Thursday 17 June 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 52 ]


“Grandma…im sorry to againts your will once again…” kedengaran suara Shah sedang bercakap dengan nenek dihujung talian. Langkah aku terhenti di hadapan pintu bilik pejabat Shah..

“Okay grandma…” talian diputuskan. Aku ragu untuk masuk ke dalam..sebab aku dapat rasa waktu ini tidak sesuai untuk aku jumpa dia.

“Cik..” aku automatik letakkan jari ke bibir agar setiausaha Shah tidak teruskan berbicara. Dia angguk faham. Aku minta diri beredar dari tempat itu tanpa memberitahu Shah. Sesudah menapak kaki ke luar bangunan pejabat Shah, aku berhenti. Fuh…dari nada Shah tadi aku dapat gambaran  nenek kurang setuju akan sesuatu..mungkinkah sebab tak nak kami bersatu kembali?.. Entahlah..salah kami jugak sebab seolah-olah mempermainkan perkahwinan kami..

“Wao~ look at this so called bride to be..” kepala aku automatik berpaling ke belakang. Afif..hemm patutlah cantik betul bahasa.  Aku hanya mampu kerut dahi..penat nak layan sebenarnya.

“Aik marah? Sepatutnya gembira kut sebab dah lama tak jumpa..” dia meluru ke depan aku.

“Bukan marah..penat sebenarnya..” keluh aku buang pandangan ke tempat lain. Walhal dalam hati aku cuma Allah saja yang tahu apa aku rasa..geram!

“Jom lepak minum kejap nak? Sambil sembang..” pelawa dia.

“Afif..dahlah jangan kacau okay…aku tak nak timbul fitnah baru..aku penat nak hadap semua..” keluh aku separuh gagah.

“Pssst..sebab Shah ke? Opps! Aku teka je Fikah…” katanya angkat tangan sebaik sedar dengan perubahan muka aku. Seronok sangat ke mainkan aku ni? Jangan sampai aku menyampah dahlah okay..

“Bukan…bukan okay…” nada aku seriously sangat penat.

“Okay-okay…aku tak nak kacau. All the best untuk kamu berdua kali ini..” ungkap dia sambil kenyit mata. Hmm..kan elok dia support aku serupa macam ni..kalau macam ni, taklah aku sampai berat hati dan rasa bersalah suatu ketika dulu. Dah caca marba hidup aku gini barulah konon beri aku semangat. Afif-Afif…

Aku pandu arah tubuh aku dengan langkah kaki malas..apa tak..kepala aku serabut dengan segala hal yang bercampur baur…

 

Dua minggu lagi awal persekolahan bermula. Means aku dah menginjak 29 tahun tak lama lagi..mengambil pengajaran kepada pengalaman lalu, persiapan untuk memulakan sesi pembelajaran aku dah sediakan awal-awal.

 

“Tengok muka kau ni kan lagi teruk dari balu kematian suami tau tak? Apa lagi yang kau risau ni Ika? Minggu depan okay..minggu depan tarikh ijab kabul tu..” geram Fatin seraya menghirup sedikit teh susu yang baharu sahaja aku buat tadi. Sempat tangan aku menuang air ke kedua-dua cawan sebelum angkat punggung.

“Yeke..? Aku tak nampak muka aku…tu pasal aku tak sedar..” jelas aku lemah senyuman. Beranda itu mangsa aku sandarkan tubuh..lagipun rasa sejuk dibelakang aku ni. Yelah..angin sepoi-sepoi memukul-mukul belakang tubuh aku..

“Nak aku sorong cermin tu nak?” tanya Fatin sempat mentertawakan aku dengan jari dia ditunjukkan ke arah cermin mudah alih yang ada di master bedroom. Kelihatan Fyna tidur tak bergerak-gerak..penat agaknya sebab petang tadi dia asyik main pasir di tepi pantai tanpa henti.

“Aku bukan risau…lebih kepada rasa bersalah kut…dengan apa yang jadi dekat Shah sekarang, aku ingatkan dulu aku sudah bersedia untuk pegang title single semula…tapi aku tak sangka keterbiasaan aku hidup bersama-sama dia selama ni buat aku lagi sunyi..” aku ke meja ambil cawan teh yang berisi dari tadi.

“Aku faham ..tapi kau jugak yang nak sangat..makcik pun dah pesan awal-awal kan fikir masak-masak sebelum ambil keputusan..” omel Fatin berhati-hati..takut aku ambil hati agaknya. Nak tak nak aje ayat-ayat itu keluar dari mulutnya..

“Ye..silap aku, tu sebab aku rasa menyesal tinggalkan dia…” aku buang pandangan ke pantai.

“Isk..benda dah lama Ika…nak menyesal pun tak guna…yang penting sekarang ni..”

“Aku tahu…depan mata sekarang ni yang penting kan? Aku tahu semua tu..”

“Tapi dalam masa yang sama, kata-kata Dr Ezra tu..” aku diam seketika apabila menyebut nama Dr Ezra..

“Dia betul…aku selfish…keputusan  untuk kembali kepada Shah hanya nak sedapkan hati aku yang selama ni rasa bersalah aje…” ujar aku sambil mata aku memerhatikan Fatin yang sudah ada disebelah aku ketika ini.

“Tapi kau sayang Shah kan?” aku angguk mengakuinya..

“A’ah… mungkin hanya kau dan orang tertentu  je yang tahu…Shah tak tahu…dia ingat aku kahwin dengan dia sebab saman tu..tapi aku tak salahkan dia pun..” aku senyum sinis pada diri sendiri.

“Kau tak plan nak beritahu Shah?”

“Ntahlah…tak kot. Kali ini aku biarkan hubungan ini ikut flow sepertimana pasangan lain…maksud aku, biar perasaan dia pada aku sedikit demi sedikit terbina tanpa terpaksa nak sayang aku disebabkan aku tengah sayang dia..”

“Ermmm…tanpa dia tahu, macam-macam speklulasi dan persoalan dari dia Ika..secara tidak langsung, kau yang kena banyak bersabar..”

“A’ah..aku tahu…tapi kalau dulu dia yang banyak bersabar untuk aku, kenapa sekarang aku tidak..? Kan…” aku senyum pahit.

“Aku tahu memang pahit rasa bertepuk sebelah tangan..tapi apa lagi yang aku perlu buat?” aku genggam cawan itu menahan rasa yang bila-bila masa boleh meletup tanpa kawalan.

“Kau yakin ke kau bertepuk sebelah tangan?” tanya Fatin melirik nakal.

“Tak…aku cakap aje berdasarkan apa yang aku alami sekarang hehe!” jawapan aku berseloroh. Hiks..dengan Fatin mood aku mudah bertukar. Sekejap boleh sedih sekejap boleh tertawa.

“Honestly.. aku rindu dia…tapi mengenangkan cara dia layan aku..ermmm..” aku tidak mampu menahan air mata sebaik minda aku menggambarkan senyuman yang selalu Shah lemparkan buat aku suatu ketika dulu. Gila..aku benar-benar tak stabil sebenarnya..sebab itu aku bawa Fatin bercuti.

“Haa…jangan nangis, jangan nangis…penat kita drive sampai ke sini tau…aku nak kita bersuka ria je dekat sini..tak nak ada drama air mata.” Pujuk Fatin berseloroh membuat jenaka. Aku automatik ketawa dalam tangis. Aku jatuhkan punggung ke lantai, begitu juga Fatin.

“Aku ada satu cara nak naikkan semangat kau balik..” ujar Fatin penuh yakin.

“Macam mana caranya?” purely, aku bertanya. Cawan tadi automatik aku letak ke tepi.

“Bak sini handphone kau..” aku tanpa teragak-agak ambil handphone aku yang lama terletak atas meja di dalam. Sekembali, aku hulurkan terus ke tangan Fatin selepas membuka unlock pada handphone. Cepat je jari Fatin menekan-nekan sesuatu lalu dihulurkan kepada aku kembali.

“You are not alone…” mata aku automatik berair. Terharu! Hanya gambar bodoh-bodoh dengan paparan sepotong ayat itu buat aku sebak.

“Jangan sedih-sedih…aku ada okay..” pujuk Fatin terus memeluk aku erat. Ketika ini air mata aku laju seperti hujan. Bukan pula semangat aku naik, malah jatuh ke gaung pula aku rasa..huhu. Tapi biarkan aku menangis kali ini…aku nak besok, aku tak nak sedih-sedih dah…

**

Fatin dan Fyna dah lama lelapkan mata….aku pula masih terkebil-kebil di sebelah mereka berdua sementara menunggu balasan mesej whatsapp dari Dr Ezra. Tidak lama menunggu, mesej aku dibalas Dr Ezra dengan quote sekali mesej aku sebelumnya.

I’m sorry..i made up my mind..”

“Anyway..good luck..”

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers