Wednesday 23 June 2021

( Full Novel ) Suamiku 19 Tahun! [ Bab 53 ]


Usai ijabkabul yang telah dilaksanakan di pejabat agama islam, aku dan Shah diminta untuk menetap di rumah nenek selama seminggu sebelum awal persekolahan bermula. Aku agak gemuruh disebabkan inilah kali pertama aku bertemu dengan ahli keluarga Shah setelah perceraian dahulu. Lebih memburukkan keadaan, Shah tak pernah dedahkan apa pandangan mereka terhadap aku selama ini.…sedangkan majils nikah tadi pun nenek tak hadir..huhu! Buat aku tertanya-tanya sendiri..tapi aku fikir positif, mungkin nenek tak berapa sihat..hanya pak ngah yang kelihatan dimajlis nikah tadi..nak tanya Shah, kami drive asing-asing… aku kena bawa jugak kereta ni sebab aku dah tak tinggal di rumah sewa aku. Di garaj rumah, aku disambut mesra oleh mak ngah..tak kurang senyuman mak ngah dari dulu..walau nampak berumur namun masih lasak. Shah baru keluar dari kereta..dia kemudian ke arah aku dan mak ngah. Lama mak ngah peluk aku..isk rasa bersalah yang amat sangat..huhu

“Mak ngah sihat?” tanya aku seiring melangkah ke ruang tamu sesudah melepaskan kasut.

“Alhamdulillah…mak ngah sihat..Ika sihat?”

“Ika..alhamdulillah mak ngah..” aku toleh ke belakang, Shah tengah keluarkan lugage aku.

“Mak ngah..jap eh…” mak ngah angguk tersenyum tengok tingkah aku. Aku terus ke tempat Shah yang sudah menutup bonet kereta aku.

“Banyaknya barang ni sayang…” ujar Shah senyum menampakkan gigi. Mahunya aku terkejut beruk dipanggil sayang. Aku tengah mimpi ke apa ni?? Takkan Shah yang aku kenal dingin, tiba-tiba baik dengan aku..?

“Tak apa…saya angkat beg-beg kecik ni..” aku cuba ambil alih beg tangan itu dari dia namun ditepis lembut.

“It’s okay..i can handle this..” ujarnya ceria. Tidak habis dengan layanan itu, malah tubuh aku dipaut mesra ketika menghampiri mak ngah yang setia menunggu. Aku menepis senyap-senyap pautan itu namun disedari juga oleh mak ngah. Aku bukan tak suka, aku cuma terkejut dengan tindakan dia.

“Grandma mana mak ngah? Tanya Shah sebaik meletakkan lugage aku ke tepi.

“Ada dalam bilik..haa lepas simpan barang kamu berdua, nenek nak jumpa..” aku ketap bibir namun aku akur. Shah juga begitu, Cuma aku sedar..riak Shah berubah ketika mak ngah menyebut soal nenek nak jumpa kami berdua tadi. Ada sesuatu yang aku tak tahu ke?

“Haa..rehatlah sekejap sebelum jumpa nenek..mak ngah nak ke dapur..nak sediakan bahan apa yang patut dimasak untuk tengah hari nanti.” Kata mak ngah mula tinggalkan kami.

“Haa..sebelum tu mak ngah nak pesan, bilik kamu di sebelah bilik nenek ye..bukan lagi bilik atas!” ujar mak ngah melirikkan tawa mesra. Aku dapat rasakan, benda ni seperti dirancang..tpi aku tak nak tuduh yang bukan-bukan. Huhu..Mak ngah dah ke dapur, aku dan Shah ke bilik. Serupa tadi, pinggang aku dipaut mesra sehingga ke pintu bilik kemudian melepaskan pautan  sesudah menjejakkan kaki ke dalam. Sekilas letak lugage, dia tarik aku ke dinding. Berpeluk tubuh dan disertai rasa tidak puas hati pada riak wajah lelaki di hadapan aku sekarang ni.

“You there, can you act properly infront of mak ngah? Please??” Tegasnya menekan ayat itu. Aku yang masih terkejut dengan flip-flop perbuatan dia, terkebil-kebil.

“Okay..saya minta maaf. Tapi salah awak juga, kenapa tak beritahu saya awal-awal apa yang perlu dibuat sebelum datang sini.” Jawab aku gugup dipandang dalam-dalam. Dia menghela nafas panjang seketika. Dengan riaknya itu, aku dapat baca dia sedang tenangkan diri…tidak lama dengan keadaan tadi dia rapatkan jarak kami.

“Hunhh..okay..Ika listen to me...please… just this moment..” pintanya berbisik perlahan-lahan. Matanya direnung tepat ke mata aku dalam-dalam sambil mengunci tubuh aku dengan kedua belah tangannya. Kata-kata pujukkan dan bahang nafas itu membuai perasaan aku tanpa aku sedar. Allah..jarakkan dia dari aku..huhu!

“We are being watched by mak ngah and grandma..so please selama satu minggu ni..satu minggu ni saja..” tidak habis berkata-kata, dia dengan tiba-tiba mengucup bibir aku lama.. Aku automatik pejam mata, sebak tiba-tiba hadir…aku tahu tiada batas antara kami, aku sedar aku milik dia..tapi jangan buat hati aku diuji seperti ini andainya hati itu masih jauh untuk aku…sebab aku takut, aku tidak dapat kawal perasaan aku…

Aku tolak tubuh itu perlahan-lahan…

“Shah…kenapa awak buat macam ni…?” aku bersuara menunduk wajah.

“I’m sorry…someone out there..” ujarnya sebelum langkah kaki diatur ke pintu…daun pintu kemudian ditutup rapat. Sebaik mendengar penjelasan itu air mata aku tumpah dan langsung larikan diri ke bilik air lalu menguncinya dari dalam. Tindakan aku serta-merta buat dia bingung dan terpinga-pinga. Pantas tangannya mengetuk pintu dari luar.

“Ika…sorry..did I startled you?..i know you don’t like it…Shah terpaksa buat macam tu..” katanya sedikit berbisik.

Hmm…terpaksa..?

Aku genggam dada yang sebal.

“Allah...awak tak rasa apa-apa ke dengan apa yang awak buat tadi..? Awak tak faham..saya sedang berperang dengan diri sendiri awak tahu tak?.! bukan sebab saya tak suka..bahkan sebab saya sukalah saya larikan diri dari awak...” aku nak sangat bisikkan ungkapan ini pada dia..tapi aku tidak kuat untuk terima rejection seperti mana dia pernah nyatakan  pada aku tempoh hari..

“Ika…”

Ya Allah…jangan buat-buat risaukan aku..huhu! Nanti aku anggap semua tu benar belaka.

“Ika…

“Stop it Shah… “ ujar aku tahan nada. Dia berhenti ketuk pintu.

Peluang ini aku guna untuk  mengeringkan air mata aku yang tidak henti mengalir dari tadi…hmm..seminggu begini...dapat kah aku..?

”fuhhh~ “ stay fokus untuk sembuhkan dia..aku cuba kembalikan semangat aku..setelah yakin dengan keadaan aku, aku keluar. Dengan gopoh aku terus ke beg galas yang bersebelahan dengan lugage aku mengambil buku nota aku.

“Shah beritahu saya apa yang perlu saya buat untuk sembuhkan anxiety awak tu..” menonong aku memohon tanpa pandang dia. Hanya ekor mata aku sempat menangkap  ragamnya yang sedang duduk melepaskan tali leher. punggung dilabuhkan di hujung katil dengan buku dan pen di tangan..aku sengaja ubah topik untuk menghilangkan ingatan pada hal tadi.

“Shah akan beritahu nanti sesudah berjumpa dengan nenek..”ujarnya bersahaja menjatuhkan punggung disebelah aku. Hal itu membuatkan aku melompat bangun serta merta. Allah..dia ni..?

Perbuatan aku sah menarik perhatian dia tapi aku buat tak tahu. Tersenyum-senyum dia tatkala aku menjauhkan diri.

“Ehem..! Better jumpa grandma kejap..jangan jadi childish sangat boleh.!?” ujarnya tiba-tiba berubah nada tegas. Ish..aku pula yang kena..dahlah tiba-tiba duduk disebelah aku tadi..

***

“Grandma…” laung Shah sedikit menjerit dari luar sambil mengetuk pintu.

“Erh? Kenapa sunyi je ni..? Dia berteka teki sambil memusingkan tombol pintu. Sebaik kaki kami betul-betul berada di bilik nenek…

“Prak! Pang! Puk! Prak! Pang! Prak!” terkejut! Shah dihujani telur dan pelbagai jenis sayuran dilemparkan ke tubuhnya oleh nenek yang sedang duduk.di sofa! Aku panik ketakutan disampingnya dan sedikit  terganjak ke belakang! Aku toleh wajah nenek sedang marah yang tidak dapat digambarkan oleh perasaan aku sendiri.

“Grandmaaa..!” jerit Shah kesal. Melihat keadaan Shah, aku automatik melindungi dia dari tubuh aku bila nenek masih dengan balingannya. Kesian pulak aku tengok..huhu!

“Do not cover him..anak ni patut kena ajar!!” Tempik dia marah. Tidak putus asa, nenek ambil 4 butir telur sekali dilempar ke arah kami!  Bertalu-talu dilempar, aku dan Shah saling melindungi antara satu sama lain!

“Ahhhh nenek! Ika yang bersalah nek! Ika minta maaf…” ujar aku masih melindungi Shah.

“Very stubborn! Ikut hati and all..that is you!” tempik nenek tidak mempedulikan kata-kata maaf dari aku sebab target dia adalah Shah tapi aku pun terkena tempiasnya sekali.

“Step aside Ika…it’s okay…” kata Shah namun aku tidak berganjak.

“Haaahh sepadanlah kamu berdua…now get together, ambil sayur-sayur dan telur ni sekali!” ujar nenek puas hati melempar kesemua telur dan sayur itu kepada kami. Dah habis dekat tangan, nenek gigih nak kutip sayur-sayuran itu namun ditahan oleh Shah.

“Grandmaa…I am sorry okay. Please forgive me…I’m sorry…I’m sorry grandma!” pinta Shah seraya memeluk nenek. Saat itu aku toleh Shah, dia sedikit menitiskan air mata. Aku…hermm..rasa serba salah..serba sedikit aku teringatkan kesilapan aku yang menyumbang kepada keretakkan hati nenek.

“Fuhh~ pimpin nenek ke sofa..” kata nenek penat. Aku dan Shah segera memapah nenek yg kelelahan. Bukan nenek seorang rasa penat, malah aku dan Shah turut penat dengan adegan tadi. Boleh tahan juga nenek baling berpuluh benda..huhu Padan dengan muka kami! Dahlah muka dan baju penuh cecair telur, malah saki baki balingan sayur mayur juga masih melekat di kiri kanan, depan dan belakang badan. Huhu..teruk benar nampaknya. Tapi lebih teruk Shah tu. Jika bukan kerana situasi yang tidak sesuai untuk aku senyum tertawa, aku dah gelakkan Shah. Huhu…tapi aku baik tau..simpati aku pada Shah tetap ada..malah, sedikit terharu sebab tadi Shah banyak teduhkan aku dengan tubuhnya dari serangan nenek. Hmm..

“Kamu duduk dekat situ! Nenek nak tengok muka kamu berdua.” Ujar nenek memberi arahan telunjuk jari ke lantai. Aku dan Shah akur perintah.

“Kamu tahu apa masalah kamu? Terutamanya cucu nenek ni…aduh..sakit kepala nenek..” nenek bertanya geram sambil menyuarakan keluhan kesal. Jelas tergambar kesal yang amat sangat diwajah itu.

“I’m the worst…I’m sorry for everything..”

“Ika minta maaf nek..salah Ika juga..” aku turut bersuara.

“Tahu takpe…ada nenek suruh kamu berdua buat hal? Ada nenek izinkan kamu berdua kahwin balik? Ehhh kamu ingatkan kahwin ni untuk di buat main-main ke? You are the worst Shah! Apa nenek dah kata sebelum ni…??” bertali arus nenek tembak kami. Huhu…

“I’m so sorry grandma…” sayu kedengaran suara Shah.

“Tok-tok-tok…” pintu diketuk. Mak ngah datang dengan segelas. Mak ngah letak gelas itu di depan nenek di atas meja. Tengok mak ngah buat donno, sahlah memang dah kena plan awal-benda ni. Huhu..

“Ermmm Ika..abah dan mama sihat?” soal nenek mengejut bertanya akan abah dan mama. Boleh tersentak dengan perubahan mood nenek ni..ceria pulak tu masa sebut soal mama dan abah. Huhu

“Alhamdulillah abah dan mama sihat nek…abah dan mama kirim salam..” Jawab aku segan-segan. Shah sempat jeling aku.

“Waalaikumsalam….alhamdulillah..” balas nenek sesudah meneguk sedikit air putih yang sudah diletakkannya kembali ke atas meja.

“Jangan salah faham ya Ika…bukan nenek tak suka kamu bersatu kembali…nenek cuma tak suka kamu mempermain-mainkan perkahwinan kamu…nenek tak faham langsung kenapa kamu bercerai dulu..kamu berdua tak pernah discuss dengan nenek..tak pernah tanya kepada nenek…tahu-tahu je bercerai..lepas tu tak pernah pula bagi nenek alasan kenapa bercerai…” saat ini Shah dah jeling aku tajam. Aku tahulah, salah aku..huhu. Tapi janganlah jeling aku macam nak telan aku . Huhu!

“Ika minta maaf nek…tak dapat nak cakap apa-apa..sebab memang salah Ika juga sebenarnya..” ucap aku ketap bibir bawah. Huhu..sedihnya aku..bercampur baur perasaan aku saat ni..rasa nak nangis tapi jauh disudut hati aku..aku kena kuat..

“But it’s okay…benda pun dah lepas..nenek cuma nak lepas geram aje…” jelas nenek buat aku dan Shah berpandangan antara satu sama lain. Nenek dah maafkan kami ke??

“Mulai besok..kamu berdua tolong kerjakan ladang sayur nenek! Shah ambil cuti, bukannya abang kamu takde nak urus sekejap office tu..” putus nenek tanpa bertanya langsung sama ada kami setuju atau tak.

“But grandma…” Shah cuba mencelah.

“There’s no ‘but’ or whatever..!” wahhh! Berani ke nak lawan cakap nenek..? Terbit senyum sebaris di mulut aku. Tak dapat nak tahan gelak sebenarnya..huhu dahla kepala penuh kulit telur. Hihi! Tengok aku sedikit senyum, Shah kerut dahi, mata rata!

‘Ika masih cuti kan minggu ni?” cepat aku angguk kepala takut dimarah.

“Baiklah..nenek nak rehat dekat tepi kolam ikan..” ujjar nenek seraya angkat punggung. Cepat aje Shah tolong nenek keluar. Aku pula bersihkan sayur-mayur dan kulit telur-kulit telur bak bergelimpangan di atas lantai. Aku ke dapur bertanyakan kepada mak ngah di mana letaknya plastik sampah.

“Takpe Ika..bersihkanlah dulu diri tu…biar mak ngah aje yang bersihkan..” kata mak ngah cuba ambil alih plastik sampah yang bakal aku bawa ke bilik nenek.

“Isk..takpe mak ngah, alang-alang Ika dah kotor macam ni..baik Ika je yang bersihkan..” jawab aku membantah halus.

“Ika janganlah terasa hati dekat nenek tu ye…biasalah hati orang tua..cepat marah-marah…lagipun Ika tahu kan macam mana sayang nenek dekat kamu berdua..” aku angguk lemah. Bukan kecewa dengan sikap nenek..aku Cuma kecewa dengan sikap aku sebelum ni..

“Hemm…selama kamu bercerai tempoh hari, nenek tu rindu sangat dekat Ika…nenek banyak kali cuba hubungi Ika..tapi Ika dah tukar nombor telefon..Shah masa itu pun…ermm..sangat jarang balik sini..” mak ngah terhenti bercakap soal Shah..

“Maafkan Ika mak ngah…Ika tak tau lagi nak cakap apa pasal tu...sebab memang silap Ika..” iskk..kenapa mata aku tiba-tiba berair ni..? Huhu

Mak ngah genggam jari-jemari aku cuba memberikan aku semangat yang masih kaku berdiri. Tambah laju air mata aku mengalir apabila dilayan begitu baik…...pedih bilah dapat tahu tatkala aku mengambil keputusan untuk berpisah dahulu, rupanya ada hati insan-insan lain yang terluka, yang aku terlepas pandang.

Sebaik membersihkan kesan kotor tadi, aku segera ke bilik mahu membersihkan diri. Aku tengok Shah sudah baringkan tubuh ke katil merehatkan diri. Tanpa melihat keadaan Shah aku meluru cepat-cepat ke kamar mandi.

 ***

“Shah…awak okay tak?” tanya aku risau dengan keadaannya yang dari tadi nampak tidak selesa sebaik aku mandi tadi. Tak perasan pula tadi keadaan dia macam mana sebab aku terus ke meja solek untuk mengeringkan rambut. Dia angguk kepala jawapan kepada soalan aku tadi. Aku tahu dia tipu aku. Aku duduk disebelahnya yang sudah menegakkan tubuh. Dia genggam dada buat aku tambah risau.

“Awak nak apa-apa tak? Saya ambilkan..ubat ke..” pelawa aku merenung tepat ke matanya.

“I….want..you..” jawapan itu buat aku tersentak. Dengan sendirinya tubuh aku terundur sedikit ke belakang. Aku ketap bibir lagi terkebil-kebil.

“I want you to take the medicine…” sambungnya dalam lelah menahan nafas. Sedar dengan rasa sesak nafas dja, baru aku teringat soal anxiety dia…rupanya dia sedang diserang anxiety. Teruknya aku…aku boleh fikir yang bukan-bukan saat dia sedang sakit! Isk…kenapa dengan aku ni?? Huhu!

“Nak saya panggil mak ngah? Pak ngah ke..…” ujar aku memberi solution.

“No…they don’t know about my anxiety..Shah tak nak dia orang risau..” erk?

“Ohh okay-okay…kalau macam tu, awak letak dekat mana ubat tu?” tanya aku sudah angkat punggung.

“Dalam beg.” balas dia ringkas. Aku cepat-cepat mencari ubat yang dimaksudkan di dalam beg yang diletakkan kemas di atas lantai. Setelah berjaya, aku kembali mendekati dia. Air aku ambil dari beg aku je..aku biasanya memang sentiasa simpan bekalan air dalam beg. Just in case aku lupa untuk beli air semasa dalam perjalanan.

“Ada apa-apa lagi yang awak nak? Ada sarapan tak pagi tadi?” tanya aku setelah Shah telan ubat tadi..dia baringkan tubuh sesudah mengangguk lemah kepada soalan aku. Aku sendiri bingung nak buat apa apabila dia diserang anxiety. Tempoh hari yakin sangat dapat bantu dia sembuhkan anxiety tu..tapi bila berada di situasi sebenar, aku seolah-olah tak membantu pun pada dia..

“Stay here with me..by my side..” Pinta Shah seraya mencapai tangan aku lalu ditarik ke pelukkannya. Terkebil-kebil dalam diam langsung tidak mampu berkata-kata.

“This is the way I overcome my illness…jawapan pada soalan tadi..”bisiknya kecil memejam mata. Jantung aku rasa nak meletup dibuai rasa cinta sebelah tangan. Dup! Dap! Dup! Dap! Hanya jantung aku jelas kedengaran..ya tuhan..aku mohon jangan buat dia dengar. Aku disebalik rasa cinta dalam diam, buat dia, pelukkan ini hanya untuk menghilangkan anxiety yang menyerang…

Share:

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua dari saya

Saya memohon kepada sesiapa yang ada berniat atau secara tidak sengaja terniat untuk menyalin, memplagiat atau apa-apa sahaja ungkapan yang membawa maksud yang sama agar membatalkan niat tersebut ^_^. Jika ada yang suka dengan karya-karya saya untuk diletak di blog peribadi, tolong kreditkan blog ini sekali. Akhir kata dari saya, dengan rasa rendah hati..saya ucapkan terima kasih tidak terhingga pada yang sudi membaca karya-karya yang ada di sini! semoga semangat ini terus membara untuk berkarya. InsyaAllah...

Disclaimer:
I do not own any of these pictures. No copyright infringement intended. If you own anything and would like it to be credited or removed, contact and I will gladly oblige.

Followers