad nikah tadi, kami ke ruang makan yang terletak di perkarangan rumah untuk menjamu selera. Entah kemana pula Shah ni pergi. Ditinggalkan aku seorang diri menghadap saudara mara dia ni! Aku merungut sendirian. Nasib baik jugak Fatin ada sebagai peneman aku. Cikgu Imran? Dia pun turut hilang. Mungkin ke kumpulan lelaki kot..

Dari jauh aku lihat Shah sedang bercakap dengan seseorang. Aku rasa itu mungkin ayah tirinya. Semakin lama semakin mereka mendekati aku yang sedang berdiri berdekatan di muka pintu.

“Ika..” Shah memanggil aku dengan lembut. Dia kemudiannya menarik lengan aku menghampiri susuk tubuh orang tadi.

“Kenalkan, ini ayah tiri abang..” Abang?? Tiba-tiba je membahasakan diri abang. Hanya menundukkan kepala pada ayah tiri Shah sebagai tanda hormat aku pada dia. Yelah, nak bersalam..ayah tirinya tu bukan muhrim aku.

“Maaf lewat sikit..” katanya.

Sebaik sahaja aku mengangkat muka, wajah seseorang yang sangat aku kenali sedang berada di antara Shah dan ayah tirinya.

Afif!?? Hati sudah lebih awal menjerit. Macam mana dia boleh muncul dekat sini? Siapa jemput dia? Kak Fiza lagi?? Kalut!

“Kenalkan ini abang tiri abang, Syukri!” Apa?? Saat ini aku sudah terlopong. Kelat sungguh riak muka Afif memandang aku. Dia seolah-olah tidak berpuas hati! Mahu tidak mahu, aku tundukkan kepala tanda aku hormat kepada dia. Sekali-sekala anak mata Afif mengekori aku, kemudiannya Shah. Nampak dia marah sangat pada aku! Aku? Sudah tentulah aku takut! Agak-agak apa yang akan berlaku lepas ni??

Aku menarik lengan Shah jauh sedikit sebelum berbisik meminta diri untuk berehat sekejap.

Shah mengangguk faham.

“Minta maaf ayah, Ika minta diri sekejap..nak rehat.” Pinta aku seraya mengukir senyuman pahit. Benar, niat dihati memang sengaja nak melarikan diri dari pandangan Afif. Fatin yang tadi meminta diri dari aku untuk ke tandas muncul dan menghampiri aku. Aku memberi isyarat kepadanya dengan anak mata aku tentang kehadiran Afif. Riak wajah dia kelat seketika apabila memandang ke arah Afif namun menganggukkan kepalanya tidak lama lepas itu. Aku pula meneruskan langkah lalu ke bilik pengantin.

Aku mundar-mandir resah. Sekejap ke kanan..sekejap ke kiri. Aku bingung saat ni. Aku tak sangka, Afif adalah abang tiri Shah! Ya Allah..aku terpaksa berhadapan dengan Afif selama-lamanya selepas ini. Aku tak jangka ini semuanya terjadi! Sekarang ni aku dah tak boleh lari dah..aku terperangkap dengan pelan hidup aku sendiri! Argghhhh!

Aku labuhkan diri di atas katil. Rasa penat yang belum hilang dari semalam membuatkan aku terlena. Ish tak kanlah aku nak berkurung dalam bilik ni je? Apa pula mereka kata nanti?

Aku keluar. Dari daun pintu mata aku liar mengesan kehadiran Afif. Fuh, nasib baik. Nampak Fatin, aku ke tempat dia. Kerana lama aku tidak berganjak dari Fatin, dia bersuara.

"Oi! Gaya kau ni macam bukan pengantin. Laki kau mana?" sakit teling aku oleh dia ni. huhu..

"Ntah...." spontan aku jawab.

"Tu haa...dah-dah. Pergi ke sana pula. " jari terunjuk Fatin dihalakan pada Shah yang tidak jauh dari arah kami sambil menolak lembut tubuh aku. Aku mendekati Shah dengan pelbagai reaksi muka.

"Ika nampak penat...restlah...takde yang penting sangat dah pun sekarang ni. Biar Shah yang layan tetamu..." terpinga-pinga kejap lalu pergi dengan perasaan sedikit rasa bersalah.

AKU bangun sahaja, rupanya sudah masuk waktu maghrib. Nasib baik juga..tadi aku tertidur sesudah solat asar. Kalau tak, memang terlepas! Aku ke luar bilik..sunyi saja? Nampaknya semua tetamu sudah balik..isk, kenapa mama tak kejutkan aku? Amboi Ika? Dah besar panjang masih diminta nak dikejutkan?! Bergaduh dengan diri sendiri jadinya.

Sayup-sayup kedengaran suara mama dan abah sedang bercakap dengan Shah. Yaa, Shah sedang membongkokkan punggung mencuci periuk belanga! Aku rasa nak tergelak sebaik muncul di antara mereka. Hehe..

“Aik? Kenapa baju belum bertukar lagi ni?” Mama menegur pakaian aku. Ya tak ya jugak, aku belum tukar baju lagi..aku masih dengan pakaian baju nikah tengah hari tadi!

“Hehe Ika baru bangun mama..penat sangat tadi..” aku tersengih melihat mama. Shah pula tersenyum melihat gelagat aku. Isk..rasa janggal pulak aku.

“Cukuplah tu Shah, abah rasa biar esok saja kita sambung balik..” ujar abah mengarahkan Shah berhenti dari mencuci periuk-periuk memasak tadi.

“Yelah, esok Shah sambung lagi.” tutur Shah pula..mama cuma tersenyum melihat menantu dia terbongkok-bongkok menahan sakit dipinggang.

“Shah dengan Ika bersiap lah dulu..mandi, solat dulu..nanti mama panggil turun makan malam..” ujar mama pula. Shah tersengih memandang aku. Dia nampak blur je. Tak macam sebelum ni. Bersemangat je..

Aku lihat Kak Fiza tengah siapkan makan malam di dapur. Rasanya tidaklah banyak dia buat sebab lauk kenduri tadi masih ada bakinya. Boleh makan lagi..

Aku terus naik ke bilik aku, merangkap bilik pengantin jugak. Shah entah hilang kemana. Yes! Inilah peluang aku mandi! Aku terus mencapai tuala lalu masuk ke bilik mandi. Bajet nak cepat, aku terus masuk bilik mandi dengan masih memakai pakaian nikah. Hiks! Dalam bilik mandi barulah aku buka! Pintar tak aku?? Hehe

Aku sudah siap mandi ni! Shah ada tak dalam bilik sekarang ni? Salah aku juga, sebab nak cepat tadi, aku tertinggal baju tidur. Ni tuala jer tersarung di badan?? Habislah aku! Ala…macam mana ye? Aku membuka sedikit pintu bilik air cuba untuk mengintai kelibat Shah. Aku tutup, dan aku cek semula. Oh nasib baik! Dia belum ada. Niat aku cuma satu..ambil baju tidur, lepas tu masuk bilik air balik untuk pakai baju. Satu..dua..tiga! Berdesup aku keluar dari bilik air..

Aduh! Aku sikit lagi nak terjatuh. Benda apa aku langgar ni?? Aku amati, ada kaki? Ada badan? Aku dongakkan kepala saja...

“Argghhhh!” aku terpempan, manakala dia pula terkedu melihat aku. Aduhh! Cepat-cepat aku tutup bahagian bahu aku yang terbuka luas dengan tangan. Tak pasal-pasal aku buat wayang free dekat dia.

“Haa..tutup mata. Tutup mata! Kalau tak, kang lebam nanti mata tu! Huhu Cover malu punya pasal, aku cakap je macam tu!

Dia tertawa dengan gelagat aku.

“It's okay, nak malu apa pulak? Sudah jadi isteri puuunnnn~” panjang lebar perkataan 'pun' dia. Mahunya aku tak geram?

Aku terus berlari anak ke arah almari untuk mengambil baju tidur. Mata dia pula tidak putus memerhatikan tingkah aku. Aku masuk semula ke bilik air. Pakai baju je, aku ambil semula pakaian nikah tadi untuk dimasukkan ke bakul pakaian kotor.

“Shah tidak nampak apa-apa tadi, jangan risau! nampak siiikiiiit je!” justeru dia gelakkan aku.

Aku jegilkan mata pada dia tanda marah. Takde kesan pun pada dia, malah dia kenyitkan mata lagi. Aihh geramm sangat! Aku sarungkan saja tudung, aku terus keluar dari bilik. Geram punya pasal, aku nekad solat maghrib di bilik tetamu. Huhu

* * *

Usai makan malam, aku mengemas dan menyusun pinggan mangkuk untuk dicuci. Aku terus mengangkatnya ke sinki. Kakak turut serta membantu. Abang Ijat dan abah sudah beredar ke ruang tamu. Tangan aku mula bekerja mencuci pinggan mangkuk.

“Esok je la cuci piring-piring ni semua..rehatlah awal” ujar mama. Entah kenapa bila dikata begitu oleh mama, aku seperti takut akan sesuatu. Aku tak boleh dengar perkataan REHAT tu buat masa sekarang ni! Aku tersenyum tawar memandang mama. Shah pula bersahaja. Tiada perasaan!

“Yelah, nanti susah lagi! Kang tak laa…” kata kakak mencelah. Walau ayat tu tak lengkap, tapi aku faham maksud tu!! Aku jeling tajam ke arah kakak, namun dalam masa yang sama pipi aku sudah terasa membahang! Dah kenapa pula dengan kakak ni??? Benda ini lah yang aku tak nak fikir, dibangkit pulak! Mimpi kelmarin muncul kembali. Dek teringatkan mimpi itu, hati aku meronta-ronta nak lari malam ini jugak! Tapi…tapi..takkan lah aku nak buat macam tu kot? Kang esok keluar headline paper mengatakan, ‘Pengantin Perempuan Lari Pada Malam Pertama!’ Malu besar aku! Fikiran aku sempat melayang.

Dari arah belakang, aku dengar Shah terbatuk air. Sempat aku menoleh, mama tertawa kecil melihat gelagat dia. Iskk..setiap kali aku terfikir akan perkara tu, jantung aku rasa nak pecah!

Selesai solat isyak aku mundar-mandir ke kiri..kemudiannya ke kanan. Ruang bilik aku yang agak besar ni tiba-tiba terasa sempit untuk aku berjalan. Sekejap-sekejap aku ke tandas. Nervous tahu! Okay, cuci muka dulu dalam bilik air Lepas ni, kalau dia terus ngap aku macam mana??? Purrr~ naya aku! Hati aku terus bermonolog sendirian. Sedang aku mencuci muka, tiba-tiba aku terdengar pintu bilik di buka dari luar. Dia dah datang! Siapa lagi kalau bukan Shah? Huhu..

Aku pelan-pelan melekapkan telapak tangan ke pintu bilik air untuk memastikan kehadiran dia. Sah! Takper-takper..tarik nafas dalam-dalam..fuhh~

Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik air. Aku nampak Shah khusyuk mencari sesuatu di beg pakaiannya. Aku terus duduk ke meja solek untuk membuka tudung. Aku sempat sedar, wajah aku sedang pucat! Agaknya hantu pun tak sepucat aku!

“Ada nampak tak charger Shah?” dia bertanya.

“Tak..” aku spontan menggeleng. Kepala aku macam tahu-tahu je Shah nak menyoal aku. Automatik menggeleng pulak tu tanpa aku kawal..

Sekilas pandang aku tengok dia berserta jawapan balas aku pada dia.

Tidak dapat apa yang dia nak, dia berjalan menghampiri aku pulak. Jantung aku kian berdegup kencang tatkala dia memusingkan kerusi solek yang aku duduk agar duduk berhadapan dengannya.. Aku cuak! Dia cuma tersenyum memandang rasa minat tepat ke mata aku.

“Ikaa…” dia berlutut. Lembut gaya pertuturannya sambil tangannya menahan tangan aku yang cuba membuka keronsang di bawah dagu. Tangannya berganti untuk membuka keronsang. Aku senyap, dia juga senyap. Jari dia memainkan peranan, cuba untuk melucutkan tudung aku. Aku cuba menahan tapi dia pantas menghalang tangan aku untuk bertindak. Tudung yang dibuka, diletakkan ke atas meja.

“Cantik rambut Ika..” tuturnya seraya menyelitkan rambut aku yang panjangnya paras bahu ke belakang telinga. Aku hilang kata-kata saat ini. Hanya mampu menundukkan pandangan agar tidak bertentang mata dengannya.

Jari-jemari dia mula mencari genggaman tangan aku dengan penuh kelembutan..kucupan pada jemari aku membuatkan aku terkesima sekejap. Giler! Kenapa dengan aku ni?? Patutnya kau tolak dia jauh-jauh Ika!

“Ika takut dekat Shah ke?” soalnya mendongak memandang tepat ke mata aku. Aku sedari, matanya berkaca-kaca? Erk!

Perlahan-lahan aku mengangguk. Dia masih tersenyum.

“Shah faham..Ika usah risau, Shah tidak akan paksa Ika untuk membuat sesuatu yang Ika belum ready..”

Saat ini aku sudah ketap bibir. Fikiran aku pada benda itu lenyap begitu sahaja.  Lega sebenarnya..huhu

Dia kemudiannya berdiri dan turut menarik tangan aku untuk berdiri sama. Aku turutkan saja. Entah kenapa aku tak kisah dengan tindakkan dia. Padahal sebelum ni aku protes dia habis-habisan.

“Tapi boleh Shah buat satu permintaan?” pinta dia. Nada seperti mengharapkan sesuatu. Aku mendongak memandangnya. Yelah, dia tinggi sangat buat aku. Aku cuma paras bahu dia saja. Huhu

“Er...apa dia…?” soal aku bersuara kecil saja.

“If you don't mind...can I hug you...for the first time?” pintanya selamba namun penuh dengan harapan.

Apa?? Permintaan apa pula ni?? aku terpamit dan terkebil-kebil.

“Diam tandanya setuju!” dia tertawa lalu terus menarik tubuh aku ke dalam pelukannya. Aku kaku dalam pelukannya. Otak aku serta-merta jammed. Perlahan-lahan dia mengucup dahi ku. Kemudiannya perlahan-lahan mengucup pipi  pulak. Seterusnya ke bahu..Aku terlena, terbuai dengan tingkah lembut darinya. Satu rasa yang sukar diluah dengan kata-kata. Ah! Mungkin juga ini perasaan semulajadi wanita…

“Wanginya..” bisiknya kecil.

“Jangan melebih-lebih pulak!” aku tolak jauh-jauh tubuh dia kedepan.

Dia terundur dua langkah dari aku lalu tergelak sendiri.

“Nasib baik Ika ingatkan Shah, kalau tak...?” senyumnya berubah nakal.

“Eih..gatal!” jawab aku mencebik bibir. Dia tertawa saja lalu menyambung balik kerjanya sebentar tadi. Aku pula naik ke katil cuba untuk melelapkan mata. Jauh dari sudut hati, aku lega. Tapi, dalam masa yang sama aku rasa bersalah..rasa berdosa..huhu.
Share:

3 comments:

  1. Ada sambungan tak... sweet citer ni.

    ReplyDelete
  2. Ada sambungan tak... sweet citer ni.

    ReplyDelete
  3. waaa bestnya.....nk lgi plez
    dh lma tggu ari2 msti buka ja blog ni tggu bab bru....thank writer...best sgt..ika dh syng kt syah bestnya.....

    ReplyDelete

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers